Anda di halaman 1dari 14

Pengajaran Makro

Pengajaran Makro merupakan


satu sesi pengajaran praktik
yang lengkap bermula dari
pendahuluan, set induksi,
perkembangan, penilaian dan
penutup. Biasanya, pengajaran
Makro dipraktikkan di dalam bilik
darjah sepenuhnya. Untuk
memahami konsep pengajaran
Mikro, kita perlu memahami

Prinsip Pengajaran Mikro


Antara prinsip pengajaran makro ialah:
Objektif pengajaran dan pembelajaran
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif
yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan
pelajar.
Jumlah pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai
bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas
sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang
sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru
itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah
para pelajar.
Strategi pengajaran
Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan
teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran
dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.

Prinsip Pengajaran Makro


Jangkamasa Pengajaran
Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah
berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama
antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa
yang ditetapkan.
Bahan pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi
pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran
Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan
yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan
adalah menyeluruh.
Perbincangan dan refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan
pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran
guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu
diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu
dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid
disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.

Matlamat Pengajaran Mikro


Memberi keyakinan kepada guru
Hasil daripada pengajaran makro dapat memberi
keyakinan mengajar kepada guru-gur baru. Setelah
melalui sesi pengajaran mikro dan makro guru akan
lebih yakin berhadapan dengan situasi pengajaran
dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.
Menguasai kemahiran mengajar
Dengan adanya pengajaran makro, ianya dapat
mendedahkan para guru kepada beberapa jenis
kemahiran mengajar. Guru juga akan benar-benar
menguasai kemahiran tersebut setelah
berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam
pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah
apabila guru berkenaan mengajar di sekolah.

Matlamat Pengajaran Makro


Mengenal pasti potensi guru
Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti
memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan
menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru penting
sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran
dengan sebaik mungkin.
Mengenal pastti kelemahan guru
Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang
guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan
dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah , guru
berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan
memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya .
Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama
Dalam sesi pengajaran mikro , setiap guru pelatih akan
berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut . Semua individu
akan memainkan peranan masing-masing samaada sebagai
guru atau pelajar . Secara tidak langsung perasaan malu dan
takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain .

Aplikasi Pengajaran makro


Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran
lengkap yang mengandungi kemahran-kemahiran
pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran
dalam kelas sebenar. Pengajaran makro
dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan
oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro
berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang
ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit
atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru
pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam
satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat
memperbaiki kelemahan sebelum mereka
menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik
darjah di sekolah

Objektif Pengajaran
1)Memahami ciri-ciri perancanngan
pengajaran makro
2)Membina rancangan pengajaran
makro mengikut format latihan
3)Mengaplikasikan ses pengajaran
makro dalam bilik darjah

Situasi Pengajaran Makro


1) Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40
orang
murid
2) Murid sebenar
3) Guru pelatih pengajar sepenuh masa
4) Tumpuan kepada pelbagai kemahiran
mengajar
5) Situasi sebenar pengajaran
6) Perancangan menyeluruh untuk satu sesi
pengajaran

Rancangan Pengajaran
Makro
Sebelum pengajaran
Sebelum melaksanakan pengajaran
makro, guru pelatih perlu merancang
dan menyediakan persediaan mengajar
yang lengkap dan baik. Perancangan
yang lengkap dan baik merupakan aspek
penting dalam sesuatu pengajaran
berkesan kerana akan meningkatkan
pencapaian akademik murid dan
mengurangkan masalah disiplin.

Cara Pelaksanaan
Kemahiran set induksi
Sesi permulaan sesuatu proses pengajran.
Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah
menarik perhatian dan menimbulkan minat
murid-murid supaya mereka dapat menumpukan
perhatian kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan. Caracara memulakan set induksi ini seperti
menggunakan alat-alat bantuan, menyoal,
ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali
dan sebagainya. Masa peruntukan dalam
pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan
biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu
pelajaran.

Cara Pelaksanaan
Kemahiran menyebarkan penyoalan
Kemahiran menyoal merupakan teknik
yang penting dalam aktiviti pengajaran
guru. Kemahiran ini digunakan untuk
menolong murid mengingatkan kembali
ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu
menguasai kemahiran ini untuk mencapai
kejayaan dalam aktiviti pengajarannya.

Cara Pelaksanaan
Kemahiran pengurusan papan hijau
Kemahiran pengurusan papan hijau
ialah kecekapan guru merancang
penggunaan ruang papan hijau dan
menyusun tulisan, nota dan
gambarajah di ruang papan hijau yang
paling berkesan. Kemahiran ini dapat
membantu murid-murid membaca
catatan guru dan memahami tulisan
guru semasa penerangan guru.

Cara Pelaksanaan
Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan atau peneguhan
merupakan satu teknik motivasi kepada
murid-murid yang berjaya menjawab soalan
guru atau menunjukkan prestasi yang baik.
Peneguhan ini boleh diberi secara vebal
atau non-vebal. Tingkah laku vebal
merupakan pujian secara lisan seperti baik,
bagus manakala tingkah laku non-verbal
pula merupakan gerak geri positif seperti
senyuman, angguk kepala dan sebagainya.

Cara Pelaksanaan
KEMAHIRAN PENUTUP
Kemahiran penutup merupakan satu teknik
mengakhiri satu sesi pelajaran. Ia merupakan
bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran
guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian,
pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran
pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan
cara:- Membuat rumusan isi pengajaran dan
menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau.
Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku
latihan atau soalan-soalan di papan hijau. Memberi
latihan pengayaan kepada murid-murid. Menyoal
murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau
pengajaran tadi. Pujian kepd murid-murid yang
berkelakuan yang baik. Memberitahu berita semasa
yang ada kaitan dengan pengajaran memberi
motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.

Anda mungkin juga menyukai