Anda di halaman 1dari 5

1 KULIAH 4: KANAK-KANAK BERMASALAH FIZIKAL Hasil Pembelajaran Pada

akhir kuliah, pelajar dapat: 1. Mengenal pasti jenis kecacatan fizikal 2. Menerangkan
masalah anggota serta masalah pergerakan Latihan 4.1 1. Jelaskan jenis kecacatan
anggota yang dialami oleh seseorang. 2. Terangkan ciri-ciri cerebaral palsy serta
faktor-faktor yang boleh menyebabkan kecacatan tersebut. 3. Bincangkan secara
terperinci jenis dan gejala epilepsi. 4. Jelaskan punca yang boleh menyebabkan
epilesi 5. Bincangkan komplikasi atau kesan epilepsi terhadap kesihatan dan
pendidikan pengidapnya. KECACATAN FIZIKAL Masalah fizikal atau anggota
melibatkan keadaan jasmani seseorang yang mengganggu fungsi kehidupan
sehariannya. Kecacatan anggota dapat dilihat dengan jelas seperti ketiadaan
bahagian anggota tertentu, tidak boleh berjalan atau bergerak. Ramai antara
mereka yang menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak dari satu
tempat ke satu tempat lain. Ada yang tidak dapat mengangkat badan ke paras yang
tinggi dan terpaksa merangkak atau mengesot di lantai. Kecacatan yang tidak
ketara pula adalah seperti tidak dapat mengawal pergerakan tangan dan jari spt
memegang dan menyuapkan makanan, atau tidak dapat menggerakkan mulut dan
bibir untuk bertutur dengan baik. Punca: genetik & persekitaran (kekurangan
bekalan oksigen semasa proses kelahiran, ibu terdedah kepada teratogen seperti
dadah dan ubat tertentu). Cacat Anggota Sebab kemalangan atau cerebral palsy
Cerebral palsy Masalah anggota Masalah pergerakan MASALAH ANGGOTA
Jenis/nama kecacatan anggota: Monoplegia - hanya cacat pada satu anggota
Hemiplegia - cacat anggota tangan dan kaki yang sama (sebelah kiri atau kanan) 2
Diplegia - kecacatan anggota kaki melebihi tangan Quadriplegia - kedua belah kaki
dan tangan Paraplegia - hanya cacat anggota kaki Triplegia - tiga anggota, selalunya
satu tangan dan semua kaki Double - kedua bahagian tetapi darjah hemiplegia
kecacatan berbeza CEREBRAL PALSI (Cerebral palsy) Cerebral merujuk kepada
otak dan palsi bererti tidak dapat mengawal otot-otot dengan sepenuhnya. (Yusri
Abdul Malik,1995) Akibatnya yang paling ketara adalah: Gaya berjalan yang
kekok Kekurangan perimbangan Pertuturan yang kurang sempurna Wajah
berkerut Persepsi yang kurang tepat Terencat akal Cacat penglihatan Cacat
pendengaran Kecacatan yang lain adalah kekakuan anggota, tremor atau
gegaran anggota dan campuran. CIRI-CIRI KECACATAN Kesukaran sewaktu
makan Masalah pernafasan Masalah tidur Masalah pertuturan Masalah

pendengaran Kanak-kanak CP hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang


kuat atau pun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi . Seringkali kanakkanak ini juling atau pun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang
berterusan . FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN
Jangkitan Penyakit Faktor RH Pengambilan ubat-ubatan/ dadah Bahan kimia
Zat makanan tidak seimbang/ pemakanan ibu tidak seimbang 3 MENGENAL PASTI
CEREBRAL PALSI Masalah dalam penyusuan Menangis dalam nada lemah atau
nada terlalu tinggi Otot bayi terlalu keras atau lembut Pergerakan yang kurang
pada otot yang terbabit dengan masalah pergerakan otot Deria rangsangan yang
terlalu sensitif. Kanak-kanak cerebral palsi boleh merasa sakit apabila disentuh. Air
lur yang tidak dapat dikawal yang mungkin disebabkan masalah dalam proses
menelan Sendi otot yang keras menyebabkan kaki menjadi keras MASALAHMASALAH YANG DIKAITKAN DENGAN CEREBRAL PALSI Dianggarkan 5 hingga
60 peratus kanak-kanak yang menghidap cerebral palsi menghadapi beberapa
masalah lain seperti: Lewat perkembangan mental Epilepsi Kerencatan otak
Masalah pembelajaran Masalah pertuturan Masalah kepekakan Masalah
penglihatan seperti juling, rabuh atau hilang ingatan Masalah emosi MASALAH
PERGERAKAN Masalah spastik pergerakan anggota yang tidak harmoni
Athetosis banyak pergerakan tidak dapat dilakukan kerana anggotanya tegang
Ataxia tidak dapat membuat perimbangan badan Tremor- pergerakan yang
berulang-ulang yang tidak dapat dikawal, contoh: menggigil dan mengetap gigi
EPILEPSI Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang
kebanyakannya disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak.
Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang
normal. Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan
berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Sawan adalah disebabkan
oleh pelepasan elektrik dari otak yang dalam sekumpulan sel-sel otak secara
mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. 4 Sewaktu sawan, neuron di
dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf berlebihan menghasilkan pelepasan
elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kadar pelepasan elektrik individu tersebut.
Keadaan yang tidak dapat diramal ini kemungkinan menyebabkan pesakit atau
penghidap mengalami kecederaan disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang
tersebar secara meluas di seluruh badan. Jenis Epilepsi Dua kategori epilepsi: grand mal: kekejangan yang sangat jelas dan berlaku selama beberapa minit - Petit

mal: kekejangan tidak seserius grand mal dan sering disangka oleh guru sebagai
tidak memberi tumpuan kepada pengajaran. Epilepsi Grand Mal Pesakit kaku,
rebah, tidak sedarkan diri dan mungkin badan akan mula bergoncang, atau
mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah
mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit. Pada
peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan , kedengaran satu
teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga
pelepasan air kencing mungkin akan berlaku. Serangan biasanya berlaku dalam
lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat
serangan jam atau lebih dan apabila terjaga seolaholah termenung dan bingung
seketika. Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik ini, dia mungkin akan terjatuh
dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat
mengawal pembuangan air kecil dan air besar. Pesakit juga tidak mengecam orang
di sekelilingnya dan persekitarannya. Epilepsi Petit Mal Sawan jenis absens ini
biasanya berlaku di antara murid-murid sekolah rendah dan pesakit akan berada
dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30
saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Kemungkinan
matanya kerap berkedipan atau anak mata akan pandang ke atas buat seketika, dan
kemungkinan sebahagian daripada badan atau mukanya akan mengerenyut.
Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah
anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian
sepenuhnya. Malah, terdapat kes-kes yang melibatkan pesakit diserang berkali-kali
sehari dan boleh mengganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah. Separuh
daripada kanak-kanak yang mengalami epilepsy jenis ini beransur pulih apabila
mereka semakin dewasa. 5 Walau bagaimanapun, mereka mesti menerima
rawatan perubatan untuk mengawal dan mengelakkan daripada mendapat jenis
sawan yang lain. Punca-punca Epilepsi Kecederaan di kepala. Factor genetic
seperti tuberos sclerosis. Tumor otak. Tekanan psikologi (menyebabkan sawan
palsu- pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsy tetapi
tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja). Paradoksikal/tindakbalas yang luar
biasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi. Penyebab pada orang
dewasa: Sklerosis (parutan) hipokampus-bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral
dalam otak. Penyalahgunaan alcohol atau dadah. Kesan ketagihan akibat
penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stress, antipsikotik atau dadah

