: 930801-03-5985
UNIT
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR
: 22 MAC 2015
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya
Tandatangan : ..................................................................................................
Nama
No. K/P
: 930801-03-5985
Program
Unit
Ambilan
: JANUARI 2013
Subjek
Tarikh
:
SENARAI KANDUNGAN
4
Penghargaan
Analisis Video
Refleksi
Lampiran
Bibliografi
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda
kerana dengan limpahan rahmat dapat kita mengecap erti kemanisan iman serta
kehangatan Islam.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DR Razali Bin
Shafie kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan dari beliau tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan
ini dengan baik dan sempurna. Tunjuk ajar dari beliau mengenai budaya dan
pembelajaran banyak membantu saya, beliau memberikan tips-tips untuk mendapatkan
maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
pensyarah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana turut memberi
tunjuk ajar sehingga tugasan ini disiapkan.
Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
rakan- rakan IPG yang banyak membantu dan turut berkolaborasi dan membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih. Segala jasa tuan saya kembalikan kepada
Allah Rabbul Jalal untuk membalasnya
Analisis Video
Mak Yong : Muzikal, drama dan tari
dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba
menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah
sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai
persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak
Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak
Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh
mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan
mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi
kejatuhan imej Mak Yong.
Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud,
dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan
pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak
Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari
Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.
Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri
Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-
orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tariantarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa
generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan
kembali.
Terdapat 5 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Tiga daripadanya terdapat
di Malaysia. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai perbezaan yang
membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:a. Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di
selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
b. Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.
c. Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
d. Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
e. Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
10
Mak Yong yang lengkap, asli dan autentik dipersembahkan dalam permainan Mak
Yong. Perkara ini dibuktikan melalui senarai cerita yang direkodkan oleh Mubin
Sheppard yang mencatatkan bahawa Cerita Makyong bermula dengan satu cerita
Dewa Muda lalu berkembang kepada cerita Anak Raja Gondang, Bongsu Sakti, Raja
Tangkai Hati, Indera Dewa-dewa Indera, Puteri Timun Muda, Raja Muda Laleng, Raja
Muda Lembek, Gading Bertimang dan Raja Dua Serupa.
Sementara itu menurut kajian Mohamed Afandi Cerita Makyung terbahagi kepada 5
kumpulan cerita.
Kumpulan 1:
1. Cerita Anak Raja Gondang
2. Cerita Bongsu Sakti
3. Cerita Tuan Bijak Laksana.
12
Kumpulan 3:
Cerita Raja Muda Laleng
Kumpulan 4:
Cerita Raja Muda Lembek
Kumpulan 5:
Cerita Raja Tangkai Hati
Dari sini jelas memperlihatkan kesinambungan cerita-cerita tersebut antara satu sama
lain. Mak Yong yang lengkap dan autentik ialah: Dewa Muda, Dewa Pecil (dan Dewa
Samadaru sebagai suatu versi lain), Dewa Sakti (Raja Sakti), Dewa Indera-Indera
Dewa
Dewa Panah (Anak Raja Panah), Anak Raja Gondang (mengandungi Bongsu Sakti dan
Bijak Laksana), Gading Bertimang, Raja Tangkai Hati, Raja Muda Lakleng, Raja Muda
Lembek, Raja Besar dalam negeri Ho Gading, dan Bedara Muda
Cerita Mak Yong sebagai sebuah hasil sastera rakyat, cerita-cerita Mak Yong
diperturunkan secara lisan. Dalam proses penyebarannya ia mengalami pindaan dan
tokok tambah pada jalan cerita, teks dan juga tajuk. Sehingga kini masih belum dapat
dikenal pasti berapa lamakah cerita-cerita Mak Yong yang dipersembahkan telah wujud.
Kesukaran juga dihadapi dalam usaha menyenaraikan tajuk cerita-cerita Mak Yong
13
kerana terdapat tajuk yang berlainan tetapi mempunyai isi cerita yang sama.
Walaubagaimanapun cerita-cerita Mak Yong adalah sebenarnya berada dalam
lingkungan atau rumpun yang sama. Persembahan Mak Yong biasanya berlanjutan tiga
hingga lima malam. Ini menepati salah satu ciri sastera rakyat. Ia juga boleh dianggap
sebagai penglipur lara.
Cerita Mak Yong mempunyai struktur yang tersendiri dan bentuknya. Walaupun cerita
berbeza sekalipun strukturnya adalah sama. Di antara Strukturnya ialah:
Struktur dalam cerita Mak Yong
1. Bertabuh
2. Mengadap rebab
3. Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
4. Pak Yong Muda atau Puteri Mak Yong akan menyanyi.
5. Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
6. Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
7. Dialog
8. Nyanyian Peran
9. Dialog antara Pak Yong dengan Peran
10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
11. Dialog
12. Nyanyian Peran
13. Dialog
14. Nyanyian Peran
15. Dialog
14
Wau berjaya ditemui, malangnya tersangkut atas dahan (bumbung istana bota).
Awang Sejambul Lebat dipanggil membantu Dewa Muda untuk meneruskan niat
menemui Puteri Ratna Emas dengan meniti tali yang diikat pada busut rumput. Di
pertengahan jalan, Dewa Muda ditakuti oleh suara Bota yang garang dan Dewa Muda
berasa takut, lantas Dewa Muda turun ke bumi tetapi telah dipukul oleh Awang Si
Jambul Lebat dengan Lintang 40 membujur 40 sehingga Dewa Muda sanggup mendaki
semula. Mereka berasa amat penat lalu menjamah sedikit makanan dan tertidur di situ.
Pada waktu itu, Puteri Ratna Emas dan Inang Bongsu sedang bermain di taman istana.
Mereka terkejut melihat tanaman di makan orang. Namun apabila ternampak Dewa
Muda dan Awang Sejambul Lebat mereka pun berkenalan. Berputiklah cinta antara
Dewa Muda dan Puteri Ratna Emas. Sewaktu hendak di bawa ke dalam istana, Dewa
Muda telah ditukarkan rupanya oleh Puteri Ratna Emas menjadi sekuntum Bunga Putih
bagi mengelak diketahui asal usul kekasihnya itu oleh ayahanda Raja Bota dan Inang
Bongsu yang curiga.
Serunai selalunya lebih sinonim dengan persembahan wayang kulit dan Rebab
sinonim dengan mak yong. Walubagaimanapun, mungkin ada kumpulan dan
persembahan yang menggunakan serunai dalam mempelbagaikan kreativiti.
16
Rebab merupakan alat yang paling penting dalam muzik Mak Yong. Rebab
mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka dibuat
daripada kayu nangka atau sena dan ditutupi dengan kulit lembu. Terdapat susu pada
muka di penjuru kiri. Fungsinya adalah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam
dan luar. Masa dahulu, tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian
menggunakan benang kasar. Sekarang pula mengunakan tali gitar, tali gambus atau tali
biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Ahli muzik yang
terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab dan juga dikenali
sebagai Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin" kumpulan muzik itu.
Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 bar dan selepas itu diikuti oleh
gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus.
Unsur nyanyian dalam Mak Yong diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga
ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan bar selepas
17
pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh
korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali.
Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu adalah lebih
besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian gong ibu lebih rendah dari
bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang
dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan
mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain
atau kepingan getah Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu
manakala gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form
dalam muzik Mak Yong.
Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka gendang
ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya diperbuat dari rotan dan
kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo sesuatu lagu.
Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat dua bahagian
pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari besi ataupun tembaga.
Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan gemersik.
18
Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat canang ibu
dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar melalui bunyi. Jika bunyinya
adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan sebaliknya. Canang digunakan untuk
mengawal bit sesuatu lagu.
Repertoire muzik Mak Yong terdiri daripada lagu-lagu paluan dan lagu-lagu
nyanyian. Lagu - lagu paluan dimainkan untuk beberapa kegiatan tertentu, termasuk
lagu yang bertajuk Pak Yong Turun untuk mengiringi pelakon-pelakon ke atas panggung
pada permulaan persembahan, lagu Barat yang biasanya perjalanan dalam cerita, dan
lagu yang bertajuk Sang atau Penyudah untuk menyudahi sesuatu persembahan.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan muzik Mak Yong adalah muzik vokal yang
dimainkan dengan tujuan tertentu berasas kepada keadaan cerita tertentu.
