Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

2012

BIL

ATURCARA

Murid-murid berdiri dalam


barisan.

SKRIP PENGACARA

CATATAN

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Pengacara diminta untuk memaklum-kan kepada


semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara
majlis bermula

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alu-aluan Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
Yang Berbahagia,
En Mohd Zain B. Bakar, Guru Besar SK. Seri Makmur
Yang Berusaha,
En. Wan Azhar B. Wan Nawi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati,
Puan Hjh. Khtijah Bt. Harun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
En. Arman B. Husin, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah
rahmatNya dapat kita berkumpul di kerapatan ini dalam melaksanakan program
pencegahan pendidikan dadah 2012.
Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, para pelajar di minta duduk

Bacaan Doa

Ustaz Mokhtar B. Abd. Ghani


Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Mokhtar bin Abd. Ghani untuk memimpin bacaan
doa. Majlis mempersilakannya.
(Bacaan Doa)
Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil di atas bacaan doa tadi, semoga
majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Nyanyian Lagu
-Negaraku
- Negeri Pahang

Majlis diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang.
Diminta Semua guru dan murid untuk berdiri.

Bacaan Ikrar Antidadah

Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah oleh Adik Mohd Irfan Fahmi B. Mohd Izani.Majlis
mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.
Semua hadirin diminta duduk.

Ucapan GPK Hal Ehwal Murid

Para hadirin sekalian,

GPK HEM
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
En Wan Azhar B. Wan Nawi, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK Seri Makmur untuk menyampaikan
ucapan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Sempena Hari anti Dadah Kebangsaan tahun 2012. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada En. Wan Azhar B. Wan Nawi di atas ucapan beliau itu tadi.
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Guru Besar SK Seri Makmur
6

Ucapan Perasmian Guru Besar

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Mohd Zain B. Bakar, Guru Besar SK Seri
Makmur, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Pencegahan Pendidikan Dadah
2012.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih di atas ucapan serta perasmian
program oleh Tuan Guru Besar.

Bila memandang kemuka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur kebumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu :
Lagu tema PPDa
Mereka yang rebah dan Dadah durjana
Semua hadirin diminta untuk berdiri.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian hadirin untuk menyanyikan lagu tadi.
Kita teruskan program pada hari ini dengan persembahan daripada murid murid SK Seri Makmur. Majlis
dengan ini menjemput Murid dari kelas 5arif untuk mempersembahkan persembahan mereka iaitu Boria
antidadah dan Dengarlah Sayang.
Kita teruskan persembahan dengan menjemput Aduk Khairul Aizam B. Awang Kechik untuk mendeklamasikan

sajak yang bertajuk Anak.


Seterusnya majlis menjemput Adik Norsyafiqah Adila Bt. Mohamad untuk mendeklamasikan sajak beliau yang
bertajuk

Majlis mengucapkan terima kasih dan tahnuah diatas persembahan yang penuh makna daripada murid-murid
tadi. Kini majlis diteruskan dengan tayangan video.
8

Ceramah oleh AADK Maran

Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan ceramah anti dadah yang akan disampaikan oleh Cik Razua Bt.
Rahim Dari Agensi Anti Dadah (AADK) Maran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada wakil AADK Maran Diatas ceramah beliau tadi.
9

Penutup dan Bersurai

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderhati kepada pemenang. Majlis menjemput GPK
Kokurilulum, En. Arman B. Mohd Husin Mengiringi GPK Pentadbiran, Pn. Hjh. Khtijah Bt. Harun bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah.majlis mempersilakan.
Pertandingan mewarna pra sekolah ;
Pendidikan khas;
Tahun 1;
Tahun 2;
Tahun 3;
Pertandingan membina kad aku janji:
Tahun 4;
Tahun 5;
Tahun 6;

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada penceramah kita pada hari ini.dengan ini majlis
menjemput dan mempersilakan GPK HEM SK Seri Makmur En. Wan Azhar B. Wan Nawi mengiringi Tuan
Guru besar SK Seri Makmur En. Mohd Zain B. Bakar untuk menyampaikan cenderhati.majlis mempersilakan
Ucapan terima kasih diatas kesudian Tuan Guru Besar menyampaikan cenderhati kepada pegawai AADK Tadi.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemaridisusunmaaf dipinta.
Bungaseroja di ataspara,
Jatuhditimpabuahberangan;
Andai kata tersilapbicara,
Kemaafanjua kami pohonkan.
Sekian sahaja daripada saya
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh