Anda di halaman 1dari 21

Nota

Ringkas: Khas GST 2014


Faktor kegagalan Utama Calon


Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram'
maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice


! Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources
(002091193-K)
! Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula
naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi
Akta Hakcipta.
! Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web
www.penguasaKastam.com, sila laporkan kepada kami melalui
email support@rujukankerjaya.com dan ganjaran sewajarnya
akan diberikan kepada anda
! Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip
penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang
akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan
kami

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam W41
ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan dan ianya adalah rujukan umum dan Infokerjaya Resources tiada
kaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Infokerjaya Resources, SEPTEMBER 2014


www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


CBP = GST

CBP = Cukai Barangan dan Perkhidmatan @ Goods Services Tax (GST).

CBP dikenali juga sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah.

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian
bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit.

CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi
sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di
langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.

CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi (semua
barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan diimport).

CBP dikecualikan ke atas barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di


bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan
sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.

CBP membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara
automatik dalam sistem perakaunan mereka.

Mengapa perlu bayar cukai? Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh
membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur,
pendidikan ,penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Siapa Terlibat?

CBP dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam
menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai.

CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

CBP akan dikenakan ke atas nilai pembekalan.

CBP hanya boleh dikenakan jika perniagaan itu berdaftar.

Sesuatu perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan


tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan.

Perniagaan tersebut tidak boleh mengenakan dan memungut CBP atas pembekalan
barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka.

Perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

Banyak negara mengenakan cukai pendapatan iaitu peratusan daripada pendapatan


individu atau keuntungan perniagaan.

Kerajaan boleh mendapatkan hasil dengan mengenakan cukai ke atas pengilangan atau
jualan barang seperti cukai jualan dan duti eksais.

CBP adalah salah satu kaedah memungut cukai yang lebih baik daripada yang kaedah
lain.

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Peratusan CBP

CBP dicipta oleh pegawai cukai Perancis pada tahun 1950-an.

Kebanyakan negara lain CBP dikenali sebagai VAT, atau Cukai Nilai Ditambah.

Contoh peratusan CBP atau VAT di negara-negara terlibat :


Tahun

Negara

Peratusan CBP (%)

1980

China

17.0 %

1985

Indonesia

10.0 %

1985

New Zealand

12.5 %

1991

Thailand

7.0 %

1994

Singapura

5.0 %

1994

United Kingdom

17.5 %

1996

Filipina

10.0 %

2000

Australia

10.0 %

2005

India

12.5 %

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Sejarah Percukaian

Sistem percukaian di Malaysia melibatkan beberapa jenis cukai yang tidak langsung
seperti berikut :
o

Duti Import - dikenakan ke atas barang yang dibawa masuk ke dalam negara.

Duti Eksport - dikenakan ke atas barang yang dibawa keluar daripada Negara.

Cukai Jualan - dikenakan ke atas sebilangan besar barang pada masa import atau
pada peringkat pengilangan. Dua kadar cukai dikenakan iaitu 5.0% dan 10.0%.

Cukai Perkhidmatan - dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh :


"

Restoran

"

Hotel

"

Telekomunikasi

"

Perkhidmatan professional (arkitek, jurutera, peguam dan lain-lain).

Duti Eksais - dikenakan ke atas barang tertentu seperti :


"

Kenderaan

"

Minuman Keras

"

Beer

"

Produk Tembakau

CBP menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Cukai Semasa

Cukai kepenggunaan semasa adalah :


o

Cukai Jualan

Cukai Perkhidmatan

Cukai Jualan

Diperkenalkan pada 29 Februari 1972.

Adalah cukai kepenggunaan yang dilevi dan dikenakan ke atas :

Barang yang dikilang di Malaysia

Barang yang diimport

Kadar cukai jualan semasa di Malaysia :


o

5.0 % - barang makanan dan bahan binaan

10.0 % - kadar am

Kadar spesifik (Produk Petroleum)

Lesen cukai jualan bagi pengilang barang adalah seperti berikut:


Jumlah Jualan Tahunan
RM 100,000.00 ke atas
Kurang RM 100,000.00

Keperluan Perlesenan
Perlu dilesenkan di bawah Akta Cukai
Jualan
Perlu memohon sijil pengecualian
daripada perlesenan

Cukai Seperingkat - Cukai jualan yang dikenakan ke atas barang pengilangan semasa
barang dijual atau dilupuskan oleh pengilang.

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Cukai Perkhidmatan

Diperkenalkan pada 1 Mac 1975.

Dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang kena cukai.

Kadar cukai perkhidmatan dikenakan :


o 6.0 % - kadar sama rata
o RM50.00 mulai Januari 2010 - kadar spesifik bagi kredit kad

Model ringkas cukai perkhidmatan dikenakan :

Peniaga


Penyedia Perkhidmatan


Pengguna

Kadar cukai 6.0% dikenakan di sini apabila


perkhidmatan disediakan kepada pengguna

Pengguna tahu jumlah cukai yang dikenakan

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Perlesenan

Perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bercukai di tempat yang ditetapkan perlu


dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan berdasarkan nilai ambang.
Nilai Ambang

Perkhidmatan Bercukai

a)

b) Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel
yang mempunyai lebih 25 bilik (Kumpulan B1)

c)




Tiada Nilai Ambang

Hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (Kumpulan A)

Kelab malam, dewan tari, kabarate, pusat kesihatan, rumah urut


yang diluluskan dan rumah beer (Kumpulan D)

d) Semua jenis polisi insurans untuk perniagaan


e)

Perkhidmatan telekomunikasi

f)

Perkhidmatan pelepasan barang dari kawalan kastam

g)

Perkhidmatan perakaunan, pengauditan oleh akauntan swasta

h) Perkidmatan perundangan oleh firma guaman


i)

Perkhidmatan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah

j)

Perkhidmatan arkitek oleh firma arkitek

k)

Perkhidmatan mengukur oleh juru ukur berlesen

l)

Perkhidmatan khidmat nasihat oleh konsultan

m) Perkhidmatan pengurusan oleh syarikat pengurusan


n) Kad kredit/caj pengeluaran kad kredit

www.RujukanKerjaya.com

Nota Ringkas: Khas GST 2014




Perkhidmatan yang diberikan oleh Kumpulan professional di bawah


Kumpulan G :

a) Penyediaan tempat letak kereta

b) Penyediaan perkhidmatan kiriman cepat

Perolehan jualan tahunan RM


150,000.00 dan ke atas

c) Penyediaan pusat servis dan pusat membaiki kenderaan


bermotor

d) Penyediaan pengawal keselamatan atau security orang lain


oleh agensi persendirian
e) Penyediaan perkhidmatan pekerjaan oleh agensi
persendirian

a) Restoran, bar snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam


hotel yang mempunyai 25 bilik/kurang (Kumpulan B2)

b) Perkhidmatan yang disedikan oleh kelab golf (Kumpulan E)

c) Perkhidmatan yang disedikan oleh hospital swasta


(Kumpulan F)

Perolehan jualan tahunan RM


300,000.00 dan ke atas

d) Perkhidmatan kereta sewa dan pandu/kereta dengan/tanpa


pemandu (Kumpulan G)

e) Perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan


(Kumpulan G)


Perolehan jualan tahunan RM
3,000,000.00 dan ke atas


Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel
termasuk food court (Kumpulan C)

www.RujukanKerjaya.com

10

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Persediaan CBP

Langkah pertama untuk bersedia untuk CBP adalah mendaftar untuk nombor
pendaftaran CBP.

Peniaga perlu memastikan sama ada mereka dikehendaki berdaftar atau berdaftar
secara sukarela.

Seseorang yang perniagaannya mempunyai nilai pusingan tahunan melebihi


RM500,000 dikehendaki untuk mendaftar CBP.

Seseorang itu termasuk :


o Individu
o Pemilik Tunggal
o Perkongsian
o Syarikat
o Pemegang Amanah
o Pertubuhan
o Estet
o Kesatuan
o Kelab Persatuan atau pertubuhan termasuk jabatan kerajaan atau pihak
berkuasa tempatan yang terlibat dalam perniagaan yang membuat pembekalan
bercukai di Malaysia.

Nilai pusingan bercukai tahunan - ditentukan berdasarkan salah satu :


o Jumlah pembekalan bercukai bulan semasa dan sebelas bulan berikutnya, atau
o Jumlah pembekalan bercukai bulan semasa dan jangkaan sebelas bulan
seterusnya.

www.RujukanKerjaya.com

11

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Jenis Pendaftaran
3 jenis pendaftaran untuk CBP :

Pendaftaran secara sukarela


o Seseorang yang membuat pembekalan bercukai dan nilai pusingan bercukai
tahunannya RM 500,000 dan ke bawah tidak dikehendaki berdaftar.
o Boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela. Pendaftaran secara sukarela di
benarkan tetapi hendaklah kekal berdaftar sekurang-kurangnya bagi tempoh 2
tahun.
o Perlu mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan bercukai dan pada masa
yang sama berhak untuk mendapat tuntutan kredit cukai input dan layak untuk
mendapat kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah perundangan CBP.

Pendaftaran kumpulan
o Satu kemudahan yang membenarkan beberapa syarikat untuk berdaftar
sebagai satu kumpulan dan memusatkan pentadbiran mereka untuk tujuan
pengakaunan CBP.
o Setiap syarikat hendaklah didaftarkan secara berasingan sebelum mereka boleh
berdaftar dan setiap syarikat hendaklah membuat pembekalan bercukai
sepenuhnya.

Pendaftaran cawangan/bahagian
o Orang kena cukai yang menjalankan perniagaannya di dalam beberapa
cawangan atau bahagian atas permohonan dan tertakluk kepada terma-terma
dan syarat-syarat yang ditetapkan, boleh berdaftar di atas nama cawangan atau
bahagian tersebut.
o Kemudahan ini disediakan untuk orang kena cukai yang mempunyai beberapa
unit pengakaunan kendiri untuk mendaftar setiap unit secara berasingan untuk
CBP.

www.RujukanKerjaya.com

12

Nota Ringkas: Khas GST 2014


o Setiap cawangan/bahagian akan diberikan nombor pendaftaran CBP secara


berasingan dan mengemukakan penyatanya sendiri. Bagaimanapun orang kena
cukai kekal bertanggungan ke atas semua tanggungan CBP untuk semua
cawangan/bahagian.

Penalti
Penalti boleh dikenakan ke atas kesalah-kesalahan :

Apa-apa kekurangan pada cukai bersih yang perlu dibayar .

Tidak mengemukakan penyata CBP.

Penyata CBP dikemukakan dengan tiada atau kurang bayaran.

Apa-apa bayaran balik yang dituntut secara tidak benar.

Kegagalan untuk berdaftar.

www.RujukanKerjaya.com

13

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Jenis Bekalan
4 jenis pembekalan terlibat :

Pembekalan Berkadar Standard


o Pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada CBP pada
kadar standard.
o Orang kena cukai yang berdaftar di bawah CBP perlu memungut CBP pada
pembekalan dan layak untuk menuntut kredit cukai input atas input perniagaan
dalam membuat pembekalan bercukai.

Pembekalan Berkadar Sifar


o Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan barang dan perkhidmatan yang
tertakluk kepada CBP pada kadar sifar.
o Dalam hal ini, perniagaan tidak memungut apa-apa CBP pada pembekalan
mereka tetapi berhak untuk menuntut kredit cukai input yang dikenakan dalam
menjalankan perniagaan.

Pembekalan Dikecualikan
o Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan barang atau perkhidmatan yang
tidak tertakluk kepada CBP.
o Perniagaan tidak memungut apa-apa CBP pada pembekalan mereka dan tidak
berhak untuk menuntut kredit cukai input perniagaan.

Pembekalan Yang Tidak Termasuk Dalam Skop CBP


o Pembekalan yang tidak termasuk dalam peruntukan Akta CBP termasuk transaksi
bukan perniagaan, jualan barang dari suatu tempat di luar Malaysia ke tempat
lain di luar Malaysia serta perkhidmatan yang disediakan oleh sektor Kerajaan.

www.RujukanKerjaya.com

14

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Pembekalan
Berkadar Standard

Pembekalan berkadar standard adalah barang dan perkhidmatan yang dikenakan CBP
pada kadar standard.

CBP dipungut oleh perniagaan dan dibayar kepada Kerajaan.

Mereka boleh menuntut kembali kredit pada input mereka.

Jika cukai input mereka adalah lebih besar daripada cukai output, mereka boleh
menuntut kembali perbezaan tersebut.

PENGILANG

PEMBORONG

PERUNCIT

PENGILANG
membayar CBP
cukai output

PEMBORONG
membayar CBP
cukai output

PERUNCIT
membayar CBP
cukai output

PEMBORONG
menuntut balik CBP
cukai input

PERUNCIT
menuntut balik CBP
cukai input

PENGGUNA

PENGILANG
menuntut balik CBP

cukai input

PENGGUNA
membayar CBP
kadar 6%

www.RujukanKerjaya.com

15

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Contoh pengiraan CBP pembekalan standard

Tingkat Pembekalan

Harga Jualan (Termasuk CBP 6%)

Bayaran Kepada Kerajaan

Pembekal Bahan Mentah

Harga Jualan = RM50.00


CBP = RM3.00
Jumlah Harga Jualan = RM53.00

CBP dipungut = RM3.00


Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM3.00

Pengilang

Harga Jualan = RM100.00


CBP = RM6.00
Jumlah Harga Jualan = RM106.00

CBP dipungut = RM6.00


Tolak: CBP dibayar =RM3.00
CBP dibayar = RM3.00

Pemborong

Harga Jualan = RM125.00


CBP = RM7.50
Jumlah Harga Jualan = RM132.50

CBP dipungut = RM7.50


Tolak: CBP dibayar =RM6.00
CBP dibayar = RM1.50

Peruncit

Harga Jualan = RM156.00


CBP = RM9.36
Jumlah Harga Jualan = RM165.36

CBP dipungut = RM9.36


Tolak: CBP dibayar =RM7.50
CBP dibayar = RM1.86

Pembekalan
Berkadar Sifar

Perniagaan layak untuk menuntut kredit cukai input dalam mendapatkan bekalan ini.

Mengenakan CBP pada kadar sifar kepada pengguna.

PENGILANG

PEMBORONG

PERUNCIT

PENGGUNA

www.RujukanKerjaya.com

16

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Peniaga menuntut cukai input di atas setiap peringkat bekalan.

Tiada cukai output di atas pembekalan.

Peniagaan boleh dikenakan cukai input atas perbelanjaan overhead

Pengguna tidak membayar CBP.

Tingkat Pembekalan

Harga Jualan (Termasuk CBP 6%)

Bayaran Kepada Kerajaan

Pemborong

Harga Jualan = RM50.00


CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM50.00

CBP dipungut = RM0.00


Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00

Peruncit

Harga Jualan = RM100.00


CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM100.00

CBP dipungut = RM0.00


Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00

Pembekalan
Dikecualikan

Pembekalan tanpa cukai yang tidak tertakluk kepada CBP

Perniagaan tidak layak menuntut kredit cukai input dalam mendapatkan bekalan ini.

Tida boleh juga mengenakan cukai output kepada pengguna.


BEKALAN
PERUBATAN

CBP 6%

HOSPITAL
SWASTA

PENGGUNA
Tiada CBP

www.RujukanKerjaya.com

17

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Perkhidmatan perubatan adalah bekalan yang dikecualikan.

Hospital tidak boleh menuntut semula CBP yang dikenakan oleh pembekal.

Pengguna tidak perlu membayar sebarang CBP.

Tingkat Pembekalan

Harga Jualan (Termasuk CBP 6%)

Bayaran Kepada Kerajaan

Pembekalan Bahan Mentah

Harga Jualan = RM50.00


CBP = RM3.00
Jumlah Harga Jualan = RM53.00

CBP dipungut = RM3.00


Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM3.00

Pengilang

Harga Jualan = RM100.00


CBP = RM6.00
Jumlah Harga Jualan = RM106.00

CBP dipungut = RM6.00


Tolak: CBP dibayar =RM3.00
CBP dibayar = RM3.00

Penyedia Perkhidmatan

Harga Jualan = RM131.00


CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM131.00

CBP dipungut = RM0.00


Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00

Faedah CBP

Meingkatkan Taraf Hidup - Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan
pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan,
infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup

Mengurangkan Kos Perniagaan - Sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar


cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas
cukai (cukai bertindih). Perlaksanaan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh
mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung,
dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Pembangunan Negara - CBP satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana
boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah
menjadi negara berpendapatan tinggi.

www.RujukanKerjaya.com

18

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Keadilan Dan Kesaksamaan - CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang
terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor
perkhidmatan.

Meningkatkan Sistem Penyampaian - CBP ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik


dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran
balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.

Meningkatkan Daya Saing Global - Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya
saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas
input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Memperkukuhkan
industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.

Meningkatkan Pematuhan - SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan


pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran
cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan
pematuhan.

Mengurangkan Kerenah Birokrasi - SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan


bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di
bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.

Harga Adil Kepada Pengguna - CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST.
Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan
perkhidmatan berbanding SST.

Lebih Telus - CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau
perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

www.RujukanKerjaya.com

19

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Cukai Gantian Hanya 6%


Rumusan Akhbar Kosmo (Sumber : Kosmo Online)

Pelaksanaan GST dapat mengurangkan karenah Birokrasi dan meningkatkan pematuhan


cuka-cukai lain seperti cukai pendapatan dan duti kastam.

Pengenaan GST hanya ke atas nilai tambah bagi sesuatu peringkat pengagihan supaya
barang atau perkhidmatan tidak dikenakan cukai berganda.

GST bukan satu cukai yang baharu tetapi ia adalah cukai gantian - Pengarah Projek GST ,
Kementerian Kewangan, Ezleezan Othman.

GST dikenakan pada kadar 6% sahaja yang akan menggantikan 2 cukai semasa iaitu
cukai jualan yang dikenakan pada kadar 5% dan 10%. Cukai Perkhidmatan dikenakan
pada kadar 6%.

Struktur GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 berbeza dengan negara-negara
lain kerana ia dibentuk dengan mengambil kira kedudukan sosioekonomi rakyat.

Tidak semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST.

Makanan asas seperti beras, tepung, gula, rempah ratus, ikan, telur, minyak masak tidak
dikenakan GST.

Barangan eksport dikecualikan daripada GST - mengekalkan daya saing negara.

Perkhidmatan asas seperti sistem pengangkutan awam, sistem pendidikan dan sistem
kesihatan dikecualikan GST

Kadar GST 6% adalah antara yang terendah berbanding negara pengamal GST lain
(Denmark 25% GST)

www.RujukanKerjaya.com

20

Nota Ringkas: Khas GST 2014


Elak Cukai Khianati Negara


Rumusan Dari Berita (Sumber : www.nib.com.my)

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan rakyat yang mengelak daripada membayar cukai
sebagai pengkhianat negara.

Kewajipan membayar cukai satu daripada semangat patriotik, iaitu melaksanakan


tanggungjawab kepada negara demi kebaikan semua.

Patriotisme tidak semestinya hanya dengan menghunus senjata untuk mempertahankan


tanah air.

Daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini, hanya 1.34 juta atau 10% sahaja yang layak
membayar cukai dan hasil pendapatan kerajaan itu digunakan untuk melaksanakan
pelbagai program ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial rakyat - Datuk Seri Najib
Razak.

www.RujukanKerjaya.com

21

Anda mungkin juga menyukai