Anda di halaman 1dari 6

B.

Penulisan Akademik
Laporan

Pada 16 Febuari 2015 yang lalu, satu wawancara temubual yang bertempat
di Bilik Kaunseling telah diadakan diantara saya dan Kaunselor SK Temenggong
Abdul Rahman (1), Puan Norafidah Binti Jarno. Isu yang telah dipilih oleh saya untuk
dibincangkan ialah berkenaan Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Tujuan saya
memilih beliau untuk membincangkan isu tersebut adalah kerana pada hemat saya
beliau lebih dekat kepada murid memandangkan beliau ialah Kaunselor sekolah
mempunyai pengalaman mengajar disekolah tersebut selama 8 tahun.

Terdapat beberapa isu yang telah dibincang berkaitan tajuk yang telah dipilih
oleh saya iaitu Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Persoalan pertama ialah
berkenaan Maksud Tekanan Emosi. Jawapan yang telah diberikan oleh beliau
sangat padat dan mendalam. Beliau menyatakan Tekanan Emosi boleh ditakrifkan
sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh seseorang
individu.Menurut Kamus dewan bahasa dan pustaka, tekanan emosi terjadi akibat
konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada
melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Tekanan emosi juga dapat ditakrifkan
sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang
tidak stabil. Secara ringkasnya, bila kita kaitkan dengan murid tekanan emosi boleh
dikatakan

sebagai

gangguan

yang

diterima

oleh

seseorang

murid

yang

menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Tekanan emosi ini akan
menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Ia adalah satu
perkara yang amat serius pada usia persekolahan dan boleh menyebabkan stress
kepada murid-murid.

Soalan kedua pula berkisar mengenai Punca-punca tekanan Emosi yang


dalam kalangan Murid. Menurut pandangan beliau, Punca-punca tekanan emosi
secara umum, kita akan dapati punca utamanya ialah kurang kasih saying yang

diberikan oleh ibu bapa. Seterusnya ialah faktor tidak biasa berenggang dengan
keluarga, krisis pergaulan dengan rakan sebaya, sedang mengambil peperiksaan
atau menunggu keputusan peperiksaan dan akhir sekali ialah peristiwa dalam
keluarga seperti penderaan, perceraian, kemalangan, kematian dan sebagainya.
Namun, untuk mengetahui lebih mendalam saya akan berikan mengikut sudut
pandangan seorang penyelidik. Menurut Terri Mauro (2004) didalam bukunya Ways
to Support Your Child, terdapat 4 punca yang berkait dengan tekanan emosi dalam
kalangan kanak-kanak. Pertama ialah persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Ini
selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling
dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
(UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan
ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling
mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada
suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi

mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada
fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal
yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung
akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami
tekanan emosi. Keduanya ialah peristiwa dalam keluarga. Peristiwa dalam keluarga
selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri
sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah
penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan,
dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif
termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah
baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi
kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Dari segi emosi, murid akan berasa
susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi. Punca
ketiga ialah Pengaruh keluarga. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin
akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang
menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak
menunjukkan sebarang emosi. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu
bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan

ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Punca keempat ialah Pengaruh


rakan sebaya.Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria,
bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan
sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak diterima dan disingkirkan oleh
rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular.
Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan
diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong
dan terlalu mendesak

Seterusnya, isu yang telah kami bincangkan ialah berkenaan dengan Tandatanda dan Kesannya Terhadap Murid-murid Akibat Daripada Tekanan Emosi. Beliau
menjelaskan bahawa tanda-tanda yang menunjukkan seseorang murid tersebut
mengalami tekanan emosi, tanda yang biasa mereka tunjukkan seperti cepat marah,
suka bergaduh, kerap berbohong, sering berasa cemas dan takut, suka termenung,
berkhayal dan berkelakuan ganjil, duduk dalam keaqdaan yang tidak selesa,
pencapaian akademik yang semakin merosot dan akhir sekali tidak hadir ke sekolah
tanpa sebarang sebab munasabah. Beliau turut berkongsi dapatan dari sebuah buku
iaitu Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life mengatakan, "No one
can liveWithout experiencing some degree of stress at all yang bermaksud Tidak
ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Beliau turut menegaskan
bahawa tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu
kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri,
menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang
sentiasa berubah Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang
mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif. Oleh itu, perlu difikirkan
bahawa adakalanya tekanan emosi ini boleh jua membawa kesan positif namun ia
bergantung kepada individu yang menghadapinya.

Bagi menjawab persoalan berkenaan Kesan-kesan Tekanan Emosi Dalam


Kalangan Murid, beliau menjelaskan kesan yang menunjukkan seseorang
mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Murid tersebut tidak dapat
tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan

pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak
cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap
kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang murid itu mengalami tekanan emosi dia
akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah
dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Selain itu,pelajar
sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun
mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun
kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya
pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna. Murid yang telah
mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan kurang
bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan
menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau
pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti
tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.
Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan
menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. murid
yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka
sedang mengalami gangguan tekanan.

Akhirnya, sebelum mengakhiri temubual, soalan terakhir yang telah saya


utarakan adalah berkenaan Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dalam
Menangani Masalah tekanan Emosi dalam Kalangan Murid. Menurut beliau,
kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak
menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan
kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dari
aspek guru dengan Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik. Sifat kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan muridmurid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong
murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kumpulan. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan juga memberi
banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain.
Sebagai guru, kita harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti

kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti


pemulihan, lakonan, permainan pertandingan atau kerja projek.
sebegini

akan

merangsang

murid

untuk

menampil

diri

Aktiviti-aktiviti

kehadapan

bagi

menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktivitiaktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam
dalam diri mereka. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders dalam
bukunya Teaching Guide for Teachers , percakapan guru yang boleh mewujudkan
interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori
pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala,
selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan
murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya
guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan
positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang
diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian. Guru membantu murid yang
bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti
bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling
untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru
menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid
yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat
menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak
menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid
yang bermasalah mengalami gangguan emosi. Dari aspek pihak sekolah iaitu Unit
Bimbingan dan Kaunseling sekolah serta Kaunselor sekolah boleh menganjurkan
program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam
pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang
mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik,
membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal
tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid. Dari aspek murid itu
sendiri, mereka yang mengalami tekanan emosi wajar bersifat percaya pada
keupayaan diri sendiri. Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat percaya
pada diri sendiri supaya mereka boleh belajar daripada kekalahan, mengambil
inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya

demi

menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana


kekalahan. Dari aspek peranan ibu bapa ialah ibu dan bapa perlu mengambil tahu

masalah yang dihadapi oleh anak di sekolah. Selain itu, ibubapa juga wajar
mengadakan

perbincangan

bersama

guru

kelas

anak

mereka

berkaitan

permasalahan yang dihadapi. Perbincangan ini disarankan dilaksanakan dari masa


ke semasa bagi menangani masalah secara bersama.

Sesi wawancara temubual yang telah dilaksanakan ini berlangsung selama


lebih kurang 30 minit iaitu bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir dalam jam 9.30
pagi. Sepanjang sesi perbincangan berkaitan isu yang telah dipilih, beliau sangat
memberikan kerjasama. Selain itu, segala pendapat dan cadangan yang diutarakan
beliau, beliau tidak lekang untuk memberikan sekali fakta mahupun pendapat dari
buku-buku yang telah dibaca beliau. Beliau merupakan seorang Kaunselor yang
penuh dengan pengetahuan serta idea yang bernas. Mungkin disebabkan
penglaman mengajar selama 8 tahun membolehkan beliau menjawab semua
persoalan saya dengan tenang namun jelas. Harapan saya ialah dapat berurusan
dengan beliau lagi pada masa akan datang.

Setelah mendengar dapatan dari Puan. Norafidah binti Jarno, Kaunselor SK


Temenggong Abdul Rahman (1), pendapat saya bagi cadangan dan langkah yang
sesuai bagi mengatasi masalah terhadaqp isu pendidikan yang telah dipilih saya
iaitu Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid, menggalakan media menyediakan
artikel, iklan mahupun drama-drama di stesen televisyen yang berkisarkan isu ini. Ini
kerana pada masa kini, kehidupan harian kita lebih dekat kepada aplikasi internet
dan televisyen. Memandangkan keadaan kini zaman kini ibu dan bapa lebih
tertumpu kepada kerjaya dalam mencari nafkah kehidupan yang semakin
mendesak, kebanyakan masa mereka semua tidak mengira usia ialah dengan
televisyen jika berehat mahupun melayari internet. Oleh itu, dengan adanya iklan
terutamanya sekali dalam bentuk gambaran, lakonan mahupun rakaman relaiti
hidup, ia sedikit sebanyak dapat member kesedaran dan impak yang berkesan
terhadap isu ini.

Anda mungkin juga menyukai