Anda di halaman 1dari 12

http://tamilschools.net/index.php?

option=com_content&view=article&id=181&Itemid=
PERKEMBANGAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
TAMIL DI MALAYSIA
Written by admin

Friday, 30 April 2010 17:22


PENGENALAN
Pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang getah,
kopi dan tebu. Pembukaan ladang-ladang kopi dan getah telah menyebabkan
Kerajaan British membawa masuk tenaga pekerja dari India berhijrah ke Tanah
Melayu. Majoritinya berasal dari India Selatan, tidak mengenal huruf dan datang
dengan harapan mendapat penghidupan yang lebih baik. Di samping itu, wujudnya
sistem sosial di India mengikut kasta menyebabkan mereka mengambil peluang
untuk berhijrah, terutamanya daripada golongan strata sosial yang rendah. Terdapat
juga sebilangan kecil kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu menetap di
kawasan bandar. Mereka berasal dari negeri-negeri utara India dan Benggala,
Sinhala dari Sri Langka dan Tamil dari selatan India serta golongan Tamil Muslim.
Kumpulan masyarakat India di bandar ini melibatkan diri dalam perniagaan dan juga
pekerja separa mahir. Manakala dari segi pendidikan, mereka lebih cenderung
kepada pendidikan Inggeris.
Perkembangan pendidikan Tamil yang berkembang di Tanah Melayu adalah lebih
melibatkan golongan masyarakat India yang bekerja di ladang-ladang. Sebelum
pengenalan pendidikan vernakular Tamil yang formal di Tanah Melayu telah wujud
sistem pendidikan tidak formal. Sistem pendidikan ini berasal dari Selatan India dan
dikenali sebagai Tinnai Pali. Corak pendidikan yang hampir sama seperti pendidikan
pondok, dibawa masuk bersama-sama kemasukan tenaga pekerja dari India ke
Tanah Melayu.
2 PERKEMBANGAN SJK TAMIL PRAMERDEKA
2.1 Status Sekolah
Dasar pentadbiran penjajah tidak menyokong dan menggalakkan pendidikan bagi
etnik pendatang, termasuk kaum India,
Pemerintah Inggeris pada awalnya tidak berminat menyediakan pendidikan kepada
masyarakat India kerana pada tanggapan mereka, kehadiran masyarakat India di
Tanah Melayu adalah sementara sahaja. Dengan pembukaan Sekolah Penang Free
oleh Eferen Kuching dalam tahun 1816 di Pulau Pinang, satu ketetapan telah dibuat
untuk membina sebuah sekolah Tamil sebagai satu daripada sekolah cawangannya.
'Penang Free Schoo'l telah membuka kelas Tamil terawal pada tahun 1850. Pada
tahun yang sama, Sekolah Anggota di Melaka telah ditubuhkan dan merupakan
antara sekolah Tamil terawal yang dibuka.

Dasar ini juga telah dilanjutkan ke Negeri-negeri Selat yang lain. Pada tahun 1900,
terdapat satu perubahan pada dasar pemerintah, iaitu Bitis mengambil
tanggungjawab mendirikan bangunan sekolah-sekolah Tamil. Laporan Pendidikan di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1901) menyatakan bahawa pada tahun 1901
terdapat tiga buah sekolah vernakular kerajaan dan hanya satu daripadanya adalah
sekolah Tamil. Beberapa sekolah mula dibina di estet-estet di Province Wenisly dan
Johor Utara. Sekolah Tamil di vivekananta di Kuala Lumpur juga merupakan satu
daripada sekolah Tamil terawal dibina pada tahun 1914 dengan pelajar seramai 14
orang.
Laporan Pendidikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1905) telah menyatakan
bahawa terdapat 13 buah sekolah Tamil dan sembilan daripadanya adalah sekolah
untuk pelajar lelaki yang dibantu oleh kerajaan dan empat buah adalah sekolah
bantuan mubaligh.
Kanun Buruh (Labur Code) digubal pada tahun 1912 bermatlamat untuk membawa
perubahan dan perkembangan sekolah Tamil. Kanun ini diperkenalkan atas
permintaan kerajaan India yang mahukan anak-anak pekerja ladang diberi peluang
pendidikan. Walau bagaimanapun, Kanun Buruh ini hanya dapat dilaksanakan oleh
British pada tahun 1923. Menurut Kanun Ini, sesebuah ladang yang mempunyai
sepuluh kanak-kanak berusia antara 7 hingga 14 tahun dikehendaki menyediakan
sekolah dan seorang guru. Menurut Safan (1993), dengan undang-undang baru ini,
tanggungjawab terhadap pendidikan untuk kanak-kanak pekerja ladang telah
diserah kepada pemilik ladang. Penguatkuasaan Kanun ini juga telah menyebabkan
sekolah Tamil berkembang pesat.
Menjelang tahun 1930, terdapat empat jenis sekolah vernakular Tamil iaitu:
a) Sekolah Kerajaan;
b) Sekolah estet;
c) Sekolah persendirian yang ditubuhkan oleh masyarakat India; dan
d) Sekolah persendirian yang ditubuhkan oleh pendakwah Kristian.
Perkembangan pendidikan Tamil sehingga tahun 1938 mempunyai hubungan
dengan perkembangan perusahaan getah. Di setiap ladang getah yang dibuka,
sekolah juga disediakan untuk keperluan pendidikan kanak-kanak di ladang
tersebut.
Pada tahun 1938, terdapat 547 buah sekolah Tamil di Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Daripada jumlah tersebut, terdapat 13 buah
sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet (Sekolah Ladang Getah) dan 23
buah sekolah mubaligh. Dalam tahun 1947, terdapat 741 buah sekolah bantuan
Tamil. Laporan Pendidikan 1948 menyatakan terdapat pertambahan sekolah Tamil.
Sehingga akhir bulan September 1950, terdapat 881 buah sekolah yang beroperasi
dalam pelbagai dialek bahasa. Daripada jumlah tersebut, 821 buah sekolah
menggunakan bahasa Tamil, 27 buah sekolah gabungan bahasa Tamil dan Telegu,
11 buah sekolah Gujrat, 10 buah sekolah Telugu, lima buah sekolah Malayalam, dua

buah Hindi dan selebihnya iaitu empat buah gabungan Tamil dan Malayalam,
Sinhala, Gurkha dan Gujirat.
Selepas Perang Dunia Kedua, perkembangan politik serantau telah mengubah sikap
kaum pendatang di Tanah Melayu. Kebanyakan orang Cina dan India berhasrat
untuk terus bermastautin di Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan pemerintah
Inggeris mengkaji semula sistem pelajaran di Tanah Melayu dan pada tahun 1950
Laporan Barnes telah dihasilkan.
Walau bagaimanapun, kaum India yang tidak diberi peluang untuk mengemukakan
pandangan dalam hal ini telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji
pendidikan bagi kaum India di Tanah Melayu. Jawatankuasa ini mengesyorkan suatu
memorandum kepada kerajaan pada tahun 1951 dengan kerjasama Malaya India
Kongres (MIC). Antara lain, memorandum tersebut mencadangkan agar bahasa
ibunda (mengajar kepada pelajar-pelajar bukan Melayu sekurang-kurangnya pada
tiga tahun pertama pendidikan rendah dan pertuturan bahasa Melayu diperkenalkan
pada tahun ketiga persekolahan). Namun pihak British hanya mengambil kira
cadangan daripada Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dalam penggubalan
Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan tersebut menetapkan Sekolah Kebangsaan sebagai
corak sistem persekolahan dan bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa
ketiga apabila terdapat permintaan bagi pengajaran bahasa tersebut daripada ibu
bapa bagi 15 orang pelajar.
Sementara itu, sekolah vernakular Tamil dan Cina tidak diterima Sebagai
sebahagian daripada sistem Sekolah Kebangsaan. Laporan Razak (1956)
mencatatkan terdapat 35 buah sekolah Tamil kerajaan di bandar-bandar yang
terdapat pekerja kaum India. Daripada jumlah tersebut, terdapat 25 buah sekolah
bukan bantuan tidak akur dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebanyak
842 buah sekolah Tamil daripada sejumlah 902 adalah sekolah bantuan kerajaan
dan memperoleh bantuan guru, kelengkapan perabot, buku dan alat tulis.
Sekolah bantuan ini terbahagi kepada dua kategori:
a)Sekolah di bandar atau kampung baru di bawah Jawatankuasa Penduduk India
Tempatan; dan
b)Sekolah estet di bawah pengurusan pengurus-pengurus di ladang.
Dalam Ordinan Pelajaran 1957, langkah-langkah diambil untuk penukaran status
sekolah daripada sekolah rendah yang sedia wujud kepada Sekolah Kebangsaan
(aliran Melayu) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris, Cina dan Tamil). Tujuan
utama dalam penukaran ini adalah untuk memastikan semua sekolah mempunyai
guru yang mendapat latihan perguruan yang sama.
2.2 Pembangunan Sekolah
Penguatkuasaan Kanun Buruh menyebabkan pihak Inggeris terpaksa menghulurkan

bantuan untuk mendirikan sekolah vernakular Tamil di tempat yang difikirkan perlu.
Tugas pengurus ladang adalah menyediakan bangunan sekolah dan menanggung
perbelanjaan pengurusan sekolah secara keseluruhan.
Menurut Laporan Tahunan Pendidikan (1957), kerajaan Inggeris tidak berminat
dengan sekolah Tamil. Kesan daripada perkembangan ini, banyak daripada sekolah
ini berada dalam keadaan yang amat tidak memuaskan, sama ada dari segi
kemudahan fizikal atau kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Enrolmen Pelajar


Laporan Pendidikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1905), menyatakan bahawa
enrolmen pelajar di sekolah Tamil tidak memuaskan. Laporan Tahunan Pendidikan
1953 menyatakan bahawa kebanyakan murid menghadiri sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan di bandar-bandar. Pada tahun 1956, walaupun cadangan Laporan
Razak mengiktiraf secara rasmi Sekolah Rendah Tamil sebagai salah satu jenis
sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekolah ini, khususnya yang didirikan
di estet-estet, masih menghadapi masalah kekurangan murid kerana berlakunya
perpindahan penduduk dari estet ke bandar Fenomena ini telah menyebabkan
terdapat sekolah-sekolah Tamil yang ditutup. Perubahan pandangan dan minat
masyarakat India terhadap sekolah Tamil juga menjadi penyumbang kepada
penutupan sekolah itu. Masyarakat India menganggap pendidikan Tamil tidak
mempunyai nilai dan harapan cerah jika dibandingkan dengan Sekolah Kebangsaan
dan sekolah aliran Inggeris.
2.4 Tenaga Pengajar
Dari segi tenaga pengajar, gaji yang diberikan kepada guru adalah rendah dan
terdapat juga kerani ladang, penyelia, pembantu perubatan dan pekerja sendiri
yang ditugaskan untuk mengajar di sekolah-sekolah Tamil. Kerajaan Inggeris ketika
itu berharap supaya pihak pengurus estet dan mubaligh yang menguruskan hal
tersebut. Guru-guru di sekolah tersebut diberi latihan bagi memantapkan
kecekapan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun gaji guru-guru
serta kakitangan sekolah ini tetap rendah. Laporan Razak (1956) menyatakan
bahawa tenaga pengajar dari sekolah rendah yang akan mendapat latihan mengajar
perlu menamatkan sekurang-kurangnya tiga tahun pendidikan menengah.
Ordinan Pelajaran 1957 menetapkan supaya status sekolah ditukar daripada
sekolah rendah yang sedia wujud kepada Sekolah Kebangsaan bagi aliran Melayu
dan Sekolah Jenis Kebangsaan bagi aliran Inggeris, Cina dan Tamil. Penukaran ini
berasaskan supaya semua sekolah mempunyai guru yang mendapat latihan
perguruan yang sama. Justeru, program latihan guru diperluas pada tahun 1956.
2.5 Kurikulum

