Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN

Pergerakan masa sememangnya turut membawa perubahan kepada


dunia pendidikan. Sememangnya perubahan yang wujud dalam dunia
pendidikan ini merupakan satu aspek yang penting agar system pendidikan kita
sentiasa sinonim dengan keperluan semasa dan sejajar dengan pergerakan
kemajuan dunia.
Hakikatnya perubahan tersebut turut mewujudkan pelbagai isu yang perlu
ditempuhi dan diharungi oleh warga dunia pendidikan khususnya barisan guruguru. Salah satu isu perubahan yang ingin diketengahkan adalah berkenaan
dengan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan.
Pada tanggal 13 Januari 2010, pihak Utusan Malaysia telah menyiarkan
satu artikel berkenaan dengan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin iaitu mengenai
penguasaan guru dalam teknologi maklumat dan komunikasi diutamakan.
Perenggan pertama artikel berkenaan mengetengahkan isu penguasaan
golongan guru terhadap bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Perenggan
kedua artikel ini pula berkisar mengenai kursus dan program yang dilaksanakan
kepada barisan pentadbiran dan guru-guru sekolah bagi mewujudkan golongan
celik komputer.
Isu berkenaan dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi yang
telah disediakan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan turut diselitkan dalam
perenggan keempat dalam artikel tersebut. Selain itu juga, penekanan
berkenaan infrastuktur pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di
sekolah turut terkandung dalam perenggan kelima artikel berkenaan.
Antara isu lain yang terkandung dalam artikel berkenaan adalah cabaran
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Isu berkenaan cabaran
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan akan dihuraikan melalui
punca permasalahan lantas mewujudkan cabaran-cabaran tersebut. Malahan
huraian berkenaan cara mengatasi cabaran-cabaran tersebut turut diselitkan
dalam tugasan ini.

2.0 ISU-ISU BERKENAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENDIDIKAN MENERUSI ARTIKEL
UTUSAN MALAYSIA 13 JANUARI 2010.
Sebelum isu-isu yang terdapat dalam artikel Utusan Malaysia tersebut
diulas dengan lebih mendalam, wajarlah konsep teknologi maklumat dan
komunikasi dikupas secara ringkas terlebih dahulu.
Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan
pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Yusuf Hashim
menyatakan bahawa bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses
dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa teknologi maklumat


(Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat
luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat.
Secara tepat dan mudahnya, teknologi maklumat dan komunikasi adalah
satu medium untuk berhubung, menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Berbalik semula kepada artikel Utusan Malaysia yang bertarikh 13
Januari 2010 tersebut, isu berkenaan penekanan penguasaan teknologi
maklumat dan komunikasi kepada barisan guru merupakan agenda utama artikel
tersebut. Selain daripada itu juga, beberapa isu lain yang berkaitan seperti
program teknologi maklumat dan komunikasi yang dilaksanakan kepada
guru, inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi yang telah disediakan oleh
kerajaan kepada bidang pendidikan, infrastuktur pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi di sekolah dan yang terakhir sekali adalah berkenaan
dengan cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.
2.1 Penekanan Penguasaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kepada
Guru.
Tumpuan dan penekaan terhadap penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi kepada guru sememangnya mempunyai tujuan yang penting untuk
dicapai. Hal ini adalah guru merupakan penggerak dalam sesuatu sesi proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ahmad Subki (2012), guru
bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran seseorang individu dan guru
harus menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat
murid. Rentetan daripada kepentingan itulah barisan guru perlu diberi penekanan
agar dapat menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar
kepentingannya dapat dicapai.
Tambahan lagi, menurut Yazid (2001), guru adalah merupakan sumber
kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik,
sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. Jelas di sini menunjukkan
bahawa guru merupakan satu medium dalam mencapai keberkesanan
pendidikan. Oleh kerana itulah penguasaan guru terhadap bidang teknologi
maklumat dan komunikasi perlu diberi perhatian.
Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada
guru juga dapat dilihat daripada kenyataan yang tertulis dalam Dewan
Masyarakat (Mei 2012) yang menyatakan bahawa kesan globalisasi dan
liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang
berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.
Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu

sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi
menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan
generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Atas dasar
kepentingan inilah barisan guru-guru di Malaysia perlu memperkukuhkan diri
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini adalah kerana
barisan guru adalah titik permulaan dalam memastikan kejayaan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu juga, penekanan terhadap penguasaan teknologi
maklumat dan komunikasi kepada golongan guru adalah bagi mencapai hasrat
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Dr. Ismail
Zain (2008) yang dipetik daripada Utusan Malaysia menyatakan bahawa
kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah
seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi
dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta
dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama
dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah
pendidikan negara. Jelas menerusi perenggan ini penguasaan guru dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi mampu mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Selain daripada itu, penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi menurut Wan Mustama (2004) dalam Jurnal Pengurusan Dan
Pentadbiran Pendidikan adalah usaha bagi meningkatkan kemahiran guru
terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka
lebih kreatif dan inovatif dalam teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan
pengetahuan lebih luas. Daripada kenyataan tersebut jelas menunjukkan
bahawa kini ilmu pengetahuan bukan sekadar diperoleh daripada bahan-bahan
bercetak malahan ianya kian berkembang dalam dunia tekonologi maklumat.
Oleh hal demikian, guru yang berupaya menguasai bidang teknologi maklumat
dan komunikasi dilihat mampu memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan sedia
ada. Selain daripada itu juga, guru yang kreatif dan inovatif kesan daripada
penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting
bagi memperkembangan potensi murid secara bersepadu dan menyeluruh yang
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini diperkukuhkan
dengan kenyataan Ab. Rahim Selamat (1992) iaitu melalui pengajaran &
pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu
pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta
dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.
Tambahan lagi, menurut cadangan Lembaga Peperiksaan Negara yang
dipetik oleh Naim Hj Ahmad (2000), guru yang kreatif dan inovatif dalam ICT
akan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat murid
menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan,

mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah bagi membolehkan


pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih
berkesan.
Kesimpulannya penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan satu elemen penting dalam kerjayanya sebagai pendidik
dan mempunyai tujuan tersendiri dalam meningkatkan prestasi murid sekaligus
bagi memartabatkan bidang pendidikan negara.
2.2
Program Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Yang
Dilaksanakan Kepada Guru.
Menurut artikel yang dipilih bagi tugasan ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata bahawa pendedahan bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada
guru besar, pengetua dan guru-guru telah dilaksanakan melalui kursus yang
berterusan dan implikasinya mewujudkan golongan celik komputer yang ketara.
Sememangnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai
inisiatif bagi meningkatkan kemahiran golongan pendidik terutamanya dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Muhamad Hasan (2000),
dalam tempoh RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru menerusi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggunghawab untuk memberi
penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dengan mengkaji semula
kurikulum latihan guru dan menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan
guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Jelas di sini menunjukkan
kerajaan telah berusaha meningkatkan keupayaan guru dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi melalui pelaksanaan khusus bermula daripada
golongan guru pelatih sehinggalah kepada guru-guru senior dan hal ini sekaligus
mampu meningkatkan penguasaan keseluruhan guru dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi tanpa mengira lapisan tempoh perkhidmatan.
Usaha kerajaan bagi meningkatkan penguasaan golongan pendidik
terhadap bidang teknologi maklumat dan komunikasi tidak terhenti setakat itu
sahaja. Kerajaan telah Kempen Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1997.
Kempen ini sebenarnya turut membawa kesan positif kepada golongan pendidik.
Hal ini adalah kerana kerajaan menyedari bahawa negara ini perlu
mempersiapsediakan golongan belia terutamanya guru pelatih bagi bidang
pendidikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi agar dapat menjadi penyambung kepada usaha yang telah
dilaksanakan pada hari ini.
Hal ini adalah selaras dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
ucapannnya pada perasmian kempen tersebut, iaitu sebuah negara mesti
sentiasa berfikir tentang hari esok. Kerana memikirkan hari esoklah kita telah
membuat keputusan untuk menggunakan kuasa teknologi maklumat. Kerajaan
telah memberi komitmen untuk berperanan aktif dalam mencapai cita-cita ini.
Kita bukan sahaja akan menyediakan kepimpinan dari atas ke bawah yang
diperlukan untuk memajukan pembangunan teknologi maklumat tetapi kita juga
akan membawa masyarakat melonjak bersama.

2.3

Atas kesedaran tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah


menjalinkan satu usahasama dengan pihak Intel Education Malaysia bagi
melahirkan golongan guru baru yang telah bersiap sedia dengan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi untuk dilaksanakan semasa di sekolah
kelak. Menurut kenyataan yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia (7 Jun 2010),
program ini adalah bagi memastikan guru pelatih dapat membiasakan diri
bagi mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus akan memberi kesan
dan impak positif kepada pencapaian serta prestasi akademik murid-murid yang
mempunyai pelbagai kecerdasan.
Konklusinya kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi
memastikan golongan-golongan pendidik berupaya menguasai bidang teknologi
maklumat dan komunikasi. Usaha-usaha yang dilaksanakan turut melibatkan
satu pelan jangka masa panjang bagi tujuan menyediakan bakal tenaga pendidik
yang telah sedia diperkukuhkan dengan kemahiran dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
Inisiatif Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Yang Disediakan Oleh
Kerajaan Kepada Bidang Pendidikan.
Menurut artikel Utusan Malaysia itu juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut
mengulas berkenaan dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi yang
telah disediakan oleh kerajaan kepada bidang pendidikan. Menurut beliau,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelbagai program bagi
menyebarkan sekaligus memperkukuhkan dunia pendidikan di Malaysia bukan
hanya bagi memudahkan guru malahan juga mempunyai pelbagai kebaikan
kepada murid-murid. Antara inisiatif yang disediakan adalah melalui video
pendidikan melalui web iaitu EduWeb TV dan juga School Net.
Amnya video pendidikan melalui web ataupun dikenali sebagai EduWeb
TV memudahkan guru-guru memilih dan seterusnya menjadikan soalan
peperiksaaan yang telah disediakan di web tersebut sebagai satu panduan
dalam menyediakan set soalan peperiksaan Selain daripada itu juga, guru boleh
memilih dan seterusnya menggunakan video yang sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Para murid juga. boleh melayari video-video
pendidikan dengan mudah terus daripada pelayar web. Tambahan lagi, para
murid turut boleh mengikuti pelbagai soalan yang disediakan. pelajar lain
menggunakan topik yang disediakan oleh anda.
Sememangnya keupayaan guru dalam menaplikasikan EduWeb Tv ini
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang diterangkan di
atas. Hal ini turut diperakui oleh Norasiah Abdullah (2009) iaitu
penggunaanEduWeb Tv merupakan satu medium bagi melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada
topik yang akan disampaikan serta mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya
mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

