Anda di halaman 1dari 5

Surat, Dokumen dan Borang PPGB

MAKLUMAT BERKAITAN PENYEDIAAN SURAT, DOKUMEN SERTA PENGISIAN


BORANG PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
(Perlu Dibaca Bersama Garis Panduan Pelaksanaan PPGB Di Sekolah-Sekolah Di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012)

I.

Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah


Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang
dipilih khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi
profesional mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian
opsyen Guru Mentor dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar,
pengetahuan, kemahiran dan personaliti Guru Mentor.
Tatacara
1.

Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya


satu (1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.

2.

Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan
nama Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.

II.

3.

Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

4.

Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu


Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen
persetujuan antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan baiah. Guru
Mentor merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan
Guru Baharu merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima
bimbingan dan bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka
berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.
Tatacara
1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu
dicatat.

Surat, Dokumen dan Borang PPGB

2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru


Baharu.
3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio
dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.

III.

Log Pementoran
Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru
Baharu. Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk
memantau status, mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan
pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan
tidak formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan
sekurang-kurangnya dua (2) waktu seminggu).
2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.
3. Perkara yang perlu diisi:
a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan HEM, dan sebagainya)
b. Isu atau perbincangan
c. Ulasan
4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu

IV.

(1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.


Penilaian oleh Guru Mentor
Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat
tahap pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.
Tatacara

Surat, Dokumen dan Borang PPGB

1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan
keenam (6) dan bulan ke-12.
(Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain
dan Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidens dan pemerhatian).
2. Penilaian dilaksana untuk setiap Guru Baharu menggunakan borang yang
sama.
3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti berikut:
a. Pengetahuan
wajaran 30%
b. Kemahiran
wajaran 30% Berkaitan Dasar KPM, PdP,
c. Nilai Profesional
wajaran 40% Pengurusan Kokurikulum,

Pengurusan HEM, dan sebagainya.

4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta
keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi
setiap Aspek Kompetensi adalah seperti berikut:
SKO
R

TARAF

9 10

Cemerlang

78

56

Baik

Sederhana

DESKRIPTOR

Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat


menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan


aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas.

Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai


profesional pada tahap yang baik.

Mengetahui, memahami dan menghayati semua


aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan


aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi
memerlukan bimbingan.

Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai


profesional pada tahap sederhana.

Mengetahui dan memahami semua aspek


pengetahuan tetapi tidak menghayati aspek
pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan


aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi
masih memerlukan bimbingan.

Mengetahui dan memahami semua nilai profesional

Surat, Dokumen dan Borang PPGB

SKO
R

TARAF

DESKRIPTOR
pada tahap sederhana.

34

Kurang
Memuaskan

12

Lemah

Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam


melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan
tidak menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam
melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan


aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi
sentiasa memerlukan bimbingan.

Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang


mempamerkan nilai profesional.

Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak


menghayati semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.

Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak


menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam
melaksanakan tugas.

Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak


mempamerkan nilai profesional.

5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/


Guru Besar.
6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua,
penilaian semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan
selepas tempoh masa pelanjutan PPGB berakhir.
V.

Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu


(PPGB)
Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini
adalah rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh
pegawai Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan
untuk tindakan susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi
penyediaan laporan PPGB oleh pihak BPG.

Surat, Dokumen dan Borang PPGB

Tatacara
1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/ pemantauan. (Lawatan/
pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga
(3) bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).
2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.
3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti berikut:
a. Amalan Terbaik
- Merujuk kepada objektif program.
b. Isu Pelaksanaan
- Maklumat diperoleh melalui semakan
c. Cadangan Penambahbaikan
Portfolio dan perbincangan dengan
Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain
dan Pengetua/ Guru Besar.

4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta


Pengetua/ Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.
5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan

satu (1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.