Anda di halaman 1dari 47

KREATIVITI DAN INOVASI

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL
"Creativity is thinking up new things. Innovation is doing new things." I think creativity is indeed thinking up new concepts/things. Innovation is
making this new concept/thing practical in a novel way. Creativity is dreaming
up a new invention and innovation is making it real in ones own unique way.
When you bring something new into existence you can say you created it. You
cannot say you innovated it. And again when you improve something that
already exists you cannot say you created it but you can say you innovated it.
Theodore Levitt.

Kreativiti dalm Seni Visual

KANDUNGAN
BAB 1
Kreativiti & Inovasi
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Manusia danProses Berfikir


Otak dan minda manusia
Model kemahiran Berfikir
Pemikiran Kritis
Pemikiran Kreatif
Kemahiran Menaakul

7. Metakognisi (Strategi Berfikir )


i. Indikator Operasi Metakognisi
ii. Kreativiti dan Inovasi dalam dasar industry kreatif
Negara
8. Mengamalkan budaya berfikir kreatif dan kritis
9. Mengelakkan kesilapan berfikir
Rumusan
BAB 2
Model Pemikiran Kreativiti
2.1. Model Pembangunan Pemikiran Kreativiti dalam Seni Visual
2.1.1. Pembangunan Kreativiti Individu
2.1.2. Ciri-ciri individu kreatif
2.1.3. Ciri-ciri karya kreatif
2.1.4. Artis kreatif
2.2. Model Proses Kreatif Terarah
2.3. Alat Berfikir dalam Model Proses Kreatif Terarah
2.3.1. Persediaan
2.3.2. Imaginasi
2.3.3. Perkembangan
2.3.4 Tindakan
2.4 Penerokaan dan eksperimentasi ke arah pembentukan kreativiti

Kreativiti dalam Seni Visual

Rumusan
BAB 3
3.1 Kepentingan Kreativiti dan Inovasi
- Kepentingan Guru Yang Kreatif dan Inovatif
- Melahirkan Murid yang Kreatif dan Inovatif
3.2 Kreativiti dan Inovasi dalam Kurikulum Persekolahan Negara

3.3 DasarIndustri Kreatif Negara


Standard Pembangunan Kreativiti
3.1. Standard Pengajaran Pembangunan Kreativiti dalam Seni Visual
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
3.1.1. Merancang dan mengurus Pengajaran dan Pembejaran
3.1.2. Membimbing dan Menjadi Fasilitator
3.1.3. Mentaksir Secara Berterusan
3.1.4. Merancand dan Mengurus Persekitaran Pembelajaran
3.1.5. Membangun Komuniti dan Budaya
3.2. Indikator Proses Kreatif Terarah
3.2.1. Fasa Persediaan
3.2.2. Fasa Imaginasi
3.2.3. Fasa Perkembangan
3.2.4. Fasa Tindakan
Rumusan
BAB 4
Strategi dan Fokus Pengajaran dan Pembelajaran
4.1. Aplikasi Proses Kreatif Terarah dalam Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
4.1.1. Konstruktivisme
4.1.2. Studi based Learning
4.1.3. Pembelajaran Berasaskan Masalah
4.1.4. Membuat Keputusan

Kreativiti dalm Seni Visual

4.2. Fokus Pengajaran dan Pembelajaran.


Rumusan

BAB 5
Aplikasi Proses Pemikiran Kreativiti Dalam Perlaksanaan
Pengajaran dan pembelajaran Seni Visual
5.1
Rumusan

Kreativiti dalam Seni Visual

1
KREATIVITI & INOVASI

BERFIKIR DAN BERFIKIR


TENTANG BERFIKIR
APAKAH KREATIVITI
KEPENTINGAN
KREATIVITI
A teaching activity that produces an enjoyable, or even creative, outcome does
not necessarily enhance creativity unless the students have the opportunity
for creative thinking.
(Starko.A.J.,2005. Creativity in the Classroom)

Kreativiti, sebagai satu anugerah Tuhan merupakan potensi yang dimiliki


oleh semua individu. Namun begitu tidak semua orang boleh menjadi
individu yang kreatif. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dibangunkan dan
dikembangkan dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada
murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan,
melihat hubung kait, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat
spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan
sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.

Bagi memastikan kurikulum persekolahan dapat membangunkan


daya kreativiti murid, objektif pembelajaran yang berkaitan kreativiti perlu
dikembangkan. Aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti perlu
disediakan dan murid perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang saling berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan
atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan
mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Dalam konteks
pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan
kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan.

Kreativiti dalm Seni Visual

1.1 MATLAMAT PEMBANGUNAN KREATIVITI DAN INOVASI


Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid
bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif
melalui pelaksanaan kurikulum persekolahan. Daya kreativiti dan inovatif
murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berdaya cipta
dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara
Malaysia pada masa hadapan. Individu kreatif dan inovatif ini adalah aset
negara yang mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat,
bangsa, negara dan agama.
1.2 OBJEKTIF PEMBANGUNAN KREATIVITI DAN INOVASI
Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi
persekolahan adalah untuk membolehkan murid:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

dalam

kurikulum

Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.


Menguasai kemahiran dalam proses kreatif.
Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
Menguasai kemahiran komunikasi.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan
kreatif.
Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus
kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.

vi.

1.3 ELEMEN BERFIKIR


Berfikir....
....melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku
dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan
menyelesaikan masalah (Mayer, 1977)
....merupakan
pembentukan
idea,
pembentukan
semula
pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu (Fraenkel,
1980)
...ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi
sebab atau membuat penentuan (Beyer, 1991)
Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir
dapat merumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau penyelesaian masalah.
1.3.1 PROSES BERFIKIR
Setiap hari manusia berfikir apabila kita berhadapan dengan sesuatu
perkara misalnya semasa melihat sesuatu objek, secara automatik akan
menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang akan mungkin timbul ialah:
i.
Apakah objek itu?
ii.
Apakah kegunaan objek tersebut?

Kreativiti dalam Seni Visual

iii.
iv.

Bagaimana mengunakannya?
Adakah ia memberi manfaat?

Kita akan membina soalan-soalan sama ada secara sedar atau tidak.
Setiap hari kita akan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang
dalam proses berfikir, mencari jawapan terbaik, menggunakan beberapa
aspek iaitu:

Pengetahuan (apa yang kita tahu tentang objek itu)


Kemahiran (proses mengenal pasti masalah, menyoal diri sendiri
tentang objek itu)
Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Apabila kita menyusun cara dan menyedari proses berfikir, maka kita akan
berfikir pada aras yang lebih tinggi dan kompleks. Pada aras ini kita akan
mula berfikir tentang cara kita berfikir. Ini merupakan proses metakognitif
yang mengandungi beberapa strategi yang lebih sistematik iaitu
melibatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dengan ciri-ciri
penaakulan, logik dan rasional.
1.3.2 MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir
kreatif dan kemahiran menaakul. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan
untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif.
Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui
ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Kemahiran berfikir menaakul
membantu dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional
kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya menuju ke arah
menkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Perkaitan
antara kemahiran berfikir kritis, berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan
strategi berfikir ditunjukkan dalam Rajah 1.1

Kreativiti dalm Seni Visual

Rajah 1.1 Model Proses berfikir

1.3.3 PEMIKIRAN KRITIS


Pemikiran kritis meliputi tiga kriteria pemikiran yang terdiri daripada
keobjektifan, kejituan dan kegigihan.
Keobjektifan : kebolehan membuat penilaian berasaskan fakta sebenar
yang dipengaruhi atau tidak dipengaruhi oleh prasangka atau perasaan
sendiri.
Kejituan: kebolehan membuat penilaian secara sesuai dan tepat
Kegigihan: kebolehan mempertahan pendirian atau pendapat sendiri dan
mempertimbang pendapat orang lain setelah memastikan ketepatan dan
kesahan.
1.3.4 PEMIKIRAN KREATIF
Pemikiran kreatif dibangunkan berdasarkan aspek penting dalam kreativiti
seperti yang dijelaskan oleh Torrance (1979) iaitu
Keaslian:Kebolehan menghasilkan idea yang luar biasa, unik, baru dan
menarik dan hanya sebilangan kecil individu dapat mengemukakannya.

Kreativiti dalam Seni Visual

Kelancaran : Kebolehan menghasilkan idea yang banyak atau alternatif


penyelesaian. Kelancaran juga merujuk kepada pemahaman tentang
maklumat atau tugasan yang mungkin logik, benar atau sebaliknya. Ia
akan membentuk idea yang berterusan dan bermakna kepada individu.
Keluwesan: Kebolehan mengembangkan atau mempelbagai idea yang
boleh ditokok tambah, boleh diubah suai, mempunyai pelbagai
penerangan rasional tentang idea. Ia juga disertai pelbagai contoh dan
pelbagai kategori.
Kejelasan: Kebolehan menghuraikan idea dalam bentuk penghuraian
kepada pencerakinan bahagian yang lebih kecil dan khusus Idea tersusun
dan mudah difahami serta secara sistematik.
1.3.5 KEMAHIRAN MENAAKUL
Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang
membolehkan seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.
Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa
terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia
merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan,
data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan
dan keputusan.
Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan
maklumat dan membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia
ada. Proses penaakulan akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk
membolehkan individu tersebut memahami idea dan konsep dengan lebih
jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional.

Kreativiti dalm Seni Visual

Rajah 1.2 Asas Kemahiran Menaakul

Terdapat empat proses dalam kemahiran menaakul iaitu:

10

Kreativiti dalam Seni Visual

i.

Menyimpan

ii. Imbasan Kembali


iii. Memadan
iv. Prosedur Eksekutif

1.4 METAKOGNISI (STRATEGI BERFIKIR)


Metakognisi merupakan operasi mental secara berstrategi tentang proses
berfikir. Individu perlu sedar tentang cara mereka berfikir, meneroka
pelbagai kaedah menyelesaikan masalah dan melibatkan diri dalam
pengalaman pembelajaran secara intelektual. Kesemua operasi mental
didorong oleh motivasi kendiri, semangat ingin tahu serta terus mencuba
yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah. Metakognisi
melibatkan tiga operasi iaitu merancang, memantau dan menilai sesuatu
secara berterusan dan berulang.
1.4.1 INDIKATOR OPERASI METAKOGNISI
Operasi metakognisi membantu guru memperkembang kreativiti dan
inovasi dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Merancang :
Mengenal pasti proses berfikir sehingga dapat dilaksana dengan
berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu mengenal
pasti proses berfikir.
Mengenal pasti bagaimana proses pemikiran kreatif dapat
dilaksana bagi mencapai matlamat. Perlu menentukan matlamat,
mengenal pasti halangan dan cara mengatasi.
Meramal keputusan dan mempunyai sebab musabah yang jelas.
Mengenal pasti konteks, membuat hubung kait dan membuat
analogi.
Memantau:
Proses mengesan kemajuan perancangan dan perlaksanaan proses
berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar bagi
mengesan kesilapan dan halangan.
Menentukan sama ada mereka telah mendapat jawapan kepada
persoalan.
Membuat keputusan untuk meneruskan atau mengubah suai
strategi dan kaedah.
Menilai:
Mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses
berfikir yang telah dilalui dalam menentukan kualiti pencapaian
matlamat.

11

Kreativiti dalm Seni Visual

Menilai ketepatan atau kesilapan keputusan serta mengenal pasti


keperluan untuk tindakan lanjutan.
Menentukan keberkesanan proses berfikir dan mempertimbang
untuk menggunakan proses berfikir dalam situasi lain.

Individu perlu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka
pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri
dalam pengalaman secara intelektual yang memerlukan individu
mengemukakan soalan kendiri yang meliputi strategi merancang,
memantau dan menilai. Dengan mengemukakan soalan kendiri ini proses
berfikir menjadi sistematik dan terarah kepada pencapaian matlamat dan
tujuan berfikir.

1.5 KREATIVITI
Terdapat banyak definisi kreativiti.
dalam Rajah

12

Antara definisi tersebut ditunjukkan

Kreativiti dalam Seni Visual

Rajah 1.3 Definisi Kreativiti


Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan
kreativiti sebagai:
i.

Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau


mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu
objektif.

13

Kreativiti dalm Seni Visual

ii.

Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya


imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea
yang tulen, asli atau baru.
Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu
keperluan.

iii.
iv.

Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang merealisasikan


idea dan penemuan baru ke arah yang lebih realistik.
1.6 INOVASI

Rajah 1.4 Definisi Inovasi


Berdasarkan kepada definisi-definisi
merumuskan inovasi sebagai:
i.

yang

diutarakan,

kita

boleh

Penghasilan baru hasil daripada proses berfikir yang


lebih unik, kreatif dan terbuka

ii. Berdasarkan proses penyusunan semula.

14

iii. Proses menggunakan unsur yang sedia ada dalam

Kreativiti
dalam Seni Visual
susunan yang berbeza.

iv. Memenuhi fungsi, keperluan dan matlamat tertentu.

1.7Kepentingan Kreativiti dan Inovasi


Modal insan yang diperlukan oleh negara ialah modal insan yang
mempunyai kelestarian jati diri, berdaya fikir dan berdaya saing.
Pembangunan kreativiti dan inovasi perlu dimantapkan sejajar dengan era
globalisasi.
Kreativiti adalah hasil atau ciptaan. Inovasi pula adalah penambahbaikan
serta perubahan kepada hasil kreatif untuk menjadikannya berkesan,
cekap dan praktikal. Inovasi adalah proses menyelidik sesuatu dengan
cara-cara baru untuk menghasilkan dan meningkatkan kreativiti. Tindakan
ini akan menghasilkan konsep yang sama dalam bentuk yang lebih baru
dan lebih baik. Inovasi perlu diringi dengan kreativiti yang perlu wujud
dari peringkat konsep. Jika tidak, pembaharuan tidak akan berlaku.
Modal insan keluaran pendidikan dan persekolahan kita wajib memiliki
keupayaan dan kemampuan menanggapi masalah, memahami dan
mencerakinkan masalah, merencana dan merumus jalan penyelesaian
masalah, melaksanakan dan memantau kerja-kerja penyelesaian masalah,
serta menilai dan menyemak perencanaan, pekerjaan dan hasilan tindakan.
(Dato Abd. Ghafar Mahmud, KPPM 2011)

Secara lebih komprehensif, kreativiti dan inovasi penting untuk:


i.

15

Pembangunan Pemikiran
Dalam tahun 1990an, Lorin Anderson (anak murid kepada Benjamin
Bloom) telah mengetuai sekumpulan ahli psikologi kognitif untuk
menyemak semula Taksonomi Bloom dan telah meletakkan
creating sebagai aras yang paling tinggi dalam taksonomi yang
baru seperti yang ditunjukkan Rajah 1.5 di bawah :

Kreativiti dalm Seni Visual

Rajah 1.5 Diubahsuai Blooms Original Taxonomy dan Andersons Revised


Taxanomy
Dr. Howard Gardner yang terkenal dengan konsep multiple
intelligences, dalam buku terbarunya Five Minds for the Future
menjelaskan bahawa pembangunan modal insan pada era globalisasi
ini hendaklah menekankan pembangunan lima bentuk pemikiran
(Rajah 1.6).

Rajah 1.5 Lima bentuk pemikiran (Howard Gardner)

ii.

16

Pembangunan Negara : Perspektif WAWASAN 2020

Kreativiti dalam Seni Visual

Malaysia Sebagai Negara Perindustrian


Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh
kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakat
boleh mencedok atau mengubah suai sahaja, tetapi mestilah boleh
mencipta, menambah dan memperbaharui.
Tun Dr Mahathir Mohamad, 1991

iii.

Kejayaan k-ekonomi

Hargreaves (2003),
menyenaraikan beberapa ciri penting yang
menentukan kejayaan k-ekonomi masa kini dan masa depan sesebuah
negara.
Kreativiti menjadi ciri utama di samping ciri-ciri lain iaitu:

Kreativiti
Luwes
Penyelesaian Masalah
Amanah
Kecerdasan
Integriti
Berani mengambil risiko
Penambahbaikan secara berterusan
Teaching in the Knowledge Society: Education in the Age of Insecurity
(Hargreaves, A. 2003)

1.7.1 Kepentingan Guru Yang Kreatif dan Inovatif

17

Kreativiti dalm Seni Visual

Guru perlu kreatif dan inovatif kerana :

Guru adalah pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi.


Guru adalah penangkis kepada kesan negatif globalisasi.
Jika mereka tidak dapat mengikuti rentak dan perubahan semasa, guru
akan menjadi mangsa globalisasi.

1.7.2 Melahirkan Murid Yang Kreatif dan Inovatif.


Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal
persekolahan lagi. Ia bertujuan untuk :

membolehkan mereka sedar potensi dan kecenderungan diri


menonjolkan bakat dalam diri mereka.
menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

1.8 Kreativiti dan Inovasi dalam Kurikulum Persekolahan Negara

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2010, kreativiti dan


inovasi diberi penekanan untuk membangunkan modal insan.

