Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Jurnal 1
Tajuk
Penulisan
Latar belakang
Instrument kajian
Subjek
Dapatan kajian
Kekangan kajian
ULASAN KRITIKAN :
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh digunakan adalah dengan menambah
bilangan sampel kerana bilangan sampel yang sedikit tidak dapat menunjukkan
gambaran peratusan sebenar perlakuan kanak-kanak tersebut..Tambahan pula, Item
ujian ini perlulah dikurangkan agar tidak membebankan kanak-kanak yang terlibat.
Jurnal 2
Tajuk
Penulisan
Latar belakang
berbentuk
eksperimental.
Manakala kaedah yang digunakan pula ialah kaedah ujian
menggunakan instrumen Movement Assessment Battery for
Children. Kajian ini dijalankan di tiga buah Tadika KEMAS di
Instrument kajian
Subjek
Dapatan kajian
Kekangan kajian
perempuan.
Terdapat 2 orang kanak-kanak yang mana seorang kanakkanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang
mempunyai masalah motor.
ULASAN KAJIAN :
Antara cadangan penambahbaikan adalah dengan menjalankan ujian yang berbezabeza mengikut jantina kanak-kanak. Tambahan pula, ujian perlulah dilaksanakan
mengikut kesesuaian dan tahap kemampuan kanak-kanak. Selain itu, ujian ini perlulah
dijalankan atas pengetahuan ibu bapa agar mereka tahu akan tahap kemahiran anakanaknnya dan dapat mengesan awal masalah yang dihadapi oleh anaknya. Ujian juga
seharusnya dijalankan selain dari kawasan tersebut untuk mendapatkan purata sebenar
penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran yang terdapat dalam ujian ini.
Jurnal 3
Tajuk
Penulis
Latar belakang
pubertal
dan
postpubertal,
ciri-ciri
fizikal
yang
di sebuah universiti.
Disesuaikan daripada Ujian Bruininks-Oseretsky Motor Kemahiran
Subjek
(BOTMP).
Lapan puluh belia, umur 7 hingga 18 tahun, mengambil bahagian
dalam kajian. Hanya 60 peserta, 30 lelaki dan 30 wanita, telah
Dapatan kajian
Kekangan kajian
lelaki.
Tidak ada bukti yang kukuh mengatakan akil baligh akan
mengganggu prestasi motor seseorang individu itu.
ULASAN KAJIAN :
Kajian ini kurang sesuai kerana sudah dinyatakan bahawa tidak ada bukti kesahihan
tentang akil baligh untuk dikaitkan dengan prestasi seseorang individu itu. Selain itu,
kajian ini juga tidak menggunakan semua sampel yang ada tetapi hanya menggunakan
sebahagian sahaja sample untuk di analisis.
2.0 PENULISAN LAPORAN PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN
MOTOR DIRI SENDIRI.
200
150
Tinggi (cm)
Berat (kg)
Bilangan
100
50
Graf berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dari kad kesihatan dan kad
pascanatal serta maklumbalas ibubapa dan ahli keluarga.
Jenis
Tarikh
Faedah
diberikan
Bagi Bayi
(i) B.C.G
(ii) Hepatitis B
Dos 1
Dos 2
Dos 3
(iii)
Triple Antigen
Dos 1
Dos 2
Dos 3
(iv)
11/2/1993
10/2/1993
15/3/1993
12/7/1993
10/5/1993
7/6/1993
26/7/1993
10/5/1993
7/6/1993
26/7/1993
Polio
Dos 1
Dos 2
Dos 3
Hasil temu ramah saya dengan ibu saya iaitu Seri Melor Binti Mohd. Amin,
banyak yang saya ketahui tentang diri saya dari kecil lagi. Apa yang ibu saya
ceritakan, dari lahir sehingga saya berusia 1 tahun setengah, susu yang saya
7
minum adalah susu badan iaitu susu ibu saya. Kemudian saya berhenti susu badan
kerana adik saya pula minum susu badan dan ibu saya telah memberi saya susu
tepung sebagai ganti. Susu yang diberikan kepada saya adalah susu jenama
Fernleaf. Selain itu, saya juga diberi makan nestum iaitu sejenis biskut untuk
makanan bayi. Seusia 8 bulan saya sudah mula makan nasi, tetapi nasi itu sudah
dikisar dengan bilis dan diletak sedikit kuah sayur tumis. Pada usia 1 tahun
setengah sehingga 4 tahun saya minum susu menggunakan cawan, hal ini kerana
saya telah diajar agar tidak menggunakan botol susu.
Perkembangan pergerakan motor saya pula adalah seusia 3 bulan saya sudah
mula meniarap. Kemudian pada usia 4-5 bulan saya sudah mula maju kehadapa
untuk mula merangkak. Tidak lama selepas itu, lebih kurang 5-6 bulan saya sudah
mula merangkak dan angkat badan untuk belajar duduk. Pada usia 8 bulan, saya
sudah mula jalan jatuh dan akhirnya pandai berjalan pada usia 10 bulan. Lebih
kurang pada usia 1 tahun 3 bulan, saya sudah mula bercakap namun ada pelat
kanak-kanak semasa bercakap dan pada usia 3 tahun saya sudah mula pandai
bercakap. Pada usia tersebut, ibu dan ayah sudah mula membelikan buku untuk
mengajar saya membaca. Ibu mengajar dengan mula mengeja perkataan. Ibu mula
memberi pendedahan kepada saya untuk belajar memegang pensil dan menulis. Ibu
akan memberi saya helaian kertas untuk menconteng dan ibu saya mengatakan
bahawa apabila saya dapat pen ataupun pensil, pasti saya akan menconteng.
Sejak lahir lagi saya dan keluarga tinggal di kuarters kerajaan dimana tempat
ayah saya bekerja. Kemudian pada usia 14 tahun saya dan keluarga berpindah ke
kampung halaman keluarga ayah saya. Semasa saya tinggal di kuarters, kawasan
pekan adalah jauh dari tempat tinggal. Ibu dan ayah sering bawa saya keluar
berjalan-jalan, pergi ke taman permainan untuk bermain dan pergi ke empangan
untuk melihat persekitaran. Selain itu, saya juga kerap pulang ke kampung kerana
ramai kawan di sana.
Mengenai gaya hidup pula, keluarga saya jenis yang lebih suka makan makanan
yang dimasak oleh ibu saya sendiri. Kami sangat-sangat jarang makan di luar
kerana merasakan bahawa makanan yang dimasak oleh ibu lebih selamat dan
sebenarnya air tangan ibu adalah lebih sedap. Saya jenis yang makan tidak memilih
8
namun hanya daging kambing sahaja yang saya tidak boleh makan kerana alahan.
Sejak kecil lagi saya serta adik-adik telah dididik makan sayur-sayuran. Hal inilah
yang membuatkan saya terbawa-bawa sehingga sekarang kerana apabila makan
saya pasti akan ambil sayur.
Ibu mengatakan bahawa pertumbuhan saya adalah normal dari kecil sehingglah
dewasa, hanya apabila naik sekolah menengah ketinggian saya naik sedikit sangat.
Semasa kecil saya tidak boleh bermain dengan lasak seperti main tidak berhenti
sampai dua jam kerana jika saya main lasak saya akan jatuh sakit (hidung
berdarah). Pada usia 10-11 bulan saya kena demam campak. Kemudian pada usia
9 tahun saya kena beguk pula dan seusia 16 tahun saya kena penyakit cengkering
(chicken pop). Ketika usia 7 hari selepas kelahiran, saya telah disunatkan dan telah
diadakan majlis akikah dan kenduri doa selamat. Selain itu, ibu juga mengatakan
saya semasa kecil tidak banyak kerenah dan senang dijaga. Ibu akan tidur kan saya
dari pukul 5 petang dan saya akan bangun semula jam 7 pagi keesokan harinya.
Hanya pada awal kelahiran sehingga 2 bulan saya banyak menangis dan
membuang air besar.
Sasa badan saya adalah mengikut baka belah ibu kerana saiz badan adikberadik sebelah ibu saya adalah kecil. Selain itu, saya juga mengikuti jejak langkah
ayah yang minat akan sukan. Ayah sering bermain badminton digelanggang
badminton bersama rakan-rakannya. Apabila bermain badminton, ayah akan
membawa saya sekali dan saya juga ada raket dan bulu tangkis saya sendiri.
Semasa zaman persekolahan, saya rajin bermain badminton di hadapan rumah
bersama ibu dan ayah serta jiran-jiran yang lain. Saya mula aktif bersukan semasa
saya di sekolah menengah. Pada usia 15 tahun saya wakil sekolah peringkat daerah
sukan hoki dan menceburkan diri dalam sukan silat seni pada usia 16 tahun hingga
17 tahun. Semasa di zaman sekolah, saya sering dilantik oleh guru sama ada
menjadi ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas mahupun pengawas pusat
sumber.
Serba sedikit latar belakang saya adalah, ayah saya iaitu Samsudin Bin Salihan
(56 tahun) merupakan Pekerja Rendah Awam (PRA) di Institut Pertanian Ayer
Hitam, Ayer Hitam, Johor dan ibu saya iaitu Seri Melor Binti Mohd Amin (42 tahun)
9
merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Saya merupakan anak sulung dari
lima orang adik-beradik. Badan adik-adik saya adalah lebih besar dan lebih tinggi
dari saya. Adik saya nombor dua iaitu Nurul Wafaa Syazwani berusia 19 tahun,
sekarang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu selepas menghabiskan
belajar di Matrikulasi Changlun, Kedah. Adik nombor tiga saya iaitu Nurul Amirah
berusia 15 tahun masih bersekolah menengah di sekolah berdekatan rumah. Begitu
juga Nurhani Nadiah berusia 13 tahun. Dan yang terakhir sekali adik bongsu saya
dan merupakan satu-satunya adik dan anak lelaki di dalam keluarga saya berusia 9
tahun dan masih bersekolah di sekolah rendah berdekatan dengan rumah. Sejak
zaman sekolah lagi saya serta adik-adik tidak dibenarkan bersekolah di sekolah
berasrama kerana ayah mengatakan belajar dimana sama sahaja.
Kesimpulannya, dengan adanya tugasan analisis ini, saya semakin mengetahui
siapa diri saya dan perwatakan saya dari kecil lagi. Saya berasa sungguh bertuah
dilahirkan di dalam keluarga ini kerana keluarga saya membuatkan diri saya berasa
serba lengkap. Ibu dan ayah banyak berkorban sepanjang membesarkan saya dan
adik-adik saya. Semoga kejayaan saya dapat membuat mereka merasa gembira
atas dididikan yang telah mereka berikan kepada saya.
10
7bulan
hari
hari
240
8-9 bulan
11 bulan
1 tahun
11
2 tahun
6 tahun
4 tahun
5 tahun
9 tahun
11 tahun
12
14
13 tahun
15
16 tahun
17 tahun
18 tahun
13
RUMUSAN
14
RUJUKAN
15
16
LAMPIRAN
17