Selain daripada EduWeb TV, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyentuh
berkenaan dengan School Net. Sememangnya program School Net ini
merupakan satu insiatif dan menjadi tujuan kerajaan berkehendakkan guru yang
berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan
sambungan internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan terbaru
sistem pendidikan negara bagi menyediakan kemudahan pembelajaran
melangkaui bilik darjah. Menurut Nor Fariza Ramlan (2012), SchoolNet
menyediakan pelbagai aplikasi kepada penggunanya, termasuk aplikasi
komunikasi elektronik seperti e-mel dan kumpulan berita, aplikasi akses jarak
jauh, aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi pengedaran maklumat dan aplikasi
pencarian maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa hanya guru yang
berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi mampu
mendepani perubahan kemajuan ini. Oleh sebab itulah kerajaan begitu optimis
bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
Guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasidengan kemahiran mengendalikan School Net juga dilihat sebagai
satu podium bagi memastikan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai guru pakar
tercapai. Menurut Nor Fariza Ramlan (2012), pelaksanaan SchoolNet ini mampu
meningkatkan perkongsian ilmu dengan mengoptimumkan tenaga pengajar
pakar di negara ini. Melalui teknologi ini, seorang guru pakar mampu mengajar
sesuatu mata pelajaran melebihi daripada satu kelas di sekolah yang sama dan
sekolah lain.
Selain itu, guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.serta dapat menguasai SchoolNet dengan sebaiknya
boleh memanfaatkan infrastruktur berkenaan bagi mengubah bilik darjah mereka
menjadi persekitaran menarik justeru dapat menambah minat pelajar terhadap
pendidikan.
Dengan teknologi ini juga, seorang guru yang berkeupayaan dalam
bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi boleh mengajar sesuatu
subjek kepada bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah sama dan sekolah
lain. Portal SchoolNet ini membolehkan guru berkongsi modul pembelajaran dan
pengajaran interaktif sesama mereka. Jelas di sini menunjukkan guru yang
mempunyaiberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan
komunikasi amat penting bagi mengendalikan inisiatif yang telah dilaksanakan
bagi kemudahan banyak pihak sekaligus mampu meningkatkan mutu pendidikan
negara.
2.4
Infrastuktur Pembangunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Di
Sekolah.
Artikel yang dipilih bagi menyempurnakan tugasan ini juga bukan sekadar
memperkatakan mengenai keupayaan guru dalam dalam bidang bidang
teknologi maklumat dan komunikasi, malahan turut menyentuh berkenaan isu

infrastuktur pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah yang


diwujudkan oleh kerajaan. Selain daripada pembinaan 6633 makmal komputer di
sekolah dan 3029 Pusat Akses Internet, terdapat beberapa lagi usaha yang
dijalankan oleh kerajaan.
Kerajaan telah menyediakan pelbagai peralatan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi di sekolah sepertimana yang diperkatakan oleh Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel yang dipilih itu. Hal ini diperkukuhkan oleh
Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007) dalam kajiannya yang menyatakan
bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah
yang merangkumi komputer riba, projektor LCD atau tv, troli dan
skrin. Sememangnya setiap orang guru yang terlibat dengan pelaksanaan
program PPSMI di kelas-kelas yang berkenaan diberikan komputer riba dan
dibolehkan membawa balik ke rumah supaya mereka dapat membuat
persediaan awal sebelum masuk ke bilik darjah. Kelas-kelas juga disediakan
dengan LCD dan troli untuk digunakan guru di bilik darjah. KPM sendiri telah
membekalkan kepada setiap sekolah dengan bahan pembelajaran untuk
digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru serta untuk
ulangkaji pelajar. Bahan-tersebut terdiri daripada perisian interaktif, rancangan
TV pendidikan, buku-buku bacaan tambahan, modul-modul dan alat Bantu
mengajar.
Selain daripada menyediakan peralatan ICT, kerajaan juga memandang
serius berkenaan masalah kekurangan peruntukan pula. Menurut Robiah Sidin &
Nor Sakinah Mohamad (2007) menyatakan bahawa dalam Bajet 2008, kerajaan
telah meluluskan peruntukan wang sebanyak RM30 bilion untuk pendidikan tidak
termasuk RM15 juta lagi untuk pendidikan ICT di luar bandar. Ini jelas
menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam merealisasikan hasrat ini
dengan melaburkan begitu banyak modal semata-mata untuk membangunkan
insan celik komputer yang lebih berdaya saing di era digital ini.
2.5
Cabaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam
Pendidikan.
Artikel yang memetik ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Forum
Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II
berkenaan dengan penguasaan guru dalam teknologi maklumat dan komunikasi
turut mengulas serba sedikit berkenaan dengan cabaran teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan. Sememangnya cabaran-cabaran ini serba sedikit
mengganggu proses guru dalam menguasai teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh hal demikian saya turut mencadangkan beberapa usul bagi mengatasi
setiap cabaran teknologi maklumat dan komunikasi yang wujud.
Menurut Wan Mustama (2004), cabaran teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan terbahagi kepada lima aspek. Apek pertama
adalah berkenaan dengan kesukaran menghabiskan sukatan pelajaran. Aspek
kedua adalah halangan pihak pentadbiran sekolah. Aspek ketiga adalah
berkaitan dengan sikap negative guru. Aspek kedua terakhir adalah maklumat

