Anda di halaman 1dari 42

3472/1

ADDITIONAL MATHEMATICS 1

BENTUK KERTAS SOALAN


Kertas Additional Mathematics 3472/1 mengandungi 25 soalan dan calon wajib
menjawab kesemua soalan.
Soalan disampaikan dalam format dwibahasa mengikut perenggan. Calondibenarkan
menjawab dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
Calon diberi masa 2 jam untuk menjawab kertas ini.
PRESTASI KESELURUHAN
Segelintir calon mempamerkan prestasi yang cemerlang. Kematangan mereka dalam
menyelesaikan masalah dan memahami konsep matematik semakin terserlah.
Namum demikian, sebahagian besar prestasi calon masih berada pada paras
sederhana dan rendah. Mereka memberi jawapan yang kurang tepat mengikut
kehendak soalan.
PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON
Kumpulan Tinggi
Calon mempunyai kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik yang baik dan
diaplikasikan untuk memberi jawapan yang tepat, jitu dan lengkap mengikut
kehendak soalan.
Tahap penguasaan calon terhadap kefahaman soalan adalah tinggi. Calon
memahami kehendak soalan dengan mengemukakan penyelesaian yang baik.
Penyampaian dan penyusunan langkah kerja adalah ringkas, teratur dan sistematik
dengan penggunaan kaedah dan rumus yang tepat. Jawapan dan langkah kerja
yang diberikan mudah difahami.
Jawapan atau langkah penyelesaian berbentuk rajah dan lukisan merupakan
kepelbagaian strategi penyelesaian yang dipaparkan oleh calon.
Kumpulan Sederhana
Calon berupaya menguasai pengetahuan dan kefahaman asas matematik yang
memerlukan respon ringkas.
Calon memahami kehendak soalan dan konsep matematik yang perlu diaplikasikan
tetapi gagal memberikan jawapan yang tepat. Mereka dapat menggunakan kaedah
dan rumus dengan betul tetapi banyak melakukan kesilapan dalam penggantian,
manipulasi algebra, pengiraan dan pembundaran.
Terdapat calon yang kurang yakin dengan penyelesaiannya, maka mereka mencuba
beberapa kaedah yang berbeza atau menggunakan kaedah altenatif yang rumit dan
panjang. Bagaimanapun mereka dapat menjawab soalan-soalan aras rendah
dengan tepat.
Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kumpulan Rendah
Calon kurang menguasai konsep dan kemahiran asas matematik bagi kebanyakan
topik yang diuji.
Kerja mengira tidak sistematik, sukar difahami dan tiada kaitan dengan soalan.
Calon kerap menggunakan formula yang salah. Manakala segelintir calon tidak dapat
menggantikan nilai yang tepat ke dalam rumus kerana mereka tidak memahami
makna simbol dalam rumus tersebut.
PRESTASI TERPERINCI
SOALAN 1
Calon cemerlang dapat mentafsirkan graf hubungan dengan tepat.

Segelintir calon pula kurang memahami maksud pasangan tertib dan julat bagi
hubungan itu.

Mereka juga kurang memahami konsep hubungan berdasarkan objek dan imej.

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 2

Calon cemerlang dapat mencari fungsi songsangan dan fungsi gubahan dengan
kaedah yang sistematik.

Kebanyakan calon kurang memahami konsep fungsi gubahan.

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 3
Calon daripada kumpulan prestasi tinggi dapat mencari fungsi gubahan hg(x) dengan
tepat dan seterusnya menggantikan x=10 ke dalam hg(x) untuk mengira nilai hg(10).

Terdapat juga calon daripada kumpulan ini dapat menentukan g(10) terlebih dahulu
dan seterusnya menggantikannya ke dalam fungsi h untuk mengira nilai hg(10)

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon daripada kumpulan prestasi sederhana dan rendah keliru semasa melakukan
operasi menolak dan tidak menulis jawapan akhir dalam bentuk teringkas.

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon daripada kumpulan ini juga terkeliru sama ada mencari fungsi
gubahan gh atau hg. Justeru mereka mencari gh dan seterusnya mencari gh(10).

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Segelintir calon hanya mendarab fungsi h dengan fungsi g untuk mencari fungsi
gubahan hg.
SOALAN 4
Calon cemerlang dapat mentafsir graf fungsi kuadratik dengan baik dan dapat
mencari jawapan terus daripada graf.

Calon daripada kumpulan sederhana dan rendah tidak memahami kehendak soalan
dan memberi persamaan lengkung f(x) sebagai jawapan.

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon daripada kumpulan ini juga gagal menulis persamaan paksi simetri dengan
tepat.

SOALAN 5
Calon cemerlang dapat mengenalpasti nilai-nilai a, b dan c daripada persamaan
kuadratik dan menggantikannya ke dalam b2 4ac > 0. Seterusnya calon mendapat
julat nilai p dengan tepat.

Sebahagian besar daripada calon dalam kumpulan sederhana kurang mahir dalam
menyelesaikan ketaksamaan.

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Segelintir calon menggunakan syarat kurang tepat untuk menentukan jenis punca
persamaan kuadratik sebagaimana tugasan soalan.

Sebahagian kecil calon tidak memahami kehendak soalan, seterusnya mencari


punca persamaan kuadratik dengan menggunakan rumus.

Additional Mathematics 1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 6
Calon dalam kumpulan prestasi tinggi dapat mengungkapkan fungsi kuadratik
f(x) = -x2 +4x 3 dalam bentuk kuasa dua sempurna yang lengkap dan
seterusnya membandingkan dengan f(x) = -(x -2)2 + k untuk mencari nilai k.
Mereka juga dapat mencari pintasan-x, pintasan-y dan titik maksimum dan
menandakannya dengan tepat pada paksi-paksi yang disediakan.
Justeru calon dapat melakar graf fungsi kuadratik dengan tepat.

Sebahagian calon daripada kumpulan sederhana cuai dalam proses


mengungkapkan fungsi kuadratik yang diberi kepada bentuk kuasa dua
sempurna.

Additional Mathematics 1

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Segelintir calon kurang mahir tentang konsep penyempurnaan kuasa dua.

Manakala segelintir calon lagi dapat mengembangkan fungsi kuadratik


f(x) = -(x-2)2+k dengan baik, tetapi tidak tahu membandingkan dengan
f(x) = -x2+4x-3 bagi tujuan mencari nilai k.

Sebahagian besar calon dapat melakar bentuk graf fungsi kuadratik dengan betul,
tetapi tidak dapat menandakan titik yang betul pada graf itu.

Additional Mathematics 1

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 7
Calon cemerlang dapat menggunakan hukum index dengan baik, membuat
pemfaktoran dan membandingkan sebutan sebelah kanan dan kiri persamaan
dengan betul.

Sebahagian calon kurang mahir menguasai hukum indeks dan hukum logaritma
bagi menyelesaikan persamaan ini.
Contoh 1

Additional Mathematics 1

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 8
Calon prestasi tinggi dapat menukar asas logaritma dengan tepat dan menggunakan
hukum logaritma dengan betul.

Majoriti calon tahu menukar asas logaritma, manakala segelintir calon pula kurang mahir
dalam penggunaaan hukum logaritma.
Contoh 1

Additional Mathematics 1

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Soalan 9
Sebahagian besar calon cemerlang dapat menggunakan rumus yang diberi untuk
mencari nilai S5. Calon-calon ini juga dapat mencari T5 dengan menggunakan rumus
Tn = Sn - Sn-1.

Additional Mathematics 1

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ramai calon kurang faham untuk mencari T5. Mereka menggunakan formula T5= S6S4. Seperti contoh di bawah;

Segelintir calon pula keliru dalam menentukan nilai beza sepunya iaitu mereka
menggunakan d = S2 S1.

Additional Mathematics 1

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 10
Majoriti calon cemerlang dapat mencari beza sepunya dan mencari nilai positif bagi
x.

Sebahagian besar calon dalam kumpulan sederhana tidak membaca soalan dengan
teliti tentang kehendak soalan
Contoh 1

Additional Mathematics 1

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Segelintir calon menggunakan rumus hasil tambah ketakterhinggaan yang salah

Additional Mathematics 1

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 11
Majoriti calon cemerlang dapat mengaplikasi beza sepunya dengan menggunakan
rumus d = Tn Tn-1. Seterusnya mereka dapat mencari T10 dengan tepat.

Ramai calon dapat mengungkapkan k dalam sebutan h, tetapi segelintir daripada


mereka tidak meringkaskan jawapan.

Additional Mathematics 1

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebahagian kecil tersilap mencari beza sepunya untuk digantikan ke dalam rumus
T10.
Contoh 1

Contoh 2

Additional Mathematics 1

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 12
Sebahagian besar calon cemerlang tahu menukar persamaan tak linear kepada
persamaan linear dan dapat mengenalpasti kecerunan dan pintasannya.
Seterusnya mereka dapat membandingkan nilai-nilai yang diberi dengan tepat.

Sebahagian kecil calon pula membandingkan terus persamaan tak linear yang diberi
dengan persamaan bentuk linear Y = mX + c

Additional Mathematics 1

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Manakala segelintir calon tidak dapat mengenalpasti sebutan bagi kecerunan


daripada persamaan linear yang ditulis.

Soalan 13
Kebanyakkan calon cemerlang dapat menyamakan kecerunan AB dengan
kecerunan BC untuk mencari nilai h.

Additional Mathematics 1

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Manakala segelintir calon dalam kumpulan ini mencari persamaan garis lurus AB,
seterusnya menggantikan titik C ke dalam persamaan garis lurus AB untuk mencari
nilai h.

Kebanyakkan
titik D.

calon

Additional Mathematics 1

dapat

menggunakan

22

teorem

nisbah

untuk

mencari

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sebahagian kecil calon tersilap dalam manipulasi algebra untuk mendapatkan


jawapan terakhir.

Dalam soalan ini, calon tersilap mengganti nisbah m:n ke dalam rumus teorem
nisbah.

Soalan 14
Calon cemerlang tahu menggunakan rumus jarak dengan tepat dan menyamakan
dengan nilai yang diberi untuk mencari persamaan lokus P.

Additional Mathematics 1

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon yang menulis persamaan lokus dalam bentuk ungkapan sahaja.

Calon mampu menggunakan rumus jarak dengan tepat, tetapi mereka salah tafsir 5
unit sebagai gandaan jarak PQ

Segelintir calon menggunakan rumus jarak yang salah.

Additional Mathematics 1

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 15
Calon cemerlang dapat mengungkapkan vektor OR dan vektor unit dalam arah
OR dengan tepat sebagai mana kehendak soalan.

Sebahagian kecil calon daripada kumpulan sederhana dan rendah hanya menepati
kehendak soalan bagi bahagian (a) sahaja, manakala bahagian (b) pula ada calon
yang memberi jawapan dalam bentuk vektor lajur.

Additional Mathematics 1

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 16
Calon yang cemerlang dapat mencari AB dan OM dengan menggunakan hukum
segitiga vektor yang betul. Mereka juga dapat menggunakan nisbah yang tepat
untuk mencari AM atau BM

Sebahagian calon mahir menggunakan hukum segitiga vektor tetapi gagal menjawab
soalan dengan tepat kerana kurang menguasai konsep nisbah dalam matematik.
Contoh 1

Additional Mathematics 1

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 2

Terdapat calon yang tidak dapat menggunakan hukum segitiga vektor dengan betul
dan penggunaan nisbah juga kurang tepat.

Additional Mathematics 1

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 17
Bagi soalan ini, calon dari kumpulan tinggi dapat mencari luas kawasan berlorek
dengan menggunakan operasi penolakan dua sektor.

Sebahagian kecil calon tidak menggunakan unit sudut dalam radian bagi luas sektor
A = r2.

Additional Mathematics 1

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 18
Calon yang cemerlang dapat menggunakan identiti trigonometri yang tepat untuk
mencari tan2 dalam sebutan p

Dalam kumpulan ini juga, calon dapat mengenalpasti sudut dalam sukuan yang
betul, melakar segitiga bersudut tegak dengan semua sisi dilabelkan dan seterusnya
sin2
menggunakan tan 2
dengan tepat.
cos 2

Additional Mathematics 1

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon yang menganggap sec =

1
sin

sin
, tetapi mereka tidak tahu
cos
menggunakan segitiga sudut tegak untuk mendapat sin dalam sebutan p.

