Anda di halaman 1dari 6

Setelah meneliti serta menghayati apa yang dimaksudkan dengan teknologi

maklumat dan komunikasi maka dapatlah saya fahami betapa pentingnya perkara ini
diwujudkan dalam sesebuah kelompok komuniti atau masyarakat untuk memastikan
kemajuan serta pembangunan komuniti itu tidak ketinggalan jauh dari masyarakat
lain.
Dalam usaha untuk merealisasi objektif dan falsafah pendidikan negara ke
arah masyarakat berteknologi dan bermaklumat, terutama sekali yang berteraskan
penggunaan teknologi

maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu, saya dapati ianya amat berguna sebagai salah satu alat bagi memperolehi
banyak maklumat untuk diketengahkan kepada pelajar-pelajar.
Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu adalah bertepatan dengan usaha menjadikan pelajar
celik computer dan berkemampuan menggunakan alat ini secara yang lebih cekap
dan mahir. Meskipun pada awalnya para pelajar dan guru masih lagi perlu
mendalami kemahiran menggunakan pelbagai alat teknologi maklumat ini untuk
mendapat bahan berkaitan subjek Bahasa Melayu, namun berkat ketekunan dan
kebijaksanaan pihak-pihak tertentu terutama sekali Kementerian Pelajaran, para
guru, ibubapa-ibubapa dan masyarakat maka semua ini telahpun dapat ditangani
secara beransur-ansur.
Walaupun saya dapati usaha-usaha pelbagai pihak, terutama sekali guru-guru
yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk menimba bahan-bahan
berkaitan di laman sesawang atau dari portal majalah tertentu, namun masih ada
terdapat banyak kekangan-kekangan dalam usaha memperkembangkan Bahasa
Melayu dalam era teknologi maklumat yang semakin berkembang ini. Kekangan
dan cabaran yang paling utama ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang begitu
meluas dalam internet, ruang siber dan globalisasi. Apapun cabaran itu,penggunaan
teknologi

maklumat

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

Bahasa

Melayu

membolehkan saya lebih berkemampuan, kreatif dan mempelbagaikan kaedah dan


strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas.
Para pelajar juga sudah tentunya menunjukkan minat yang tinggi dan
melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sinilah
kemuncak penggunaan teknologi maklumat yang amat besar sekali. Ini kerana alat-

alat ini bukan sahaja digunakan sabagai alat memotivasikan pelajar untuk terus
memberi tumpuan terhadap pengajaran guru tetapi juga untuk memastikan pelajar
mendapat bahan-bahan yang berkaitan secukupnya.
Saya juga amat teruja kerana telah dapat mengetahui arah tuju cabaran baru
dalam era teknologi maklumat dalam memperkembangkan Bahasa melayu menjadi
bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat,
bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sain dan teknologi. Untuk mencapai
hasrat ini, lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu
dihasilkan. Impian ini hanya dapat di capai dengan adanya lebih banyak pengarang,
penyelidik guru,penerbit dan institusi penyelidikan.
Sesungguhnya, tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan
memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dipikul oleh pihak tertentu
sahaja. Dengan kata lain, semua pencinta bahasa dan pejuang bahasa kebangsaan
mestilah melibatkan diri secara aktif. Saya rasakan inilah masanya untuk kita
melakukan sesuatu yang besar maknanya kerana kita masih berada di pangkal
jalan era teknologi maklumat. Jika tidak kita akan karam dalam arus globalisasi yang
digelorakan oleh Bahasa Inggeris seperti yang saya nyatakan awal tadi.
Salah satu kemudahan teknologi maklumat yang
kementerian pelajaran untuk guru-guru yang

disediakan oleh

mengajar mata pelajaran Bahasa

Melayu terutamanya ialah kemudahan EduwebTV. Dengan kemudahan teknologi


maklumat yang canggih ini saya boleh memilih saluran rencngan TV pendidikan
yang sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pengajaran Bahasa
Melayu di dalam kelas. Pengumpulan maklumat dan bahan dari segala sumber
maklumat

samada

mempertingkatkan

memalui internet atau


keberkesanan pengajaran

teknologi maklumat

lain

dapat

pembelajaran saya di dalam bilik

kelas. Keberkesanan EduwebTV tidak dapat dinafikan kerana pelajar-pelajar boleh


mendapat manfaat daripada kandungan yang disediakan seperti Berita pendidikan
Rancangan akademik, Rencana, Wawancara, kurilulum,, interaktif dan siaran
langsung arkib.
Selain itu, saya juga mendapat manfaat bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran berkaitan subjek Bahasa Melayu dari Bahagian Teknologi Pendidikan.
Bahan-bahan ini datangnya dari pelbagai media yang diterbitkan oleh Bahagian

Teknologi Pendidikan dan bahagian ini seterusnya membuat

pemantauan

pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah yang menyediakan program


literasi maklumat.
Bahagian Teknologi Pendidikan turut banyak membantu menyebarkan bahan
pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui
pelbagai medium elektronik dan media cetak selain memantau dan menilai
penggunaan teknologi dalam pengajaran pembelajaran yang

sudah tentu

menguntungkan diri saya selain rakan-rakan sejawatan. Khidmat kepakaran dan


nasihat yang ditawarkan dalam penggunaan teknologi maklumat oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan sungguh bermakna bagi saya sebagai guru Bahasa Melayu
kerana ini akan menjadikan saya lebih cekap dalam mengendalikan alat-alat yang
dibekalkan dalam pengajaran dan pembelajaran bebantukan teknologi maklumat.
Mengintergrasi teknologi maklumat berdasarkan daripada kategori muridmurid ataupun stail pembelajaran dan tahap keselesaan belajar murid-murid dapat
membantu saya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid
dalam bilik kelas dengan berkesan. Peningkatan mutu dan mempelbagaikan
penyampaian

dan

pengajaran

melalui

penggunaan

internet,

bahan-bahan

multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada adalah peranan penting
Teknologi maklumat dan komunikasi.
Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber yang begitu luas kepada
saya, guru Bahasa Melayu memudahkan lagi saya terus mendapat bahan-bahan
pengajaran dan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Melalui portal-portal
pendidikan pula, samada portal tempatan ataupun luar yang berkaitan bahan-bahan
pengajaran Bahasa Melayu, ianya dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada
murid-murid. Guru pula boleh mengemaskini dan mengulang pakai bahan-bahan
tersebut

disamping

mendapat

bahan-bahan

terkini

dari

portal-portal

yang

disediakan.
Seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran yang selama ini telah
mendukung prinsip memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, saya dapati ianya amat penting bagi diri saya dalam
usaha merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini telah pun

memberi impak yang positif kepada pencapaian serta prestasi akedemik muridmurid yang mempunyai pelbagai kecerdasan .
Sesungguhnya, hasil daripada penelitian dan pemahaman saya tentang satu
lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan internet ialah melalui
E-Learning, maka dapatlah saya fahami bahawa pengelibatan pelajar secara
holistic dalam bilik kelas adalah menjadi fokus utama. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran cara e-learning ini murid-murid adalah pembuat perancangan dan
menentukan kesesuaian bahan dalam e-learning bergantung kepada tahap mereka.
Walaupun saya dapati bahawa penggunaan teknologi maklumat jenis ini amat
menguntungkan para pelajar dan guru namun cabaran dalam melaksanakan elearning terutama sekali peringkat mengakses adalah masalah utama di Malaysia.
Apapun cabarannya, saya akui bahawa e-learning amat membantu saya dalam
penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Antara sumber-sumber e-learning yang saya boleh kenalpasti untuk
dimanfaatkan ialah bahan-bahan percuma dari internet, bahan yang dihasilkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama konsortium tempatan, bahanbahan yang dihasilkan oleh sektor swasta dan CD-ROM yang dihasilkan oleh
bahagian Teknologi Pendidikan.
Selain berbantukan pengajaran dan pembelajaran secara e-learning, saya
juga sedia maklum bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam usaha
menambah nilai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah seharusnya di beri keutamaan. Pusat Sumber Sekolah yang selama ini saya
dapati banyak memberi sumbangan ke arah penyediaan bahan pengajaran perlu kini
bergerak ke arah pusat sumber elektronik. Ini bertujuan untuk mengimbangi
pekembanganan pesat bidang pendidikan serta teknologi maklumat dan komunikasi
masa kini.
Pusat Sumber Elektronik merupakan pusat sumber yang telah lama diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran dengan bertujuan membantu guru-guru Bahasa
Melayu seperti saya ini dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan alat alat teknologi maklumat seperti Televisyen,

laser disc

dan lain-lain dalam bilik darjah. Senario

penggunaan pusat sumber

sekolah elektronik yang dapat saya fahami penggunaannya adalah seperti berikut.
Sekumpulan pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah rendah di luar bandar
sedang belajar subjek Bahasa Melayu dalam topik pakaian tradisional masyarakat
Malaysia. Antara paling awal disentuh ialah pakaian tradisional masyarakat Iban di
Sarawak.
Saya terlebih dahulu berbincang dengan guru pusat sumber dan meminta bantuan
guru pusat sumbar untuk berhubung dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan berkaitan.
Contohnya Kementerian Pelancongan. Bahan- bahan berkaitan pakaian tradisional
kemudian saya muat turun dan disimpan dalam CD-ROM. Pada waktu mengajar
Bahasa Melayu saya akan menayangkan bahan-bahan berkaitan melalui laser disc
dan menerangkan maklumat seterusnya kepada murid-murid tentang pakaian
tradisional setiap kaum di Malaysia.
Oleh itu, dengan berbantukan alat-alat elektronik berserta teknologi maklumat
seperti ini

maka sudah tentulah proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu yang saya jalankan berjaya sepenuhnya dan objektifnya tercapai.


Selain penggunaan sumber-sumber maklumat dari Pusat Sumber Elektronik
saya juga boleh menambah nilai bahan sumber melalui aktiviti hand on serta
interaksi dengan alat teknologi canggih lain untuk mengoptimumkan proses
pengajaran saya..

Misalnya saya, boleh menjadikan pengajaran saya lebih

berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan


seterusnya menggunakan bahan cetak pada kad latihan atau bahan bacaan yang
berkaitan Bahasa Melayu. Pengajaran pembelajaran diteruskan lagi dengan
menggunakan internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir
pengajaran

nanti

murid-murud

digalakkan

membuat

persembahan

hasil

pembelajaran berbantukan computer dan disebarkan kepada rakan sebaya. Saya


juga

telah dapat memahami dan mendapat pengertian

betapa perlunya saya

sebagai seorang guru menguasai teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi


terkini untuk menceduk sebeberapa banyak yang mungkin bahan-bahan pengajaran
untuk Bahasa Melayu dari sesawang yang hubungi dengan pakar-pakar bahasa
sama ada dari pusat pengajian tinggi tempatan ataupun luar.

Dengan adanya talian terus melalui media elektronik seperti persidangan


video, program langsung dari televisyen, maka saya dapat bertukar-tukar maklumat
dan pendapat tentang bahan-bahan pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu dari
rakan-rakan sekolah lain. Begitulah juga pelajar-pelajar saya yang masih dahagakan
pelbagai bahan berkaitan aktiviti bahasa yang tidak terdapat di sekolah saya.
Disamping itu dengan bertukar maklumat seperti ini akan menjurus kepada
pengelibatan yang maksimum daripada pelajar saya. Saya pula tidaklah membazir
terlalu banyak masa dengan memberi arahan, membuat teguran serta mengawal
tingkahlaku segelintir pelajar.
Kesimpulannya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah amat berguna
kepada saya sebagai alat bantu mangajar di dalam bilik kelas terutama sekali
semasa mengajar Bahasa Melayu. Saya juga cadangkan agar lebih banyak
program-program atau kursus-kursus berkaitan teknologi maklumat perlu ditawarkan
agar guru seperti saya dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakan komputer
serta mengendalikan perisian yang pelbagai yang semakin hari semakin bertambah
jumlahnya dan semakin canggih dan mantap.
Bak kata pepatah Melayu Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah

Anda mungkin juga menyukai