Anda di halaman 1dari 14

DIPLOMA PROFESIONAL

PENDIDIKAN AWAL KANAK-


KANAK

TUGASAN BERKUMPULAN

NAMA : 1. NOR NURULHAYATI BINTI ARIS (DPAK 22-20)

2. ZALILA BINTI ISMAIL (DPAK 22-36)

3. LEE NIEN TZE (DPAK 22-15)

4. SUGUNAVATHY A/P MANICKAM (DPAK 22-30)

5. RUSNITA BINTI KISAII (DPAK 22-25)

PENSYARAH : DR. MARIANI BINTI MD NOR

MODEL : UEC 2008

: PROGRAMME PLANNING & STRATEGY 1

TUGASAN : SUDUT-SUDUT PRASEKOLAH


Pengenalan

Dalam tugasan kali ini, kumpulan kami telah memilih Model Pendidikan

Montessori sebagai panduan utama dalam tadika kami “Tadika Cemerlang”. Ini kerana

model ini amat bersesuaian dan berguna dalam membantu perkembangan kognitif,

fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak.

Selain itu, kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory

Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori juga mengutamakan

latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak

mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.

Dalam tugasaan ini juga, tadika kami telah menwujudkan 7 buah sudut yang

bersesuaian dalam memastikan murid-murid dapat menjalankan sesi pembelajaran

dengan lebih menyeronokkan dan berkesan. Sudut yang terdapat dalam tadika kami ialah:

1. Sudut Sains

2. Sudut Bahasa

3. Sudut Muzik

4. Sudut Seni dan Kreativiti

5. Sudut Agama dan Moral

6. Sudut Matematik

7. Sudut Praktikal

Setiap sudut tersebut berukuran 3’ x 6’ dan setiap sudut itu akan ditukar-tukar

setiap 2 minggu sekali bagi mewujudakan suasana yang tidak membosankan. Bagi
tugasan ini juga, kami telah memilih Sudut Sains sebagai sudut rasmi dalam Tadika

Cemerlang.

1. Sudut Sains

Objektif:

Memperkenalkan alam kehidupan seperti:

1. Alam Manusia

2. Alam Tumbuhan

3. Alam Haiwan

4. Sistem Cakerawala dan Sistem Solar

Aktiviti-aktiviti yang di jalankan di sudut Sains ialah:

1. Alam Manusia

Aktiviti 1:

• Memperkenalkan Anggota Badan Manusia dan menerangkan fungsi-fungsi

anggota badan manusia.

Bahan:

1. Patung kanak-kanak lelaki dan perempuan.

2. Carta dan gambar berkaitan fungsi bahagian penting tubuh badan manusia.

Aktiviti 2:

• Menunjukkan dan menerangkan Proses Kejadian Manusia.


Bahan:

1. Carta dan gambar yang berkaitan dengan proses kejadian manusia.

2. Alam Tumbuhan

Aktiviti 1:

• Memperkenalkan kanak-kanak tentang jenis-jenis tanaman seperti sayur-sayuran,

buah-buahan dan bunga-bungaan.

• Mendidik kanak-kanak tentang pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan

manusia dan cara-cara menjaga alam sekitar.

Bahan:

1. Carta dan gambar tumbuh-tumbuhan dan teknik-teknik tanaman.

Ativiti 2:

• Mengadakan projek tanaman secara kecil-kecilan seperti aktiviti menanam

tomato, cili, dan pelbagai lagi.

• Menunjukkan kanak-kanak cara-cara menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan

bunga-bungaan.

Bahan:

1. Pasu panjang plastik

2. Tanah

3. Benih

4. Air
5. Baja

3. Alam Haiwan

Aktiviti 1:

• Memperkenalkan kitaran hidup pelbagai jenis haiwan dan serangga yang biasa di

lihat oleh kanak-kanak seperti rama-rama, ikan, ayam, katak dan lain-lain.

Bahan:

1. Gambar dan carta haiwan dan serangga serta proses kitaran hidup haiwan dan

serangga.

Aktiviti 2:

• Mempamerkan replika-replika haiwan dan serangga seperti harimau, gajah,

serigala, unta dan pelbagai lagi.

Bahan:

2. Replika-replika haiwan dan serangga.


4. Sistem Solar

Aktviti 1:

• Memperkenalkan sistem solar yang teras seperti nama-nama planet, proses

kejadian siang malam dan musim-musim (panas, sejuk, bunga dan hujan) serta

bentuk permukaan bumi.

Bahan:

1. Globe (peta bumi)

2. Gambarajah planet-planet, matahari dan bulan

3. Carta dan gambar berkaitan musim-musim.

Aktiviti 2:

• Memperkenalkan pakaian yang bersesuaian mengikut musim dan perkerjaan yang

yang sesuai dijalankan.

Bahan:

1. Pakaian pada musim sejuk (baju sejuk)

2. Gambar dan carta pekerjaan yang sesuai di jalankan mengikut musim

(tanaman).
2. Sudut Bahasa

Meliputi beberapa jenis bahasa iaitu:

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

3. Bahasa Mandarin

4. Bahasa Tamil

(Boleh dikembangkan lagi kepada dialek tempatan atau suku yang berada di

Malaysia seperti bahasa Iban, Punjabi dan pelbagai lagi.)

Objektif:

• Memperkenalkan Bahasa, Budaya, dan Kaum di Malaysia dan kepentingan

Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadikan Bahasa Inggeris

sebagai Bahasa Antarabangsa.

Aktiviti yang boleh di jalankan di sudut Bahasa ialah:

• Memperkenalkan pakaian, tarian, makanan, perayaan dan lagu-lagu rakyat

dengan mewujudkan minggu bertema dan pertandingan kebudayaan.

Bahan:

1. Gambar-gambar dan carta-carta berkaitan budaya, pakaiaan, perayaan

yang ada di Malaysia dan pelbagai lagi.


2. Selain itu di Sudut Bahasa ini dilengkapi dengan peralatan audio, video

dan terdapat ruang bacaan.

3. Sudut Muzik

Objektif:

• Memperkenalkan jenis-jenis muzik, alatan perkusi, jenis-jenis

tarian dan drama.

Aktiviti yang boleh di jalankan di sudut muzik ialah:

• Mengadakan pertandingan dan persembahan nyanyian.

• Mengajar murid-murid cara-cara bermain alatan muzik.

• Mengajar murid menari mengikut irama.

• Mengadakan pertandingan sketsa dan pelbagai lagi.

Bahan:

1. Alatan-alatan muzik (piano, viola, rekoder dan lain-lain)

2. Peralatan audio

3. Set karaoke

4. Televisyen
4. Sudut Seni dan Kreativiti

Objektif:

• Memperkenalkan dan mengembangkan lagi kebolehan kesenian dan kreativiti

kanak-kanak melalui teknik-teknik penggunaan warna dan teksture serta

menggalakkan kanak-kanak menjadikan seni dan kreativiti sebagai subjek

yang menghiburkan dan boleh dijadikan kerjaya di masa akan datang.

Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut seni dan kreativiti ialah:

• Mengadakan pertandingan mewarna dan melukis.

• Mengajar teknik-teknik menghasilkan lukisan dan gambar (teknik

tampalan,capan dan pelbagai lagi)

• Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan barang seperi membuat layang-

layang, membuat tikar, membuat bunga plastik dan pelbagai lagi.

• Selain itu, mengajar kanak-kanak cara-cara mengecat dan pelbagai lagi.

Bahan:

1. Peralatan mewarna seperti warna pensel, warna air, krayon, kapur dan lain-lain

2. Peralatan mengecat (cat dan berus)

3. Peralatan untuk menghasilkan kraftangan (straw, lidi, surat khabar dan

lain-lain)
5. Sudut Agama dan Moral

Objektif:

• Memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai murni kehidupan

berdasarkan kepada kepercayaan agama masing-masing ( Islam, Buddha,

Kristian, Hindu dan lain-lain).

Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut agama dan moral ialah:

• Mendidik kanak-kanak cara-cara berwudhuk, sembahyang, doa dan nilai-

nilai murni

• Mengadakan praktikat cara berwudhuk dan solat

• Mengadakan sesi menghafaz doa dan surah-surah pendek.

• Mengadakan persembahan nasyid.

Bahan:

1. Carta dan gambarajah cara berwuduk dan bersolat.

2. Jam yang menunjukkan waktu solat (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib

dan Isyak)

3. Peralatan bersolat seperti sejadah, telekung, songkok dan lain-lain)

4. Gambar tempat-tempat ibadat mengikut agama masing-masing

(masjid, kuil, gereja dan lain-lain).


6. Sudut Matematik

Objektif:

• Memperkenalkan konsep matematik melalui penggunaan awal nombor dan

pra nombor dan menjadikan matematik sebagai subjek yang menghiburkan.

Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut matematik ialah:

• Mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dan pelbagai

• Memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan menggunakan lagu.

• Mengadakan aktiviti melibatkan pra nombor dan nombor awal seperti lakonan

berjual beli dan pelbagai lagi.

Bahan:

1. Peralatan sepeti guli, congkak, puzzle dan lain-lain

2. Sistem audio dan televisyen serta cakera padat.

3. Kad imbasan nombor

4. Carta dan gambar-gambar yang berkaitan nombor.


7. Sudut Praktikal

Objektif:

• Bertujuan untuk melatih kanak-kanak dalam mengurus diri dalam menjalani

kehidupan seharian serta dapat menggalakkan mereka dalam menjaga

kebersihan diri dan kawasan sekeliling.

Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut pratikal ialah:

• Mendidik mereka cara mandi, mengenakan pakaian dan menjaga kebersihan

diri.

• Mengadakan sesi praktikal bersama-sama kanak-kanak (cara menggosok gigi,

sikat rambut dan lain-lain)

• Mengadakan pertandingan melipat kain, memakai tali kasutdan lain-lain.

Bahan:

1. Peralatan mengurus diri seperti berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan

lain-lain.

2. Gambar cara-cara menjaga kebersihan diri.


Penutup

Dalam tugasan yang di lakukan ini, kami dapat memperoleh banyak maklumat

dan idea berguna dalam memastikan murid-murid dapat memperoleh pendidikan yang

sempurna dan menyeronokkan.

Selain itu, melalui tugasan ini juga kami dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang lebih ceria dan tidak membosankan serta dapat menaikkan semangat kanak-kanak

untuk belajar dan semangat guru untuk mengajar serta dapat memastikan proses

pembelajaran dan pengajaran berjalan dengar lancar dan bersistematik.

Secara keseluruhannya, penggunaan sudut-sudut tersebut di sesebuah tadika amat

penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efisyen dan berkesan.

Segala pengetahuan yang di pelajari dari kajian ini haruslah di praktikkan oleh kami dan

semua para pendidik awal kanak-kanak agar dapat memberi didikan yang sempurna

kepada murid-murid.

Rujukan
• UEC 2002 –FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

• SUMBER: INTERNET