Teras Kedua: Membangunkan modal insan


Teras ini berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan
teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.

Kreativiti dan inovasi adalah kemahiran yang perlu ditekankan dalam


kurikulum di samping kemahiran lama dan baru yang lain sekiranya
hendak mencapai taraf negara maju dan berjaya dalam k-ekonomi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan


jasmani, emosi, rohani dan intelektual termasuk sosial individu
memenuhi kehendak kelima-lima bentuk pemikiran yang disaran oleh
Gardner dapat menjadi asas membangun dan merealisasikan
pembangunan modal insan.

Rumusan
Dalam memenuhi keperluan negara di abad ke-21, strategi berfikir
perlu dilaksanakan dalam pendidikan sebagai usaha membentuk
generasi yang kompetitif, serba boleh dan berintegriti. Perlaksanaan
elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin
agenda transformasi Negara. Daripada imaginasi kepada kreativiti,
daripada invensi kepada inovasi, semuanya tiada lain matlamat kecuali
mempertingkatkan daya saing demi menjuarai segala persaingan dan
menguasai
segala
medan
kehidupan.
18 Kreativiti
dalam
Seni
Visual

2
MODEL PEMBANGUNAN
KREATIVITI
POTENSI KREATIVITI INDIVIDU
MODEL PROSES KREATIF TERARAH

19

Kreativiti dalm Seni Visual

ALAT BERFIKIR DALAM MODEL


PROSES KREATIF TERARAH
..creativity can be used for good and evil

2.1 MODEL PEMBANGUNAN KREATIVITI


Model Pembangunan Kreativiti merupakan prinsip asas membangunkan
kreativiti secara menyeluruh. Model ini dibina berdasarkan elemen asas
iaitu etika, komunikasi, budaya dan persekitaran serta disokong
personaliti, motivasi, kecerdasan dan pengetahuan. Rajah 2.1
menunjukkan model pembangunan kreativiti dalam bentuk piramid.

Rajah 2.1 Model Pembangunan Kreativiti Individu


2.1.1 Pembangunan Kreativiti Individu
i.

Etika
Panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap murid.
Merupakan peraturan yang mampu menjadikan murid
memiliki nilai dan integriti sebagai manusia yang kreatif dan
inovatif berlandaskan nilai dan akhlak yang mulia.

ii.

Budaya
Amalan yang memberi makna dan menunjukkan apa yang
difikirkan.
Mempengaruhi keseluruhan kegiatan hidup serta perlakuan
efektif masyarakat yang berbeza.

iii.

Komunikasi

20

Kreativiti dalam Seni Visual

iv.

Proses interaksi untuk penyampaian maklumat secara


berkesan daripada sumber kepada penerima.
Membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal
individu, di samping menggerakkan individu memahami
peranan dan cara mereka berfikir.

Persekitaran
Pengaruh yang menggalakkan penghasilan idea baru,
mengeksplorasi idea baru, dan mensintesis elemen dalam
pelbagai cara.
Persekitaran perlu menghargai hasil kreatif individu.

v. Kecerdasan

Keupayaan mental memproses maklumat.


Menggabungkan maklumat sedia ada dalam cara yang
baru.

vi. Pengetahuan
Disiplin ilmu yang membolehkan seseorang mengenal pasti

perkara baru.
Mengaplikasi kemahiran berfikir yang diperlukan untuk
menjadi kreatif.

vii. Personaliti
Sifat berani mengambil risiko.

Percaya dan yakin kepada diri sendiri.

viii.

2.2

Motivasi
penggerak utama dalam memupuk kreativiti.
keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor dalaman
dan luaran.

MODEL PROSES KREATIF TERARAH

Pembangunan kreativiti melalui kurikulum persekolahan memerlukan


model spesifik yang dapat diaplikasikan dalam semua disiplin ilmu. Untuk
menerapkan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik, guru perlu mempunyai satu panduan. Penggunaan
Model Proses Kreatif Terarah dapat membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

21

Kreativiti dalm Seni Visual

Ciri-ciri model tersebut adalah :

Menggabungkan 4 fasa penting iaitu persediaan, imaginasi,


perkembangan dan tindakan.

Melibatkan proses metakognisi iaitu pemikiran kritis, pemikiran


kreatif dan kemahiran menaakul.

Rajah 2.2 Model Proses Kreatif Terarah


Diubahsuai daripada Paul E Plsek, 1996

Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada
Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa
Tindakan.

22

Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses


analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara
sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang
diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses
oleh minda.

Kreativiti dalam Seni Visual

Fasa Imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan


gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran.
Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih
atau menghasilkan ciptaan.

Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea


perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir.

Fasa Tindakan, suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak


bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Kreativiti
menjadikan amalan berterusan.

2.3 ALAT BERFIKIR DALAM MODEL PROSES KREATIF TERARAH


Alat Berfikir yang digunakan semasa proses kreatif boleh disusunatur
berdasarkan empat fasa dalam model Proses Kreatif Terarah. Dalam
pelaksanaan Pembangunan Kreativiti, guru diberi keluwesan untuk
memilih alat berfikir yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan kepada
aktiviti mental, penyusun grafik, analogi dan metafora. Rajah 2.5, 2.6 dan
2.7 menunjukkan secara ringkas alat berfikir yang boleh diaplikasikan oleh
guru dalam setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah.

