Anda di halaman 1dari 6

Implikasi Ilmu Ketamadunan Terhadap Politik

Ilmu ketamadunan di definisikan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam


sesuatu perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi ke arah pembentukan peribadi dan
komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila serta budi pekerti yang terpuji untuk membentuk
sebuah masyarakat atau negara bangsa. Manakala, politik pula ditakrifkan menurut sebahagian
ilmuwan ialah melaksanakan sesuatu dengan memastikan kebaikan pada perkara tersebut. Dari
sudut kemasyarakatan pula, politik membawa maksud mengurus secara bijaksana dan
pandangan dengan analisis yang tajam terhadap kesan sesuatu tindakan. Ia juga membawa
makna urusan hal-ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran negara. Dapat disimpulkan bahawa
ilmu ketamadunan serta politik amat berkait rapat antara satu dengan yang lain. Politik adalah
salah satu ciri yang terdapat dalam suatu tamadun dan ilmu ketamadunan pula, membentuk suatu
politik yang baik dan tersusun dalam sesebuah negara sehingga mewujudkan implikasi ilmu
ketamadunan terhadap aspek politik.
Antaranya ialah mewujudkan sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahan yang
teratur. Sistem pemerintahan bertujuan untuk menguruskan pentadbiran agar berupaya
menguruskan masyarakat yang lebih besar.i Terdapat sistem pemerintahan ataupun sistem politik
yang boleh bertahan lama dan ada sistem yang hanya boleh bertahan sementara. Terdapat juga
sistem yang ideal pada teorinya tetapi apabila sistem tersebut dilaksanakan, sistem tersebut
ternyata mengalami kegagalan atau tidak mencapai matlamatnya. Pada zaman sebelum ilmu
ketamadunan wujud, sesebuah negara tidak mempunyai suatu sistem pemerintahan yang teratur
berbanding selepas wujudnya tamadun. Manusia pada masa itu masih hidup dalam keadaan
berpuak-puak dan sistem pemerintahannya hanya terbatas dalam kelompok-kelompok tertentu.
Manakala, dalam tamadun awal manusia, seseorang pemimpin atau raja menggunakan unsur
magik dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan supaya mendapat pengiktirafan sebagai ketua
pemerintah. Namun, apabila sesebuah negara semakin berkembang maju mengikut peredaran
masa, sistem pemerintahan yang dijalankan semakin baik. Sebagai contohnya, di Malaysia pada
masa dahulu hanya mengamalkan sistem monarki di mana raja berkuasa mutlak dalam segala
hal. Tetapi apabila berlaku perkembangan tamadun, sistem pemerintahan pada masa kini
berubah kepada sistem pemerintahan yang lebih baik iaitu sistem demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan yang mana memberi peluang kepada rakyat untuk memilih atau mengundi

pemimpin sendiri. Sistem politik ataupun sistem pemerintahan yang baik dapat melahirkan
masyarakat yang maju, adil dan harmoni. Tetapi, semua perkara akan tetap berubah mengikut
peredaran masa termasuklah juga sistem politik. Tidak mustahil pada masa akan datang, akan
wujud lagi sistem pemerintahan yang dianggap lebih baik serta lebih sesuai kepada masyarakat.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa perkembangan tamadun membawa implikasi kepada politik dari
aspek sistem pemerintahan.
Selain itu, implikasi ilmu ketamadunan terhadap politik juga ialah dapat melahirkan seorang
pemimpin yang berwibawa dalam satu naungan politik. ii Menurut pengkaji sains politik,
kepimpinan yang berwibawa dianggap lebih berkesan kerana mampu membuat perubahan dan
pembaharuan yang positif kepada rakyat. iii Pemimpin yang berwibawa juga dapat menjamin
kestabilan politik dan ekonomi yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Dalam
konteks tamadun Asia, dapat dibuktikan tamadun yang mencapai tahap kegemilangannya
mempunyai kaitan rapat dengan kewibawaan pemerintahnya. Misalnya, pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka iaitu Tun Perak. Tun Perak ialah seorang pemimpin yang berwibawa sehingga
dapat memerintah kesultanan Melayu Melaka pada masa tersebut dengan baik serta teratur
sehingga di gelar Pembina Empayar. iv Tamadun Islam juga menunjukkan bahawa Nabi
Muhammad

s.a.w. juga

merupakan

seorang

pemimpin

yang

berwibawa. Justeru itu,

perkembangan ilmu ketamadunan telah melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa sehingga
pada masa kini.
Sistem organisasi atau sistem pentadbiran yang lebih teratur dan sistematik turut dipengaruhi
oleh perkembangan ilmu ketamadunan terhadap sistem politik. Sebuah organisasi dapat
ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-matlamat
tertentu dan dalam suasana tertentu. Zainal Ariffin Ahmad mendefinisikan organisasi sebagai satu
kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. v Pada peringkat awal,
organisasi hanya wujud pada tahap sistem keluarga sahaja. Tetapi apabila tamadun semakin
berkembang dan penduduk bertambah ramai serta kepelbagaian ekonomi telah membawa
kepada proses pembahagian masyarakat tamadun awal yang berbentuk piramid dan bersusun
lapis. Misalnya, sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran
yang teratur dan sistematik berbentuk piramid bermula daripada sultan pada peringkat atas diikuti
oleh pembesar, rakyat dan hierarki paling bawah ialah hamba. Pada masa kini pula, Malaysia

mempunyai sebuah sistem organisasi yang teratur yang mana struktur organisasi dipecahkan
kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Dapat dilihat bahawa berlaku perubahan
dan penambahbaikan dari aspek organisasi yang mana ianya lebih sistematik berbanding sistem
organisasi pada masa yang lalu. Oleh yang demikian, perkembangan tamadun dari dahulu hingga
kini membawa implikasi kepada aspek politik apabila terdapat sebuah organisasi yang semakin
sistematik.

Aim Abdulkarim. (2008). Pendidikan Kewarganegaraan. PT Grafindo Media Pratama. Hal.26.

ii

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Islam. PTS Media Group Sdn Bhd. Hal. 271.

iii

Ciri
Pemimpin
Adil,
Berwibawa.
Diakses
pada
30
September
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Ciripemimpinadil_berwibawa/Article.
iv

2014

dari

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. Hal. 232.
v

Zainal Ariffin Ahmad. (1998). Perlakuan Organisasi. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Hal. 5.

Anda mungkin juga menyukai