Pada permulaan persembahan dramatari Mak Yong, lagu (serta tarian) yang
sangat penting ialah lagu yang bertajuk Menghadap Rebab apabila semua pelakon
member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu khas ini memberi aspek ritual yang
penting kepada pelakon-pelakon dan pemain-pemain muzik dalam rombongan Mak
Yong. Tetapi dalam konteks cerita, lagu yang bertajuk Ela dinyanyikan untuk
menyampaikan berita, manakala lagu Mengulit Raja Nak Tidur dimainkan untuk masa
tidur atau untuk membangkitkan perasaan yang halus.
Untuk suasana sedih lagu Jembar atau Mengambul biasanya dimainkan,
manakala untuk kegiatan berjalan lagu yang sesuai ialah Timang Welu dan Kijang
Emas. Lagu-lagu yang bertajuk Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pakyung kerapkali
digunakan untuk berbagai tujuan. Adalah dipercayai bahawa lagu Sedayung Pakyung
dikaitkan dengan kuasa yang luar biasa terutama kuasa yang bersifat sakti dan lagu ini
digunakan khususnya untuk mengubah atau menjelma rupa atau bentuk watak atau
sesuatu yang lain dalam cerita. (dipetik dari buku Muzik Malaysia: Tradisi Klasik Rakyat
dan Sinkretik oleh Patricia Matursky dan Tan Sooi Beng m.s 29)
Watak Dalam Mak Yong
Watak-watak yang dimainkanWatak - watak penting dalam sesebuah cerita makyung :-
19
1. Pak Yong - Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita
makyung
2. Pak Yong Muda - Walak utama atau hero dalam cerita makyung. Watak inilah yang
mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa
cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.
3. Mak Yong - Juga permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang
penting sebagai watak utama.
4. Puteri Mak Yong - Sebagai heroin dalam cerita makyung
5. Peran - Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita makyung. Peran
tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan
bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.
6. Dayang - dayang - Terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai
penari atau pengiring Mak Yung atau Puteri Mak Yung.
20
21
5. Lagu Mengambul - dinyanyi oleh watak utama dalam adegan sedih untuk
menyampaikan berita sedih.
6. Lagu Saudara - dinyanyi berselang-seli dengan lagu Kijang Mas oleh seorang inang.
7. Lagu Pak Yong Muda - dinyanyi oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa
adegan sedih.
8. Lagu Mak Yong Muda - dinyanyi oleh Mak Yong pada pertengahan cerita dalam
adegan sedih.
9. Lagu Tuk Wok - dinyanyi oleh peran tua semasa menyampaikan berita @ meluah
perasaan.
10. Lagu Barat - terdapat 4 versi iaitu Barat Anjur, Kisah Barat, Barat Cepat dan
Gunung Barat.
11. Lagu Pikir - dinyanyi oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian.
12. Lagu Yur - dinyanyi oleh peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita.
13. Lagu Balik Padi - dinyanyi ketika gembira semasa dalam perjalanan.
14. Lagu Berkhabar - dinyanyi Pak Yong @ peran untuk menyampaikan berita.
15. Lagu Gading Timah - dinyanyi Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri Bergading Timah.
16. Lagu Kojol - dinyanyi oleh peran untuk mengambarkan aksi fizikal seperti
mendayung sampan.
17. Lagu Buluh Seruas - menggambarkan suasana.
18. Lagu Jamba (Gembal) - menggambarkan suasana.
19. Lagu Yo Peran - dinyanyi Pak Yong untuk memanggil peran tua pada permulaan
cerita, peran juga menyanyi lagu ini.
20. Lagu Anak Kumbang - dinyanyi semasa gembira oleh Pak Yong, Mak Yong, Puteri
dan Putera.
22
21. Lagu Sri Gunung - dinyanyi Peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita. juga
dinyanyi semasa selingan sebelum persembahan cerita.
22. Lagu Menguli - lagu timang-timagan untuk kanak-kanak dewasa.
23. Lagu Dayung Sampan - dinyanyi semasa melakukan aksi mendayung sampan.
24. Lagu Mak Puyuh - dinyanyi oleh Peran semasa bergurau.
25. Lagu Tari Inai - mengiringi tarian inai.
26. Lagu Kisah Puteri Mak Yong - dinyanyi oleh Puteri @ Mak Yong untuk meluahkan
perasaan.
27. Lagu Menghadap Raja - dinyanyi peran dalam perjalanan menghadap raja.
28. Lagu Sabar - dinyanyi semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk
mendedahkan maklumat.
29. Lagu Berlari Hambat Rusa (Lagu Berjalan) - mengiringi dalam perjalanan @
semasa memburu.
23
pendedahan media seni Mak Yong menyebabkan ramai yang tidak mengenali Mak
Yong yang sebenarnya tersohor di serata dunia dengan mendapat pengiktirafan
UNESCO.
Selepas itu, apabila kita menonton video Mak Yong Dewa Muda- Panggung Beringin
Emas, kita terpinga-pinga akan watak yang dilakonkan. Mana satukah watak yang
sedang dilakonkan menyebabkan kita susah memahami keseluruhan cerita Mak yong
tersebut.
Analisis Kekuatan Video mak Yong Dewa Muda- Panggung Beringin Emas
Tarian tradisional Melayu ini dipersembahkan beberapa watak seperti Pak Yong, Pak
Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. Keunikan
25
Mak Yong disenaraikan UNESCO sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible
Herritage of Humanity, pengiktirafan tertinggi warisan dunia bagi seni budaya. Kita patut
berbangga dengan tahap kesenian seni Mak Yong negara kita diiktiraf di peringkat
dunia. Persembahan Mak Yong merupakan satu persembahan yang ada kaitan dengan
teater muzikal yang mana ada diselitkan lagu-lagu nyanyian yang diiringi oleh tarian
para pelakon Mak Yong. Jenis tariannya juga adalah unik mampu menarik minat
penonton. Melalui penggunaan kostum menarik, tarian yang unik serta diserikan
dengan alunan muzik seperti rebab, tawak, gendang, canang, kesi dan serunai tidak
hairanlah tarian ini menjadi kegilaan masyarakat dahulu. Selain itu, Mak Yong juga telah
menjadi antara medium hiburan utama kepada masyarakat dan seringkali mendapat
tempat untuk dipersembahkan pada sesuatu majlis. Namun, zaman silih berganti
warisan tarian tersebut kini dilihat semakin tenggelam dan kurang mendapat tempat di
hati masyarakat. Jika tarian berkenaan tidak dipertahankan dan tidak ada usaha-usaha
dilakukan untuk mengembangkannya, tidak mustahil satu hari nanti ia akan terus
lenyap dan bakal pupus begitu sahaja
Menyedari hakikat tersebut, guru seharusnya tampil menghidupkan semula Mak
Yong ini. Walaupun tidak secara keseluruhan persembahan, guru boleh menjiwai seni
tarian Mak Yong dan diajar kepada murid-murid agar dapat mengekalkan seni tarian
Mak Yong. Di samping itu, dengan menubuhkan kumpulan seni tari Mak Yong,
kumpulan yang guru asaskan ini dapat membuat persembahan pada majlis-majlis rasmi
di sekolah dan sebagainya. Selain itu, melalui video tersebut kita dapat mendengar
alunan muzik yang merdu dan unik serta melambangkan keaslian warisan kesenian
negara kita. Guru muzik boleh menjiwai sebagai contoh alunan serunai dalam
persebahan Mak Yong dan diterapkan dalam PdP sebagai satu tajuk yang perlu
dipelajari oleh murid. Dengan ini barulah lahir murid yang pandai bermain dengan alat
muzik tradisional seterusnya mengekalkan warisan muzik dalam Mak Yong.
Selain itu, dalam video mak Yong Dewa Muda-Panggung Beringin Emas dapat kita
lihat cerita yang berkaitan dengan pengembaraan yang penuh dengan nasihat,
hubungan dengan masyarakat dan agama yang akan saya hurai dengan lebih lanjut
selepas ini. Salah satu contoh yang jelas kita dapat lihat dalam video tersebut ialah
26
pengasuh menasihati Dewa Muda iaitu kalau kita ambil barang kepunyaan orang lain,
kita akan masuk api neraka. Di sini jelas menunjukkan bahawa hal ini adalah berkaitan
dengan perintah agama, mengambil sesuatu barang kepunyaan orang lain adalah tidak
wajar dilakukan. Melalui babak ini juga guru dapat menerapkan nilai nasihat ini kepada
murid-murid agar mesej daripada persembahan Mak Yong dapat sampai kepada muridmurid dalam PdP.
Di samping itu, dalam video tersebut kita dapat lihat pesembahan tersebut
menekankan nilai pendidikan kepada generasi muda. Ini adalah salah satu cara untuk
menarik golongan muda seperti murid sekolah untuk menonton persembahan Mak
Yong ini. Sebagai contoh Mak Yong menerapkan nilai ketaatan kepada Allah dan
dilarang
meningkari
perintahNya.
Persembahan
mak
Yong
sememangnya
mementingkan nilai-nilai dan mesej yang disampaikan dan bukan untuk hiburan
semata-mata. Oleh itu kita perlulah berfikir dan mengambil mesej-mesej kebaikan
tersebut sebagai satu benda yang positif dalam kehidupan seharian kita seterusnya
menyemai nilai-nilai murni tersebut kepada anak didik kita.
Kita juga dapat lihat cara rakyat biasa berhadapan dengan raja dalam video
tersebut. Meskipun raja boleh di ajak bergurau namun adab-adab dari segi pertuturan
dijaga. Di sini kita dalapat mentafsirkan kita seharusnya menjaga adab dengan orang
yang lebih tinggi tarafnya berbanding kita sebagai contoh guru perlu menerapkan adabadab antara murid dan guru kepada murid. Selain itu, kita perlu menghormati
kedudukan individu dalam masyarakat. Dalam struktur organisasi masyarakat Melayu
terdapat kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh setiap indivdu. Struktur yang
paling kecil ialah keluarga. Dalam struktur kekeluargaan, bapa merupakan kedudukan
yang paling tinggi diikuti ibu. Oleh yang demikian setiap ahli keluarga perlu
menghormati bapa sebagai ketua keluarga sebagaimana perkara ini ditonjolkan dalam
cerita Mak Yong. Dalam cerita Dewa Muda, Raja amat dihormati oleh permaisurinya
dan putera-puterinya. Penghormatan ini ditonjolkan melalui gaya pertuturan, perkataan
dan tindakan seperti meminta izin sebelum menghadap dan merapat sembah apabila
27
bertemu. Dalam konteks pemimpin dengan rakyat, jelas tergambar adab kesopanan ini
sebagaimana gaya pengucapan, gerak dan aksi apabila berhadapan dengan raja.
Selain itu, persembahan Mak Yong ini mampu membawa kita mengembara secara
imaginasi terutama dalam pengembaran dalam dunia lain. Ini merancakkan lagi
pemikiran kreatif murid dalam berimaginasi dalam pendidikan sebagai contoh murid
berimaginasi akan benda yang hendak dihasilkan dalam sesuatu mata pelajaran.
Dalam cerita Mak Yong sering ditampilkan mengenai dua alam yang berbeza iaitu alam
nyata dan alam ghaib. Alam nyata ialah alam yang dihuni oleh manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan manakala alam ghaib ialah alam yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar dan dihuni oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasat seperti
jin, hantu, dewa, syaitan dan lain-lain makhluk yang dikategori sebagai makhluk halus.
Pemaparan isu kedua-dua alam ini dan hubungannya menggambarkan masyarakat
pada masa itu mempercayai tentang kewujudannya. Dalam Islam sendiri pun
menyatakan bahawa wujudnya alam ghaib yang tidak diketahui oleh manusia
melainkan Allah sendiri yang mengetahui isi kandungan alam ghaib. Dalam Islam,
selepas alam kehidupan dunia ialah alam akhirat, guru harus memberikan nasihat dan
penerangan mengenai unsur agama kepada murid agar sama-sama dapat mematuhi
suruhan Tuhan seiring dengan perjalanan kita ke alam tersebut.
Seterusnya, persembahan Mak Yong sedikit sebanyak dapat mengelakkan murid
pada masa kini lali dengan hiburan kemodenan dunia seperti Kpop, Hip Hop, muzik
yang melalaikan, permainan video dan sebagainya. Melalui Mak Yong murid dapat
menghargai warisan kesenian nenek moyang kita yang sarat dengan kisah-kisah
tauladan di samping dpaat mengekalkan minat terhadap Mak Yong.
28
Persembahan Mak Yong perlu dikekalkan sebagai satu hiburan tauladan kepada
masyarakat terutama murid sekolah. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya mengambil
inisitaif dalam menonjolkan Mak Yong dalam pendidikan pada masa kini termasuklah
dari segi dana untuk persebahan, dana untuk penyelidikan dan dana untuk
membukukan serta mendokumentasikan warisan Mak Yong sebagai satu elemen
pendidikan. Hal ini demikian kerana Mak Yong merupakan satu persembahan yang
sarat dengan nilai-nilai murni serta tauladan yang selaras dengan masyarakat kita.
Guru perlu mendalami situasi serta cerita Mak Yong agar dapat memberitahu
dengan lebih jelas mesej yang hendak disampaikan dalam persembahan kepada murid.
Hal ini kerana dialek dan gaya pertuturan dalam Mak Yong adalah begitu klasik dan
perlu penghayatan untuk memahaminya.Seterusnya guru boleh mewujudkan kumpulan
seni tarian Mak yong di sekolah bagi mengekalkan dan mewarisi seni tariannya yang
agak unik serta pakaian tradisional Mak Yong yang menggambarkan pemakaian
masyarakat pada masa dahulu. Seni tarian Mak yong di sekolah perlu disokong dan
dibantu oleh Jabatan Warisan Negara yang sedia menghulurkan dana untuk menjalani
latihan dan persembahan Mak Yong. Jika kena dengan cara, kumpulan seni tarian Mak
Yong yang ditubuhkan oleh guru akan mendapat sambutan dan mendapat undangan
persembahan pada majlis-majlis penting kerajaan, selain turut giat mengadakan
persembahan di seluruh negara dan juga luar negara. Tetapi harus diingat guru perlu
bijak mengajar murid agar pelajaran mereka tidak terganggu walaupun mereka aktif
dalam seni tarian Mak Yong.
Selain itu, dalam video tersebut dapat kita lihat dialek dan gaya percakapan sukar
difahami. Oleh itu, penambahbaikan perlu dibuat dari segi bahasa perantaraan dalam
persembahan supaya mudah difahami oleh masyarakat akan tetapi tetap mengekalkan
keaslian Mak Yong itu sendiri. Hal ini menyebabkan Mak Yong boleh menarik minat
murid kerana muda difahami dialog persembahannya. Tetapi, pengenalan kepada
bahasa perantara mestilah diberitahu semasa permulaan persembahan.
Selepas itu, keaslian costume perlu dikekalkan namun pengembangan costume
perlu dibuat agar selesa dengan mata masyarakat yang menonton mak Yong. Hal ini
termasuklah pakaian perlulah menutup aurat dan tidak terlalu ketat selari denganajaran
29
agama Islam, dengan cara ini Mak Yong akan dihormati dan dapat diangkat sebagai
seni warisan yang mementingkan nilai-nilai pemakaian yang sopan dan buka sekadar
hiburan. Dalam memartabatkan seni Mak Yong pelbagai cara boleh difikirkan
munasabah dengan masyarakat dan dunia sekarang. Cerita yang ditonjolkan tidaklah
menunjukan Mak Yong itu menggambarkan masyarakat pada masa dahulu terlalu
mempercayai animisme tetapi masyarakat yang mementingkan nilai-nilai agama yang
sesuai untuk tontonan segenap lapisan masyarakat.
Selain itu, pengembangan cerita Mak Yong juga boleh dibuat dengan menambah
cerita dan kisah tauladan dengan lebih menarik dengan tidak meninggalkan situasi
lakonan yang lebih kepada kisah raja-raja dalam Mak Yong itu sendiri. Kisah-kisah yang
berunsurkan jenaka boleh menarik minat murid untuk menonton Mak Yong.
30
31
Mak Yong dapat dijadikan sebagai elemen set induksi guru untuk manarik minat
murid pada permulaan kelas bermula. Guru perlu menonjolkan unsur jenaka diselarikan
dengan nilai tauladan semasa set induksi.
32
Kesimpulan
Makna merupakan jiwa kepada karya. Daripada perbincangan di atas jelas
menunjukkan bahawa persembahan Mak Yong sememangnya menekankan kepada
estetika makna jiwa karya cerita Mak Yong menyerlahkan nilai-nilai murni dari sudut
moral masyarakat. Tanpa melibatkan emosi dan penghayatan, khalayak tidak akan
mampu menyelami jiwa kesenian Mak Yong. Oleh demikian hubungan antara karya
dengan emosi khalayak membantu khalayak menyelami dan memahami makna yang
cuba diketengahkan oleh pengkarya.
Manfaat bukan sahaja dari segi hiburan malahan memberikan pengalaman kepada
penonton. Dalam cerita Mak Yong, makna atau jiwa karya memperlihatkan pemikiran
masyarakat Melayu tradisi dan membicarakan nilai-nilai moral yang baik untuk diambil
ingatan dan dipraktikkan oleh masyarakat. Ini akhirnya mampu menerapkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan masyarakat.
33
ditetapkan. Projek Tugasan yang diberikan pada kali ini bagi saya ianya merupakan
satu cabaran kerana tugasan ini memerlukan saya meneliti tajuk yang kami pilih iaitu
Mak Yong yang mana ini adalah kali pertama saya belajar subjek ini.
Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana mendidik saya dengan baik
sehingga saya mengesyorkan profession guru sebagai pilihan utama.
Seterusnya
jutaan terima kasih kepada Dr Razali Bin Shafie yang telah banyak memberikan tunjuk
ajar dan input yang berguna untuk saya menyiapkan tugasan projek ini. Sememangnya
tugasan
ini
memerlukan
pandangan
dari
pensyarah
yang
lebih
luas
ilmu
pengetahuannya.
Kekuatan
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran yang
telah saya perolehi. Setelah menyiapkan tugasan ini dan mendengar pembentangan
serta
penerangan
semasa
kuliah
yang
diberikan
oleh
pensyarah-pensyarah,
pembentangan topik-topik oleh rakan-rakan dan saya mendapati tugasan ini tidaklah
begitu sukar. Melalui tugasan ini saya dapat mendalami subjek ini dengan lebih
mendalam. Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat dan
bahan-bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga berkongsi maklumat
dengan rakan-rakan yang lain dan saling bertukar pendapat. Terlebih dahulu saya
memahami apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang dicari. Saya
juga telah berjumpa dengan senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar
mereka serta bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana
saya ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini lebih
sempurna. Di dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat mengukuhkan
pengetahuan saya dalam subjek ini bagi memantapkan pengajaran saya pada masa
hadapan.
Kelemahan
34
mengenai Mak Yong berbanding tajuk yang lain. Oleh itu kami berusaha keras untuk
mencari maklumat yang diperlukan bagi melengkapi tugasan projek saya pada kali ini.
Akhir sekali daripada saya, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara
tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Bibliografi
35
Buku
Siti Zainon Ismail (1985), Percikan Seni, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdullah Mohamad (Nakula)(1991), Akademi Seni Tengku Temenggung: Satu Aspek
Dari Sejarah Sosial Kelantan 1879-1935, Warisan Kelantan X, Perbadanan Muzium
Kelantan, Kota Bharu, Kelantan
Zulkifli Mohamad (1994), Cempaka Emas: Mak Yong Suasana, Seminar Antarabangsa
Mak Yong, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Internet
http://makyong-dancetheatre.blogspot.com/
Makyong Harus Tetap Ada Senin, Sijori Mandiri.net
http://mimbarkata.blogspot.com/2013/04/mak-yong-muzikal-drama-dan-tari.html
http://adisaufi.blogspot.com/2010/05/mak-yong-sejarah-dan-asal-usul.html
36