Anda di halaman 1dari 11

Sejarah ATM

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda


Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac
1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang
dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari
1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari
sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini
telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang
tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman
Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948.
Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun
1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh
batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat
penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan
Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang
maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada
masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai
satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi
cabaran masa depan.

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela


Tentera Laut Negeri-negeri Selatpada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan
ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau
Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja
Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal
Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430
anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942,
seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon,
India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila
perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas
perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947.
Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah

dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya
dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun
1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian
daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan
Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal
Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja
Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai
Tentera Laut Diraja Malaysia.

Titik mula TUDM ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera


Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF)oleh British pada tahun 1936. Pasukan
i ni ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada
tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada
tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force
Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada
tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan
RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan
rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh
dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.

Malaysia[sunting | sunting sumber]


Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara
diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua
pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas
Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sempena Hari Pahlawan, acara letak kalungan bunga oleh pemimpin
negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ketua
pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ketiga-tiga
cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur selama
seminit di hadapanTugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik
Perdana, Kuala Lumpur. Acara tradisi ketenteraan tiupan Last Post dan
Rouse serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Acaraacara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan
sebagainya juga diadakan di Masjid Negara
Persatuan Bekas Tentera Malaysia pula melancarkan kutipan derma ke
sekolah-sekolah bagi memupuk semangat menderma dan cintakan tanah
air. Pada 17 November 2007, Majlis Santapan Seri Pahlawan telah
diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mengutip sumbangan
derma untuk bekas tentera yang uzur dan kemalangan. [1]
Kerajaan pada 2010 telah memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan
yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan
dipindahkan ke Putrajaya di sebuah dataran yang berkeluasan dua hingga
tiga ekar yang bakal dibina.[2] Namun sambutan telah diadakan di Dataran
Merdeka buat kali pertama tanpa acara meletak kalungan bunga dan
bertafakur di depan Tugu Negara seperti yang sering dilakukan seiring
dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. [3]

HARI PAHLAWAN

Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa


pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di beberapa negara. Hari
Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai setiap tahun. Pelbagai
acara diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua
pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas
Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sebelum tahun 2010, acara sambutan Hari Pahlawan diadakan di Tugu
Negara. Bagaimanapun, mulai tahun 2010 ini, kerajaan telah memutuskan
lokasi sambutan dilakukan di dataran yang sesuai. Sebagai permulaan,
Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi sambutan.
Pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di
kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.
Dengan perpindahan tempat sambutan turut melibatkan perubahan acara
yang diadakan. Acara sambutan mengikut garis panduan yang ditetapkan
oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut laman portal Majlis Fatwa Malaysia (http://efatwa.intranetportal.my), telah diwartakan dua fatwa mengenai Hari
Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan "Last Post", bertafakur dengan
menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak,
nyanyian dan tiupan "Rouse" yang dilakukan di hadapan tugu dalam
upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan
boleh membawa kepada syirik.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan
adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di
tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.
Sebelum kerajaan mengambil keputusan menukar acara sambutan dan
lokasi, acara sempena Hari Pahlawan melibatkan acara letak kalungan
bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang Dipertuan Agong dan Perdana

Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia


(ATM) dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
bertafakur selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran
Panggung Aniversari, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Acara tradisi ketenteraan lain yang diadakan ialah tiupan Last Post dan
Rouse serta deklamasi sajak juga dilakukan di hadapan tugu. Manakala
acara-acara keagamaan seperti majlis bacaan doa selamat, yasin, tahlil
dan sebagainya juga diadakan di Masjid Negara.
Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari
Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan Last Post, bertafakur dengan
menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak,
nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan tugu dalam
upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan
boleh membawa kepada syirik.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23
April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan
Bagi Angkatan Tentera.
Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua
perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan
menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.
Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau
memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk
tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya
mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan
haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan
selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang
boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalanamalan lain yang bertentangan dengan syarak.

Hari Pahlawan merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa


pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di beberapa negara. Ia
biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari
kepahlawanannya.
Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai. Pelbagai acara
diadakan sempena Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua
pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas
Malaysia merdeka. Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Mulai tahun 2010 ini, kerajaan telah memutuskan lokasi sambutan Hari
Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan
dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis
panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh
diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian
Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri hari ini.
"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk
kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan
bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan
Jakim.
"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,"
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Zahid berkata, perkara itu turut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak, malah beliau meminta permbinaan dataran yang berkeluasan
dua hingga tiga ekar itu disegerakan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata pihaknya akan

menimbang cadangan bagi menjadikan dataran itu sebagai tempat


perhimpunan yang menepati kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan dan
pada masa yang sama dapat memberi gambaran kepada masyarakat
tentang pengorbanan dan jasa pahlawan negara.
Menurut laman portal Majlis Fatwa Malaysia (http://efatwa.intranetportal.my), telah diwartakan dua fatwa mengenai Hari
Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan "Last Post", bertafakur dengan
menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak,
nyanyian dan tiupan "Rouse" yang dilakukan di hadapan tugu dalam
upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan
boleh membawa kepada syirik.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan
adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di
tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Tugu Negara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tugu Negara

Pemandangan Tugu Negara


Bangunan
Jenis

Monumen awam

Lokasi

Taman Tasik Perdana, Kuala


Lumpur,
Malaysia
Pembinaan

Dimulakan 1963
Disiapkan 8 Februari 1966
Tinggi

15 meter (49 ka)


Pasukan reka bentuk

Arkitek

Felix de Weldon

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah
disiapkan pada 8 Februari 1966sebagai penghormatan kepada lebih 11
ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-

1918),Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960).


Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpurberhampiran dengan bangunan
Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di
Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera
mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut
melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan,
keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat
daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang
bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War
Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca
berkumpulan yang tertinggi di dunia.[1]
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah
2 Komunis letup Tugu Negara

3 Lokasi Hari Pahlawan dipindahkan

4 Rujukan

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu
berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur,
bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi
memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya
tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
Kompleks Tugu Negara yang ada kini di kawasan Taman Tasik
Perdana dibuka pada 8 Februari 1966. Ia memasukkan Taman Peringatan
sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira yang
mengorbankan jiwa mereka bagi menjaga keamanan negara Malaysia.
Tiang asal dialih ke Kompleks Tugu Negara kini dan padanya tercatat tarikh

tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (19391945) dan Darurat (1948-1960).
Komunis letup Tugu Negara[sunting | sunting sumber]
Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan
keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, pengganas
komunis bertindak mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Kejadian
itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta
dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa
percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya
(MNLF).
Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul
Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui
dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah
dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan
diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua
orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar
dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan
Bangsar, Kuala Lumpur.
Namun pihak komunis telah menafikan penglibatan mereka [perlu rujukan] dan
menuduh ianya angkara perbuatan kerajaan sendiri sengaja merosakkan
tugu tersebut yang dikatakan patung-patungnya menyerupai mirip wajah
orang-orang barat seperti mempunyai hidung yang mancung [perlu
rujukan]
supaya mempunyai alasan untuk mengubah-suai semula wajah
patung tugu itu menyerupai rakyat Malaysia tanpa dituduh bersifat
perkauman dengan menyalahkannya kepada pihak komunis.
Lokasi Hari Pahlawan dipindahkan[sunting | sunting sumber]
Mulai 2010, lokasi sambutan Hari Pahlawan dipindahkan dari Tugu Negara
ke Putrajaya.Tiada lagi upacara meletakkan bunga dan bertafakur di
hadapan Tugu Negara yang dianggap perbuatan syirik dan khurafat.
Selama ini upacara memperingati Hari Pahlawan diadakan setiap 1 Julai
setiap tahun. Sidang media tentang keputusan itu diberikan oleh Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Jamil Khir

Baharom. Upacara menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara


itu diadakan sejak 1963 .
Keputusan ini sesuai dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang
pada 6 hingga 7 Oktober 1987 yang telah mengeluarkan fatwa bahawa
ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.

Anda mungkin juga menyukai