Anda di halaman 1dari 8

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001

PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

(a) Definisi buku cerita.


Buku merupakan kepingan helaian kertas bertulis yang diikat menjadi satu unit. Dalam sains
kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk membezakannya dengan terbitan bersiri
yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang
diterbit dan bukan sebarang kertas-kertas yang diikat.
Cerita pula ialah tuturan yang membentangkan bagaimana terjadinya suatu hal (peristiwa,
kejadian, dan sebagainya)
Oleh itu buku cerita bermaksud buku yang menceritakan sesuatu peristiwa atau kejadian yang
diterbitkan. Buku cerita merupakan media yang baik bagi kanak-kanak untuk belajar membaca.
Kanak-kanak perlu diperkenalkan dengan buku cerita yang sesuai dengan usia mereka untuk
membantu perkembangannya. Ini kerana pada usia sebegini perkembangan otak berkembang
secara pesat dan media pembelajaran membaca yang efektif adalah melalui buku cerita.

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

(b) Kajian Literatur tentang buku cerita Ibu Ayam Yang Sombong yang ditulis oleh Noor Asliza
terbitan Liza Suria Onetech.
Tema
Buku cerita ini bertemakan kehidupan haiwan peliharaan yang ingin menujukkan
kehebatan diri. Terdapat persoalan utama yang diutarakan oleh penulis iaitu sifat
sombong diri dalam kehidupan haiwan tersebut secara tidak langsung ditujukan kepada
kehidupan manusia sejagat.
Watak
Watak yang dipilih dalam buku cerita ini terdiri daripada haiwan peliharaan seperti
ayaam, kura-kura, itik, angsa dan burung unta. Pemilihan watak ini dianggap bersesuaian
kerana kanak-kanak memang menggemari watak haiwan dan sesuai dengan
perkembangan pengetahuan awal kanak-kanak tentang haiwan peliharaan.
Nilai Murni
Nilai yang ditunjukkan di dalam cerita ini jelas. Kanak-kanak dididik supaya tidak
mempunyai sikap sombong diri di dalam pergaulan seharian. Teladan yang baik dapat
dicontohi oleh kanak-kanak melalui pembacaan cerita ini. Walaubagaimanapun, penulis
perlu berhati-hati dalam mengutarakan nilai agar kanak-kanak tidak terkeliru dengan nilai
yang negatif seperti sombong diri.
Saiz Buku
Saiz buku ini terlalu besar. Sebaik-baiknya, bagi kanak-kanak prasekolah saiz buku
perlulah bersesuaian dengan mereka. Saiz buku yang sesuai dengan kanak-kanak ini ialah
separuh kertas A4. Saiz buku yang lebih kecil memudahkan kanak-kanak untuk
memegangnya semasa sesi pembacaan di samping mudah di bawa ke mana-mana dan
menjimatkan kos.

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

Tulisan
Tulisan yang digunakan sangat jelas. Suku kata berwarna yang digunakan pada setiap
perkataan memudahkan murid untuk membaca buku ini. Saiz tulisan juga sesuai dengan
saiz buku yang dihasilkan. Tulisan yang dipilih memainkan peranan penting
memandangkan buku ini disasarkan kepada kanak-kanak awal prasekolah.