2.3.1 Fasa Persediaan

23

Kreativiti dalm Seni Visual

Rajah 2.5 Alat Berfikir Fasa Persediaan (Paul E.Plsek, 1996)

2.3.2 Fasa Imaginasi

24

Kreativiti dalam Seni Visual

Rajah 2.6

Alat Berfikir Fasa Imaginasi (Paul E.Plsek, 1996)

2.3.3 Fasa Perkembangan

25

Kreativiti dalm Seni Visual

Rajah 2.7 Alat Berfikir Perkembangan dan Tindakan (Paul E.Plsek, 1996)

2.3.3 Fasa Tindakan

26

Kreativiti dalam Seni Visual

Rajah 2.7 Alat Berfikir Fasa Tindakan (Paul E. Paulsek, 1996)

Rumusan
Untuk memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan
27 Kreativiti
dalm Seni
berkesan,
proses berfikir
yangVisual
teratur dan sistematik dalam model proses
kreatif terarah perlu diaplikasikan. Dalam perlaksanaan proses tersebut
alat berfikir yang bersesuaian dapat mencapai hasil yang dihasratkan.

3
STANDARD PEMBANGUNAN
POTENSI KREATIVITI INDIVIDU
STANDARD PENGAJARAN
PEMBANGUNAN KREATIVITI

28

Kreativiti dalam Seni Visual

INDIKATOR PROSES KREATIF


TERARAH

Teaching for creativity entails creating a community of inquiry in the


classroom.
Building this climate includes:
organizing curriculum around the processes of creativity,
providing students with content and processes that allow
them to investigate and communicate within disciplines,
teaching general techniques that facilitate creative
thinking across disciplines and
providing a classroom atmosphere that support creativity

3.1 STANDARD PENGAJARAN PEMBANGUNAN KREATIVITI


Standard Pengajaran Pembangunan Kreativiti menjelaskan kriteria yang
perlu guru faham dan perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai matlamat. Standard pengajaran ini digubal
berdasarkan tanggapan yang berikut:

Matlamat yang dinyatakan memerlukan perubahan secara


sistemik.
Perkara yang murid peroleh dan kuasai dipengaruhi cara mereka
diajar.
Kreativiti boleh diajar dan dibangunkan.
Pemahaman murid dibangunkan dengan aktif secara individu dan
melalui proses sosial.

Lima Standard Pengajaran yang digubal terdiri daripada:

Merancang Pengajaran dan Pembelajaran


Membimbing dan Menjadi Fasilitator
Mentaksir Secara Berterusan
Mengurus Persekitaran Pembelajaran
Membangunkan Komuniti

3.1.1 Merancang Pengajaran dan Pembelajaran


Guru merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada proses
kreatif dengan:

29

Kreativiti dalm Seni Visual

Membina kerangka untuk objektif jangka panjang dan jangka


pendek dengan membuat pengadaptasian atau pengubahsuaian.
Memilih kandungan yang sesuai dengan minat, pengetahuan,
kefahaman, kebolehan dan pengalaman murid.
Memilih strategi pengajaran dan pentaksiran yang dapat
menyokong perkembangan kreativiti murid dan membentuk
personaliti individu kreatif.
Bekerjasama dengan rakan guru merentas disiplin ilmu dan gred
yang sama dan berlainan.

3.1.2 Membimbing dan Menjadi Fasilitator


Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid
dengan:

Memberi fokus dan menyokong proses kreatif murid apabila


berinteraksi dengan murid.
Mengenal pasti dan memberi respons kepada kepelbagaian murid
dan menggalakkan murid berkreatif.
Menggalak dan memodelkan proses kreatif, menunjukkan sikap dan
personaliti individu kreatif.

3.1.3 Mentaksir Secara Berterusan


Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang pengajarannya
dan pembelajaran murid dengan:

Menggunakan pelbagai kaedah dan mengumpul data kebolehan


murid secara sistematik.
Membuat analisis data pentaksiran untuk membantu pengajaran.
Membantu murid membuat pentaksiran kendiri.
Menggunakan data murid, pemerhatian pengajaran, berinteraksi
dengan rakan guru dan membuat refleksi untuk meningkatkan
pengajaran.

3.1.4 Mengurus Persekitaran Pembelajaran


Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya dapat
menimbulkan motivasi intrinsik murid dengan mengaplikasikan strategi
yang tertentu di samping motivasi ekstrinsik dengan:

30

Kreativiti dalam Seni Visual

Memberi cabaran/tugasan yang menggalakkan murid berkreatif


Memberi kebebasan kepada murid berkreatif dengan berlandaskan
etika, budaya dan agama.
Menyedia dan mengeksploitasi pelbagai sumber bagi menyokong
kreativiti (TMK/bahan cetak/alam sekeliling)
Menggalakkan kerja kumpulan bagi penjanaan dan perkongsian
idea.
Mengalakkan murid untuk menghasilkan idea kreatif.
Memberi sokongan berterusan kepada idea kreatif.

3.1.5 Membangunkan Komuniti


Guru membangunkan komuniti murid yang kreatif yang menunjukkan
sikap positif terhadap idea baru dan sentiasa mempunyai keinginan untuk
berkreatif melalui:

Menghargai dan mengalu-alukan kepelbagaian idea, kemahiran,


dan pengalaman daripada semua murid.
Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam membuat
keputusan secara signifikan berkaitan dengan kandungan dan
konteks dan memberi tanggungjawab kepada murid terhadap
proses pembelajaran komuniti mereka.

3.2 INDIKATOR PROSES KREATIF TERARAH


Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran
utama sebagai asas bagi fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula
diperincikan melalui indikator amalan kreativiti seperti yang diperlihatkan
dalam Jadual 3.1. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat
dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.

3.2.1 Fasa Persediaan


Kemahiran Utama

Indikator

1.0 Fasa Persediaan


1.1 Pemerhatian

31

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan,

Kreativiti dalm Seni Visual

Kemahiran Utama
Membuat pemerhatian
aktif untuk mengumpul
maklumat.

1.1.2
1.1.3
1.1.4
1.1.5
1.1.6
1.1.7
1.1.8

1.2 Analisis
Menganalisis maklumat
dengan menghuraikan
bahagian kepada yang
lebih kecil bagi
memahami sesuatu.

Indikator
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
Menumpukan pemerhatian kepada
objek, perkataan, ayat atau teks secara
menyeluruh.
Menggunakan alat, radas, bahan,
instrumen atau spesimen yang sesuai.
Mengendalikan alat, radas, bahan,
instrumen atau spesimen dengan betul.
Menggunakan pelbagai kaedah atau
prosedur yang sesuai.
Mengenal pasti ciri objek, situasi atau
fenomena dengan tepat.
Mendapatkan makna dengan betul.
Mengenal pasti objek, situasi atau
fenomena sekeliling yang berkaitan.

1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan


perbezaan dengan betul.
1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan
kriteria tertentu.
1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan
kriteria tertentu.
1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria
tertentu.
1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat
berwibawa.
1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
1.2.7 Mengimbas kembali idea.
1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan
disokong berdasarkan fakta dan
maklumat.

Jadual 3.1 Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan

3.2.2 Fasa Imaginasi


Kemahiran Utama

Indikator

2.0 Fasa Imaginasi


2.1 Penjanaan idea
Menghasilkan idea-idea

32

2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang


banyak (yang mungkin benar atau tidak

Kreativiti dalam Seni Visual

Kemahiran Utama
yang berkaitan dengan
sesuatu perkara.

Indikator
pasti tetapi logik).
2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan.
2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna.
2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau
corak berdasarkan maklumat yang ada.

2.2

2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat


pengitlakan dan membina tajuk.
2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang
unik lukisan, kraf, binaan, peta, rajah,
puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan
lakaran.
2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh
mencukupi dan memastikan sama ada
maklumat tambahan diperlukan.
2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis
akhir.
2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan
dan keburukan atau kekurangan yang
menjurus kepada keputusan akhir.
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu
yang diperoleh sama ada memerlukan
tindakan susulan atau diketepikan.
2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.

Sintesis idea
Menggabungkan
maklumat yang
berasingan untuk
menghasilkan dan
memilih sesuatu.

Jadual 3.2 Indikator Proses Kreatif Fasa Imaginasi

3.2.3 Fasa Perkembangan


Kemahiran Utama

Indikator

3.0 Fasa Perkembagan


3.1 Penambah
baikan
Membuat

33

3.1.1. Menokok tambah idea.


3.1.2. Mengubah suai idea.
3.1.3. Memberi pelbagai penerangan rasional

Kreativiti dalm Seni Visual

Kemahiran Utama
penambahbaikan untuk
mengembangkan atau
mempelbagaikan
sesuatu idea untuk
meningkatkan mutu
atau keindahan hasil
karya atau ciptaan
3.2 Menilai
Membuat pertimbangan
tentang sesuatu perkara

Indikator
tentang idea.
3.1.4. Memberi pelbagai contoh berkaitan
dengan
tugasan.
3.1.5. Memberi pelbagai kategori atau aspek.
3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk
menerima atau menolak idea.
3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan,
kebaikan dan keburukan, kelebihan dan
kekurangan berdasarkan bukti atau
alasan tertentu.
3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.
3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan
atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi
oleh perasaan atau prasangka.

Jadual 3.3 Indikator Proses Kreatif Fasa Perkembangan


3.2.4 Fasa Tindakan
Kemahiran Utama

Indikator

4.0 Fasa Tindakan


4.1 Pelaksanaan
Menyampaikan dan
mempersembahkan
idea atau
menghasilkan prototaip

4.2 Amalan
berterusan
Peka kepada perkara di
sekeliling dan menjana
idea untuk berkreatif.

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau


bahagian yang lebih kecil dan khusus.
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah
difahami.
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan
orang lain, idea tidak seperti yang biasa
dan idea yang belum ada atau frekuensi
ideanya kecil.
4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.
4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal
pasti masalah, kesilapan dan kelemahan.
4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk
menghasilkan idea baharu secara
berterusan.

Jadual 3.2 Indikator Proses Kreatif Fasa Tindakan


Rumusan
Pengaplikasian Standard Pengajaran Pembangunan Kreativiti dapat
merealisasikan pendemokrasian pendidikan cemerlang, sekaligus
menyumbang kepada transformasi pendidikan negara. Setiap murid
berhak mendapat bimbingan dan asuhan dari guru yang berkualiti.

34

Kreativiti dalam Seni Visual

4
STRATEGI DAN FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
APLIKASI PROSES KREATIF
TERARAH DALAM STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FOKUS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

35

Kreativiti dalm Seni Visual

Educators should consider:


Giving students opportunities for creative thought.
Encouragement for creative thought.
Modeling of creative behavior.
(Mark A. Runco, 2007; Creativity: Theories and Themes; Research,
Development, and Practice)

4.1 APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH DALAM STRATEGI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam membangunkan domain kreativiti, terdapat beberapa strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara
strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dalam pelaksanaan
dan pembangunan kreativiti ialah:

Konstruktivisme
Inkuiri penemuan
Pembelajaran berasaskan masalah
Membuat keputusan
Pembelajaran berasaskan projek

36

Kreativiti dalam Seni Visual

4.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstriktivisme


Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran
Konstruktivisme
Persediaan

Orientasi
idea berasaskan
pengetahuan
sedia ada

Imaginasi
Penstrukturan
idea
Meneroka
Menjelas
Konstruk idea
baru

Perkembangan
Penjelasan
lanjut
Aplikasi idea

Tindakan
Penilaian
Kaji semua
perubahan
idea
Penyiasatan
lanjutan

4.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan


Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Inkuiri
Penemuan
Persediaan
Memerhati
Menciri
Mengelas
Menyoal

Imaginasi

Meneroka
Merancang
Meramal
Membuat
hipotesis

Perkembangan
Menguji
hipotesis

Tindakan
Membuat
kesimpulan
Melapor
Dokumentasi
Mentaksir

Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan


Masalah
Persediaan
Mengenal
pasti masalah

Menjelaskan

37

Imaginasi
Mencari
alternatif
penyelesaian

Kreativiti dalm Seni Visual

Perkembangan
Melakukan
operasi
Menilai

Tindakan
Membuat
refleksi
penyelesaian

masalah

Mencari
penyelesaian
yang dibuat
masalah
penyelesaian
4.1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran berasaskan masalah
4.1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran berasaskan Membuat
Keputusan
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Membuat Keputusan
Persediaan
Mengumpul
maklumat

Mengenal
pasti matlamat

Mengenal
pasti alternatif

Menganalisis
alternatif

Imaginasi
Meramal
Menyusun
alternatif
Pemilihan
alternatif

Perkembangan
Menilai
alternatif
dipilih

yang

Tindakan
Membuat
keputusan
Membuat
rumusan

4.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran berasaskan Projek


Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Projek
Persediaan

Tinjauan
berfokus/
berstruktur
Penyoalan

Imaginasi
Meneroka
Merancang
Meramal

Perkembangan
Meneroka
Mencari
maklumat
Membuat
prototaip

Tindakan
Menganalisis
maklumat
Merumus
Mentaksir
Melapur
Dokumentasi
Menguji
prototaip

4.2 FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan pembelajaran,
perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan,
imaginasi, perkembangan dan tindakan. Jadual 4.7 memperlihatkan setiap
fasa Proses Kreatif Terarah tersebut dengan merujuk kepada fokus
pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada soalan-soalan contoh
atau rangsangan. Sampel soalan itu boleh merupakan soalan yang

38

Kreativiti dalam Seni Visual

dikemukakan oleh guru kepada murid atau soalan oleh murid sendiri bagi
menggerakkan pemikiran kreatif mereka.

Jadual 4.7 Fokus Pengajaran dan Pembelajaran

Persediaan

Fasa
Terarah

Fokus Guru

Fokus Murid

Mewujudkan
kesedaran, minat
dan perasaan ingin
tahu murid.

Membuat pemerhatian
secara aktif.

Menyediakan
situasi/konteks
pembelajaran yang
bermakna.
Mengenal pasti
tahap kefahaman
murid.
Mengesan
miskonsepsi/salah
tanggap yang wujud.

39

Menyampaikan idea
individu.
Menghubung kait
pengalaman sedia ada
dengan pengalaman
baru.
Menyediakan minda
murid untuk aktiviti
dan tugasan akan
datang.
Orientasi idea,
pengetahuan dan
pengalaman.

Kreativiti dalm Seni Visual

Soalan Contoh/
Rangsangan
Apa yang
dimaksudkan
dengan?
Beritahu secara lanjut
tentang..?
Apa yang buat anda
berfikir sedemikian..?
Bagaimana anda
pasti?
Bagaimana anda
mendapat idea
sedemikian?

Fasa
Terarah

Fokus Guru

Fokus Murid

Menyediakan situasi
yang lebih berfokus
supaya murid dapat
menjana idea.

Melibatkan secara
langsung dengan
fenomena/bahan/
konsep/alat.

Menyediakan
pengalaman untuk
sesuatu konsep atau
pemahaman.

Membangunkan asas
pengalaman bagi
sesuatu konsep/
fenomena.

Meneroka dan
menyiasat soalan
murid.

Membina idea baru.

Imaginasi

Menguji dan
membahaskan idea
murid.
Mengemukakan
soalan/masalah
untuk mencetus dan
menjana idea murid.
Mencungkil idea
murid dan
membanding beza
idea mereka.

Bagaimana anda
boleh..?
Apa anda akan buat
jika..?
Bagaimana anda tahu
jika..?

Membina asas kepada


pengalaman yang
selari untuk
membantu mereka
dalam proses
perkongsian dan
berkomunikasi.

Apa yang diperlukan


untuk tahu lebih lanjut
tentang...?

Mentafsir maklumat/
bukti dan menjelaskan
konsep/
fenomena/idea.

Bagaimana anda
dapat idea tersebut?

Memperkenalkan
alat berfikir yang
sesuai.
Membina pelbagai
bentuk penjelasan
berdasarkan bukti
yang dikumpul.
Membandingkan
penjelasan
murid/kumpulan.

40

Soalan Contoh/
Rangsangan
Bagaimana anda
akan..?

Kreativiti dalam Seni Visual

Mengapa anda
menggunakan kaedah/
cara/teknik tersebut?

Fokus Guru

Fokus Murid

Mewujudkan
situasi/konteks baru
untuk menguji
kefahaman

Membina semula dan


memberi penjelasan
lanjut /kefahaman
dalam pelbagai mod
(bertulis, grafik, peta
minda dll).
Membuat hubung kait
pelbagai konsep yang
berkaitan.
Aplikasikan
pemahaman dengan
aktiviti harian.

Soalan Contoh/
Rangsangan
Bagaimana anda
mengesahkan/
membuktikan?
Apa akan berlaku
jika?
Apa lagi yang perlu
diketahui..?
Apa lagi yang mungkin
perlu dilakukan untuk
memastikan?

Fokus Guru

Fokus Murid

Soalan Contoh/
Rangsangan

Menggunakan
pelbagai bentuk
pentaksiran
terhadap perubahan
kefahaman,
kemahiran dan
sikap...

Menyelesaikan
tugasan.

