Anda di halaman 1dari 6

7.

7 DATO BAHAMAN
PAHLAWAN PAHANG
ABDUL RAHMAN BIN
IMAN NOH

Disediakan oleh: Yong Yu Xin


Chan Kai Xi

Biodata Tokoh
-nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
-dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan
Semantan
-diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam
perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
-dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya
Indera Segara
-Dato Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

ktor-faktor penentangan
a) Hilang Hak Mengutip Cukai
-Dato Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise
sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
-Dato Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya
iaitu di Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis
-pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua
tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman
-konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius
-Dato bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh
kawasan serta mengancam kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
-Hugh Clifford menganggap Dato Bahaman sebagai penderhaka kerana
enggan mematuhi arahan British
-British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan
-tindakan British memalukan Dato Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari Pahang

Peristiwa Penentangan
-16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana mengutip hasil
hutan tanpa kebenaran
-tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis
Lubuk Terua
-peristiwa ini mencetuskan perang
-26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan
semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
-Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
-Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang
-pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
-British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru

-Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11
buah kubu Dato Bahaman di Bentong
-Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
-pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
-di terengganu ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang
berjihad menentang British
-14 Jun 1894 Dato Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai
-British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula
Jeram Ampai
-Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
-pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang

Kesan penentangan
-Dato Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian
menentang British
-kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat
patriotisme oleh pahlawan Pahang
-kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891
1894
-British terpaksa menanggung hutang yang banyak
-Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar
setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai