Anda di halaman 1dari 2

Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada

Rasulullah SAW

Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar?


Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah
mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda
dipinggirkan kerana anda suka bercakap 'lepas'?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari
melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan
harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang
berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu,
bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak
sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah
berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap
hanya perkara yang baik atau diam."
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari
kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta
lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit
berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa
berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah
mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling
keras hati." Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir
yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk
diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang
membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang
Maha Besar.'
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi'

sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun
sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari
terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurangkurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam
hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan
keburukan dalam lidahnya.

Anda mungkin juga menyukai