Anda di halaman 1dari 2

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 1

KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:


1.

Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri


dan kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat
membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang
sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi
warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut,
terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang
lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan
membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2.

Memperkembangkan

kemahiran

meneroka,

pengalaman

dan

ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita
mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori
dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan
peribadi dan tingkah laku seseorang undividu.

Justeru itu, kemahiran

meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.


3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini
menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni
banyak

dihubungkaitkan

dengan

personaliti,

sosial,

ekonomi

dan

kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat
masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri
dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan