Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengurus Lapangan Terbang Sibu Sarawak


kerana dengan izin Tuhan saya telah menyempurnakan latihan industri selama empat (4) bulan
bermula dari 1 Disember 2014 hingga 17 April 2015 seperti yang telah diwajibkan oleh pihak
politeknik bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) sesi Jun 2013.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Lapangan Terbang Sibu
Sarawak kerana telah membenarkan saya menjalani latihan industri di firma ini dan secara tidak
langsung telah memberi peluang untuk saya menimba pengalaman baru. Terima kasih juga
kepada semua unit yang turut terlibat sepanjang saya menjalani latihan industri terutamanya unit
kejuruteraan diatas segala tunjuk ajar , nasihat , dorongan dan cadangan yang telah dicurahkan
kepada saya. Sesungguhnya saya amat menghargai ilmu yang telah diberikan dan akan saya
praktikkan dengan sebaik mungkin pada masa akan datang.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Mukah
Sarawak kerana telah memberi bimbingan dan membantu memberi tunjuk ajar dan idea yang
bernas dalam menghasilkan laporan.
Akhir sekali , tidak dilupakan juga kepada keluarga saya sendiri serta rakan-rakan yang
telah banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang saya menjalani latihan industri.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai