Anda di halaman 1dari 23

BSK 3082

PENULISAN PUISI UNTUK PENERBITAN


TUGASAN INDIVIDU (SAJAK)
SEMESTER 8

NAMA : NUR NADZIRAH BINTI JOHARI


NO MATRIK : D20111047412

NAMA PENSYARAH : EN GHAZALI DIN

BIL
1

TAJUK

MUKA SURAT
3

HIDUP CINTA
1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

DALAMNYA CINTA
HANYA PADAMU
SINARAN
HADIRNYA CINTA
INSAN KERDIL
KASIH IBU
TERIMA KASIH
HENING MALAM
SALAHKAH AKU?
PENGEMIS SEPI
USANG
SUKAR AKU MENGERTI
KAWAN DAN SAHABAT
ANAK KECIL
GURU ITU AKU
RAHSIA-NYA
KESAYANGANKU
AKU
RAJA HATIKU
KAU KEKUATANKU

4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
22
22
23

HIDUP CINTA

Kerana cinta mula tiada


kerana cinta sudah berpunya
kerana cinta aku kecewa
kerana cinta aku gembira.

Tanpa airmata tiada erti kehidupan


kerakusan cinta membawa seribu kedustaan
walau ia hanya sementara
namun memberi sejuta warna.

Tiada lagi airmata


tiada lagi senyuman ceria
tiada lagi tangisan gembira
tiada lagi gelak ketawa.

Tiada lagi keluhan


tiada lagi tangisan
yang ada hanyalah senyuman
dari diri seorang teman.

(Tanjong Malim, 2015)

DALAMNYA CINTA

Cinta
tidak hanya bermula dari tatapan mata
kerana cinta hadir dari tulusnya hati
cinta mampu mengubah derita mencari ceria
cinta dari tulusnya insan sejati.

Cinta mampu menjadi kenangan


cinta mampu mencetus permusuhan
cinta mewujudkan persahabatan
cinta membina ikatan kejujuran dan kesetiaan.
3

Cinta
tidak bisa dipaksa
tidak mudah diungkap
tidak mudah diterjemah
kerana cinta wujud dari dalamnya hati.

(Tanjong Malim, 2015)

HANYA PADAMU

Hanya padaMu aku mengadu


dengarlah rintihanku ini
terimalah penyesalanku
kabulkanlah permintaanku
jangan kau mengecewakan diriku.

Aku berdosa
berdosa meninggalkan suruhanmu
melakukan segala laranganmu
ampuni aku
4

terimalah taubatku
hanya padamu aku mengadu.

Nukilan,
Zeera Johari
(Batu Pahat, 2015 )

SINARAN

Ku lihat bintang dilangit


sinarnya menerangi gelap malam
indah tiada yang bisa menandingi
walau jauh tidak bisa ku gapai
namun cahaya mampu menenteram jiwa.

Berkerlipan jauh di sana


membawa beribu senyuman gembira
walau punah hati terasa
senyuman terukir bak cahaya
5

menerangi gelapnya jiwa lara.

Senyummu bak cahaya kerlipan bintang


tiada yang bisa menanding
senyuman manis terukir di bibir
buat insan tercinta tersayang
sebagai kenangan indah terukir.

(Tanjong Malim, 2015)

HADIRNYA CINTA

Cinta
takkan datang tanpa dicari
pergi bila dikhianati
kasih sayang tanpa cinta tiada erti
ibarat mencurah air ke daun keladi.

Cinta
adakala membawa bahagia
adakala mengundang kecewa
adakala sehingga ke syurga
6

adakala menolak ke neraka.

Cinta
adalah anugerah
juga indah
tanpanya hidup punah
salah cinta hidup musnah.

(Putrajaya, 2015)

INSAN KERDIL

Lahir seorang insan kerdil


hidup penuh belaian manja
oleh kedua ibu bapa
untuk menjadi insan berguna.

Hari demi hari


adakah insan ini sedar
tujuan diutus oleh sang pencipta
di alam maya dunia fana.

Masa berlalu begitu pantas


meninggalkan kenangan hidup
yang tidak mungkin kembali
mengulang keindahan dulu.

Tersentak dari lamunan


bangkit menerjah kehidupan
yang penuh dengan khalayan
lakonan dunia kehidupan.

(Batu Pahat, 2015)

KASIH IBU

Ibu
kasih sayangmu membawa ke syurga
tiada yang bisa menandingimu
walau aku diberi emas permata
pilihanku hanyalah kamu.

Ibu
kasihmu tidak ternilai harganya
jasamu tidak mungkin terbalas
tiada yang indah selain dirimu
8

yang sering membuat aku rindu.

(Batu Pahat, 2015)

TERIMA KASIH

Terima kasih
sukar diungkapkan
walau seribu pertolongan yang kau peroleh
namun kau masih sukar untuk ucapkan.

Terima kasih
ungkapan indah menyentuh perasaan
mengubah hati menjadi ikhlas
walau ianya hanyalah dua perkataan.

Terima kasih
ungkapan yang indah serta mudah
namun kau tak pernah endah
walau mampu membuat hati berubah
kau sering anggap ia tak mudah.

(Tanjong Malim, 2015)

HENING MALAM

Di malam yang hening ini


ku lihat pepohon bertiupan
angin lembut menghentam jiwaku
terasa dingin diseluruh tubuhku.

Ku lihat dedaun berguguran


kekuningan layu tidak kehijauan
memenuhi ruang menutupi bumi
tiada ruang segenap ini.

10

Kelayuan dedaunan
seperti layunya jiwa ini
mengenang kembali kau yang dulu
kini tiada lagi disisi.

(Tanjong Malim, 2015)

SALAHKAH AKU?

Hidupku bahagia walau sering dicerca


Hidupku tenang walau sentiasa menjadi cerita
Tiada walau sedikit ia menganggu harianku
Ketidakpuasan hati sering menganggu hidupmu
Kerana kau sering membenci diri ini.

Apa salahku?
Apa dosaku?
Kau sering perlaku aku sebegitu
Walau aku hanya diam membisu
11

Kau sering mengganggu hidupku.

Walaupun kau begitu


Aku hanya mampu memaafkan
Walau hati ini sering terluka
Sehingga mengalir mutiara dari mata
Namun kau masih sahabatku.

(Batu Pahat, 2015)

PENGEMIS SEPI

Dalam keheningan malam


aku keseorangan bertema sepi
termenung di kaki lima
tiada siapa disisi
terkenang nasib diri ini.

Hidupku sentiasa sepi


tiada yang menemani disetiap inci
hidupku bagai tidak bererti
sering bertemankan airmata
12

akulah pengemis sepi.

Beginilah nasib diri ini


sentiasa hidup dalam sepi
mengharapkan belas kasihan dari yang simpati
mengharap simpati dari yang mengerti
akulah pengemis sepi.

(Tanjong Malim, 2015)

USANG

Setiap hari aku menanti


setiap saat aku berharap
setiap detik aku memikirkan
apakah harapan seorang insan
yang hidup berjauhan.

Saat ku kenang
harapan yang semakin usang
menunggu yang tak pasti datang
akhirnya ku faham erti pengorbanan
13

Walau tugasku jauh berbelah lautan


namun tangisanmu
keegoanmu, gelak tawamu
tidak pernah ku padamkan
makin jauh makin kerinduan
perwatakanmu semakin kuat dalam ingatan.

(Batu Pahat, 2015)

SUKAR AKU MENGERTI

Sahabat
sukar aku mengerti
niat sebenar dihatimu
keikhlasan mahupun paksaan
kau berteman denganku
andai ada khilafku
kumohon ampuni aku
kau sahabatku
walau kau sering curangi aku
bukan niatku memaksamu
14

namun kerana ku sepi


ku mahu kau menjadi temanku.

