Anda di halaman 1dari 6

ISU INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN KAUM

Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak
kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai
kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara
kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan
negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian,
matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid
secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai
estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam
negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk menanganinya
adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses
penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status
sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma,
sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan ini pada akhirnya akan
mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di sesebuah
negara. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu
bangsa
Malaysia
yang
mempunyai
identitinya
sendiri
berteraskan
PerlembagaanPersekutuan dan Rukun Negara.
Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas
kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu
diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah
menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun
hampir lima puluh lima tahun Malaysia merdeka, penduduk berbilang kaum masih
melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Namun begitu, rakyat

dengan latar belakang budaya, agama, bahasa dan asal keturunan yang berbeza akan
terus bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam perhubungan
sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni,damai dan selamat.
Antara peristiwa yang tercetusnya ketegangan kaum adalah peristiwa 13 Mei
1969 dan peristiwa Kampung Medan yang berlaku 12 Mac 2001. Dalam pada itu, wujud
juga prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik
yang boleh mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Tambahan
pula, isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa
menjadi topik hangat adalah tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam
bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain. Topik lain iaitu
kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain, kurangnya semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat, peningkatan kes-kes gejala sosial yang dapat
menjejaskan proses integrasi, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, fahaman
politik yang melampau dan peranan media massa yang mensensasikan isu-isu
perpaduan.
Justeru, banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan
yang memerintah dan pihak sekolah untuk memupuk integrasi nasional dan seterusnya
membentuk satu bangsa Malaysia. Usaha Malaysia untuk membentuk negara bangsa
telah dinyatakan dalam wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi
Negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan
etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil
serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.
Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang
kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Pembinaan negara bangsa menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan
sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai dan kepercayaan tanpa
batasan memberikan cabaran kepada negara kita yang berusaha membentuk satu
identiti terunggul untuk masyarakat kita.
Guru sememangnya dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah
yang dapat membangunkan modal insane dan memastikan pembentukan jati diri murid
yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama
dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan
dunia luar. Guru dengan kecekapannya melalui system pendidikan berupaya membina
sebuah negara bangsa yang berjaya. Guru harus menggalakkan pengguanaan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan menjadikan bahasa ini sebagai
bahasa perpaduan. Guru bukan sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada
bahasa Malaysia dalam diri murid-murid tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut.
Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, KPM telah
memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini
bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga
sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan
untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah

dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid


pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran
untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama. Selain itu, semangat
patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan misalnya. Semua
aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk
semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap
sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu,
penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB
DatoSri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Menurut penjelasan YAB DatoSri Mohd Najib, konsep 1 Malaysia adalah seperti
berikut:
kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia ( one people)
dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan krhrndak semua kumpulan etnik
dalam negara kita.
Ini bermaksud rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi
sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta
kepimpinan Negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua
kaum dan etnik di Malaysia. Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk
mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang erat. Konsep ini merupakan pemangkin untuk mewujudkan dan
membina sebuah Negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara nilai asas yang terdapat dalam semangat
perpaduan terdiri daripada perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling
mempercayai antara kaum.

Dimanakah peranan guru dalam menyatu padukan


anak bangsa?
Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A.Rashid et al

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan
terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah
kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi
nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya,
pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan
antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.
Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan
memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.
Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan
syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik
dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi
perkhidmatan pendidikan.
Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung
pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini
membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).
Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan
kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan
melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari
hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat
impak transformasi yang dilaksanakan.
Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan
digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi
profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika
guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta
dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan
dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak
bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi
meningkatkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk
mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di
sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi
memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang
berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi
yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif,
budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu
bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan
modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan
yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.
Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi
perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan
yang baik dalam kehidupan.
PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaransemasa#ixzz3VMIOPa9w


Utusan Melayu (M) Bhd

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan
tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan
kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan
pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan

sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem


pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan
secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama
ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru
menyediakan diri untuknya.
Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan
pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu
menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah.
Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan
halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak
dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka
akan
mengalami
tekanan
emosi.
Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru, "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A. Rashid et
a

Anda mungkin juga menyukai