Anda di halaman 1dari 3

Gimnastik dalam pendidikan

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..


Terima kasih di atas pandangan yang telah anda berikan. Penyertaan kanakkanak dalam aktiviti gimnastik atau kelas gimnastik sememangnya memberikan
mereka pelbagai faedah yang merangkumi aspek-aspek fizikal, kognitif dan
fisiologi. Faedah ini akan memberikan impak kepada kehidupan mereka sehingga
ke akhir hayat mereka. Aktiviti gimnastik membantu kanak-kanak
mempertingkatkan kemahiran fizikal mereka. Hal ini akan memudahkan mereka
menguasai pelbagai permainan lain dengan lebih baik contohnya bola keranjang,
bola sepak dan lain-lain. Disamping itu, gimnastik turut membantu
mengurangkan kecederaan otot kerana menitikberatkan kelenturan tubuh.
Kekuatan otot
Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur,
dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada
anggota tubuh mereka dalam pelbagai posisi membantu kanak-kanak membina
tubuh yang kuat dan bertenaga. Otot-otot tubuh mereka terbina dengan baik
semasa latihan. Ahli-ahli gimnastik lebih kuat, membantu membuna daging
tubuh yang pejal, menyekatakan otot, meningkatkan keseimbangan dan juga
memperbaiki postur tubuh.
Tulang sihat
Gimnastik yang melibatkan kemampuan menahan atau menampung berat badan
membolehkan kanak-kanak atau ahli-ahli gimnastik membina tulang-tulang yang
kuat dan sihat. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak bekerja melawan gravity,
bermaksud seseorang kanak-kanak perlu menggunakan sebelah tangan, kaki,
atau sebelah kaki untuk menahan ataupun menampung berat badan mereka
sendiri.
Kelenturan tubuh
Sekain itu, gimnastik turut membantu kanak-kanak memiliki kelenturan tubuh
yang lebih baik. Secara ringkas, aspek ini melibatkan kemampuan otot-otot
mereka denga had maksimum. Hal ini demikian kerana gimnastik mementingkan
kemampuan untuk menguasai pelbagai posisi persembahan bagi setiap
peralatan. Dalam kehidupan seharian pula, gimnastik dapat mengurangkan
tekanan, membantu meningkatkan koordinasi, meningkatkan kesedaran tubuh.

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia


Lazimnya, saiz kelas untuk prasekolah hanya dalam kuantiti yang kecil
sahaja iaitu kira-kira 25 orang murid sahaja. Dengan bilangan yang kecil,
memudahkan guru dalam memantau setiap perkembangan murid baik
dari segi kognitif, psikomotor dan juga afektif. Bagi memastikan keadaan
dalam terkawal, saiz kelas memainkan peranan yang penting lebih-lebih
lagi kanak-kanak prasekolah terkenal dengan pelbagai ragam.

Salam 1Malaysia
Antara peralatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti gimnastik termasuklah tilam/ carpet,
gelung, bola, dan reben/tali. Peralatan yang digunakan hendaklah selamat untuk digunakan iaitu
bukan terdiri daripada benda yang boleh membahayakan kanak-kanak itu sendiri semasa
menggunakannya. Contohnya, peralatan yang runcing atau tajam.
P O S T E D B Y G R O U P B L O G S E M 3 AT 7 : 1 5 A M 0 C O M M E N T S

6.4.3 Aspek Keselamatan


Dalam menjalankan aktiviti, aspek yang penting diberi perhatian adalah aspek keselamatan.
Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan antaranya termasuklah dengan
mengenalpasti tahap kemampuan dan kecergasan seseorang murid, kemudahan peralatan yang
sesuai mengikut peringkat umur, persekitaran iaitu kesesuaian persekitaran dengan aktiviti yang
akan dijalankan. Selain itu, guru juga hendaklah peka dengan melakukan penyeliaan terhadap
murid-murid dengan memberi arahan dan bimbingan dengan sebaik mungkin.

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia

Gimnastik
dalam pendidikan
pada hari
ini sememangnya mampu
menyumbangkan pelbagai manfaat kepada kanak-kanak jika didedahkan sukan
ini kepada mereka sejak awal usia lagi. Sukan ini sememangnya mampu untuk
membantu memperkembangkan pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik dari
segi
kognitif
dan
fizikal.
Pembelajarannya
juga
dapat
membantu
mengembangkan lokomotor dan teknik keseimbangan dan juga kesedaran
ruang. Melaluinya kanak-kanak dapat belajar mengimbangi tubuh badan mereka
dengan menggunakan ruangan yang ada di persekitaran mereka untuk bergerak.
Selain itu, gimnastik juga dapat membantu kanak-kanak meningkatkan lagi
pengurusan tubuh badan, kawalan tubuh badan di samping meningkatkan
keupayaan teknik lokomotif dan manipulatif mereka. Kesihatan dan kecergasan
kanak-kanak juga mampu disumbangkan melalui gimnastik ini dengan latihan
daya kelenturan, daya kekuatan, daya fleksibiliti, daya ketangkasan dan daya
koordinasi. Keupayaan kognitif, kebolehan-kebolehan yang afektif dari segi

penyelesaian masalah, pergerakan mekanikal tubuh badan dan estetika kanakkanak juga dapat ditingkatkan. Kanak-kanak juga akan menambah pengalaman
pembelajaran yang berbeza sekaligus membantu dalam mengembangkan bakat
kanak-kanak itu sendiri.
Antara cabaran yang dapat saya lihat sekiranya pendidikan gimnastik ini di
adakan ialah ianya memerlukan satu ruang yang luas dan ini mungkin agak
mustahil bagi sekolah-sekolah yang berada di luar bandar yang tidak mempunyai
bilik atau ruang yang mencukupi untuk mengadakan latihan gimnastik ini. Selain
itu peralatan yang akan digunakan mungkin kurang mencukupi dan sentiasa
perlu dipastikan ianya tidak akan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
Dari segi aspek keselamatan pula, terdapat beberapa eleman yang perlu
dititikberatkan seperti mengenalpasti tahap kemampuan dan kecergasan
seorang murid. Ini beerti guru yang terbabit yang ingin mengajar latihan
gimnastik ini perlu mempunyai latihan dan ilmu yang mencukupi supaya tidak
berlaku sebarang konflik yang tidak diingini.