Anda di halaman 1dari 16

KAEDAH

PENULISAN
ULUM ALQURAN
& HADIS

PENULISAN AL-QURAN
Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan Al-Quran. Ini dibuktikan melalui
perlantikan Nabi Muhammad s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat
Khalifah Rasyidah, Muawiyah, Abbas b. Said, Khalid b. Walid, Ubai b. Kaab, Zaid b. Thabit,
Thabit b. Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu turun beliau
menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di samping menambah
kepercayaan dan lebih menjaga kitab Allah sehingga penulisannya mendukung hafazan.
Mereka mencatat tulisan-tulisan Al-Quran menggunakan pelbagai sumber yang ada pada
masa itu yang menunjukkan besarnya perhatian mereka terhadap penulisan Al-Quran.
Kemudian tulisan-tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi pada zaman nabi, AlQuran telah dihimpun sempurna melalui cara seperti itu. Ianya hanya belum ditulis dalam
sahifah-sahifah atau mushaf-mushaf, tetapi tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan
media-media lain yang seumpamanya.
Penulisan pada zaman Saidina Abu Bakar
Abu Bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi
masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan yamamah mensyahidkan ramai
para hafiz Al-Quran dan Saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap Al-Quran. Setelah
Saidina Umar memujuk Saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar, Zaid bin
Thabit untuk mengumpul Al-Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan
yang ada dalam hati para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian
lembaran-lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan
kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).
Penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman
Penyebaran Islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan
penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat dan Qari yang dikirim kepada mereka. Cara
pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan huruf yang dengannya AlQuran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka
merasa hairan tentang perbezaan-perbezaan Qiraat tersebut.
Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia
dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para
sahabat prihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini menimbulkan
penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran pertama
yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu dengan bacaan
yang tetap pada satu huruf. Al-Imam Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya fahm as-

sunan menjelaskan Abu Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat
lain atau dari satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat
media yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w yang masih berserakan, kemudian ia
mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang terabai.
Penulisan pada zaman Saidina Uthman
Sewaktu pemerintahan Saidina Uthman, Islam semakin tersebar luas dan kaum
muslimin bertaburan di berbagai daerah. Umat Islam jauh daripada waktu kerasulan dan
turunnya wahyu. Masing-masing daerah Islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada
kalangan mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang
memungkinkan timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit kerana
mereka telah jauh daripada zaman kenabian. Keadaan itu semakin parah sehingga saling
mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke daerah-daerah lain seperti
Hijaz dan Madinah.
Disebabkan peristiwa-peristiwa tersebut, Saidina Uthman mengumpulkan para pakar
untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa muhaf
untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya dibakar dan hanya
bertumpu kepadanya. Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun 24
Hijrah dan awal tahun 25 Hijrah. Untuk menyalin Al-Quran, mereka dibantu oleh beberapa
sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang Al-Quran antaranya Zaid b Thabit, Zaid b
Al-Ash dan Abdurrahman Ibn Al-Haris. Akhirnya terhasillah beberapa naskhah mushaf
Uthmani dan dihantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari
yang mewakili Qiraat-qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memiliki kaedah-kaedah
penulisan tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam
enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.

KELEBIHAN RASM UTHMANI


Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu
diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis dan membaca
kitab suci Al-Quran.
Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-ulama
untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah penulisannya bersifat
Tauqifi.
Rasm Uthmani tauqifi
Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada Rasulullah. Lebih jelas ia bermaksud
Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah tidak mengajar
sesuatu kepda sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah.
Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf semenjak
dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat dan mereka
tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza
dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah
kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga
sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang
merosakkan kefahaman Al-Quran.
Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf Al-Quran mempunyai mukjizat
tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah.
Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan dan
mukjizat Al-Quran.
Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran
Ulama bersepakat rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya menepati
salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke Mekah, Madinah,
Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh beliau sendiri.
Merangkumi tujuh huruf
Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah
berkaitan tujuh huruf Al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang
diajarkan rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama mengenai
maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara
bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad, mutahanna atau jamak dan
samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab, perselisihan cara tasrif,
perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal,
perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan
perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.
Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang
dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai
digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat
mutawatiroh yang lain.
Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir
Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah islam rasul
melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b Thabit seorang
sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Dengan keadaan tersebut
Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua
khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada
pembentangan tersebut.
Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa hayat nabi
tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang
dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga apa
yang terkandung dalam Mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar,
Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa
pembentangan terakhir.
Kaedah Penulisan Yang Istimewa
Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani banyak
keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya
1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.
Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah sahaja,
huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;
a. mengetahui baris asal sesuatu huruf. Contohnya ditambah huruf ya
selepas huruf hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelumnya berbaris
kasrah, ditambah huruf wau selepas huruf hamzah menunjukkan

baris huruf hamzah ialah dhommah, pula ditambah alif selepas


hamzah untuk menunjukkan bahawa hamzah berbaris fathah.
b. Menggambarkan sesuatu makna. Contohnya ziyadah huruf ya pada kalimah
untuk memperteguhkan lagi mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah
yang mencipta langit atau cakarwala dengan begitu kukuh dan sempurna.

2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.


a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah. Contohnya kalimah
( jamak )dan seumpamanya dituliskan dengan huruf wau
menggantikan huruf alif disebabkan wau merupakan sebahagian daripada
huruf dalam struktur asal kalimah tersebut. Begitu juga kalimah
ditulis dengan huruf ya menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya adalah
huruf asal daripada kalimah tersebut.

3. keistimewaan hazaf.
a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat. Contohnya
kalimah dibaca dengan tiga wajah ( ).
b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus. Contohnya dihazaf wau pada
kalimah " " untuk memperkukuhkan kenyataan bahawa doa seoarng
hamba sangat mudah dan cepat sampai kepada Allah.

4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).


a. Kalimah-kalimah Al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara terpisah
dan ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari
segi makna terdapat perbezaan contohnya dengan
apabila ditulis terpisah bermakna tetapi jika bersambung bermakna "

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri sehinggakan
sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan dapat mentafsirkan
sebahagian daripada keunikannya.
Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan
mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan
dipelihara dan diamalkan.

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan namun
pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia boleh
membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf Al-Quran dan dalam jangka panjang
mendedahkan Al-Quran kepada perubahan.
KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI
1. Kaedah pertama:Al-Hadhf
Al-Hadhf

ialah

membuang

atau

mengurangkan

sesuatu

huruf

pada

kalimah-

kalimah tertentu.DalamRasm Uthmani,ia bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis


tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.Ada enam huruf yang dibuang
mengikut Rasm Uthmani iaitu ,,,, dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.
1)Hadhaf huruf alif.Semua mashaf Uthmani ditulis dengan membuang huruf alif pada
keadaan-keadaan berikut:
Huruf Alif bagi Hamzah al-wasl pada kalimah ( )dalam firman Allah S.W.T ()

Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam.Contohnya seperti firman Allah (
)dan sebagainya.

Huruf alif yang menjadi surah (rumah)bagi hamzah al-Qat apabila selepasnya
terdapat huruf alif yang lain.Contohnya seperti (), ( )dan sebagainya.

Huruf alif pada Fih al-Amr dari kalimah ( )yang dimulai dengan huruf atau
.Contohnya seperti ( )dan ()

Huruf alif selepas hamzah al-qaf yang kedua pada kalimah (), melainkan firman
Allah S.W.T ( )

2. Kaedah kedua: Al-Ziyadah (penambahan)


Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Dalam
Rasm Uthmani, Al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca
sama ada ketika wasal atauwaqaf.Ada tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan
Rasm Uthmani iaitu huruf , dan .
Contoh ziyadah huruf :

Huruf alif selepas waw pada akhir nama yang menunjukkan jama.Contohnya
seperti (),()

Huruf alif selepas waw yang ditukar dari alif , iaitu pada lafaz ()
Contoh ziyadah huruf :

Huruf waw selepas hamzah pada kalimah ) (dalam firman Allah S.W.T (
(

Huruf waw selepas hamzah pada kalimah-kalimah berikut,iaitu ((()


Contoh ziyadah huruf ya

Huruf ya selepas hamzah pada kalimah ()

Huruf ya pada tujuh tempat-tempat berikut ( )

,() ( ) ( ) ( ) ( )
3. Kaedah ketiga: Al-Hamz (Penulisan huruf hamzah)
Huruf-huruf hamzah di dalam al-quran terletak sama ada di permulaan,pertengahan
atau di hujungkalimah.Dalam mashf uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah
tersebut berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

Huruf hamzah di pangkal kalimah

-Semua huruf hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah alif sama ada ia
fathah,kasroh atau domah. Contoh():

Huruf hamzah di pertengahan kalimah

- Huruf hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu
sama lain:
- Sekiranya sebelum huruf hamzah ada satu huruf sukun maka ia ditulis tanpa surah.
Contoh:()
- Sekiranya huruf hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya kasrah maka ia
ditulis dengan surah ya.

