Anda di halaman 1dari 5

MOA 1121-Industri Asas Tani

Penternakan Kambing

KAMBING
Kambing bela jinak (Capra aegagrus hircus) merupakan satu
subspesies kambing yang dibela jinak daripada kambing liar Asia
Barat Daya dan Eropah Timur. Kambing menganggotai keluarga
Bovidae dan bersaudara rapat dengan biri-biri kerana keduaduanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Terdapat lebih 300
baka kambing yang berlainan. Kambing adalah antara spesies yang
paling lama dibela jinak, iaitu untuk susu, daging, bulu, dan kulit di
seluruh dunia. Pada tahun 2011, bilangan kambing yang hidup di
seluruh dunia mencecah 924 juta menurut Pertubuhan Makanan
dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kambing adalah antara haiwan terawal yang dibela jinak oleh


manusia. Analisa genetik paling terkini mengesahkan bukti kaji
purba bahawa kambing gurun Bezoar dari Banjaran Zagros
barangkali adalah asal-usul hampir semua kambing bela jinak masa
kini.

MOA 1121-Industri Asas Tani


Penternakan Kambing

Kaum petani Neolitik mula menggembala kambing liar terutamanya


untuk mudah memperoleh susu dan daging, di samping juga tinja
yang digunakan sebagai bahan api, tulang, bulu dan urat untuk
diperbuat pakaian, bangunan dan peralatan. Tinggalan-tinggalan
kambing bela jinak terawal yang bertarikh 10,000 tahun dahulu
ditemui di Ganj Dareh, Iran. Rangka kambing ditemui di tapaktapak kaji purba di Jericho, Choga Mami Djeitun dan ayn,
mentarikhkan pembelajinakan kambing di Asia Barat pada antara
8000 ke 9000 tahun dahulu.

Kajian-kajian terhadap bukti DNA membayangkan 10,000 tahun


dahulu

sebagai

tarikh

pembelajinakan.Menurut

sejarah,

kulit

kambing digunakan sebagai bekas air dan minuman keras dalam


perkelanaan serta pengangkutan minuman keras dagangan. Ia juga
digunakan untuk membuat kertas kulit.

MOA 1121-Industri Asas Tani


Penternakan Kambing

Kambing dikira sebagai haiwan ternakan kecil berbanding dengan


haiwan-haiwan besar seperti lembu, unta dan kuda, tetapi lebih
besar daripada ternakan mikro seperti ayam itik, arnab, tikus
belanda dan lebah. Setiap baka kambing yang diiktiraf rasmi
mempunyai julat berat badan tertentu dari sebesar 300 paun (136
kg) untuk kambing jantan yang berbaka besar-besar seperti Boer,
atau sekecil 45 ke 60 paun (2027 kg) untuk kambing betina yang
kecil-kecil.[7] Dalam setiap baka boleh terdapat variasi saiz yang
berpunca daripada kelainan strain atau keturunan. Antara bakabaka terkecil adalah baka mini seperti Pigmi Afrika yang berdiri
setinggi 16 ke 23 inci (41.558.5 cm) pada paras bahu dewasa.

MOA 1121-Industri Asas Tani


Penternakan Kambing

Kebanyakan kambing semula jadi tumbuh dua batang tanduk yang


pelbagai bentuk dan saiz mengikut bakanya. Kambing tumbuh
tanduk

melainkan

ia

"dinyah

tanduk"

(polled),

iaitu

tidak

dibolehkan pertumbuhan tanduk disebabkan genetik ataupun


tanduk itu ditanggalkan, selalunya sebaik sahaja selepas lahir.
Terdapat kejadian kambing poliserat (tumbuh banyak tanduk,
sebanyak-banyak lapan batang), namun ini merupakan kenadiran
genetik yang difikirkan adalah turun-temurun. Pengguguran tanduk
paling sering terjadi dalam kawanan kambing tenusu dagangan
untuk mengurangkan kecederaan terhadap manusia dan kambing
lain. Tidak seperti lembu, kambing tidak berjaya dibiak baka untuk
dinyah tanduk betul-betul kerana gen-gen yang menentukan
jantina berkait rapat dengan yang menentukan tanduk. Cubaan
membiak baka dua ekor kambing yang dinyah tanduk secara
menghasilkan sejumlah besar individu interseks yang rata-rata
mandul dalam kalangan anak-anak kambing. Tanduk kambing
diperbuat daripada tulang hidup yang disalut oleh keratin dan lainlain protein, digunakan untuk pertahanan, penguasaan, dan
perwilayahan.

MOA 1121-Industri Asas Tani


Penternakan Kambing

Kambing merupakan haiwan ruminan yang memiliki perut empat


kebuk yang terdiri daripada rumen, retikulum, omasum, dan
abomasum.

Seperti

mamalia

ruminan

yang

lain,

kambing

merupakan ungulat berjari genap. Kambing betina mempunyai


ambing berputing dua, berbanding dengan lembu yang berputing
empat.Kambing berbentuk sepet dan mendatar. Oleh kerana iris
kambing biasanya berwarna pucat, maka anak matanya lebih
menonjol berbanding anak mata haiwan lain seperti lembu, rusa,
kebanyakan kuda dan biri-biri yang juga beranak mata sepet tetapi
berpadu dengan iris dan sklera yang berwarna gelap.
Kedua-dua kambing jantan dan betina tumbuh janggut, malah
kebanyakan jenis kambing (terutamanya kambing tenusu, Boer
kacukan tenusu dan kambing pigmi) juga mempunyai sepasang
gelambir yang berjuntai pada kedua-dua belah leher.Sesetengah
baka kambing mirip biri-biri, tetapi senang dibezakan kerana ekor
kambing biasanya kompot dan tercacak, sedangkan ekor biri-biri
berjuntai

dan

biasanya

lebih

panjang

dan

besar.

Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kambing

Anda mungkin juga menyukai