Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun

:2

Bidang

: Membuat corak dan rekaan

Aktiviti

: Tiupan

Tema

: Alam Semulajadi

Tajuk

: Hiasan bingkai gambar

Bilangan murid

: 20 orang

Tarikh

: 10 Februari 2015

Masa

: 10.45 11.45 pagi (60minit)

Media

: Alat: Surat khabar, gunting, berus lukisan, palet dan straw


Bahan: Kertas lukisan, gam dan warna poster

Bahan Bantu Belajar: Contoh-contoh corak teknik tiupan


EMK

: Keusahawanan, kreativiti dan inovasi

STANDARD KANDUNGAN:
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti garisan, warna, jalinan,
ritma dan pergerakan serta kepelbagaian yang terdapat pada alam
semulajadidan karya seni dalam penghasilan corak teknik tiupan.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam membuat corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.1 Persepsi Estetik
Murid dapat menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip
rekaan dalam penghasilan corak teknik tiupan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan: Pelbagai jenis garisan
2.1.1.2 Warna: Sekunder
2.1.1.3 Jalinan: Tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Ritma dan pergerakan: Garisan pelbagai arah
2.1.2.2 Kepelbagaian- warna: Garisan dan jalinan
2.2 Aplikasi seni
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan corak teknik tiupan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat: Surat khabar, berus lukisan, palet dan straw
2.2.1.2 Bahan: Kertas lukisan, gam dan cat poster atau cat air
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya
2.2.2.1 Teknik: Tiupan
2.3 Ekspresi kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta
kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak tiupan.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik tiupan dalam penghasilan corak
2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : garisan, warna, jalinan, serta ritma dan
pergerakan dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakandengan memberikan
penekanan pada bahasa seni visual
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Standard Pembelajaran
Persepsi estetik
1. Guru menunjukkan pelbagai corak teknik
tiupan.
2. Guru berinteraksi dengan murid tentang
unsur seni dan prinsip rekaan seperti
garisan, jalinan, warna, irama dan
pergerakan serta kepelbagaian.
3. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang media yang sesuai untuk
membuat corak teknik tiupan.
Aplikasi seni
1. Guru menunjuk cara menghasilkan corak
tiupan dengan pelbagai teknik meniup
straw.
2. Guru menunjukkan cara menghias
bingkai gambar dengan corak teknik
tiupan
Langkah 1
1. Murid membancuh warna di dalam palet
Langkah 2
1. Ambil warna menggunakan straw atau
berus dan titiskan di atas kertas lukisan.
2. Tiup warna menggunakan straw ke
pelbagai arah.
3. Menggunakan pelbagai warna untuk
mendapatkan kesan corak tiupan yang
menarik.
Langkah 3
1. Ulangi aktiviti di atas dengan
menggunakan pelbagai warna.

Ilustrasi Aktiviti

Ekspresi kreatif
1. Murid menjalankan aktiviti mencorak
dengan teknik tiupan mengikut kreativiti.
2. Murid menampal kertas putih yang
bersaiz lebih kecil pada bahagian tengah
hasil corak bagi menampakkan bingkai
gambar.
Apresiasi seni
1. Murid mempamerkan hasil kerja
2. Murid menceritakan hasil kerja sendiri
dan rakan-rakan.
3. Murid memberikan pelbagai cadangan
untuk menggunakan corak tiupan bagi
dijadikan hiasan pada rekaan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai