Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG

(AKADEMIK)
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat Encik Khairuddin B.
Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis diiringi oleh dif-dif
kehormat.
Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin
diminta berdiri.
Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan muri semua
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah
Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid
daripada tahun 1 dan murid tahun 2.
Untuk makluman semua, persembahan murid tahun 1 dan 2 sebentar tadi,
merupakan ilham kreatif dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Yang Berhormat Encik Khairuddin B. Mahmud,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis
Yang Berusaha Encik Omar B. Kasim,
Yang Dipertua PIBG, SK Seri Makmur
Yang Berusaha Encik Mohd Zain B. Bakar,
Guru Besar SK Seri Makmur
Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar
yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul
di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang
SK Seri Makmur bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berhormat Encik
Khairuddin B. Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pulau Manis kerana
sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Seri Makmur pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan
berseri.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mokhtar bin Abd Ghani untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mokhtar bin Abd
Ghani atas bacaan doa sebentar tadi.
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan daripada YDP PIBG SK Seri
Makmur. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha
Encik Omar B. Kasim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Omar B.
Kasim , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Seri Makmur. Untuk itu,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Zain B.
Bakar, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Omar B.
Kasim , atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Encik Khairuddun B.
Mahmud, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Pulau Manis untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sk Seri
Makmur bagi tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada mempersilakan Yang Berhormat
Encik Khairuddun B. Mahmud, Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Pulau Manis
sebentar tadi.
Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita
diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari
Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan.
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guruguru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah
Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid,
Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan
anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis
memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden
STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR
untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato
Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian
anugerah sebentar tadi.
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada
persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral
Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua
merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu
Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi
penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis barubaru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar
sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan
nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan

persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid
dan Cik Norhidayah Abdullah.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke
tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha
Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan
diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul
Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak
sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima
anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus
cemerlang dalam bidang masing-masing.
Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian
Rumah Tetamu STAR.
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai