Anda di halaman 1dari 12

ADAT PERKAHWINAN MELAYU BERSANDING

ADAT PERSANDINGAN
Persandingan dalam masyarakat Melayu dilihat sebagai suatu perkara yang wajib
bagi sesuatu pasangan apabila berkahwin. Lazimnya, jika upacara persandingan tidak
dilakukan, maka pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan akan timbul dalam
kalangan masyarakat Melayu terhadap pasangan yang berkahwin tersebut. Oleh yang
demikian, tidak keterlaluanlah jika dikatakan bahawa persandingan dianggap sebagai syarat
sah perkahwinan bagi pasangan pengantin dari kaca mata kebanyakan masyarakat Melayu.
Persandingan dalam masyarakat Melayu dapat diertikan sebagai suatu perlakuan
yang menempatkan pasangan suami-isteri yang telah diijab-kabulkan di atas pelamin
dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias wajah dengan dikipas oleh
dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengampit. Tujuan diadakan adat
persandingan adalah untuk diperlihatkan pasangan pengantin tersebut kepada masyarakat
setempat dan untuk dijadikan nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin
tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun-temurun.
Manakala dari sudut sejarah pula, terdapat dua teori yang mengemukakan tentang
asal-usul

kewujudan

adat

persandingan

ini.

Teori

pertama

mengatakan

bahawa

persandingan adalah adat resam Melayu yang tulen ataupun dikenali dengan istilah adat
sebenar adat. Teori ini berdasarkan hujah yang mengatakan bahawa penggunaan istilah
Raja Sehari itu bagi pasangan pengantin adalah diadaptasikan daripada adat-istiadat
dalam kalangan raja-raja Melayu. Walaubagaimanapun, teori ini masih boleh dipersoalkan
kerelevanannya kerana terdapat pelbagai kelemahan yang tertentu dalam teori ini.
Teori kedua pula mengatakan bahawa persandingan merupakan adat yang berasal
dan dibawa dari India. Maka secara tidak langsung upacara ini mempunyai kaitan yang
agak sinonim dengan pengaruh Hindu. Teori yang kedua ini dilihat lebih rasional. Hal ini
kerana, menurut sumber sejarah, kebanyakan masyarakat Tanah Melayu sebelum kurun ke15 menganut dua kepercayaan iaitu samada animisme ataupun hindu-budha. Hujah ini lebih
kuat jika dibandingkan antara upacara persandingan masyarakat Melayu dengan
masyarakat India yang beragama Hindu. Ternyata terdapat banyak persamaan.

ADAT PERSANDINGAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Terdapat beberapa upacara tertentu yang menimbulkan sedikit konterversi dalam
adat persandingan ini. Antara upacara tersebut ialah upacara menabur beras kunyit,
membaca jampi mentera, berandam, berhias untuk dipamerkan (tabarruj), mengadakan
kenduri walimah secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah sebagai suatu
kemestian, mas kahwin dan hantaran yang mahal, dan lain-lain lagi. Upacara-upacara yang
sedemikian rupalah yang menyebabkan adat persandingan masyarakat Melayu ini dikaitkan
dengan isu khurafat dan tahyul. Isu khurafat dan tahyul sememangnya merupakan suatu isu
yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Istilah khurafat menurut Kamus Bahasa Arab Al-Mujam Al- Wasit boleh didefinisikan
sebagai cerita-cerita yang mempesonakan dan dicampuradukkan dengan perkara-perkara
dusta. Manakala menurut Kamus Al-Marbawi pula, khurafat bermaksud cerita karut (karutmarut). Tahyul pula berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud suatu ajaran
(huraian dan pendapat) yang bukan-bukan atau karut dan dongeng.
Berpandukan kepada kedua-dua definisi di atas, maka dapatlah difahami bahawa
kepercayaan atau amalan khurafat dan tahyul mempunyai persamaan yang agak
rapat. Persamaannya dapat dilihat dari segi bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan yang
langusng tidak dapat diterima dek logik akal. Selain itu, kedua-dua kepercayaan ini
memberikan implikasi yang besar kepada aqidah umat Islam. Hal ini kerana, kepercayaan
yang kononnya dipraktikkan atas nama agama, namun dari sudut hakikat Islam, hal ini
langsung tiada kaitan malah ia hanya ditokok tambah.
Upacara menabur beras kunyit merupakan salah satu adat yang dilihat sebagai
bercanggah berdasarkan perpsektif Islam. Pelaksanaan upacara ini adalah bertujuan
menghalau roh jahat dan juga untuk menguatkan semangat pasangan pengantin. Hal ini
kerana, kebanyakan masyarakat Melayu mempercayai bahawa bakal pasangan pengantin
perlu melalui proses upacara ini untuk mengelakkan diri mereka daripada sebarang
gangguan anasir jahat dan seterusnya memastikan adegan perkahwinan mereka berjalan
lancar tanpa sebarang masalah.
Walaubagaimanapun, beras kunyit bukanlah bahan asal yang digunakan bahkan ia
hanyalah simbolik bagi mengantikan penggunaan emas yang dipercayai merupakan bahan
asal dalam upacara tersebut. Penggantian beras kunyit tersebut mungkin disebabkan kos
yang mahal sekiranya penggunaan emas dipraktikkan. Selain beras kunyit, beras basuh juga
turut diaplikasikan dengan tujuan memohon restu antara mempelai dan pengantin dan juga
supaya pasangan pegantin tersebut memperoleh rezeki yang berterusan sehingga ke anak

cucu-cicit mereka. Ternyata, upacara ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu


seolah-olahnya telah meletakkan keyakinan mereka terhadap beras yang kononnya dapat
merealisasikan impian mereka meskipun beras tersebut merupakan makhluk yang sama
seperti mereka iaitu langsung tiada mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat dan
mudarat kepada sesiapun. Hal ini dengan jelasnya telah memaparkan bahawa upacara
yang sedemikian rupa mampu mengheret para pengamalnya ke lembah kesyirikkan.
Istilah syirik bermaksud mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada sifat
Uluhiyyah-Nya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahnya dan didoakan kepadanya)
ataupun pada sifat Rububiyyah (menjadikan, mentadbir, menguruskan alam). Justeru itu,
sesiapa yang menganggap mana-mana satu dari sifat-sifat yang tersebut itu ada pada
sesuatu yang lain daripada Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman
dengan Allah. Hal ini dapat difahami dengan lebih jelas berdasarkan firman Allah:
Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah, dalam pada itu
mereka tidak sunyi dari berbuat syirik
(Surah Yusuf : 106)
Berdasarkan pernyataan diatas dapat difahami bahawa upacara menabur beras
kunyit dilihat mempunyai kaitan yang agak sinonim dengan perbuatan syirik. Hal ini kerana,
pegamalan upacara ini seolah-olahnya telah menempatkan kuasa yang ajaib dan hebat
kepada sifat beras tersebut sedangkan jika dilihat dari pandangan Islam, hanya Allah
sahajalah tempat yang layak untuk meminta pertolongan berdasarkan ayat Al-Quran:
Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada
Engkaulah kami minta pertolongan
(Surah Al-Fatihah : 5)

Selanjutnya, saya akan menghuraikan pula tentang upacara membaca jampi dan
mantera dalam adegan perkahwinan masyarakat Melayu. Upacara membaca jampi dan
mantera berdasarkan kaca mata masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk memelihara
majlis perkahwinan tersebut daripada sebarang bentuk pengacauan yang jahat terutamanya
daripada makhluk halus seperti jin, jembalang, afrit dan hantu sama ada yang dihantar oleh
manusia

ataupun

gangguan

yang

didedasikan

sendiri

oleh

mahkluk-makhluk

tersebut. Perkara ini biasanya dilakukan dalam bulan Safar. Hal ini kerana, kebanyakan
masyarakat Melayu dahulu-kala mempercayai bahawa bala dan malapetaka banyak berlaku
dalam bulan tersebut.Hal inilah yang mendorong kepada pelaksanaan upacara ini.

Beberapa persiapan yang khusus perlu dilakukan dalam melaksanakan upacara


ini. Menurut

Puan

Fatimah

bin

Mahat

yang

merupakan

seorang

Mak

Andam

berpengalaman mengatakan bahawa :


Persiapan yang perlu dilakukan ialah nasi kunyit (nasi pulut kuning), dadal
bertih dan telur goreng.Setelah siap diletakkan dalam sebuah dulang yang
dikatakan sehidangan, kemudian diperasap dengan bara tempurung dan
kemenyan, sambil menjampi dengan kata-kata : Hai jin tanah jembalang
tanah, minta mu jaga bumi, lambang bumi di sini. Jagalah anak-pinakmu
kurang satu empat puluh, yang tua jin hitam di bumi, jin hitam pemacak
rabun, jin hitam salah habah, jin hitam sirat permainan. Terimalah khidmat ini,
nasi kunyit, dadal bertih, sirih pinang dan air sejuk.

Amalan ini dengan terangnya mempunyai kaitan yang akrab dengan amalan khurafat
dan tahyul. Amalan khurafat dan tahyul sememangnya bercanggah dalam agama
Islam. Perkara ini dikuatkan lagi berdasarkan hadis Nabi SAW yang berbunyi:
Tiada penyakit menular, tidak ada burung, tidak ada burung hantu, tida bulan
Safar dan tidak hantu gergasi.[22]
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

Seterusnya, amalan berandam juga merupakan suatu amalan yang mencetuskan


konterversi jika dilihat berdasarkan perspektif Islam. Proses ini melibatkan seorang yang
pakar dalam soal persandingan masyarakat Melayu yang lebih dikenali dengan istilah Mak
Andam. Mak Andam berperanan untuk menghias sama ada dari sudut fizikal mahupun
rohani pasangan pengantin. Terdapat juga sestengah Mak Andam yang mampu merawat
pasangan pengantin yang mengalami sesuatu perkara yang buruk seperti pengsan ataupun
terkena buatan orang semasa majlis perkahwinan.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan Mak Andam sangat penting dalam
upacara berandam. Upacara ini menghendaki pasangan pengantin melalui beberapa proses
kecantikan. Misalnya seperti menepung tawar dengan tujuan memelihara pasangan
pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang melibatan percukuran bulu
pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan tujuan untuk menaikkan seri
muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh dengan air ke bahagian badan
yang dicukur, bermandi bunga dan limau dengan harapan untuk membuang sial dan berinai
yang mmepunyai tiga kategori iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.

Segala proses yang terdapat dalam upacara berandam sememangnya boleh


dipersoalkan jika menilainya berdasarkan kaca mata Islam. Hal ini kerana, segala proses ini
sudah terang lagi bersuluh tiada langsung dianjurkan dalam syariat Islam. Perkara ini tidak
lebih daripada suatu perbuatan yang mengada-ngadakan suatu yang baru atau lebih dikenali
dengan perkataan Bidah. Bidah dalam mazhab bermaksud mendatangkan satu pendapat di
mana orang yang mengatakan pendapat itu atau mengamalkannya tidak mengikut pedoman
yang dibawa oleh pembawa syariat (Nabi SAW), tidak mengikut contoh-contohnya yang
terdahulu dan tidak mengikut prinsip-prinsipnya yang diyakini. Berdasarkan pengertian inilah
diriwayatkan hadis:
Setiap yang baru diada-adakan itu adalah bidah dan setiap bidah adalah
sesat dan setiap yang sesat berada di dalam neraka.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)

Selanjutnya, Islam mencegah penganutnya daripada membuat sebarang ubah-suai


pada wajah yang telah dikurniakan oleh Allah. Hal ini kerana, ciptaan Allah secara
semulajadinya telah sempurna.Perkara ini dapat difahami dengan jelas berdasarkan hadis
yang diriwayatkan daripada Abdulluah Ibn Masud yang berbunyi:
Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo)
dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu
kening di muka, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya
kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Seterusnya, upacara persandingan dilihat sebagai suatu yang bertentang dengan


ajaran Islam kerana adat persandingan ini mengandungi suatu upacara yang dikenali
sebagai tabarruj. Tabarruj dalam Islam secara mudahnya bermaksud berhias untuk
dipamerkan.Perkara ini secara terang dan ketara dapat disaksikan semasa aksi
persandingan dilangsungkan. Sewaktu upacara ini berlaku, pasangan pengantin akan duduk
di atas pelamin dengan riak wajah yang telah dihias cantik oleh Mak Andam untuk
dipertontonkan kepada khalayak ramai. Isu menjadi semakin konterversi apabila pasangan
pengantin terutamanya wanita menjalankan upacara tersebut dalam keadaan mendedahkan
aurat. Aurat yang lazimnya didedahkan oleh wanita ialah aurat di bahagian rambut selain
memakai kostum persandingan yang memperlihatkan susuk tubuhnya.

Hal aurat dalam Islam merupakan suatu isu yang sangat sensitif dan diambil
serius. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui kalam Allah yang berbunyi:
Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka
merendahkan pemandangannya dan menjaga kehormatannya dan jangalah
mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir
daripadanya

dan

hendaklah

mereka

tutupkan

tudungnya

kelehernya.Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada


suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang
perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang-orang yang
mengikutnya
perempuan

diantara
atau

lelaki,

yang

kanak-kanak

tiada

yang

berhajat

belum

(syahwat)

(ingin)

melihat

kepada
aurat

perempuan. Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya


supaya

diketahui

orang

perhiasannya

yang

tersembunyi

(gelang

kaki). Bertaubatlah kamu sakalian kepada Allah, hai orang-orang beriman,


mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.
(Surah An-Nur: :31)

Berdasarkan firman Allah ini, dapatlah difahami bahawa wanita perlu menjaga dan
memelihara auratnya daripada sebarang fitnah kerana fitnah yang timbul dari diri seorang
wanita membawa kepada implikasi yang kurang menyenangkan dalam suasana kehidupan
bermasyarakat. Ayat ini bukanlah bermaksud untuk menyukarkan kehidupan seorang wanita
bahkan memelihara dan melindunginya daripada sebarang malapetaka. Selain itu, tabarruj
merupakan amalan masyarakat Jahiliyyah pada masa dahulu. Hal inilah yang menyebabkan
Islam melarang para penganutnya daripada mengikutinya kerana amalan ini bercanggah
dengan ajaran Islam.Dalilnya dapat dilihat dalam surah Al-Ahzab.
Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berdandan (berhias)
seperti dandan perempuan jahiliyah yang dahulu.
(Surah Al-Ahzab :33)

Selain itu, tabarruj dilarang di dalam ajaran Islam kerana perbuatan lebih menyerupai
perbuatan sesuatu kaum yang jelas bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW. Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan tanda kelahiran syariat
Islam. Hal ini kerana, Allah telah menzahirkan keseluruhan agama melalui kekasih-Nya iaitu
Nabi Muhammad SAW. Maka dengan itu, segala percakapan, perbuatan, iktikad malah diam

Nabi SAW sekalipun diiktiraf sebagai perkara agama. Hal ini dinamakan sebagai sunnah.
Sunnah boleh didefinisikan sebagai apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sama
ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat tubuh, sifat akhlak, sama ada sebelum
diutuskan atau selepas diutuskan. Justeru itu, dapatlah difahami disini bahawa cara hidup
Nabi SAW sahajalah yang mengundang keredhaan Allah. Peniruan terhadap cara hidup
orang kafir sememangnya akan menjemput kemurkaan Allah.
Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Selanjutnya, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu
melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong
kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Kebanyakan orang Melayu menganggap
bahawa upacara walimah perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana upacara ini hanya
dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada kaca mata mereka
tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif Islam
sememangnya tidak dianjurkan.
Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran, gejala ini juga mampu
memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan masyarakat. Contohnya sifat
riak dan takbur mungkin akan berleluasa dalam diri masyarakat. Pepatah Melayu yang
berbunyi biar papa asal bergaya sememangnya tidak sesuai dijadikan pendirian dalam
kehidupan kita. Islam merupakan agama yang mudah dan senang.Membicarakan isu
walimah daripada konteks Islam adalah mudah.Isu Islam sebagai agama yang mudah dapat
difahami berdasarkan hadis yang berbunyi :
"Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw bersabda: Sesungguhnya agama
(Islam) itu ringan.Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan
oleh agama. Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau
mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta
beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan
sebahagian malam)
(Hadis Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, walimah daripada konteks Islam tidaklah memberati para
penganutnya dalam urusan pelaksanaannya. Islam menggalakkan penganutnya untuk
mengadakan

walimah

berdasarkan

kemampuan. Walaubagaimanapun,

Islam

begitu

mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan ayat
Al-Quran:
"Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang
miskin dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan
melampau
(Surah Al-Isra:26)

5.0 PENYELESAIAN DALAM ISU INI:


Walaunpun kelihatannya kebanyakan unsur-unsur yang terkandung dalam upacara
adat persandingan masyarakat Melayu bercanggah dengan hukum Islam, tetapi hal ini
bukanlah bermaksud Islam melarang upacara perkahwinan dilansungkan dalam sebarang
akad nikah. Hal ini kerana, agama Islam adalah sebuah agama yang bersifat syumulliyah
dan universal. Maka dari itu, agama Islam sememangnya merupakan agama yang bercorak
konvensional iaitu yang boleh diterima umum. Kita perlu faham bahawa Islam bukanlah
agama yang diwahyukan untuk bangsa Arab sahaja bahkan Islam adalah agama yang
relevan untuk semua bangsa di dunia ini samaada masyarakat itu ajam atau bukan ajam.
Justeru itu, Islam bukanlah dilihat sebagai agama yang menghapuskan kebudayaan
sesuatu bangsa jika bangsa tersebut

memilih Islam

sebagai agamanya. Hal ini

kerana, antara faktor yang menyebabkan agama Islam berkembang kepada setiap bangsa
dan daerah adalah kerana Islam tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu
bangsa atau negeri selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.Justeru itu,
dapatlah difahami bahawa Islam mengiktiraf pakaian, bahasa dan kesenian sesuatu kaum
selagi ia tidak bertentangan dengan syariat agama Islam. Contohnya dalam isu
pakaian. Islam tidak melarang penganutnya berfesyen berdasarkan fesyen bangsanya.
Sekiranya kita melihat Rom, maka kita akan melihat bahawa Rom merupakan sebuah
tamadun besar yang dipengaruhi oleh unsur agama Kristian. Namun begitu, jubah Rom atau
syamiah tiada langsung kaitan dengan agama Kristian kerana ia adalah pakaian bangsa
tersebut. Nabi SAW sendiri pernah memakai pakaian daripada bangsa yang berlainan
daripada bangsa tanah kelahirannya. Nabi SAW pernah memakai pakaian daripada jenis
kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai apa yang dibawa dari Yemendan
selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga
memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas. Maka, bererti sunnah Rasulullah

dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah
didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri.
Selain itu, bukanlah seseorang itu hanya layak dikatakan Islam apabila orang itu
memakai serban, jubah, kain sarung dan sebagainya. Hal ini kerana, kebanyakan sunnah
ini hanya diklafikasikan sebagai sunah jibilliah atau sunnah adah iaitu perjalanan hidup
baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban baginda.

Islam tidak memaksa

golongan bukan Arab meniru setiap seni dan budaya Arab. Hal ini kerana, jika Nabi SAW itu
dilahirkan dalam kalangan orang Melayu, maka pakaian, seni dan kebudayaan orang
Melayulah yang akan dipraktikkan oleh Nabi SAW.
Oleh yang demikian, bangsa lain mempunyai kebebasan untuk mengamalkan
kebudayaan masing-masing seperti bangsa Cina boleh berpakaian ceongsam dan
bangsa India boleh memakai kurta. Namun, yang penting disini ialah selagi kebudayaan dan
keseniaan itu perlulah tidak bercanggah dengan batas-batas yang telah digariskan oleh
Islam. Begitulah juga halnya dalam soal upacara perkahwinan.Masyarakat Melayu
sememangnya bebas untuk mengadakan upacara perkahwinan berdasarkan budaya dan
adat mereka.
Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW. melihat banyak wanita dan anakanak kembali dari suatu pesta perkahwinan. Lalu beliau berdiri lama-lama
degan gembira, seraya berkata: Hai Tuhan! Kamu ini semua adalah
termasuk orang-orang yang paling saya cintai[35]
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita
berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai Aisyah!
Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan.
Dalam hadis yang bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan alTirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara yang halal dan yang haram
adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan
yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan
perzinaan.[36]
Katakanlah (Wahai Muhamamd): Siapakah yang (berani) mengharamkan
perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan
demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakan-Nya untuk
hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki
yang dikurniakan-Nya?. Katakanlah: Semuanya itu adalah (nikmat-nikmat

diberi) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia; (nikmatnikmat itu pula) khas (hanya untuk mereka) hari kiamat. Demikianlah Kami
jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu per satu bagi orang-orang yang
(mahu)

mengetahui. Katakanlah:

Seungguhnya

Tuhanku

hanya

mengharamkan perkara-perkara keji, sama ada yang nyata atau yang


tersembunyi; dan perbauatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak
ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan
sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang
membenarkannya); dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap
Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al-Araf : 32-33)
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk
hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan
menghiburkan hati yang gundah-gulana. Walaupun begitu, hiburan bukanlah fokus utama
ataupun suatu kemestian dalam Islam. Selain itu, sekiranya dalam upacara itu terdapat
sebarang unsur tahyul, khurafat, bidaah dan yang paling bahaya syirik, maka upacara itu
perlu ditolak. Perkara ini kerana, isu yang berkaitan dengan aqidah seperti upacara
menepung tawar, menabur beras kunyit dan sebagainya sememangnya dipandang serius
oleh Islam.
Oleh itu, upacara persandingan dalam masyarakat Melayu perlu dijalankan
berlandaskan lunas-lunas Islam agar ia tidak membawa kepada kemurkaan Allah. Islam
bukanlah seperti pendapat yang ditelurkan oleh Niccolo Macmeivili yang mengatakan
konsep niat menghalalkan cara. Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan
dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara
itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak
langsung upacara tersebut salah disisi agama.
Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram[38]
Maka dengan itu, tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam, namun
pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.
6.0 KESIMPULAN:
Jelasnya, Islam bukanlah sesuatu agama yang memberati para penganutnya dalam
melayari arus kehidupan di dunia ini. Islam secara mudahnya merupakan agama yang
diwahyukan untuk semua jenis manusia yang terdapat di atas muka bumi ini. Justeru itu,

Islam tidak pernah melarang sama sekali para penganutnya daripada mengamalkan
kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap bangsa. Namun, perlu difahami
bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras dan selari dengan syariat
Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh
dilakukan dan diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa.


Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin
Melayu. (Wikipedia)
Umumnya, ada beberapa pendapat tentang bersanding. Sebahagian ulama
mengharamkan dan sebahagian lagi mengharuskan. Hukum bersanding secara umum
mengikut majoriti ulama ahlu al-sunnah mazhab shafei di Malaysia adalah harus. Tetapi
secara khususnya ia perlu dilihat kepada apa perkara dan acara yang dilakukan dalam
persandingan secara spesifik.
Mengikut ajaran Islam, terdapat beberapa perkara yang haram dan tidak boleh
dilakukan semasa bersanding antaranya adalah pakaian yang tidak menutup aurat dan
berlebih-lebihan berandam seperti membuang kening, mewarna rambut dan memakai
wangi-wangian yang melampau. Perbuatan andaman yang berbentuk tadlis atau merubah
kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR MuslimMuslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan
menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang
menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya
supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah. " Berhias untuk dipamerkan (tabarruj).
Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah
(maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu."
(Al-Ahzab: 33)
Selain itu, bersanding boleh dikatakan melakukan pembaziran wang kerana
mengeluarkan kos yang agak besar untuk pelamin, baju dan pelbagai aksesori lain.
Bersanding juga merupakan adat yang banyak meniru amalan Hindu seperti menepung
tawar, pulut, pucuh kelapa dan sebagainya.

KEKUATAN DALAM ADAT BERSANDING


Demi menjaga dan meraikan adat, para ulama

Ahlu Sunnah membenarkan

persandingan dengan meletakkan syarat ia disandingkan secara tertutup. Maksud secara


tertutup adalah bersanding di hadapan muhrim atau keluarga terdekat dan kanak-kanak
yang belum faham tentang aurat. Jika ingin dilakukan secara terbuka juga diharuskan jika
bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga
dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat
kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Selain itu juga, pengantin mestilah menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan dalam
solekan dan hiasan.

Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu.


Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau
kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua
pengantin tersebut semasa bersanding. Pelamin diperbuat daripada kayu dan kertas tebal
yang dibalut dan dihiasi dengan kertas-kertas bunga dan kain-kain sutera yang berwarnawarni. Biasanya bagi masa dahulu, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna
diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Besar atau kecil, mahal atau murah,
dan elok atau buruknya pelamin itu adalah bergantung kepada kemampuan tuan rumah dan
kepandaian tukang pelamin tersebut. Ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga
tingkat, dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki sahaja tingginya. Peterakna
atau kaus tempat duduk pengantin semasa bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau
baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah. Peterakna itu diletakkan di tingkat
yang atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar yang dipanggil oleh orang Melayu
dengan nama astakona. Ia berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur bercelup
merah dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang
diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki yang berwarna-warni dan berkilauan.