(Tanjong Malim, 2015)

KAWAN DAN SAHABAT

Kawan adalah seorang yang datang dan pergi


bila gembira dia muncul
bila sedih dan terluka dia lari
meninggalkan aku seorang diri
tak semua kawan menjadi rakan
tak semua rakan menjadi teman
tak semua teman menjadi sahabat

Sahabat ada dikala suka dan duka


tidak mengira walau di mana berada
15

kau umpama keluarga yang sering menerima


segala kekurangan yang ada
sering menjadi rindu
sering membuat gembira
sehingga mengalirkan airmata
kaulah sahabat.

(Tanjong Malim, 2015)

ANAK KECIL

Baumu seperti syurga


disaat kau masih tidak mengerti
ciuman sering singgah di pipi
kerana baumu sunggu istimewa
memelukmu menenangkan jiwa
senyuman membuat aku terpesona.

16

Nukilan,
Zeera Johari

(Gombak, 2015)

GURU ITU AKU

Kau adalah yang pertama


membuat aku menjadi berani
berhadapan dengan tugasku
walau sukar namun ku pasti
keyakinan ku peroleh mampu membantuku
walau berhadapan saat sukar
ku tabah merantasi saat itu
menjagamu
17

mengajarmu
mendidikmu
adalah sukar bagiku
namun kerana keakraban kita
membuat aku terus tabah
membantu merealisasikan impianmu
kini kau adalah jiwaku
walau kita terpisah jauh
saat bersama tak mungkin pudar diingatan.

(Tanjong Malim, 2015)

RAHSIA-NYA

Jodoh
itu adalah rahsia
yang tak mungkin kita ketahui
sehingga smpai waktunya
ia adalah serasi
seperti mana kita begitulah dia
jadikan kekurangan sebagai kelebihan
dan kelebihan sebagai kekurangan
18

ia pasti sempurna
ianya telah ditentukan
tidak mungkin dipaksa
walau tiada pertemuan
pasti terjalin sebuah ikatan.

(Tanjong Malim, 2015)

KESAYANGANKU

Gelagatmu tingkah lakumu


sering menyakiti hatiku
sering menyentak hatiku
kau seperti tidak menerima kehadiranku
aku dibayangi rasa malu
aku dibayangi rasa pilu
tatkala kau sering memandang sinis kepadaku
namun berkat kesabaranku
19

akhirnya kau menghormati


kau menerima
kau menyayangi
walau hanya sementara
kasih sayang yang terbina
akan kekal hingga akhirnya
kau kesayanganku.

(Tanjong Malim, 2015)

AKU

Aku
sukar kau fahami
sukar kau mengerti
pelbagai rasa telah aku alami
membangkitkan rasa benci
sehingga tidak meghiraukan
akan insan yang cuba memahami

20

Aku
lemah tanpa bicara
diam tiada kata
hanya airmata yang menjadi igauan
sering membuat jiwa melonjak kemarahan
tanpa memikirkan hati dan perasaan.

(Tanjong Malim, 2015)

RAJA HATIKU

Kasih sayangmu tak pernah kau ucapkan


kau sering membisu dikala aku mengadu
kau ibarat seperti insan yang tidak menyayangiku
namun disebalik itu aku mengerti kau sayang padaku
terlalu banyak pengorbananmu
bukan sahaja dari wang ringgit
malah penat lelahmu membantuku
dalam segala macam perkara
21

aku selamat disaat kau berada disampingku


walau jauh kau sering membantuku
jarak tidak menjadikan kau dan aku menjauh
kau dan aku saling menyatu
akan ku cuba membantumu
disaat hari tuamu
ayah aku sayang padamu.

(Tanjong Malim, 2015)

KAU KEKUATANKU

Wanita
walau kau insan yang lemah
namun kau tak pernah kalah
kau menjadi yang teristimewa
kepada seluruh ahli keluarga
kau menjadi kesayangan
kau menjadi kerinduan
walau kau jauh di mata
22

namun kau menjadi harapan


demi memberi kekuatan
dalam ku mengejar sebuah impian.

Nukilan,
Zeera Johari
(Tanjong Malim, 2015)

23

Anda mungkin juga menyukai