Pada peringkat awal, kurikulum yang digunakan di sekolah Tamil adalah lebih
menumpukan kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu. Pada tahun
1930, apabila seorang Pegawai Pelajaran dilantik sebagai nazir, kurikulum di
sekolah Tamil telah diperluas dan terdapat persamaan dengan kurikulum di sekolah
Melayu. Sukatan pelajaran bagi beberapa mata pelajaran telah dikemas kini dan
permainan serta aktiviti kokurikulum digalakkan.
Laporan Tahunan Pendidikan di Malaya (1948) menyatakan bahawa terdapat
sekolah Tamil yang menyediakan kursus dan pelajaran yang minimum untuk
menyelesaikan masalah murid buta huruf. Hanya terdapat beberapa buah sekolah
Tamil yang mempunyai kelas untuk Darjah 5 dan 6.
Selain daripada mencadangkan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah, Laporan Razak
(1956) memperkenalkan sukatan pelajaran umum untuk semua sekolah,
termasuklah sekolah Tamil. la merupakan satu keperluan yang penting dalam dasar
pendidikan di Tanah Melayu ketika itu. Pada tahun 1957, apabila meningkatnya
pertambahan pelajar di sekolah Tamil, kurikulum sekolah tersebut juga berkembang.
Beberapa mata pelajaran khas seperti Seni, Kraf tangan, Pendidikan Jasmani,
Pertanian dan Sains Rumah Tangga diperkenalkan. Walau bagaimanapun, terdapat
masalah kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar mata pelajaran tersebut.
2.6 Bahasa Pengantar
Sejak mula sekolah Tamil ditubuhkan pada tahun 1850, bahasa Tamil merupakan
bahasa pengantar. Walau bagaimanapun sehingga tahun 1923, perkembangan dan
penubuhan sekolah Tamil tidak maju disebabkan faktor bahasa. Pengajaran yang
dilakukan di sekolah Tamil tidak menggunakan satu bahasa perantaraan yang sama.
Pengajaran telah dikendalikan sama ada menggunakan bahasa Tamil, Malayalam,
Telegu, Punjabi atau Hindi. Masalah lain timbul selepas murid sekolah Tamil ini
menamatkan sekolah rendah.
Mereka tidak berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah menengah kerana
tidak terdapatnya sekolah menengah yang menggunakan bahasa Tamil. Justeru,
untuk meneruskan pelajaran, mereka perlu memasuki sekolah Inggeris yang
mengenakan bayaran yuran yang mahal.
2.7 Pengurusan Sekolah
Pada peringkat awal, pendidikan dalam bahasa Tamil untuk anak-anak pekerja
ladang disediakan oleh pihak pengurusan ladang dengan tujuan untuk mengekalkan
pekerjanya. Walaupun enrolmen pelajar di kebanyakan sekolah estet adalah kecil,
sekolah tidak pernah diabaikan. Pengurus ladang yang prihatin menaruh minat
dalam kegiatan sekolah dan terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan sukan.

2.8 Bantuan
Dari segi bantuan, pengurus ladang telah membuat permohonan (dan menerima
bantuan kerajaan untuk menubuhkan sekolah Tamil di kawasan ladang. Menurut
Kanun Buruh 1912, pengurus ladang menyediakan sekolah manakala kerajaan
Inggeris hanya memberikan sedikit peruntukan kewangan berdasarkan kepada
keputusan peperiksaan dan kehadiran murid di sekolah tersebut. Pada tahun 1953,
terdapat juga syarikat-syarikat yang menawarkan biasiswa kepada murid-murid dari
sekolah Tamil yang mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah
Inggeris.
Mengikut Dasar Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1954, murid di
sekolah rendah Melayu dan Tamil tidak dikenakan yuran. Walau bagaimanapun,
kerajaan telah membelanjakan hampir RM 100 setahun untuk pendidikan setiap
murid.

3 PERKEMBANGAN SJKT PASCAMERDEKA


3.1 Status Sekolah
Pada tahun 1960, terdapat 500 buah sekolah rendah kecil bukan bantuan penuh
(partially-aided) di luar bandar telah tidak memenuhi syarat bagi menerima bantuan
penuh disebabkan bangunannya yang sub-standard dan kekurangan guru yang
berkelayakan. Sekolah tersebut kebanyakannya adalah sekolah rakyat dan sekolah
Tamil di ladang dan di kampung baru. Sekolah ini telah dibenarkan beroperasi terus
dengan bukan bantuan penuh dan menyediakan kelas-kelas yang diperlukan serta
memberi latihan kepada staf dan tenaga pengajar. Selain itu, di sekolah Tamil juga
terdapat beberapa perubahan dan pelbagai aspek, termasuk sukatan pelajaran,
buku teks, guru dan bilangan pelajar.
3.2 Laporan
Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada
Akta Pendidikan 1961 telah menjamin kedudukan sekolah Tamil. Akta ini
membenarkan kewujudan dan perjalanan sekolah Tamil di Persekutuan Tanah
Melayu. Laporan Rahman Talib (1960) telah mengesyorkan supaya semua sekolah
rendah aliran Melayu, Cina dan Tamil diperbaiki keadaan dan kemudahan fizikalnya
serta dibekalkan guru terlatih yang sesuai. Justeru, penambahbaikan kemudahan
fizikal sekolah Tamil dilaksanakan secara beransur-ansur sejak tahun 1961.
3.3 Peruntukan Kewangan / Bantuan
Dalam tahun 1962, yuran sekolah dihapuskan dan pelajaran untuk sekolah rendah

adalah percuma untuk setiap murid. Walau bagaimanapun, sekolah bantuan


dibenarkan memungut yuran untuk perpustakaan, permainan dan seumpamanya.

3.4 Enrolmen Pelajar


Selepas kemerdekaan, enrolmen murid di sekolah Tamil menurun secara perlahanlahan. Lebih ramai keluarga India berhijrah ke kawasan bandar dan menghantar
anak ke sekolah aliran Inggeris. Menjelang tahun 1971, bilangan murid di sekolah
Tamil adalah seramai 77,192 orang dan enrolmen ini berkurangan menjadi 76,446
orang pada tahun 1978.
3.5 Tenaga Pengajar
Pada peringkat awal, sekolah rendah Tamil mengambil guru-guru dari negara India
yang telah dikategorikan sebagai Guru Bersijil. Latihan Tiga Tahun Hujung Minggu
telah diperkenalkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kelayakan
Minimum untuk menjadi guru Tamil atau Telegu pada peringkat awalnya ialah
berkelulusan Government Standard Five. Selepas itu, kelayakan minimum telah
ditingkatkan kepada Darjah Enam tamil seterusnya Darjah Tujuh atau Peperiksaan
Persediaan 1960. Guru-guru yang telah menamatkan latihan mereka digelar
guru-guru Bersijil" sementara yang gagal menamatkan latihan digelar "Guru-guru
Tidak Bersijil".
Pada tahun 1960, hasil kursus-kursus latihan yang dijalankan secara berpusat, sama
ada di pusat-pusat latihan harian atau maktab-maktab perguruan seluruh negara,
bilangan guru yang berkhidmat di sekolah Tamil bantuan penuh adalah seramai
2,233 orang. Laporan Statistik Pelajaran Malaysia 1938 - 1967 menunjukkan
terdapat seramai 3,008 orang guru dalam perkhidmatan di sekolah Tamil. Laporan
tersebut juga menyatakan bahawa pertambahan bilangan guru sekolah Tamil yang
amat kecil setiap tahun itu merupakan satu ciri yang ketara bagi bilangan guru
Sekolah Tamil. Untuk mengatasi masalah kekurangan guru sekolah Tamil, mulai
tahun 2000, Bahagian Pendidikan Guru melatih dan memberikan mereka kursuskursus tambahan yang mencukupi.
Antara kursus-kursusnya adalah seperti berikut:
a) Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) 3 tahun
b) KDPM Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) 3 tahun
c) Kursus Perguruan Lepasan jazbah (KPLI) 1 tahun
d) KPLI Mode LPBS 16 bulan
e) Program ijazah sarjana Muda Pendidikan (PISMP) 3 tahun
Selain itu, guru aliran Tamil juga ditambah melalui program Pensiswazahan,
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
3.6 Kurikulum

Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Am dan Jadual Waktu yang ditubuhkan pada tahun
1956 telah membentuk sukatan pelajaran yang sama kandungannya bagi semua
mata pelajaran dan semua aliran sekolah. Sukatan Pelajaran dan peraturan kursus
pengajian yang telah ditetapkan mula dikuatkuasakan di Tanah Melayu pada tahun
1957.
Dalam tahun 1960, Laporan Rahman Talib yang menyemak semula Laporan Razak
(1956) telah juga menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan
keadaan dan keperluan negara. Ini bermakna terdapat sukatan pelajaran yang
sama kandungannya dan peruntukan masa yang seragam bagi semua sekolah.
Sukatan Pelajaran dan peperiksaan yang sama dikuti oleh murid dari pelbagai aliran
bahasa pengantar membolehkan mereka mendapat pendidikan yang sama.
Langkah ini bertujuan untuk perpaduan murid yang berbilang kaum di negara ini di
samping mewujudkan keperibadian kebangsaan yang sama.
Kurikulum di sekolah Tamil pada awal kemerdekaan terdiri daripada mata pelajaran
Bacaan, Tulisan dan Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Ilmu Kesihatan, Latihan
Jasmani dan Ilmu Perkebunan. Penambahbaikan kurikulum ini telah dibuat pada
tahun 70-an dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Ilmu Hisab, Sains, Ilmu Alam, Tawarikh, Pendidikan
Jasmani, Pelajaran Kesihatan, Kajian Tempatan dan Tatarakyat. Apabila Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983, sekolah Tamil juga
menggunakan kurikulum tersebut.
3.7 Bahasa
Mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak tahun 1957, ibu bapa diberi peluang
untuk memilih aliran pengantar bagi anak mereka bermula di peringkat rendah.
Kerajaan berpendapat bahawa hasrat ibu bapa perlu dihormati dan dibenarkan
mereka memilih sekolah bahasa pengantar yang disukai hingga seseorang kanakkanak itu menamatkan persekolahan rendahnya.
Seksyen 2 Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan sistem pendidikan kebangsaan
pada peringkat rendah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di samping itu, Akta memperuntukkan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ialah sekolah rendah yang menggunakan bahasa
Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Akta Bahasa Kebangsaan 1970 yang memperuntukkan bahasa Melayu digunakan
dalam sistem pendidikan kebangsaan pada peringkat pendidikan rendah dan
pendidikan menengah tidak menghalang penggunaan Bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Subseksyen 17(1)Akta
Pendidikan 1996 memperuntukkan bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan kecuali Sekolah Jenis Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen

28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan daripada manamana subseksyen ini. Oleh itu, kedudukan bahasa Tamil di SJKT sebagai bahasa
pengantar terjamin.

4 ISU-ISU SEMASA BERHUBUNG SJKT


4.1 Infrastruktur Sekolah
Satu masalah yang dihadapi oleh SJKT ialah keadaan fizikal sekolah yang daif,
terutamanya di ladang-ladang. Dalam RMK9, KPM merancang projek pembangunan
termasuk bangunan tambahan, gantian dan ubahsuai naik taraf sebanyak 83 projek
bagi SJKT dengan kos sebanyak RM56.1 juta.
4.2 Peruntukan Kewangan
Antara isu yang sering ditimbulkan adalah berkaitan dengan ketidakadilan
pemberian bantuan kepada SJKT yang berstatus sekolah bantuan kerajaan (bantuan
modal). Isu ini timbul berikutan salah faham mengenai pemberian bantuan kepada
SJKT. Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan mengurus yang sama kepada
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan seperti guru dan kakitangan
sekolah, pinjaman buku teks dan geran per kapita (PCG). Manakala bantuan
pembangunan diberikan kepada sekolah bantuan kerajaan berdasarkan
permohonan yang dikemukakan.
Jumlah peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada SJKT bagi tempoh 20012006 adalah sebanyak RM 21 juta seperti berikut :
Jadual 4 :
Senarai Perbelanjaan Pembangunan SJKT Bagi Tempoh 2001-2006
Sumber : BPPDP, KPM, 2007

4.3 Tenaga Pengajar


Kekurangan guru terlatih juga merupakan satu lagi masalah yang dihadapi oleh SJKT
kerana kekurangan calon yang layak untuk mengikuti kursus perguruan pengajian
Tamil. Selain itu, terdapat sebilangan guru bahasa Tamil yang turut terlibat dalam
pengisian jawatan baru atau hakiki di luar jawatan mengajar seperti Guru
Bimbingan, Penolong Kanan dan Guru Besar, termasuklah di sekolah kurang murid
menyebabkan mereka tidak mengajar mata pelajaran tersebut.

Sehingga 30 Jun 2007, jumlah kekurangan guru di SJKT adalah seramai 178 orang.
Program latihan bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) seperti Kursus Dalam Cuti
(KDC) dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan guru di SJKT. Samping itu, Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) dilaksanakan bagi melatih bakal guru
Pengajian Bahasa Tamil di institut perguruan. Syarat pengambilan calon bagi
mengikuti kursus Pengajian Bahasa Tamil di institut perguruan turut dilonggarkan.
Antara langkah yang diambil oleh KPM bagi mengatasi kekurangan guru di SJKT
adalah seperti berikut:
a. mendapatkan khidmat guru kontrak;
b. menggunakan khidmat GSTT;
c. memberi kursus 'refresher' kepada guru-guru yang telah bersara;
d. melaksanakan Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP); dan
e. menganjurkan kursus-kursus perguruan.
4.4 Pencapaian Pelajar
Bagi isu berhubung bilangan dan peratusan sekolah-sekolah Tamil yang mencapai
sifar peratus (0%) dalam UPSR bagi tahun 1999, data KPM menunjukkan bahawa
bilangan SJKT yang berprestasi rendah adalah 80 buah (15.4%) daripada 512 buah
SJKT di seluruh negara. Antara langkah yang diambil oleh KPM untuk meningkatkan
prestasi SJKT adalah menempatkan guru-guru terlatih. Selain itu, sesi-sesi
kaunseling dan program motivasi diadakan dari semasa ke semasa untuk
menyemai kesedaran dan kepentingan pelajaran di kalangan murid-murid. Pihak
sekolah juga mengadakan kelas pemulihan dan kelas tambahan bagi mengatasi
kelemahan murid.

5 KESIMPULAN
Perkembangan pendidikan Tamil yang pada awalnya bercorakkan Sistem Tinnai Palli
melalui banyak perubahan sehingga hari ini. Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak
tahun 1961 mengakibatkan Sekolah Tamil mengikut arus perkembangan sejajar
dengan sekolah-sekolah aliran Melayu, Cina dan Inggeris melalui keseragaman
kurikulum dan peperiksaan. Perkara ini telah mempertingkatkan kemampuan daya
saing sekolah Tamil. Walau bagaimanapun beberapa cabaran perlu dihadapi. Antara
cabaran yang wujud berpunca dari tanggapan masyarakat India sendiri bahawa
pendidikan Tamil kurang menarik berbanding sekolah Kebangsaan atau Sekolah
Jenis Kebangsaan Inggeris. Sekolah Tamil juga menghadapi masalah kekurangan
guru terlatih. Di samping itu, masalah infrastruktur sekolah masih wujud. Kerajaan
Malaysia melalui Kementerian Pelajaran berusaha gigih untuk memperbaiki sekolahsekolah Tamil dengan menyediakan pelbagai bantuan dan peruntukan. Sekolah
Tamil memainkan peranan penting dalam mendidik generasi yang dinamik dan
cintakan akan negara sambil berpegang teguh kepada kebudayaan dan nilai-nilai
murni ketimuran.

Sumber : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,


Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-Pendidikan-Di-Malaysia
Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagianbesar kaum
keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,sekolah Tamil juga didirikan
dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri.Pihak Kerajaan atau majikan ladang
getah tidak memberi bantuan sama adadari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh
itu sekolah - sekolah Tamilyang didirikan di ladang - ladang getah
menghadapi beberapa kekurangandari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar
dan pedagogi. Sekolahini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc
iaitu sebahagian besarpelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undangundang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitumajikan ladang
getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerjamereka. Mubaligh kristian
juga banyak memberi sumbangan kepadaperkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum
di sekolah-sekolah Tamil inidisesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan
guru serta buku-buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya
menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan
menuliskarangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum
perangdunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telahdimulakan

untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil jugaterhad di peringkat


rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadapperkembangan
pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurangpendidikan di antara tiga
kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,danIndia.