Anda di halaman 1dari 5

3.

3 Pemikiran Terhadap Ijtihad dan Ijmak


Pemikiran Fazlur Rahman berkaitan ijtihad jelas dapat dilihat
dalam bukunya sendiri yang berjudul Islamic Methodology. Dalam
buku tersebut, beliau telah mengemukakan pendapatnya mengenai
konsep ijtihad itu sendiri dalam usaha untuk membawa perubahan dan
kemajuan dalam kalangan masyarakat. Menurut beliau, ijtihad
merupakan suatu usaha secara teknikal yang lebih dikenali sebagai
jihad intelek. Oleh itu, Fazlur Rahman mendefinisikan konsep ijtihad
sebagaimana berikut:
The effort to understand the meaning of a relevant text or
precedent in the past, cointaining a rule and to alter that
rule by exending or restricting or otherwise modifying it in
such a manner that a new situation can be subsumed
under it by a new solution. (Rahman, 1992)
Definisi yang diberikan oleh Fazlur Rahman ini menjelaskan
tentang satu usaha untuk memahami sesuatu teks atau preseden
masa lalu yang mempunyai peraturannya sendiri. Menurut beliau,
peraturan yang ada ini boleh diubah dan diperbaharui dengan
berdasarkan teks al-Quran. Tindakan ini boleh dibuat oleh mereka
yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang ini. Semasa permulaan
islam, ijtihad adalah merupakan pendapat-pendapat yang
menimbulkan konflik dan perbezaan pendapat. Namun, pada abad
kedua hijrah tempat ini telah diambil alih oleh al-Qiyas iaitu suatu
teknik mengeluarkan hukum dengan menjadikan al-Quran dan alSunnah sebagai dasar utama. Menurut beliau lagi, keadaan inilah yang
dipanggil sebagai tertutupnya pintu ijtihad. (Rahman, 1973)

Hak untuk berijtihad bukanlah hak ekslusif kepada golongan


tertentu dalam islam, tetapi ianya adalah satu keupayaan dalam
berfikir. Dalam kehidupan seharian, tidak ada sesiapa pun yang boleh
memberi hak untuk berfikir kepada orang lain dan menafikan hak diri
sendiri untuk berfikir. Berkenaan hal ini, Fazlur Rahman bangkit
menolak gagasan yang dibawa oleh mereka yang tradisional dan
beliau menetapkan bahawa ijtihad itu adalah brfungsi sebagai suatu
persoalan yang teknikal. Beliau menolak hal tersebut dengan hujah
bahawa meletakkan kebolehan ijtihad hanya pada golongan ulamak
atas alasan mereka mampu mengkaji sejumlah buku dan bahan
rujukan lain secara menyeluruh adalah mengelirukan dan tidak
berasas. ( Rahman, 1982)
Namun begitu, Fazlur turut membicarakan tentang syarat-syarat
ijtihad yang mana bagi beliau tidak memerlukan asas dengan alasan
bahawa tidak ada bezanya antara mereka yang mahir dalam bidang
agama dan yang mahir dalam bidang lain. Apabila ada yang
mendakwa diri mereka sebagai ulamak, maka ianya tidak perlu kepada
ujian untuk menilai kemampuannnya berjihad selagi mana kemampuan
mereka tadi diterima oleh masyarakat umum. Pendekatan yang
digunakan dalam kaedah ini adalah dengan merujuk satu pandangan
mujtahid yang terdahulu terhadap sesuatu masalah yang berbeza.
Sesuatu masalah itu dikatakan wujud perbezaan berdasarkan beberapa
perkara iaitu yang pertamanya adalah melalui pemikiran untuk
menemukan maknanya. Kedua, melalui kaedah penyelidikan untuk
mencari tujuan yang terkandung dalam ungkapan yang ada. Ketiga,
melalui pendekatan latar belakang sosiologi bagi mencari makna
sebenar yang tidak dapat diperolehi menerusi penyelidikan. Perbezaan
yang timbul tadilah yang akan diperdebatkan sehingga mendapat satu
rumusan lengkap yang membentuk ijtihad. Tiga rangkaian intelektual

ini juga akhirnya akan membentuk apa yang dinamakan sebagai


ijtihad intelektual. ( Masudi, 1997)
Pada akhirnya, Fazlur Rahman berpendirian bahawa ijtihad itu
tidak pernah dilarang sama ada secara teori ataupun praktikal kerana
tidak ada satu kenyataan pun yang boleh disandarkan pada al-Quran
dan al-Sunnah. Hal ini berbeza dengan pendapat Ibn Taimiyyah yang
mengkritik ijtihad dengan hujahnya bahawa umat islam akan
menyeleweng daripada Nabi s.a.w. Golongan Neomedenis pula
berpendapat bahawa umat islam semakin mundur disebabkan tidak
adanya pelaksanaan ijtihad sedangkan pintu ijtihad sentiasa terbuka
tanpa tertutup. Pendapat golongan Neomodenis disokong oleh Fazlur
Rahman sendiri dan beberapa orang Modenis lain. Bagi Fazlur Rahman,
pintu ijtihad tidak pernah ditutup cuma muslim itu sendiri yang tidak
melaksanakannya tidak berani. Terdapat juga dalam kalangan muslim
yang tidak melaksanakannya atas alasan ingin mengekalkan struktur
hukum yang sedia ada dan ingin menjaga perpaduan. Beliau juga turut
mengkritik tindakan yang menghadkan doktrin ijmak kepada
sekumpulan ahli perundangan yang mana diberikan oleh pihak
berkuasa. Dalam hal ini, beliau nyata bersependapat dengan Ibn
Taimiyyah ketika mempersoalkan tentang tindakan mempolitikkan
undang-undang islam dan penolakan terhadap konsep ijmak yang
sedemikian. (Rahman, 1983 )
Fazlur Rahman kemudiannya memperkenalkan pula konsep
penggabungan antara ijtihad dan ijmak. Alasan beliau adalah kerana
kedua-dua unsur ini telah mengalami evolusi dalam sejarah. Menurut
beliau lagi, ijtihad itu sendiri pada asalnya adalah suatu pendapat
daripada individu atau kumpulan yang akhirnya menjadi ijmak. Fazlur
Rahman turut menolak pendapat golongan tradisional yang

mengatakan bahawa ijmak yang sedia ada tidak boleh diganti atau
ditolak dengan ijmak yang baru sama ada ianya datang daripada alQuran atau hadis. Menurut beliau, ijmak adalah suatu persepakatan
dalam kalangan masyarakat dan ia tidak akan menghalang seseorang
untuk menghebahkannya sehingga menjadi suatu pendapat walaupun
kenyataannya ia dipegang oleh masyarakat tersebut. Oleh yang
demikian, beliau menetapkan bahawa suatu ijmak itu boleh diganti
dengan yang baru selagi mana ianya sesuai tanpa sebarang
pertentangan. ( Mohd Zuhairi, 1998)
Selain itu, Fazlur Rahman juga menekankan tentang hak setiap
individu untuk melaksanakan ijtihad. Namun begitu, ijtihad yang
dilaksanakan tidak boleh dibuat secara bebas dan tidak
bertanggungjawab. Beliau menggariskan supaya setiap ijtihad yang
dibuat mestilah menepati cara yang betul dan metod pemahaman alQuran yang tepat supaya ia benar-benar boleh menyelesaikan
masalah yang ada. Turut ditekankan di sini bahawa pemahaman alQuran dengan cara yang betul sangat penting kerana ia boleh
membawa kepada salah faham dan kesalahan dalam berijtihad. Oleh
yang demikian, ternyata setiap apa yang diperkatakan oleh Fazlur
Rahman ini jelas menunjukkan bahawa bentuk pendapat yang
diutarakan oleh beliau adalah sangat berbeza dengan pandangan yang
sedia ada. Tujuan utama beliau menyuarakan pendapat sebegini tidak
lain tidak bukan adalah untuk membantu masyarakat dalam
mengasingkan pelbagai masalah yang timbul pada zaman moden ini
kemudian menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.
4.0 ANALISA PEMIKIRAN FAZLUR RAHMAN

Dgnxzb .bbdsvjbdsjfnkdkj