dan laporan tidak tepat serta aspek terakhir adalah berkaitan dengan jurang
digital.
Apek pertama adalah berkenaan dengan kesukaran menghabiskan
sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran merupakan satu garis panduan bagi setiap
warga pendidik. Amnya perancangan yang baik amat perlu dititikberatkan dalam
menyusun atur waktu proses pengajaran dan pembelajaran agar mencakupi
kesuluruhan topik dan aspek yang telah dimuatkan di dalam sukatan pelajaran.
Keadaaan ini secara tidak langsung telah menjadi satu cabaran bagi guru-guru
dalam menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan.
Menurut Naim Hj. Ahmad (2000), penggunaan internet untuk diakses dan
dilayari memerlukan masa yang agak lama untuk diaplikasikan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga telah mengutarakan penyediaan
alatan teknologi seperti LCD mengambil masa yang lama terutamanya kepada
guru-guru lama yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkenaan
teknologi. Hal ini dilihat mampu menjejaskan waktu proses pengajaran dan
pembelajaran sekaligus menganggu perancangan bagi menghabiskan sukatan
pelajaran.
Terdapat beberapa cadangan dan langkah yang telah dijalankan bagi
mengatasi cabaran yang telah dikeutarakan di atas. Pendekatan pengajaran
berkonsepkan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dirancang bersesuaian
dengan spesifikasi kurikulum. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan
bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu diperluaskan
mencakupi penggunaan internet seperti mengakses laman web, email, on-line
dan perlu diselaraskan dengan program pendidikan dengan teratur bagi
memastikan pengurusan masa yang baik dapat dilaksanakan.
Hal ini memperjelaskan bahawa cabaran penggunaan internet
memerlukan mengambil masa yang lama dapat diatasi dengan perancangan
guru bagi menyenaraikan alamat web yang berkait dengan isi pembelajaran
murid terlebih dahulu. Penyediaan alatan seperti LCD yang dianggap mengambil
masa yang panjang juga dapat diatasi melalui penyediaan juruteknik di sekolahsekolah. Pihak kerajaan turut menyediakan kursus teknologi maklumat kepada
tenaga pengajar di sekolah yang diadakan melalui kursus-kursus semasa. Selain
daripada itu juga, kementerian telah melaksanakan tindakan awal dengan
mempersiapkan guru-guru pelatih berkenaan teknologi maklumat dan
komunikasi melalui latihan berkenaan Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran yang telah disenaraikan sebagai satu silibus di Institut Pendidikan
Guru.
Seterusnya adalah berkenaan dengan aspek kedua cabaran teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan iaitu berkenaan dengan halangan
pihak pentadbiran sekolah. Penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid
sememangnya diakui dapat dipercepatkan dan dipermudahkan melalui
pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi.

