Anda di halaman 1dari 23

c ccc


  c c
c  cc  cc
c
c c c
DISEDIAKAN OLEH :
JULIANA BINTI CHE DIN
KHOO SWEE LING
NORLELA BINTI MOHAMED KASA
NUR AFIFAH BINTI AHMAD
NUR AFIRA FARHANA BINTI CHE HUSIN
NUR FARIZAN BINTI MAT GHANI
PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 5

LAGU KANAK-KANAK
Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang
menyeronokkan bagi kanak-kanak.
Suara adalah alat muzik semula jadi.
Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan
mereka melalui nyanyian.

Kategori lagu kanak-kanak :


> Permainan jari
> Lagu beraksi
> Lagu permainan
> Lagu unsur nasihat
> Lagu ucapan
> Lagu rakyat

Lagu kanak-kanak kebiasaannya dicipta bagi


memenuhi tema-tema tertentu dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Contoh tema :
> haiwan
> tumbuh-tumbuhan
> konsep masa
> konsep nombor
> pantun seloka
4

Ciri-ciri utama lagu kanak-kanak :


> Lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu
pendek ataupun panjang.
> Mengandungi perkataan berulangan ataupun
lirik berulangan.
> Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik
dan senang diingati.
5

Panduan mengajar lagu kanak-kanak :


> Guru perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik itu
sebelum mengajar kepada kanak-kanak.
Nyanyikan berulang kali untuk kanak-kanak
mendengarkannya. Muzik akan digunakan
apabila memperkenalkan lagu atau selepas
kanak-kanak mengetahui lagu itu untuk bernyanyi
bersama iringan muzik.
> Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana, tidak
terlalu tinggi atau rendah. Julat suara kanak-kanak
prasekolah adalah dalam lingkungan not C tengah
hingga not A.
6

> Guru perlu bernyanyi menghadap kanak-kanak


supaya mereka dapat memerhatikan cara guru
bernyanyi. Nyanyian daripada guru dan murid perlu
jelas dan tepat nadanya.
> Nyanyian tahap prasekolah tidak memerlukan simbol
not muzik. Kanak-kanak belajar lagu dengan cara
mengikuti nyanyian guru. Jangan paksa kanak-kanak
bernyanyi bersama atau pelajari lagu dalam tempoh
yang ditetapkan. Ulang lagu setiap hari sehingga
mereka dapat menghafalnya.
> Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti
lain seperti nyanyian dengan berdrama, pergerakan atau
dengan iringan alat perkusi.
7

FUNGSI LAGU KANAK-KANAK


Mendodoikan

Pendidikan

Usik
Mengusik

Permainan

Sindiran

PERMAINAN JARI
Permainan jari sesuai digunakan untuk kanakkanak yang kecil kerana pergerakan jenis ini
ditumpukan kerana pergerakan jari dekat
dengan paras mata kanak-kanak.
Pergerakan permainan jari ini disukai kanakkanak dan ia boleh diiringi dengan nyanyian
ataupun secara pertuturan seperti nyanyian
berulang-ulang atau dikenali sebagai ratib.
9

SATU JARI
Satu jari 3x
Taptaptap
Tunjuk atas
Tunjuk bawah
Tepuk jari taptap..tap
Dua jari 3x
Taptaptap
Tunjuk atas
Tunjuk bawah
Tepuk jari taptap..tap
(Ulang dan ganti dengan tiga,empat dan lima jari )
10

LAGU BERAKSI
Nyanyian dengan lagu beraksi adalah aktiviti
nyanyian diikuti dengan pergerakan atau aksi
mengikut lirik lagu yang dinyanyikan.
Aksi ini membantu menyenangkan kanak-kanak
mengingati lirik lagu.
Ia juga memberi peluang kanak-kanak meluahkan
perasaan mereka secara lebih aktif.
11

SAYA TEKO COMEL


Saya teko comel
Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
Bila rasa dahaga
Datang pada saya
Angkat saya dan tuangkannya
12

LAGU PERMAINAN
Lagu jenis permainan ini membolehkan kanakkanak berinteraksi dengan rakan sepermainan
secara langsung.
Dalam permainan ini mereka akan menyanyi,
bermain dan bergembira.
Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan
sesama mereka.
13

JAN JAN JALA


Jan jan jala jala itik jala ayam
Berapa lubang kancil seratus lima puluh
Panggil cik Nyonya makan sirih mulut
merah
Cak lela junjung, cak lela junjung

14

ENJIT ENJIT SEMUT


Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
(korus)
15

LAGU UNSUR NASIHAT


Lagu ucapan adalah lagu yang mengandungi frasa
ucapan, seperti selamat datang, selamat pagi
ataupun selamat tinggal.
Lagu yang berunsur nasihat adalah lagu yang
mengadungi peringatan yang boleh dijadikan
panduan hidup.
Lagu-lagu ini mengandungi nilai-nilai murni,
moral dan nasihat.
16

SENJAKALA
Asar sudah lepas
Hari sudah petang
Bermain sudah puas
Mari kita pulang
Senjakala senjakala
Mari kita pulang

17

LAGU BERTEMA
Lagu ini dicipta untuk memenuhi tema-tema
tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya seperti tema haiwan, tumbuhtumbuhan, cuaca, hari, unsur ketuhanan,
konsep nombor dan konsep ruang.
Contoh lagu : Kucing Saya, Anak Ikan Lompatlompat, 7 Hari Seminggu dan Air Terjun.

18

LAGU RAKYAT
Lagu-lagu yang dicipta untuk memperkenalkan
sesuatu tempat, budaya sesebuah kaum atau
negara.
Lagu-lagu jenis ini biasanya dinyanyikan dalam
bahasa ataupun loghat bahasa asal tempat
itu.

19

WAU BULAN
Eh wo bule
Eh wo bule
Eh wo bule teraju tigo
Eh wo bule
Eh wo bule
Eh wo bule teraju tigo

20

ANAK ITIK TOK WEE


Anak itik Tok Wee
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wee
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wee
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wee
Sakit sengal tulang
21

JAMBATAN TAMPARULI
Pak pak kangkudo
Sumunsui do jambatan
Jambatan do Tamparuli
Bekasuk tinggi ako
Sumunsui do jambatan
Jambatan do Tamparuli
Pak pak kangkudo
Bekasuk tinggi ako

Selaka nodi kasutku


Narutu doid jambatan
Tngal po do sotokin
Nowit ku gumin uli
Ontok dihari tiga
Tomu doid Tamparuli
Mingusuk po hilo kadai
Mogihun do kasut tinggi
22

 c
c c
23

Anda mungkin juga menyukai