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

(c) Kebaikan buku cerita digital boleh dilihat dari 4 aspek iaitu:
Persekitaran
Kebaikan terbesar buku digital ialah ia dapat menjimatkan kertas. Bagi buku-buku
tradisional yang bercetak, kertas, tenaga dan sumber akan dibazirkan. Buku digital
mencegah pembaziran kerana buku digital hanya muncul pada skrin sahaja. Moto utama
dan keperluan di sebalik evolusi ini ialah apa yang kita boleh simpan untuk masa depan
lebih baik untuk kita dan generasi seterusnya. Jelas di sini buku digital menyumbang
banyak penjimatan sumber dan tenaga persekitaran.
Kemudahan
Satu lagi kelebihan buku digital ialah ianya boleh didapati pada bila-bila masa dari manamana sahaja di muka bumi. Dengan buku digital kita hanya perlu memuat turun buku
yang dipilih dan boleh mula membaca. Buku digital ini boleh dibawa dan disimpan dan
boleh dibaca bila-bila masa apabila kita mahu atau perlu.
Kos Rendah
Berbanding buku-buku bercetak, buku digital adalah jauh lebih rendah kos penerbitannya
kerana tidak memerlukan kertas dan dakwat untuk mencetak.
Tiada Kerosakan dan Kemusnahan
Berbeza dengan buku bercetak, buku digital tidak tertakluk kepada kerosakan atau
kemusnahan. Buku digital ini mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan pembaca
boleh mengekalkan mana-mana buku berharga dalam format ini sahaja.

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

(d) Cerita Ali dan Eli Bersahabat Baik ini dihasilkan berlandaskan 4 elemen penting yang perlu
ada dalam sesebuah buku cerita iaitu tajuk, tema, watak dan nilai murni.
Tajuk
Tajuk Ali Dan Eli Bersahabat Baik dipilih kerana tajuk ini bersesuaian dengan
kehidupan harian kanak-kanak. Tajuk ini berbentuk urutan yang berkaitan dengan
pengetahuan sedia ada mereka. Ciri ini juga bersesuaian dengan cadangan Rog
dan Burton (2002) dan Clay (1967) iaitu bagi buku tahap pembaca baru, isi
kandungan buku adalah berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Tema
Tema kawan dipilih sejajar dengan tema yang terkandung di dalam KSPK
(Kurikulun Standard Prasekolah Kebangsaan) iaitu Diri Saya dengan sub tema
Kawan Saya.
Watak
Watak Ali dan Eli dipilih kerana watak ini mudah diingati serta pilihan watak
yang sedikit membolehkan kanak-kanak mudah menghayati watak sambil
berimaginasi membayangkan watak utama sebagai diri mereka sendiri ketika
membaca.
Nilai Murni
Kasih sayang merupakan nilai murni yang terdapat dalam cerita Ali dan Eli.
Banyak nilai positif dapat dipupuk menerusi nilai murni ini sebagai contoh
menghargai kawan, berkongsi minat dan material serta mewujudkan hubungan
dengan individu yang lain atau perkara lain.

(e) Rumusan.
Secara kesimpulannya penggunaan buku cerita ini berkesan kepada semua kanak-kanak
prasekolah yang bertepatan dengan kajian Evans (2006) dan juga kajian Speaker & Taylor (2004)
yang mendapati pembacaan buku cerita dapat meningkatkan kefahaman literasi.
Oleh itu, penggunaan buku yang sepadan dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah
dilaksanakan secara meluas dalam bilik darjah prasekolah agar masalah membaca dalam

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

kalangan kanak-kanak boleh diatasi. Ini kerana kefahaman literasi iaitu konsep cetakan, fonemik
dan fonetik, kefahaman, strategi membaca serta kelancaran yang amat diperlukan oleh kanakkanak prasekolah untuk menjadi pembaca yang efisien.

(f) Lampiran
http://www.scribd.com/doc/232568150/Ali-Kawan-Baik-Eli

ROSZI HAILI BINTI MOHD KAMIL / 840428145430001


PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK / HBPS3303

(g) Rujukan

Liza Suria Onetech Kuala Lumpur, Noor Asliza, Ibu Ayam Yang Sombong.
http://gurubelajarnulis.blogspot.com/2012/09/melalui-penggunaan-media-buku-cerita.html
http://www.scribd.com/doc/55873531/PENGGUNAAN-BUKU-CERITA-BERTAHAP-DANKESANNYA-TERHADAP-PEMUNCULAN-LITERASI-KANAK-KANAK
http://mutiarapustaka.dbp.my/wordpress/?p=50
http://ezaleila.wordpress.com/2010/02/04/buku-kanak-kanak/

Anda mungkin juga menyukai