Realitinya menurut Muhamad Hasan Adul Rahman (2000) terdapat


segelintir pihak pentadbiran sekolah yang meletakkan prosedur yang ketat
kepada para guru yang ingin menggunakan alatan-alatan teknologi sebagai
bahan bantu mengajar. Hal ini adalah kerana alatan tersebut memerlukan
infrastruktur yang berkos tinggi dan penyelenggaraan yang baik. Implikasinya
guru-guru lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
biasa berbanding bahan teknologi maklumat.
Terdapat cadangan yang difikirkan mampu mengatasi cabaran
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan berkenaan
halangan pihak pentadbiran sekolah tersebut. Penggunaan Model Apple
Classroom of Tomorrow (ACOT) yang telah diperkenalkan pada tahun 1995 telah
menggariskan lima langkah perubahan bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.
Langkah pertama adalah berkenaan Kemasukan (Entry) yang
mengetengahkan penerimaan positif kesemua pihak terutamanya pihak
pentadbir dan dan guru berkenaan kemasukan teknologi dalam bidang
pendidikan. Langkah kedua pula adalah melalui Pemilihan (adoption) iaitu
pemilihan bahan yang sesuai sahaja bagi sesuatu kelas sekaligus mengelakkan
penggunaan alatan lain yang tidak berkaitan dan hanya menggalakkan
penggunaan lebihan alatan.
Langkah ketiga pula adalah berkenaan Kesesuaian (adaptation) iaitu
pengaplikasian alatan yang bersesuaian dengan tahap murid. Hal ini adalah bagi
memastikan keberkesanan kaedah penggunaan alatan tersebut yang
disesuaikan dengan alatan yang digunakan.
Model ini turut menggariskan Penggunaan (appropriation) alatan dengan
kaedah dan teknik yang betul agar alatan tersebut dapat digunakan secara
berterusan. Langkah ini bertujuan memastikan alatan teknologi dapat digunakan
dalam
tempoh
masa
yang
lama
sekaligus
mengurangkan
kos
penyelenggaraannya. Langkah terakhir pula adalah merekacipta (invention) iaitu
pihak pentadbir dan guru mampu merekacipta bahan-bahan tambahan bagi
meneguhkan pemudahcara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid.
Penggunaan model ini mengetengahkan peranan setiap pihak dalam
menjaga alatan serta perubahan sikap dan mentaliti berkenaan alatan
komunikasi. Langkah-langkah ini dilihat mampu mengubah prosedur ketat yang
dikenakan oleh pihak pentadbiran ke arah yang lebih mesra pengguna.
Tambahan lagi, sikap dan pandangan guru juga akan turut berubah dalam
mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran mereka seiring dengan
arus pemodenan yang berlaku.
Aspek ketiga bagi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan adalah berkaitan dengan sikap negatif guru. Kebanyakan guru telah
sebati dengan kaedah pengajaran tradisional dan sukar menyesuaikan diri
dengan teknologi intruksional. Yusup Hasyim (1998) mempersetujui kenyataan

yang telah dikeutarakan oleh Becker & Watt (1966) iaitu ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan
sistem pendidikan.
Menurut Becker & Watt (1966) juga, ada kalangan guru yang buta
teknologi maklumat dan komunikasi, menyebabkan timbul sikap negatif dan
tidak berminat mengajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk pengajaran.
Cabaran berkenaan sikap negatif guru dapat diselesaikan apabila
pemikiran guru lebih bersifat keterbukaan dalam menerima perubahanperubahan baru dalam dunia pendidikan. Maizun Binti Jamil (2009) menyokong
pendapat Steers & Black (1994) iaitu persediaan mental, pengetahuan dan
kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan
dalam sesebuah organisasi. Latihan yang cukup akan membantu guru
menambahkan pengetahuan dan kecekapan terhadap alatan teknologi maklumat
dan komunikasi sekaligus menimbulkan minat dikalangan guru-guru tersebut.
Aspek keempat cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan adalah maklumat dan laporan tidak tepat. Amnya tugas guru tidak
hanya meliputi proses pengajaran dan penyampaian ilmu pengetahuan malahan
juga melibatkan kerja-kerja pengkeranian yang memerlukan guru-guru
merekodkan dan memasukkan data-data berkenaan prestasi murid dalam
sistem. Namun proses memasukkan data yang dikendalikan melalui sesuatu
perisian terdedah kepada pemprosesan dan penganalisisan laporan serta
maklumat yang tidak tepat. Hal ini mungkin disebabkan oleh proses kemasukan
data yang terlalu banyak dan berterusan. Menurut Zoraini Wati Abas
(1993), kesilapan juga boleh berlaku terhadap data prestasi murid sekiranya
berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam
pembangunan sistem data itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem data
tersebut.
Cadangan yang ingin dikeutarakan bagi mengawal cabaran ini adalah
melalui ppihak pentadbir sekolah. Hubungan yang baik dan tolak ansur amat
penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini merujuk kepada sikap dan layanan
pihak pentadbir kepada staff berkenaan kebajikan pekerja bagi mengelakkan
berlakunya tekanan kerja dan perpindahan pekerja ke organisasi lain.
Perpindahan ini akan menyumbang kepada masalah hilangnya pekerja yang
memiliki sesuatu kemahiran. Lebih teruk lagi, pekerja baru yang menggantikan
tempat pekerja lama tidak memahami konsep dan cara kerja pekerja lama
tersebut dan seterusnya menjuruskan ke arah berlakunya kesilapan kerja
terutamanya dalam skop memasukkan data.
Malah masalah seperti kemasukan data yang salah (Garbage In Garbage
Out - GIGO) dapat dihapuskan sekiranya pentadbir memberi peluang dan masa
yang secukupnya untuk kakitangan mereka menjalankan tugas. Selalunya
kesilapan berlaku kerana kecuaian pekerja yang melakukan kerja secara

