Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH

PERKEMBANGAN
ILMU AL-QURAN
& ILMU HADIS

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QURAN


Ilmu ulum Al Quran telah bermula sejak turunnya wahyu pertama lagi. Hal ini boleh
dilihat melalui penurunan, sebab-sebab penurunan, pembacaan, cara pengumpulan dan
sebagainya yang mana semua perkara ini termasuk dalam perbahasan ilmu ulum Al
quran. Perkembangan ilmu ulum al quran semakin diperlukan dan semakin meluas kerana
islam semakin berkembang, merentasi pelbagai budaya dan bahasa dan disamping
menghadapi pelbagai permasalahan baru akibat pertambahan umat islam bukan arab yang
telah memeluk islam.
Pada zaman nabi, nabi Muhammad telah menerima wahyu daripada Allah melalui
malaikat

jibril

dan

Allah. Kemudian,

segera

baginda

menghafaznya
segera

mengikut

menyampaikannya

apa

yang

kepada

diwahyukan

para

sahabat

oleh
lalu

memerintahkan sahabat menulis wahyu tersebut pada tempat-tempat tertentu supaya tidak
hilang. Nabi Muhammad pernah melarang sahabat menulis selain wahyu daripada Allah
atau ayat daripada al quran itu sendiri. Hal ini dikhuatiri bercampur dengan al quran dan
susah dibezakan di kemudian hari nanti.
Para sahabat telah memahami al quran dengan baik, namun sekiranya mereka
mengalami masalah, mereka terus murujuk terus kepada rasulullah untuk menjelaskan
persoalan mereka. Kekurangan kemudahan alat-alat penulisan menyebabkan ilmu ini tidak
berkembang disamping kurangnya umat islam yang pandai menulis. Penurunan al quran
secara beransur ansur telah mempengaruhi perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin
dapat dibahaskan ilmu ini sedangkan al quran atau wahyu itu sendiri belum selesai
diturunkan atau diterima oleh rasulullah. Setelah wahyu selesai diturunkan dan rasulullah
wafat, umat islam mula menghadapi pelbagai masalah baru, maka bermulalah ulumul quran
sebagai suatu perbahasan ilmu yang penting.
Pada zaman sahabat, islam telah diterajui oleh khulafa ar-rasyidin, antara sebab
mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan ilmu ini ialah:
1.

Jajahan wilayah islam semakin meluas dengan bertambahnya orang bukan arab yang

memeluk islam yang sukar memahami bahasa arab.


2.

Minat umat islam yang mendalam terhadap ilmu hasil daripada saranan al quran itu

sendiri agar umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan.


3.

Terdapat banyak rahsia al quran yang belum tersimpul dan tersembunyi.

4.

Kesungguhan

umat

islam

serta

wujudnya

rasa

tanggungjawab dengan

meninggalkan warisan ilmu kepada generasi akan datang.


5.

Wujudnya perbezaan dan perselisihan pendapat ulama mengenai al quran dalam

semua aspek.
Peperangan yang berlaku menyebabkan ramai huffaz telah syahid, maka usaha
mengumpul al quran telah dimulakan pada zaman khalifah Abu Bakar. Sewaktu zaman
Khalifah Umar al-Khattab, islam telah berkembang dengan pesat. Masalah telah timbul
apabila umat islam dibeberapa wilayah telah membaca al quran berbeza dengan cara
masing-masing. Hal ini dikhuatiri para sahabat. Oleh yang demikian, semasa pemerintahan
khalifah Uthman Bin Affan, para sahabat telah menyusun al quran seperti yang ada sekarang
iaiti mashaf uthmani.
Sewaktu di zaman pemerintahan Saidina Ali pula, beliau telah menemui masalah apabila
mendengar seorang yang bukan arab membaca ayat 3 dalam surah at-Taubah salah
menyebut barisnya sehingga mengubah maknanya. Jadi, Saidina Ali telah memerintahkan
Abu Aswad ad-Duali untuk membariskan al quran dan memberi titik kesemua huruf-huruf
dalam al quran seperti yang ada pada zaman sekarang.
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS
Setiap perkara pasti ada sejarah perkembangan.Perkembangan ulum-Quran
menyebabkan ilmu lain juga turut mengalami perkara yang sama khususnya ilmu
hadis.Bagaimana ilmu hadis boleh berkembang pesat sehingga mempunyai disiplin ilmu
yang tersendiri? Sehingga ianya menjadi lebih tersusun sepertimana yang ada di zaman
kita?
Mari kita selusuri sejarah perkembangan Ilmu Hadis..
1. PERINGKAT AWAL: ZAMAN RASULULLAH SAW
Di zaman ini Ilmu hadis belum lagi diperkenalkan secara khusus dan belum mempunyai
disiplin yang tersendiri namun kaedah periwayatan sudah muncul secara tidak langsung
diperingkat ini.
Iaitu para Sahabat r.a mendengar daripada Rasulullah saw kemudian menyampaikan
kepada sahabat yang lain yang tiada semasa sesuatu hadis dinukilkan daripada Rasulullah
saw.

Sehingga Rasulullah saw bersabda:


"
Maksudnya: Allah akan mengelokkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu daripada
kami kemudian dia menyampaikan apa yang didengari moga-moga orang yang
menyampaikan lebih faham daripada yang mendengar
(Riwayat Tarmizi, kitab bab No.2657)
Dan pada peringkat ini Para sahabat lebih menjurus kepada periwayatan,hafalan dan
penyampaian.Disebabkan para Sahabat r.a terkenal dengan kuat hafalan dan segala yang
diriwayatkan oleh mereka semuanya adalah benar dan menjadikan riwayat mereka jauh
daripada keraguan penipuan dan lupa.sehingga datang kaedah kepada para sahabat.
2. PERINGKAT KEDUA; ZAMAN SAHABAT R.A
Selepas kewafatan Rasulullah saw maka terzahir keperluan untuk menjaga riwayat
hadis Rasulullah saw oleh itu pada peringkat ini banyak rehlah untuk mencari kethabitan
tentang sesebuah hadis dan Para sahabat r.a sentiasa berada dalam keadaan berjaga
kerana takut apa yang diriwayatkan kemungkinan salah ataupun terlupa
Perkara ini boleh dilihat daripada perbuatan Abu Bakar as-siddiq r.a apabila beliau diminta
untuk memberi hak tinggalan(mirath) kepada (nenek) mari kita lihat bagaimana telitinya
Abu Bakar dalam menerima riwayat hadis
telah datang seorang nenek kepada Abu Bakar r.a dia berkata kepada Abu
Bakar:sesungguhnya cucu lelaki ku telah mati,aku dikhabarkan bahawa hak aku terdapat di
dalam Al-quran,maka Berkata Abu Bakar r.a:aku tidak dapati di dalam Al-quran hak kamu
wahai nenek dan aku tidak pernah Rasulullah saw berbuat demikian beliau kemudian
bertanya kepada orang ramai. Maka Mughirah bin syubah menyaksikan bahawa Rasulullah
saw member hak 1/6 kepada nenek.Abu Bakar siapa lagi yang mendengar selain kamu?
Mughirah bin Syubah berkata:Muhammad bin Maslamah kemudian Abu Bakar r.a member
hak kepada nenek tersebut 1/6 kemudian terjadi hal yang sama pada zaman Umar r.a
(Riwayat Tarmizi kitab bab no 2100 &2101)

Begitu juga apa yang berlaku pada kisah ( Riwayat Bukhari kitab bab
no 2645)

Di peringkat ini juga para Sahabat mula mencari siapa yang meriwayatkan hadis terutama
pada zaman fitnah iaitu selepas kematian saidina Uthman r.a sehingga Ibnu sirin(w.110)
meyebutkan:
:

Maksudnya:sebelum ini para sahabat r.a tidak langsung mempersoalkan tentang sanad
apabila terjadi fitnah mereka berkata:namakan siapa yangkamu riwayatkan daripadanya
maka lihat kepada ahli sunnah ambillah hadis daripada mereka dan lihatlah kepada ahli
bidaah maka jangan ambil hadis daripada mereka