antiepilepsi. Jangkitan kuman seperti Meningitis dan Ensefalitis. Pendedahan


kepada bahan kimia tertentu seperti pulmbum di tempat kerja. Penyakit
kemerosotan otak (berlaku pada warga tua). Penyebab pada kanak-kanak: Demam
yang kuat. Suntikan vaksin-sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.
Sawan aruhan televisyen- sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran
televisyen terlalu lama. Kecacatan sewaktu lahir. Kerosakan otak akibat jangkitan
kuman, parasit atau bahan toksik, Keracunan. Kecederaan di kepala. Ubatubatan seperti Melatonin-sejenis hormone yang digunakan unutk mengawal atur
tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari. Tisu berparut pada otak (seperti
hippocampal sclerosis), ketumbuhan luar biasa di otak atau kecacatan semulajadi
pada otak (seperti bayi yang dilahirkan dengan otak luar biasa). Faktor-faktor yang
boleh meningkatkan risiko Epilepsi Kecederaan di kepala seperti selepas terjatuh,
kemalangan jalan raya ataupun kecederaan semasa bersukan. Strok/ angin ahmar.
6 Penyakit kemerosotan system saraf pusat ( seperti penyakit Alzheimer, berbentuk
penyakit demansia yang berlaku di kalangan mereka di pertengahan umur dan
warga tua. Penyakit ini tidak boleh dirawat). Sawan ketidakwujudan- sawan berlaku
secara tiba-tiba yang mengganggu kesedaran pemikiran atau aktiviti. Sawan
Mioklonik yang progresif-sejenis epilepsy yang diikuti dengan mioklonus (kekejangan
otot yang berlaku secara tiba-tiba terutama ketika mengangkat sesuatu atau
membengkok tangan). Epilepsy Mioklonik juvana sindrom sentakan mioklonik
yang menyerang secara tiba-tiba terutamanya pada waktu pagi atau ketika tertekan
atau keletihan. Komplikasi / Kesan Epilepsi Penyakit epilepsy ini jarang sekali
menyebabkan kematian. Namun, 1 dalam 200 pesakit epilepsy ini mati setiap tahun
atas sebab-sebab yang tidak dikenal pasti. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes
yang membawa maut adalah disebabkan oleh sawan tanpa henti (status
Epileptikus). Komplikasi yang paling biasa berlaku ialah kecederaan sewaktu
serangan sawan berlaku. Kecederaan akibat terjatuh, terhantuk dan menggigit diri
sendiri. Kesukaran untuk belajar. Kesan sampingan yang buruk daripada ubat
yang diambil. Kerosakan otak yang kekal. Mengenalpasti Epilepsi Sawan
berulang (dating dan pergi), ada waktu bebas di antara dua sawan, pesakit adalah
normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda serangan yang
sama setiap kali). Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung,
termenung dan sakit kepala. Apabila pergi berjumpa dengan doctor, temujanji yang
dikenali sebagai catatan latar belakang adalah paling utama dan mustahak. Pesakit

dikehendaki memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu. Paling


mustahak, sekiranya pesakit boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada
di tempat kejadian, sebab pesakit berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu
diserang sawan. Kehidupan Kanak-kanak Epilepsi di Sekolah Pihak sekolah perlu
mengetahui sedikit sebanyak tentang apilepsi kerana ia adalah satu penyakit yang
kerap berlaku yang melibatkan 5 orang dalam setiap 1 000 orang san kebanyakan
kes berlaku di peringkat kana-kanak dan remaja.. Pengurusan yang praktikal
terhadap kanak-kanak yang mengidap epilepsi seperti :- Bertemubual dengan
ibubapa. Jika seorang kanak-kanak diserang sawan di sekolah,rancang lebih awal
bersamanya dengan rakan-rakannya tentang langkah-langkah yang perlu 7 diambil
sekiranya diserang sawan di dalam bilik darjah atau di persekitaran sekolah.
Terdapat bebrapa faktor yang mungkin meransangkan sawan seperti menonton
televisyen atau aktiviti ayunan yang dilakukan berulang kali.Ia mungkin terjadi
apabila kanak-kanak menjadi pasif, atau berdiam diri.

Anda mungkin juga menyukai