Anda di halaman 1dari 5

Retorik

 Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau
tujuan dengan lebih berkesan. Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah
alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran retorik
melibatkan:

1. penguasaan tatabahsa

2. penggunaan pelbagai ragam bahasa

3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik

4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.

 Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh
khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan
dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan. Di samping itu,
penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau
Analogi
senario.
 Naratif Deskriptif Eksposisi Penghujahan
- Menerangkan atau memerikan - Mendedahkan sesuatu isu, - Cara penulis menunjukkan
sesuatu. perkara. kebenaran pendapat sama ada
menentang, menyookong atau
- Menggunakan pemerhatian dan -Cara ini sesuai digunakan menunjukjkan sikap berkecuali.
pengamatannya untuk menerangkan untuk menjelaskan konsep,
sesuatu hal. Di tahap yang lebih halus, pandangan, cadangan, proses, -Kebenaran yang hendak
- Gaya naratif boleh penulis ada kalanya menggunakan atau sejarah sesuatu, dengan ditunjukkan mestilh berasakan
ditemui pada laporan pancainderanya, di samping perasaan menggunakan mana-mana fakta atau bukti yang konkrit.
akhbar, laporan hati dan pandangannya. teknik sama ada deduktif,
aktiviti, minit induktif atau analogi. -Kebenaran tidak berasaskan
mesyuarat atau
- Penulis menggambarkan peristiwa, emosi sahaja.
ceramah syarahan
contoh kiasan dan sebagainya.  
yang menerangkan
sesuatu.  
- Pengalaman seseorang, watak-watak
dalam novel, drama dan sebagainya.
 

- Dengan cara deksriptif ini, penulis


boleh menggunakan teknik-teknik
induktif, deduktif atau analogi.

 http://www.tutor.com.my/stpm/retorik.htm
http://www.ums.edu.my/webv3/appl/downloadfiles/F1.%20TOPIK%206%20DAN%207.ppt.

WACANA & RETORIK

DEFINISI WACANA

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan
bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab,
sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan
sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir
selepas tingkat ayat.

JENIS-JENIS WACANA

Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana
lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar.
Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.
Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu
kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.

DEFINISI RETORIK

Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang
betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni
penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara
untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca.

JENIS-JENIS RETORIK

i. Pemerian

Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan
menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.

ii. Pemujukan

Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai
sesuatu perkara yang diperkatakan.

iii. Penerangan

Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah
yang lain.

iv. Penceritaan

Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan.

v. Pendedahan

Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau
maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang
kepada khalayak dengan berkesan.

vi. Penghujahan

Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan,
perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.
PRINSIP-PRINSIP WACANA

Tujuan

Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang
digunakan. Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi
atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan
sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula
yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan.

Tautan

Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah
wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana
tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga
membentuk satu kesatuan.

Runtutan

Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang
bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.

Penerimaan

Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan
seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap
penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca.

Maklumat

Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang
telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu ialah maklumat yang
baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut.

Keadaan

Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran.
Pemilihan kata, frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.

Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepada wacana yang lain. Melalui interteks, sesuatu wacana lebih mudah
difahami oleh pembaca atau pendengar. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan
membantu menghasilkan wacana.

PRINSIP-PRINSIP RETORIK

i. Pemerian

Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.

Menghasilkan gambaran yang realistik.

Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun.

Lazimnya, mengandung tiga bahagian, iaitu pendahuluan, huraian dan kesimpulan.

Bersifat deskriptif dan informatif.

ii. Pemujukan
Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan bahasa.

Menggunakan aspek bahasa psikologi.

Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan) dan tidak rasional (melibatkan emosi).

iii. Penerangan

Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik.

Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau pendengar
memahami maklumat yang disampaikan.

Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan.

iv. Penceritaan

Mengandung pendahuluan, perkembangan dan peleraian.

Bersifat imaginatif.

Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana bercirikan ekspresi.

v. Pendedahan

Ada takrifan yang disertai contoh dan perbandingan.

Penghuraian sesuatu topik adalah secara objektif.

Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.

vi. Penghujahan

Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan.

Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit dan jelas.

Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan induksi.

MAKNA DALAM WACANA

Makna dalam wacana dapat ditinjau daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu hubungan makna. Antara bahagian
yang ada hubungan dalam sesebuah wacana ditunjukkan seperti berikut:

Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai contoh, Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap
pertandingan yang disertainya.

Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai contoh, Siti sangat rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.

Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai contoh, Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
akhir.

Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai contoh, Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus
peperiksaan dengan cemerlang.

Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh, Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan
menghasilkan kejayaan.

Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh, Rumah Romzi besar. Rumah Rosli lebih besar. Hubungan penjelasan, iaitu
sebagai contoh, Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan
nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah.
MAKNA DALAM RETORIK

Pemerian

Contoh: Harga asal buku itu ialah RM50.00. Harga selepas diskaun ialah RM25.00.

Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas.

Pemujukan

Contoh: Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan mesra pembeli. Silalah berkunjung ke kedai kami.

Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa.

Penerangan

Contoh: Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan AA4444. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana
memilih Syarikat Penerbangan Cepat. Kami akan memaklumkan masa penerbangan yang baharu sebentar lagi. Sesungguhnya,
kami menghargai kesabaran anda. Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau
mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada jadual penerbangan.

Penceritaan

Contoh: Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba-tiba sahaja aku ternampak bayangan yang
menyeramkan.

Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah seterusnya.

Pendedahan

Contoh: Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar
terlebih dahulu. Mengapakah berlaku hal sedemikian?

Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar boleh merangsang pembacaan. Sebelum melakukan sebarang
pekerjaan, daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega.

Penghujahan

Contoh: Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos menjadi keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku,
kita tidak dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti. Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan
untuk tujuan tersebut, negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di dalam negara, berbanding dengan
langkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar negara.

Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian
anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai