Anda di halaman 1dari 5

AMALI 4 (UJIAN KEFASIHAN)

Soalan : Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan dan ujian bakat
Ujian Kefasihan

BORANG PENILAIAN UJIAN KEFASIHAN


SKALA PERMAKATAN
1-Lemah
2-Kurang Memuaskan
3-Memuaskan
4-Baik
5-Sangat Baik

ASPEK PENILAIAN
Tatabahasa dan kosa
kata
Sebutan, intonasi dan
nada
Kefasihan
Bermakna

ULASAN PENILAI:

TEKS PIDATO UNTUK UJIAN KEFASIHAN


MALAYSIA DI PENTAS DUNIA
Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan,
mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun,
jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah
di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Fikir-fikirkan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna
dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung
prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung
wacana wawasan negara.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1
Malaysia.
Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya
hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini.
Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan
pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara
generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat
berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang
luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa
konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang
tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan
mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan
social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma
Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.
Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,
Di bawah lembayung kata Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh menjadi
hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak
boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara
serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia.

Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun,
kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak
mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan
ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai
Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan
ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh,
menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi
gergasi dunia.
Sidang hadirin yang budiman,
Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci politik di Malaysia
lambang keamanan dunia. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di
seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan
berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang
telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya
semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut
menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja
berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga
kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional
mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara
yang kini tidak dapat di nafikan lagi.
Sidang hadirin yang santun budi,
Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama, menjadi inti hujah saya
yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam
penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan
wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3
kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan
ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan
apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang
cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak,
kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka
sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang
seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara.
Saya tetap teguh di belakang Dr.
Sidang hadirin yang penuh intelektual,
Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata Sukan dan Negara
kita semakin ke hadapan. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat
minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan
emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat
pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata

dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu
dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato
Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di
samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di
dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah
roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan
kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti
di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit
menunjukkan taringnya.
Sidang pendengar yang setia
Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah
dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan
keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk samasama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat
Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah
diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara
sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara
Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.
Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.
PERINGKAT

SKOR

Sangat Baik

Baik

KONSTRUK

KRITERIA/KETERANGAN
Bahasa gramatis, penggunaan
1.Tatabahasa dan
perkataan dan kosa kata sangat tepat
Kosa Kata
dan betul.
Sebutan betul, sangat jelas dan tepat.
2.Sebutan,
Intonasi dan Nada Intonasi dan nada betul seperti penutur
jati.
Keseluruhan pengucapan sangat
3.Kefasihan
petah, fasih dan lancar.
4.Bermakna

Keseluruhan pengucapan mencapai


maksud, sangat tepat dan bertatasusila
serta matang.

1.Tatabahasa dan
Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan


perkataan dan kosa kata tepat dan
betul.

Sebutan betul, jelas dan tepat.


2.Sebutan,
Kebanyakan intonasi dan nada betul
Intonasi dan Nada
seperti penutur jati.
3.Kefasihan

Keseluruhan pengucapan petah, fasih


dan lancar.

4.Bermakna

Keseluruhan pengucapan mencapai

maksud, tepat dan bertatasusila.


1.Tatabahasa dan
Kosa Kata

Memuaskan

Kurang
Memuaskan

Lemah

Bahasa masih gramatis, penggunaan


perkataan dan kosa kata masih tepat
dan masih betul.

Sebutan masih betul, masih jelas dan


masih tepat.
2.Sebutan,
Intonasi dan Nada Kebanyakan intonasi dan nada masih
betul.
3.Kefasihan

Keseluruhan pengucapan masih petah,


masih fasih dan masih lancar.

4.Bermakna

Keseluruhan pengucapan masih


mencapai maksud, masih tepat dan
masih bertatasusila.

1.Tatabahasa dan
Kosa Kata

Bahasa ada yang kurang gramatis,


penggunaan perkataan serta kosa
kata kurang tepat, kurang betul dan
kadang kala salah.

Kebanyakan sebutan kurang betul,


2.Sebutan,
kurang jelas dan kurang tepat.
Intonasi dan Nada
Intonasi banyak yang salah.
3.Kefasihan

Keseluruhan pengucapan kurang


petah, kurang fasih dan kurang lancar.

4.Bermakna

Kebanyakan pengucapan tidak


mencapai maksud, kurang tepat dan
kurang bertatasusila.

1.Tatabahasa dan
Kosa Kata
2.Sebutan,
Intonasi dan Nada
3.Kefasihan
4.Bermakna

Keseluruhannya lemah.
Calon tidak menunjukkan penguasaan
kemahiran bertutur dalam
bahasa Melayu.