Apakah cara lain untuk


mempersembahkan
hasil tugasan anda/
saya?

Tindakan

Fasa
Terarah

Perkembangan

Fasa
Terarah

Mempersembahkan
hasil akhir tugasan
dalam pelbagai
bentuk.
Membuat penilaian
dan refleksi tentang
pembelajaran dan
kefahaman serta
kemahiran baru.

Adakah anda/saya
berpuas hati dengan
hasil kerja anda/saya?
Apakah kemahiran/
pengetahuan baru
yang anda/saya
peroleh?
Adakah cara lain untuk
menyelesaikan
masalah/tugasan
anda/ saya?

RUMUSAN
Perlaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran
41 merangsang
Kreativiti dalm
Seni Visualyang lebih efektif dan menarik. Persediaan
dapat
pembelajaran
guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses

pendidikan di bilik darjah.

5
INDIKATOR KREATIVITI

42

Kreativiti dalam Seni Visual

CONTOH-CONTOH RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MATA
PELAJARAN

The most important development in civilization has come


through the creative process, but ironically, most people have not
been taught to be creative
Robert Fritz (The part of Least Resistance)
5.1 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERLAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT BIDANG
Jadual 5.1 Pemetaan Kurikulum Bagi Pembangunan Kreativiti
Indikator Kreativiti
Melalui kemahiran

Indikator Kreativiti

Kurikulum

Indikator Kreativiti
Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji,
mengeksperimenkan, berbincang, membina
pernyataan dan penjelasan) murid:

Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan


fenomena.

Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskan


teori dan hipotesis.

Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk


menguji teori dan hipotesis.

Mempersembahkan idea untuk menjelaskan


fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk
komunikasi

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran


untuk membuat ramalan/inferens/ kesimpulan.

Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik


dengan kehidupan harian.

43

Kreativiti dalm Seni Visual

Indikator Kreativiti
Melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik,
komunikasi matematik dan membuat perkaitan dan
penggunaan teknologi, murid:

Membina model matematik melalui corak dan


hubungan.

Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk


penganggaran, pengukuran dan penggambaran
data dalam situasi harian.

Membuat penggabungjalinan kemahiran


matematik dengan disiplin ilmu lain.

Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari


penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin.

Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab


dan akibat).

Indikator Kreativiti
Melalui imaginasi, meneroka, mengeksperimenkan
teknik, taktik dan idea menggubah, murid:

Memilih dan menggunakan taktik, strategi dan


idea penggubahan dengan berkesan.

Membangunkan perancangan keperluan latihan


secara berkesan untuk peningkatan prestasi
(kecergasan dan kesihatan) diri dan rakan.

Indikator Kreativiti
Melalui perasaan ingin tahu dan imaginasi, murid:

Mendapat inspirasi dan daya penggerak daripada


dilema, pilihan dan kepercayaan orang yang
dahulu.

44

Kreativiti dalam Seni Visual

Indikator Kreativiti
Melalui tinjauan, penjelajahan, eksplorasi dan
penerokaan reruang dan alam sekitar, murid:

Mengemukakan soalan tentang aspek geografi dan


persekitaran.

Menghasilkan peta lakar dan keratan rentas peta


kawasan setempat.

Membina model bentuk-bentuk fizikal bumi.

Mengaplikasikan kemahiran geografi untuk


mencari maklumat, menganalisis maklumat,
merumus, menyampaikan maklumat dan mentafsir
maklumat.

Mengaplikasikan kemahiran meninjau masalah,


menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan,
rumusan dan keputusan.

Membuat kajian lapangan.

Mencari cara baharu untuk mengaplikasikan


kemahiran dan pemahaman geografikal untuk
mereka interpretasi baharu tentang tempat dan
ruang.

Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan


berkaitan isu geografi.

Indikator Kreativiti
Melalui penglibatan murid dalam:

Pelbagai bentuk tindakan kendiri atau


berkumpulan, termasuk membuat keputusan dan
berkempen.

Bekerja dengan komuniti dan organisasi untuk


menangani isu dan masalah dalam komuniti.

Indikator Kreativiti
Melalui eksplorasi terhadap sesuatu pemikiran, rekaan,
penghasilan, dan ciptaan murid:

Menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan


dan berkaitan dengan keperluan, kehendak dan

45

Kreativiti dalm Seni Visual

Indikator Kreativiti
peluang dalam kehidupan.
Menjana idea, membangunkan idea dan
berkomunikasi tentang idea, memodelkan idea
dalam pelbagai cara dan menggunakan strategi
yang sesuai.
Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman
tentang pelbagai bahan dan teknologi untuk
mereka bentuk dan membuat produk mereka
sendiri.

Indikator Kreativiti
Melalui perbincangan, penggabungjalinan ilmu dalam
PI dan penggabungjalinan dengan disiplin ilmu yang
lain, murid:

Mengaplikasikan pemahaman kandungan dan


pengajaran dalam ayat Quran.

Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu


kifayah dalam kehidupan harian, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.

Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam


kehidupan semasa daripada sirah Rasulullah s.a.w.

Menghasilkan tulisan jawi dan khat, dan


mengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan
kolaj, buku skrap, folio, jahitan dan lain-lain.

5.2 PEMUPUKAN INSTRUMEN KEMAHIRAN INSANIAH DI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEMEN
KREATIVITI DAN INOVASI

46

Kreativiti dalam Seni Visual

RUMUSAN
Perubahan
mencetuskan
pembaharuan
dan
pembaharuan
memungkinkan kemajuan. Setiap guru merupakan agen pembentukan
modal insan kreatif dan inovatif. Hasil daripada perubahan ini akan
menyumbang kepada pembentukan generasi yang berkualiti.

47

Kreativiti dalm Seni Visual

Anda mungkin juga menyukai