Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru 2009

TAJUK: SECANGKIR IMPIAN SELAUT BUDI


Faham semua?,garau suara Cikgu Suhaime memecah kesunyian. Beberapa orang
murid tenang menganggukkan kepala. Di sudut belakang kelas,Aiman masih
terlopong sambil menopang dagu dan terkebil-kebil mata bundarnya. Aiman!,panggil
Cikgu Suhaime.
Ala.Aiman tengah berangan tu,cikgu. Agaknya dah sampai ke bulan. Nak jadi
angkasawan konon! Haha,pintas Ramesh mengundang gelak tawa murid-murid
yang lain.
Reaksi nakal Si Ramesh mula membakar rasa marah Cikgu Suhaime. Aiman pula
hanya tunduk membisu. Selalu sangat Aiman diejek dan dipermainkan teman-teman
sekelasnya. Tetapi tidak pernah pula Aiman melawan.
Aiman benar-benar kagum dan terpaku melihat tayangan pada skrin yang
berwarna-warni . Matanya tidak lepas memerhatikan jari jemari Cikgu Suhaime yang
menekan papan kekunci laptop. Satu persatu dipaparkan eksperimen tatacara
menghasilkan telur masin. Saban hari,sememangnya Aiman teruja mengikuti mata
pelajaran Sains yang paling diminatinya. Meneroka pelbagai eksperimen memberi satu
kepuasan bagi dirinya
Namun hari ini,apa yang diajarkan Cikgu Suhaime tidak pula
menarik perhatiannya. Apa tidaknya,setiap hari itulah yang menjadi rutinnya. Membantu
ibu mengutip telur-telur itik di reban belakang rumahnya untuk dibuat telur
masin. Kemudiannya,seminggu sekali Pak Cik Lim akan datang mengambilnya untuk

dijual di pasar malam. Itulah sumber pendapatan keluarganya,selain bercucuk tanam


sayur-sayuran. Semenjak kematian ayahnya,Aiman hanya tinggal berdua bersama
ibunya.Dia bertekad akan belajar bersungguh-sungguh dan mengubah
nasib keluarganya.
Setiap kali Aiman membuka helaian buku Sains,fikirannya akan menerjah ke
makmal sains dan wajah Cikgu Suhaime pasti hadir. Hatinya mula menjadi tidak
keruan. .
Keinginan untuk menyentuh ,memegang dan menekan papan kekunci pada laptop seperti
yang dilakukan oleh Cikgu Suhaime membuak di dada. Canggih sungguh teknologi
maklumat pada zaman alaf baru ini. Kata Cikgu Suhaime lagi,dengan melayari internet,
kita boleh pergi ke seluruh dunia tanpa sempadan. Pelbagai maklumat boleh diperolehi
dengan mudah.Wah,hebat sungguh!
Tiba-tiba senyuman Aiman bertukar kelat. Aiman akur,hidupnya kais pagi,makan
pagi,mana mungkin ibunya mampu untuk membelikannya sebuah komputer.
******
Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat yang tidak akan luput dari
ingatan.Esei Sains hasil penanya telah dinobatkan sebagai johan peringkat Negeri Perak.
Terima kasih tidak terhingga buat Cikgu Suhaime yang telah banyak membantu,memberi
sokongan dan dorongan dalam menyiapkan eseinya tempoh hari. Bahkan dia langsung
tidak tidak tahu, Cikgu Suhaime telah menghantar eseinya menyertai pertandingan
tersebut. Seingatnya semua murid di tahun 6 Excellent diminta menyiapkan esei
mengikut tajuk yang diberikan. Sangkanya itu hanyalah homework sebagaimana lazim
yang selalu diberikan oleh Cikgu Suhaime.

Tuhan Maha Pengasih lagi Pemurah, barangkali sudah tertulis namanya atas
rezeki yang dikurniakan ini. Aiman menerima hadiah berupa set komputer yang
disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Perak. Dewan IKM yang serba indah
menjadi saksi kemenangan dan dedikasi Aiman serta ketulusan budi Cikgu
Suhaime. Aiman tidak dapat menahan rasa untuk memeluk dan mencium tangan gurunya
itu sambil menghulurkan bungkusan yang mengandungi lima biji telur masin dan
mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU!

420 patah perkataan

Hasil pena

: Muhamad Amirul Syahmie bin Shuhaime

Umur

: 12 tahun

Kelas

: Tahun 6 Excellent

Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi


32400 Ayer Tawar,Perak.