Anda di halaman 1dari 3

Formula Untuk Redha

11/02/2014 by Muhamad Naim Abd Manaf Leave a Comment

bagaimana untuk redha?


[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal
kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139
Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang,
sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.
Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?
Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?

Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.
Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.
Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu
pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah berusaha untuk redha namun hakikat
untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang
ego kononnya aku redha.
Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.

Bagaimana Untuk Redha?


Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya,
sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Cuba tanam sifat berbaik sangka pada Allah. Terus terang saya cakap bersangka
baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah melalui fasa
itu.
Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata
mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.
Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat
saya. akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah
nak bagi.
Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba
ambik ibrah dari kata-kata itu.

Untuk redha, tidak semudah yang disangka..


Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan
biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat
yang lain.

Menangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu aje, percaya pada Allah.
Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah
lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.
Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benarbenar redha. benar -benar ikhlas.
Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau
bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.
Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara.
Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.
Kuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.
Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima
dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.
Andai selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak
mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.
Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.
******
Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada sahabat setia kita,
cahayakehalusankelembutan. Semoga memberi manfaat kepada semua.
Jazakallah.

Anda mungkin juga menyukai