Anda di halaman 1dari 3

Pergerakan Kreatif

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan
potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.
Aspek pergerakan kreatif
i) Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan
berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Contoh pergerakan lokomotor ialah:
berjalan
melompat
merangkak
ii) Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau
juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.
Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah:
berlari setempat
melompat setempat
imbangan bangau
iii) Pergerakan manipulasi alatan
Pergerakan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk
membentuk pergerakan. Kemahirna ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk
mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Contoh pergerakan manipulasi alatan ialah:
melantun bola ambil berjalan
memusingkan gelung dengan tangan
skipping sambil berjalan

Tema pergerakan

Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran
dan pembelajaran murid pendidikan kham masalah pembelajaran iaitu:
Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.
Kepentingan terapi pergerakan kreatif
Membantu

murid

pendidikan

khas

untuk

meningkatkan

perkembangan

menyeluruh mereka.
Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi
peluang kepada murid khas untuk meneroka persekitarannya secara semulajadi
Melalui pengalaman kinestatik yang diperolehi, murid khas akan memperolehi
pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Aktiviti yang boleh dilakukan dalam terapi pergerakan khas.

Gimrama
Tarian moden
Tarian tradisional
Pergerakan berkumpulan dan berpasangan
Tiru gaya haiwan atau tumbuhan bergerak

Anda mungkin juga menyukai