Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Ia memenuhi
keperluan-keperluan naluri ekstetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti keagamaan, kebudayaan, ruang dan masa.Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti
dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni Visual dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah
bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya
individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan
peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan
daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan perasaan kepuasan dan kesedaran
terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni
Visual berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran
lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengetahuan dan
kemahiran Pendidikan Seni Visual melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi
maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai
perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan
fleksibel.
Selain itu, Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh
dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang mengikuti program
Pendidikan Seni Visual akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu
mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.
Pendidikan Seni Visual juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Kefahaman menerusi visual
tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang
digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan
yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni
adalah sebahagian daripada kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan
daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara
langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam

sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai
tamadun. Menurut E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti) telah
mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang.
Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan
Torrence Test of Creative Thinking.

Seterusnya, menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam


Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudyaan ialah cada berfikir dan cara
merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat,
dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu
adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan dan dapat dijelaskan sbagai 'Cara
hidup'. Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu
adalah

penciptaan

bentuk-bentuk

yang

menyenangkan.

Yang

dimaksudkan

dengan

'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure).


Oleh itu, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu
kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi
yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya
Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia
pendidikan.

Kaedah pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan
satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang
pelajar bagi tujuan tertentu. Pentaksiran juga boleh dikatakan sebagai Satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses

pendidikan.Kaedah

pengukuran.

pentaksiran

merangkumi

aspek

penilaian,

pengujian

dan

Antara tujuan pentaksiran dibuat ialah untuk

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
Memperbaiki pengajaran pembelajaran
Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

Semasa menganalisis hasil karya murid , saya telah mengambil kira beberapa aspek penting.
Berdasarkan dokomen standard prestasi murid tahun 4, saya telah mengaji setiap tahap
penguasaan bagi setiap band yang diberikan. Bagi mengaplikasikan kaedah pemarkahan saya
telah mengambil teknik menggambar lukisan. Saya telah memberi gambar lukisan dan meminta
murid mewarnakannya dengan menggunakan warna krayon.
Ketika murid-murid memulakan aktiviti mewarna , saya memulakan aktiviti pemerhatian
saya. setiap murid mengamalkan teknik pemilihan warna yang berbeza. Ada murid yang
memilih warna terang, ada yang menggunakan warna pekat dan ada juga yang menggunakan
kombinasi dua warna.Saya telah menguji pencapaian murid dalam sesi pembelajaran
mewarnakan hasil karya.Saya juga telah menguji murid dari segi pemahaman murid mengenal,

menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada lukisan.Saya juga
memrhatikan unsur seni seperti garisan,rupa,jalinan tampak, dan warna primer.Serta Prinsip
rekaan seperti kontra dan Imbangan simetri yang diapkasikan menerusi teknik mewarna.
Kemudiannya, saya meminta murid menamakan bahan dan alat yang digunakan
semasa menghasilkan lukisan tersebut.Di samping itu saya bertanyakan soalan adakah murid
dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual seperti mengenal dan menyatakan
jenis-jenis

media serta mengetahui penggunaan media,teknik dan proses dalam penghasilan

karya iaitu teknik lukisan.Hasil Kerja Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian
kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang
relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan
kemasan.Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai
diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,
bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu
kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan
murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi
murid dalam kemahiran berfikir.
Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,kuiz,
temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh
dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan
kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya
kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.Penilaian
secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid
dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian
menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan
analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat
perancangan.
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan
soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan
yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Saya telah menilai lukisan yang dihasilkan oleh murid melalui :-

kefahaman
murid dalam
proses
menghasilkan
produk
Membanding
beza antara
karya sendiri
dengan karya
rakan sebaya.

kefahaman
murid dalam
menggunakan
alatan dan
bahan

memahami
hubungan
antara produk
yang dihasilkan
dengan
kebudayaan
tempatan

Mengaplikasika
n asas seni
reka dan
prinsip
rekaanmengen
ali tokoh-tokoh
tempatan

Sejauh mana
murid
memahami
penggunaan
media dalam
menghasilkan
produk

Menilai
kreativiti dalam
menghasilkan
produk
Mengaplikasika
n asas seni
reka dan
prinsip
rekaanmengen
ali tokoh-tokoh
tempatan

Bagi menghasilkan suatu karya seni, Laura H. Chapman telah memperkenalkan tiga kaedah iaitu
Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea), Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and
Refinement) dan Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium).Bagi mendalami dan

melihat kreativiti murid, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni di
sebuah kelas Tahun 4 di sekolah saya dengan memperkenalkan tema Kereta Saya.
Rajah 1

1.

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Menurut Laura H. Chapman menyatakan bahawa pengkarya menetapkan objektif, haluan dan
tujuan penghasilan karya. Namun begitu, terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan
haluan penghasilkan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea.
Hakikatnya, proses ini agak lambat dan memakan masa.
seorang guru perlu membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilkan karya selain
menerangkan kaedah penjanaan idea. Jika perkara ini tidak diambil berat kemungkinan besar
ramai dikalangan murid tidak akan mampu menghasilkan karya seni mereka sendiri.
Setelah menjalankan aktiviti di dalam kelas, hampir seluruh murid kelas saya mewarnakan
sebuah gambar kereta lumba. Minat mereka kepada kereta lebih menjurus kepada kereta yang
laju dan bergaya. Mereka berkongsi ilmu dengan mengatakan ciri-ciri kereta lumba yang pernah
mereka lihat sebelum ini.
saya telah menggunakan kaedah tayangan slaid beberapa model kereta termasuklah kereta
lumba model Ferari seperti Rajah 1 kepada murid-murid saya. Bermula dari sini saya mula
perasan apabila saya menayangkan kereta yang bergaya seperti Ford, Honda dan Ferrari semua
murid begitu teruja. Terdapat juga murid saya menceritakan mereka pernah juga nampak modelmodel kereta yang hebat di dalam pemainan video. Ada murid yang mendapat hadiah kereta

lumba sebegini. Melalui peluang ini saya memanggil beberapa orang murid tersebut
menceritakan warna dan bentuk kereta yang mereka minati.
Bagi mewujudkan suasana reality yang berkaitan dengan kehidupan seharian saya telah
membawa mereka ke tempat letak kereta di sekolah. mereka melihat perbezaan saiz, warna dan
bentuk kereta yang terdapat di sekeliling mereka. Pada waktu tersebut, murid-murid sangat
tertarik dengan sebuah kereta model Almera kepunyaan seorang guru lelaki yang berwarna silver
seperti Rajah 2 di bawah.

Param carrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

sasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Hasil daripada dua kaedah yang saya telah jalankan tersebut, saya dapati hampir seluruh murid
saya telah menghasilkan gambar kereta lumba. Seorang murid lelaki telah menghasilkan sebuah
kereta lumba yang sangat hebat bagi dirinya. Kereta tersebut mempunyai pelbagai warna seperti
biru, hitam, merah dan hijau yang menjadi warna kegemarannya. Ini menunjukkan penjanaan
idea murid tersebut berlaku menerusi kaedah yang saya telah laksanakan setelah melihat hasil
karyanya. Bentuk kereta diubah suai di belakang yang selalu menjadi konsep kereta-kereta
lumba laju. Murid tersebut juga meletakkan aksesori seperti tanduk tajam di belakang kereta
supaya menampakkan kehebatan kereta tersebut. Selain itu, api yang pelbagai warna keluar dari
ekzos belakang kereta juga sangat berlainan dan menampakkan lagi keunggulan kereta tersebut.
Cara murid melakarkan jalur warna di badan kereta dengan jalur dari sisi bawah ke atas juga
menampakkan lagi kelajuan kereta tersebut. Selain itu, murid tersebut melukis simbol lampu
isyarat yang melambangkan dirinya sentiasa mematuhi peraturan jalanraya.

Dari sini kita dapat melihat murid tersebut dapat menjana ideanya melalui pemerhatian yang dia
buat melalui tayangan slaid dan kaedah lawatan ke tempat letak kereta guru. Say tidak pernah
agak murid ini berupaya untuk berfikir sebegini untuk melahirkan sebuah lukisan yang
kreatif.Tanpa saya sedari murid tersebut mempunyai idea yang kita sebagai seorang guru tidak
pernah terfikir dan tidak disangka murid kita mempunyai impian untuk memiliki kereta yang
hebat seperti yang dia gambarkan melalui hasil karyanya.

Kanna

Bagi Rajah 6 pula ia merupakan hasil karya seorang murid lelaki di kelas yang sama. Murid ini
telah menonjolkan bentuk keretanya dengan melukis aspek canggih . murid ini melukis lampu
berwarna warni di bumbung atas keretanya. Namun kedua-dua karya tersebut mempunyai nilai
dan keistimewaan yang tersendiri.Kedua-dua murid yang diberi tahap penguasaan 5 dapat
memberi penjelasan mengenai penggunaan warna tertentu. Contohnya, murid tersebut
menggunakan kominasi dua warna dan menggunakan ton warna.
Ini menunjukkan murid tersebut dapat menzahirkan idea,pengetahuan,kefahaman,dan
kemahiran bahsa seni visual, proses dan teknik serta menggunakan media yang betul dalam
penghasilan karya lukisan yang kreatif. Kombinasi warna seperti merah, biru kuning
mencorakkan murid mahir dalam pemilihan warna. Murid ini jugamempunyai pengetahuan yang
dalam ketika memilih warna. Setiap warna yang digunakan mara satu mempunyai jalinan dan
hubungan antara satu sama lain . murid ini teliti ketika mewarna mengikut garisan. Teknik
mewarna murid ini sekata dan sempurna.

2.

Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Pengkarya menggunakan proses ini bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan
atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Proses ini dianggap penting atau

signifikan dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak kerana proses pengolahan dan
pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Proses
pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik
dan tersusun. Guru perlu mendedahkan proses ini kepada murid di sekolah supaya murid boleh
dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian.

nivyaaaaa
Rajah 3: Pengolahan dan Pemurnian
Rajah 3 diatas adalah hasil karya seorang murid perempuan. Daripada bentuk kereta yang
ditunjukkan, ia hampir sama dengan bentuk kereta yang dihasilkan oleh murid pertama tadi.
Kreativiti murid ini dapat dilihat apabila dia telah mengolah dengan lebih banyak lagi hiasan di
bumbung kereta dengan menambah dua tanduk di tengah iaitu berwarna hijau bagi menunjukkan
lagi kehebatan dan keunggulan kereta tersebut. Selain itu, terdapat juga satu tanduk berwarna
-warni dibumbung belakang bagi menstabilkan keadaan kereta. Ia jelas dilihat apabila murid ini.
Selain itu murid inimenghasilkan api merah menyala yang menunjukkan kekuatan kuasa
kelajuan pada kereta tersebut.kepelbagaian warna yang dipilih oleh murid ini untuk keretanya
bagi menampakkan keriangan. Terdapat garis bersilang berwarna jingga. ungu, perang, biru dan
merah di badan kereta. Melalui pemerhatian ke atas hasil karya murid ini kita dapat melihat
murid ini mampu mengolah ideanya dengan menambah lebih hiasan pada keretanya dan
memurnikan ideanya dengan semarak api yang menyala. Murid ini juga memilih warna terang
dan ianya dipasang dengan lampu LED. Murid ini layak untuk mendapatkan tahap penguasaan 5
iaitu menzahirkan idea pengetahuan,kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan
teknik serta menggunakan media yang betul dalam penghasilan karya.

Thana..

Murid ini juga mampu memurnikan ideanya dengan memilih Warna pink untuk keretanya bagi
menampakkan pemiliknya adalah seorang perempuan. . Angka kegemaran dua puluh dua juga
dilukis di badan kereta serta perkataan sport juga di selitkan di badan kereta. Melalui
pemerhatian ke atas hasil karya murid ini kita dapat melihat murid ini mampu mengolah ideanya
dengan menambah lebih hiasan pada keretanya dan memurnikan ideanya dengan menambahkan
angka dan perkataan sport pada badannya. Murid ini layak untuk mendapatkan tahap
penguasaan 5 iaitu menzahirkan idea pengetahuan,kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual,
proses dan teknik serta menggunakan media yang betul dalam penghasilan karya.

Priya

Murid ini juga mampu memurnikan ideanya dengan menambah sebatang jalan raya di dalam
karyanya kerana kebiasaannya jika disebut sebuah kereta, maka perlu ada sebatang jalan raya
bagi tempatnya bergerak. Warna pink dipilih oleh murid ini untuk keretanya bagi menampakkan
pemiliknya adalah seorang perempuan. Warna hitam pula menggambarkandirinya sebagi
perempuan gagah perkasa. Angka kegemaran 1311 juga dibuatnya. Melalui pemerhatian ke atas
hasil karya murid ini kita dapat melihat murid ini mampu mengolah ideanya dengan menambah
lebih hiasan pada keretanya dan memurnikan ideanya dengan menambah sebatang jalan untuk
menunjukkan kedudukan keretanya. Murid ini layak untuk mendapatkan tahap penguasaan 5
iaitu menzahirkan idea pengetahuan,kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan
teknik serta menggunakan media yang betul dalam penghasilan karya.

3.

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan sangat memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan
sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya Bahan merupakan
satu perkara penting di dalam aktiviti seni. Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat
bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus
menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar
membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu..
Di peringkat sekolah, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan
teknik penggunaan dan penghasilannya. guru perlu menjelaskan teknik dan penggunaan bahan
melalui demontrasi supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai yang
tersendiri.

Rajahm 5: Kemahiran Menggunakan Bahan

manooooo

Rajah 5 merupakan hasil karya seorang murid perempuan yang menggunakan teknik kolaj bagi
menggambarkan keretanya. Dia menggunakan kertas berwarna yang dikoyak-koyakkan
menggunakan hujung pembaris. Walaupun bentuk kereta kelihatan agak biasa, tetapi dia telah
menggunakan kertas pelbagai warna seperti kuning, oren dan merah. Kesungguhan murid itu
dapat dilihat menerusi tampalan kertas yang dibuat di badan kereta tersebut. Namun di bahagian
ekzos dan hiasan di bumbung, koyakan kertas agak besar namun masih memuaskan kerana

masih mampu menampakkan hasil dan bentuk yang dikehendakinya. Teknik kolaj dengan cara
mengoyak kertas dengan tangan. Dia telah mempraktikkan semula teknik tersebut semasa
menghasilkan karyanya yang bertajuk Kereta Saya tersebut. Walaupun berbentuk agak ringkas,
namun masa yang di ambil oleh murid ini untuk menghasilkan karya tersebut agak lama dan
memerlukan kesabaran dan tumpuan yang tinggi.
Dia telah menggunakan media kering iaitu pensil warna untuk mewarna latar belakang tersebut.
Tindakan ini menjadikan objek utama yang ingin ditonjolkan iaitu kereta denganlebih ketara.
Murid ini telah menggunakan dua jenis warna iaitu coklat dan bMurid ini telah menggunakan
ruang yang ada di dalam kertas lukisannya dengan agak baik.iru. ini menunjukkan keretanya
mampu mengharungi jalan pasir. Warna biru melambangkan kereta itu sedang dipandu di tepi
pantai. Murid ini layak untuk mendapatkan tahap penguasaan 5 iaitu menzahirkan idea
pengetahuan,kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan teknik serta menggunakan
media yang betul dalam penghasilan karya.

Kesimpulan
Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.
Pendidikan

seni visual melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan

pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Maka dirumuskan bahawa, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah,
merekod dan perlaksanaan proses pentaksiran amatlah penting di samping sebagai seorang
bakal guru, pengetahuan tentang pentaksiran amatlah diperlukan untuk menilai dan membentuk
semula kelemahan-kelemahan anak-anak bangsa negara kita , Malaysia. Maka, sebagai
seorang pendidik, guru sentiasa bertanggungjawab untuk mencari ilmu dan mencurahkannya

kepada generasi muda bagi mengubah dirinya daripada jahil kepada berpengetahuan, lembap
kepada

cerdik,

mundur

kepada

maju,

dan

derita

kepada

bahagia

sesungguhnya

mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan juga pada masa hadapan

Seorang Guru harus sentiasa berusaha membantu murid untuk mengolah sesuatu idea yang
menarik dan bermakna. Guru tidak harus mengongkong kebebasan murid untuk berkarya kerana
ia akan membantut kreativiti murid untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang di luar
jangkaan kita.Setelah melihat kepada karya seni yang dihasilkan oleh murid-murid saya tadi,
memang jelaslah bahawa bagi menghasilkan sesuatu karya seni yang unggul dan bernilai, ia
perlu menjalani suatu proses artistk dengan menggunakan pelbagai kaedah. Mempelajari aktiviti
seni bukan hanya penting diterapkan di dalam mata pelajaran pendidikan seni sahaja, malah ia
perlu dipraktikkan di dalam semua mata pelajaran lain.

Refleksi
Namun begitu guru masih perlu membimbing dan memantau hasil kerja murid agar tidak
bercanggah dengan objektif yang asal. Semua ini bergantung kepada usaha seorang guru untuk
mengembangkan kreativiti muridnya agar muridnya mampu melahirkan suatu karya agung suatu
hari nanti.