Calon dapat menggunakan hubungan tan =

Additional Mathematics 1

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 19
Calon cemerlang berjaya mengaplikasi konsep hubungan songsang di antara
pembezaan dan pengamiran. Seterusnya mereka boleh menggantikan nilai dengan
tepat.

Ramai juga calon yang membuat pembezaan yang tepat terlebih dahulu, diikuti
dengan pengamiran tentu.

Calon tidak memahami konsep hubungan songsang di antara pembezaan dan


2x
pengamiran. Justeru mereka menganggap g(x) =
3 x

Additional Mathematics 1

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 20
Calon cemerlang menggunakan kaedah pembezaan yang tepat. Mereka juga mahir
dy
mengaplikasi syarat
= 0 untuk mendapat nilai x dan nilai minimum bagi y.
dx

Additional Mathematics 1

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon mahir dalam pembezaan tetapi mereka tidak mengaplikasi syarat
dy
=0 untuk mencari nilai x dan nilai minimum bagi y.
dx

Soalan 21
Calon yang cemerlang dapat menterjemah maklumat yang diberi dalam bentuk
matematik dengan menggunakan simbol yang betul.
Mereka juga dapat
mengaplikasikan petua rantai dengan tepat.

Additional Mathematics 1

33

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Ramai calon tidak membaca soalan dengan teliti dan menggantikan r sebagai 0.2,
dr
seterusnya mencari
kerana terikat dengan soalan rutin.
dt

Sebahagian calon daripada kumpulan sederhana dapat


menggunakan petua rantai dengan betul, tetapi tinggal sebutan

membeza

dan

Manakala segelintir calon menggunakan petua rantai yang tidak tepat.

Additional Mathematics 1

34

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Segelintir calon daripada kumpulan rendah tersilap konsep iaitu menggunakan rumus
perubahan kecil untuk menyelesaikan soalan ini.

Additional Mathematics 1

35

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 22
Calon yang cemerlang dapat mengenalpasti kuartil pertama dan kuartil ketiga
dengan tepat dan seterusnya dapt mencari julat antara kuartil dengan betul.

Segelintir calon terkeliru di antara julat antara kuartil dengan julat.


mereka mencari nilai julat.

Additional Mathematics 1

36

Justeru dan

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Manakala sebahagian calon kurang pasti untuk mencari kuartil pertama dan kuartil
ketiga.

Soalan 23
Sebilangan calon cemerlang dapat mentafsir dengan tepat kehendak soalan, justeru
menggunakan konsep nCr dengan tepat untuk mendapat jawapan.

Ramai calon menjawab tanpa menepati kehendak soalan. Mereka menggunakan


kaedah pilihatur nPr atau kaedah gabungan nCr dengan nilai r yang salah.
Contoh 1

Contoh 2

Additional Mathematics 1

37

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh 3

Soalan 24
Calon yang cemerlang memahami konsep peristiwa saling eksklusif dan
mengaplikasi P(XUY) = P(X) + P(Y) dengan tepat. Mereka juga dapat mentafsirkan
ayat kebarangkalian bahawa murid X atau murid Y tidak dipilih sebagai P(XUY) =
1- P(XUY).

Sebahagian calon sederhana kurang teliti atau salah tafsir kehendak soalan (a)
apabila mereka memberi jawapan sebagai kebarangkalian bahawa X tidak dipilih
dan Y dipilih.

Additional Mathematics 1

38

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon dapat menjawab soalan (a) dengan tepat, tetapi tersalah tafsir soalan (b)
sebagai P(X Y) + P(X Y)

Soalan 25
Dalam bahagian (a), calon yang cemerlang tahu dan dapat menggunakan jumlah
kebarangkalian satu taburan binomial adalah sama dengan 1.

Sekumpulan kecil daripada calon dari kumpulan ini dapat mencari nilai k dengan
menggunakan rumus binomial iaitu nCr prqn-r

Additional Mathematics 1

39

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Manakala dalam bahagian (b), hampir semua calon cemerlang dapat mentafsir
bahawa P(X3) = P(x=3)+P(X=4)

Dalam bahagian (a), calon daripada kumpulan sederhana dan rendah tidak
memahami konsep taburan binomial dan tidak faham maklumat yang diberi dalam
graf.

Manakala dalam bahagian (b), kekuatan calon ialah mereka dapat mentafsir P(X3)
= P(X=3) + P(X=4), tetapi mereka tidak dapat menggantikan nilai-nilai yang tepat ke
dalam formula nCrprq n-r

Additional Mathematics 1

40

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Saranan Kepada Calon


1.
2.
3.

4.
5.

6.
7.
8.

9.
10.

Calon dinasihatkan membuat banyak latihan untuk menguasai kemahiran dan


konsep Matematik Tambahan.
Calon hendaklah melatih menjawab soalan-soalan klon SPM dan soalan
lepasan SPM untuk membiasakan diri dengan format soalan yang disoal.
Buat persediaan yang secukupnya, tunjukkan jalan kerja yang bersistematik
semasa membuat latihan agar terlatih dengan cara yang betul semasa
peperiksaan sebenar.
Calon mesti mahir dengan penggunaan kalkulator saintifik.
Sepanjang proses pengiraan, tidak digalakkan membuat perbundaran nombor
perpuluhan sehinggalah jawapan akhir diperolehi. Calon hendaklah mengguna
nombor perpuluhan betul kepada sekurang-kurangnya 4 angka bererti dalam
langkah kerja.
Jawapan akhir yang diberikan mestilah dalam bentuk yang paling ringkas atau
3 angka bererti jika jawapan ialah suatu nombor perpuluhan.
Calon harus menggunakan senarai rumus matematik dalam kertas soalan
dengan sepenuhnya.
Calon hendaklah membaca soalan dengan teliti dan memahami keperluan
soalan sebelum menjawabnya. Gariskan maklumat penting yang tersirat
dalam soalan supaya tidak tertinggal sebarang maklumat ketika
menyelesaikan masalah.
Selepas menjawab, semak semula untuk memastikan setiap bahagian telah
dijawab.
Tunjukkan semua langkah kerja dan penyelesaian dengan jelas, tersusun dan
sistematik dalam ruang kerja yang disediakan. Sekiranya terdapat ceraian
soalan, tulis penyelesaian (a), (b) dan (c) dengan jelas.

Additional Mathematics 1

41

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Saranan Kepada Guru


1.

2.
3.

4.
5.

6.
7.
8.

9.
10.
11.
12.

Guru perlu mengajar semua subtopik dalam sesuatu tajuk seperti yang
terkandung dalam sukatan pelajaran tanpa meninggalkan bahagian-bahagian
yang dianggap tidak penting.
Guru perlu memberi latihan lebih untuk memperkukuhkan kemahiran asas
matematik pelajar.
Guru perlu membimbing
pelajar untuk menguasai konsep Matematik
Tambahan yang diajar supaya mereka dapat mengaplikasikan konsep yang
dipelajari dalam proses penyelesaian masalah.
Guru hendaklah melatih dan menekankan kepada pelajar kepentingan untuk
menunjuk langkah kerja yang teratur.
Guru hendaklah melatih pelajar menggunakan nombor perpuluhan dalam 4
angka bererti dalam langkah kerja mereka. Guru hendaklah melatih pelajar
mempermudahkan jawapan akhir atau bundarkan jawapan akhir dalam
nombor perpuluhan kepada 4 angka bererti.
Guru harus membimbing pelajar untuk menguasai teknik menjawab dengan
cekap dan tepat.
Guru harus memahami Skema Pemeriksaan bertaraf peperiksaan sebenar
supaya boleh membantu pelajar menjawab dengan baik dan teknik yang betul.
Guru hendaklah mengajar mengikut kemampuan pelajar yang berbeza tahap.
Guru boleh memfokuskan kepada Minimum Adequate Syllabus supaya
pelajar-pelajar yang lemah tidak dibebankan dengan semua tajuk yang
terdapat dalam sukatan Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Guru disarankan mempelbagaikan soalan dalam latihan tubi, bermula dengan
soalan aras rendah hinggalah ke aras tinggi.
Guru disarankan membimbing pelajar cara-cara untuk menggunakan
kalkulator saintifik .
Guru hendaklah mengenalpasti kelemahan pelajar dan membuat tindakan
susulan atau membuat kelas pemulihan.
Guru perlu sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar agar mereka tidak
berputus-asa dan sentiasa ingin mencuba.

Additional Mathematics 1

42

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Anda mungkin juga menyukai