Contoh:()

- Sekiranya huruf hamzah itu dommah ataupun sukun dan sebelunya dhommah,maka ia
ditulis dengan surah waw. Contoh():
- Sekiranya huruf hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,maka ia
ditulis dengan surah alif. Contoh:

Huruf hamzah di hujung kalimah

-Sekiranya sebelum huruf hamzah itu kasrah,Ia ditulis dengan surah ya Contoh: ()

Sekiranya sebelum huruf hamzah itu dommah,ia ditulis dengan surah waw.
Contoh:()

Sekiranya sebelum huruf hamzah itu fathah ia ditulis dengan surah alif. Contoh:(
)

Sekiranya sebelum huruf hamzah itu sukun,ia ditulis tanpa surah. Contoh:()

Hukum-hukum khas

Apabila selepas huruf hamzah terdapat alif maka ia ditulis tanpa surah. Contoh(

):
Apabila selepas huruf hamzah terdapat ya,maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:(

)
Apabila selepas huruf hamzah terdapat waw,maka ia ditulis tanpa surah. Contoh:
()

4. Kaedah keempat: Al-Ibdal (Menukarkan huruf)


Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf itu kepada huruf yang lain.Dalam penulisan
Rasm Uthmani kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal alif kepada waw,ibdal
alif kepada ya,ibdal nun kepada alif,ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah dan ibdal waw
kepada alif.
Ibdal alif kepada waw.

Ibdal alif kepada ya

Apabila alif terletak di ()


Huruf alif pada kalimah ( )yang membawa maksud ( ).
Ibdal nun kepada alif

Nun taukid khafiyyah pada kalimah ()


Nun pada kalimah ()
Ibdal ta marbutah kepada ta maftuhah

Pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang. Contoh:()

Kalimah ( )ditulis dengan ta maftuhah ()

Ibdal waw kepada alif

Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf
yang ketiganya ialah waw. Contoh: ()

5. Kaedah kelima: Al-wasl wa al-Fasl (Menyambung dan memisahkan)


Al-wasl wa al-fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf
atau kalimah-kalimah yang tertentu.Dalam penulisan Rasm Uthmani terdapat banyak
kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan
cara berpisah pada tempat yang lain dan begitu juga sebaliknya.
Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:

Semua kalimah ( )dalam al-quran melainkan pada sepuluh tempat.


Semua kalimah ( )dan ().
Ditulis dengan berpisah pada kalimah berikut:

Semua kalimah ()

6. Kaedah keenam: Ma fih Qiraatan (Kalimah yang mengandungi dua wajah


qiraat)
Ada beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf alif, tetapi bacaannya
bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan alif panjang atau alif pendek.
Contoh: huruf mimnya boleh dibaca panjang atau pendek.

Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat

Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah,maka ia ditulis dengan
menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.
Contoh: ( )ditulis dengan huruf sad walaupun ada qiraat yang membaca dengan
huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.

Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau
kalimah dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak
sesuai digunakan bagi qiraat yang lain.Jadi,ia ditulis pada sebahagian mashaf dengan
satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang lain.
Contoh: ()
PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun


penulisan ini tidaklah seperti apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini
menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para
Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

Maksudnya:tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada
aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis
(Riwayat Bukhari, kitab bab no 113)
Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:
Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin
menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah
engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang
bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku
memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw
kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:tulislah
demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang
benar
(Riwayat abu Daud di dalam dan Musnad Imam Ahmad 2015/2)
Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan
tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai. Di antara penulisan atau sahifah yang
muncul di peringkat ini:
1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as
2. Sahifah Ali bin Abi talib
3. Sahifah Saad b Ubadah
4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam
kepada mereka yang dihantar ke tempat lain
Kesimpulannya, pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang
tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada
Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain.

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT

Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk
memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari yang
dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup pergi
ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus
pulang ke Madinah Munawwarah.(marifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)
KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT
1. Mengurangkan riwayat
2. memastikan periwayatan dengan perincian
3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis
4.Kritikan terhadap riwayat
Kesimpulannya, di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw
bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini
terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian
Tabien.
Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para ahli hadis sejak dulu
hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai,
dan Ibnu Majah. Dalam kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang
tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil Hadis iaitu pemimpin kaum
mukmin dalam ilmu hadis. Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk
kepadanya.
Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim
ibn Mughirah al-Jafi ibn Bardizbah al-Bukhari, salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang
terkenal. Beliau lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada tempat
kelahirannya iaitu Bukhari. Ada sumber mengatakan bahawa Imam Bukhari dilahirkan di
Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21
Julai 810 M. Ayahnya yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh.
Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat
kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu
pula yang telah melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan
ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di
Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Soviet Union.

Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam sahaja, namun
seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau. Kitab hadis Sahih Imam Bukhari
merupakan kitab hadis pertama yang menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang
terutama dikalangan para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang metod
dan pola penyusunan kitab hadis tersebut.
Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari ilmu hadis adalah
ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah, Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan
Asqalani. Guru-gurunya dalam bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah
menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan nama Sahih alBukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadis. Dari
perjalanan beliau tersebut, Imam Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000
hadis, 300 000 hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis hasan, dan
100 000 hadis yang sahih.
Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari dikenali sebagai
pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi
juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan
umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil iaitu ulama yang ijtihadnya
terbuka, tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam
pendapat berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu Hanifah
iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi ada juga sedikit perbezaannya.
Sehingga pola penyusunan dan pola pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada
satu mazhab saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para ulama-ulama
dalam penyusunan kitab hadis tersebut.
Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, diakui oleh kakaknya Rasyid
bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan, pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa
murid lain mengikuti kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari tidak
pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh kerana membuang masa
tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh,
Bukhari

meminta

kawan-kawannya

membawa

catatan

mereka,

kemudian

beliau

membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan dalam kuliah dan ceramah
tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di luar kepala 15 000
hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam Bukhari


merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia muda telah menunjukan
kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun hadis-hadis sahih dalam kitabnya
tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci
yang menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau berusaha dengan bersungguhsungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta berusaha mencari
kesahihan hadis-hadis yang diriwayatkannya.
Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Kedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama juga telah bersepakat
bahawa dasar hukum Islam adalah al-Quran dan Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam
Bukhari telah memperoleh penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah
bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih sesudah
al-Quran.
Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama secara sepenuhnya di setiap masa
dan keistimewaan kitab Imam Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:
1. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu IIlal iaitu cacat yang
tersembunyi dalam hadis dan para tokoh hadis seorang yang lebih mengetahui dari AlBukhari.
2. Ibn Khuzaimah berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis
Rasulullah SAW dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin Ismail Al-Bukhari.
3. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah kitab Islam yang paling agung setelah kitab
Allah.
Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari ialah mampu
membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja diajukan oleh 10 ulama
Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan dan intelektual Imam Bukhari dalam
periwayatan hadis. Semua itu dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama
yang mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular adalah Al-Tirmidzi,
Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi,
Manshur bin Muhammad al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31
Ogos 870 M pada hari jumat malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri dalam usia 62
tahun kurang 13 hari di Samarkand.

Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang kuat dan banyak
hafalannya, sehingga para ulama menempatkan kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang
paling sahih setelah al-Quran. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis tidak
berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan pola penyusunan kitab
hadisnya.
Di antara kalangan dan tokoh orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz
Goldziher, seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang menjadi
pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Prof. Dr. MM Azami dalam
bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz
Goldziher menuduh rujukan hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam
Bukhari tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya. Menurut
Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod kritik sanad, dan kurang
menggunakan metod kritik matan. Goldziher kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu
kritik matan saja. Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama
terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud kritik matan oleh
Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik matan yang digunakan oleh para ulama.
Menurutnya, kritik matan hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial
dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari, Imam Bukhari hanya
melakukan kritik sanad dan tidak melakukan kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik
matan oleh Ignaz Goldziher, hadis itu ternyata palsu.
Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang berfikikiran orientalis ini
adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama
hadis secara umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya, Kita
melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat penelitiannya, Imam Bukhari
ternyata menetapkan hadis-hadis yang tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman
dan penemuan ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad saja.
Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang tidak sahih, atau secara
tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda,
Seratus tahun lagi tidak ada orang yang masih hidup diatas bumi ini. Hadis ini oleh Ahmad
Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak Rasulullah SAW mengatakan
hal itu masih banyak orang yang hidup diatas bumi ini.
Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof. Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam
bukunya kritik hadis menyatakan, adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila
ada orang yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut penilaiannya,

kerana bertentangan dengan al-Quran dan bertentangan dengan hadis yang lain yang
sedarjat kualitinya sebelum melihat karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas
masalah tersebut. Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat
dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.[12]
Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam menilai bahawa dalam
hadis-hadis Imam Bukhari terdapat riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan alQuran, kerana kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya perkara kecil iaitu dalam
pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan
sanad saja, beliau mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.
Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab hadis antara Imam
Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad dan matan. Berdasarkan pada kitab
hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis
yang dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad, sedangkan
Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan matan. Akan tetapi bahawa
Imam Muslim lebih mengutamakan kepada pendekatan matan dibandingakan dengan
gurunya Imam Bukhari.