Anda di halaman 1dari 7

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi ialah kajian tentang
prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan
dan perbezaan sifat organisma itu. Mengikut bidang pendidikan pula, taksonomi ialah
satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang pendidikan. Ianya
berkaitan

dengan

objektif

pendidikan

yang

melibatkan

bidang-bidang

seperti

pengetahuan, sikap dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu
domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Domain

kognitif

melibatkan

pemikiran

murid

seperti

menghafal

fakta,

perangkaan, teori dan kefahaman Domain kognitif membincangan tentang pengingatan


semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan intelek dan kemahiran.
Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingat kembali dengan mudah bahanbahan yang telah dipelajari sehinggala kepada menggabungkan dan mensintesiskan
idea kepada bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain kognitif
menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengetahuan dan ketrampilan
berfikir.
Domain afektif yang melibatkan sikap dan nilai murid yang melibatkan perilakuperilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi
dan cara menyesuaikan diri.
Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal murid seperti
perilaku-perilaku yang menekankan aspek ketrampilan motor seperti tulisan tangan,
berenang dan mengoperasi mesin.
Taksonomi Bloom disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 buat
pertama kalinya. Ianya menitikberatkan aspek kognitif yang bercorak hierarki yang
terdiri daripada tahap rendah ke tahap tinggi. Guru membuat soalan pelbagai aras
untuk menguji tahap berfikir murid pada setiap aras. Penekanan dari aspek kognitif ini
menekankan kepada fakta, teori dan hukum. Tujuannya adalah untuk membina
kebolehan, pemikiran dan pemahaman seperti mencari isi penting daripada petikan
yang dibaca. Terdapat enam peringkat dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Tidak semua peringkat ini
dimasukkan ke dalam soalan yang dibina. Sebagai contoh bagi Tahun Satu, tidak

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 1

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo


terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap tertinggi dan tidak sesuai
dengan umur murid.
Domain Krathwohl diasaskan oleh David R. Krathwohl. Berbanding dengan
Taksonomi Bloom yang lebih kepada kognitif, Domain Krathwohl ini lebih kepada bidang
yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan
menggunakan unsur afektif bagi menimbulkan suasana pembelajaran yang baik.
Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif. Terdapat lima peringkat bagi Domain Krathwohl iaitu
penerimaan, bertindak balas, menilai,organisasi dan perwatakan.
Berdasarkan Taksonomi Bloom peringkat pengetahuan iaitu peringkat paling
rendah lebih kepada mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori,
hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas, biasanya ia
menggunakan kata tanya seperti apakah, bilakah, mengapakah, bagaimanakah dan
sebagainya. Tujuannya adalah bagi mengingat semula perkara-perkara yang dipelajari
tanpa sebarang perubahan. Objektif umum adalah mengetahui dan objektif khususnya
adalah melabel, menyatakan dan menulis secara eksplisit.
Contoh:
1. Bilakah Malaysia merdeka?
2. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
3. Dimanakah ibu negara Malaysia?

Peringkat kedua ialah kefahaman iaitu kebolehan memberi penjelasan atau


makna sesuatu perkara. Konsep aras kefahaman ini adalah bagi menjelaskan
maklumat dengan terperinci. Aras ini memastikan sama ada murid mampu mengubah
kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain dengan menyatakan ideaidea utama menggunakan ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep
dan menterjemah draf. Terdapat tiga aras penting iaitu:1. Terjemahan isi kepada huraian seperti:- Adik Amnah berusia tujuh tahun.
2. Memberi tafsiran kepada sesuatu maklumat:-Kanak-kanak berumur tujuh tahun
biasanya mengalami proses pertumbuhan gigi kekal.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 2

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo


3. Ekstrapolasi iaitu tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.:Amnah

perlu

bersiap

sedia

menemani

adiknya

bagi

membantunya

menghilangkan keresahan akibat gigi yang patah.


Istilah yang sering digunakan pada peringkat ini ialah seperti menjelaskan,
menterjemah,

merumuskan,

menulis,

membezakan

seperti

jelaskan,

bezakan,

bandingkan, ringkaskan, nyatakan dan sebagainya.


Peringkat ketiga ialah aplikasi yang bertujuan menggunakan pengetahuan
abstrak bagi menyelesaikan masalah yang maujud. Peringkat ini memastikan sama ada
murid menggunakan maklumat dalam situasi yang baru termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Peringkat ini juga
menguji murid dari segi binaan graf daripada data dan lain-lain. Objektif umum lebih
kepada menggunakan, menyelesaikan dan menunjukkan. Objektif khusus seperti
menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan dan mengendalikan.
Contoh soalan aplikasi ialah soalan yang menggunakan perkataan bagaimana
dan jelaskan. Peringkat ini menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori. Ciri soalan
ini lebih kepada penyelesaian masalah. Masalah diselesaikan dengan cara calon
sendiri dengan mengemukakan idea tersendiri menggunakan gabungan teori,
pengalaman dan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah yang mempunyai unsur
persamaan. Aras ini memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir dan cuba
memahami masalah seterusnya mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada murid.
Murid akan menyelesaikannya menggunakan pendapat sendiri.Contoh soalan yang
boleh dibina ialah pada pendapat anda, sekiranya anda menjadi Perdana Menteri
Malaysia, apakah yang bakal anda lakukan untuk memajukan negara selari dengan
akhlak wargangeranya?
Peringkat keempat iaitu analisis lebih kepada mengenal pasti secara terperinci.
Maksud analisis ialah kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang
telah dipelajari kepada beberapa bahagian yang bertujuan menaakul sebab dan akibat.
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 3

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo


organisasi.

Ciri

soalan

ini

memerlukan

murid

merancang,

merekacipta

dan

menghasilkan sesuatu yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini
termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah dan prosedur atau
cadangan. Murid perlu mengaplikasi apa yang dipelajari bagi memperolehi hasil yang
baharu.
Contoh:
1. Berikan faktor, punca, sebab mengapa terjadi sesuatu perkara
2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

Objektif am adalah mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai logik data. Objektif


khusus seperti mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur
dan organisasi.
Contoh:
1. Yang manakah antara berikut tidak menerangkan ciri-ciri kriteria yang
betul?
2. Yang manakah berikut merupakan kata kerja?

Kosa kata yang popular ialah bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian,
klasifikasikan, sebab mengapa, huraian, menaakul dan mencerakinkan.
Peringkat kelima ialah sintesis dan ianya lebih kepada Sains dan Penulisan.
Peringkat ini menguji kebolehan mencantukan, menggabungkan dan mengintegrasikan
fakta atau idea yang berkaitan bertujuan membentuk sesuatu yang baru. Objektif am
lebih kepada menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan dan menghasilkan
karya. Objektif spesifik seperti menggabungkan, mengubah, merekacipta, merancang
dan menulis.
Contoh:
Berdasarkan tajuk saya sebatang pen bina ayat-ayat yang dapat
menerangkan tentang pen tersebut.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 4

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

Kosa kata popular seperti mereka bentuk, kumpulkan, susunkan dan gubahkan. Contoh
ialah mencadangkan seperti:- Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi
masalah itu.
Peringkat paling tinggi adalah penilaian yang menguji kebolehan calon,
membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat mengenai
sesuatu pernyataan dan sebagainya bertujuan membuat penilaian dan pertimbangan
berdasarkan kriteria tertentu. Objektif amnya adalah menimbang nilai, ketekalan dan
kecukupan data manakala objektif spesifik ialah menilai dan membuat pertimbangan.
Jenis soalah seperti sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu. Kosa kata popular
adalah seperti nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan,
buktikan.
Contoh:
1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada
murid tahun enam?
2. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian
program. Bandingkan.

Domain Krathwohl pada peringkat pertama terdiri daripada penerimaan. Pada


peringkat ini, ianya lebih kepada keinginan dan kesanggupan menerima seperti
memberi perhatian, mendengar ucapan dan pendapat orang lain dan menghormati
kebudayaan yang berlainan. Terdapat tiga perkara berhubung dengan peringkat ini iaitu
1. Kesedaran dari faktor estetik, rekabentuk, kecantikan dan pelbagai pendapat
dalam sesuatu perkara.
2. Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti
mendengar dan menghayati sajak dinamakan penerimaan perhatian terkawal.
3.

Perhatian terkawal atau terpilih iaitu murid membezakan keseluruhan

keadaan kepada dua bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan


kemudian memilih satu daripada aspek tertentu dan terus memberi perhatian.
Objektif am adalah murid mendengar dengan berhati-hati, menunjukkan kesedaran
dalam kepentingan pembelajaran, menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial,
Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 5

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo


menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan serta mengambil bahagian dalam
aktiviti. Hasil pelajaran spesifik ialah menyoal. Memilih, menghuraikan, mengikut,
menamakan dan menggunakan.
Peringkat kedua dalam Domain Krathwohl ialah tanggapan ataupun bertindak
balas iaitu kesanggupan murid bertindak balas terhadap rangsangan, mengambil
bahagian secara aktif dalam aktiviti dan murid mengambil perhatian dan bertindak
balas. Terdapat tiga kategori iaitu:1. Persetujuan membalas (bersetuju dengan peraturan dan arahan yang
diberikan)
2. Kesediaan membalas (bertindakbalas dengan persetujuan yang dibuat)
3. Kepuasan (mencapai objektif).
Objektif am

adalah

murid

melengkapkan

kerja,

mengambil

bahagian

dalam

perbincangan kecil, seronok membantu rakan dan melakukan tugas secara sukarela.
Objektif spesifik adalah murid dapat menulis isi pelajaran, menjawab soalan dan dapat
melafazkan sesuatu.
Peringkat ketiga Domain Krathwohl adalah penghargaan. Pada peringkat ini
perlakuan adalah berdasarkan konsep dan prinsip yang telah dimurnikan sehingga
menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung lebih konsisten walaupun dalam keadaan
berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan. Kebolehan dalam membuat penilaian
dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Penilaian
berdasarkan nilai spesifik yang dibahagikan kepada tiga kategori:1. Penerimaan iaitu menerima dan melakukan arahan aktiviti
2. Pilihan iaitu usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih
3. Penglibatan iaitu aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.
Peringkat keempat ialah pengorganisasian yang membawa maksud membentuk
sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dimurnikan maka ianya
membolehkan beberapa nilai digunakan. Murid perlu membina beberapa hubungan dan
keutamaan di antara nilai-nilainya yang dibahagikan kepada dua kategori:1. Penanggapan iaitu mampu mencipta konsep abstrak
2. Organisasi iaitu menyatukan nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 6

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo


Peringkat kelima iaitu peringkat tertinggi dalam Domain Krathwohl ialah
perwatakan yang mana berlaku perubahan tingkah laku positif yang dibahagikan
kepada dua kategori iaitu:1. Set up iaitu mengekalkan nilai-nilai
2. Perwatakan iaitu disiplin diri
Kesimpulannya, setiap ciri-ciri aras berikut, mempunyai tahap pengujian
kemampuan murid yang berbeza. Oleh itu guru perlu menitikberatkan aras ini dalam
menggubal soalan objektif dan penilaian guru tercapai dan dapat menganalisa
kelemahan murid dan memperbaiki kaedah pengajaran dan menentukan latihan yang
sesuai bagi murid.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014Halaman 7

Anda mungkin juga menyukai