tergopoh-gapah. Mungkin kerana mahu cepat siap, faktor kuantiti sahaja yang
diambil kira, dan ini menyebabkan mereka mengabaikan faktor kualiti. Kebajikan
pekerja perlu diambil berat. Adalah dicadangkan juga setiap data atau maklumat
yang dimasukkan disemak oleh "Quality Control". Hal ini dapat menghasilkan
data yang lebih tepat dan jitu.
Aspek terakhir bagi cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan adalah jurang digital. Jurang digital terbentuk apabila berlakunya
ketidakseimbangan yang wujud di kalangan masyarakat. Ketidakseimbngan ini
amnya merangkumi aspek ekonomi, kemudahan infrastruktur, pendapatan,
pemodenan, pendidikan dan sebagainya dan hal ini secara tidak langsung turut
memberikan impak terhadap kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dan
digital di sekolah.
Ab. Rahim Selamat (1992) menyatakan bahawa situasi jurang digital
menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat diaplikasi di
luar bilik darjah memandangkan sosioekonomi murid murid di luar bandar
yang rendah. Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh
membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan.
Selain daripada itu juga, Ab. Rahim Selamat (1992) mengakui wujudnya
jurang perbezaan dari segi taburan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi di antara kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
serta kawasan Lembah Kelang dan kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
Hakikatnya cabaran ini bukannya sesuatu yang boleh dipandang serius
kerana kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi cabaran
yang telah digariskan ini. Kerajaan telah mewujudkan kesedaran berkenaan
penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan
teknologi maklumat. Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober
1977 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Mahathir Mohamad.
Kerajaan juga memperlonggarkan syarat pengeluaran Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja bagi individu yang ingin memiliki komputer persendirian.
Kerajaan turut melancarkan program Satu Rumah Satu Komputer dengan
membekalkan komputer kepada murid-murid. Kerajaan juga memastikan setiap
sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup
kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar. Cabaran ini cuma berlaku di sekolah-sekolah pendalaman yang baru
dibuka dan mengalami masalah tempoh penerimaan alatan teknologi yang agak
lambat namun proses penerimaan tersebut tetap berlaku.

Penutup
Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari
ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi
menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Peranan teknologi maklumat
sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan
menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak

bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi


supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT
dalam organisasi berkenaan.
Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah
bagi menghadapi situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa
mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan
mula mengorak langkah dengan menyediakan barisan guru yang mantap dan
berpengetahuan luas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi.
Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan teknologi
maklumat dan komunikasi memerlukan anjakan peranan pendidikan dan
profesion keguruan. Untuk mencapai matlamt menjadikan negara sebagai
negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK)
Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi
membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam
pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita
harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang
tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan
mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak.