Anda di halaman 1dari 3

SAHABAT MULIA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Terima kasih peneraju agenda, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.
Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk bercerita tentang Sahabat Mulia.

Pada suatu masa dahulu, di dalam sebuah hutan tinggal seekor anak rusa
yang bernama Nani. Nani suka berjalan-jalan di dalam hutan sambil melihat suasana
aman di dalam hutan.

Sedang ia berjalan-jalan, tiba-tiba ia terdengar suara tangisan. Rusa Nani


terkejut dan terus pergi ke tempat bunyi suara tangisan itu.

Tahukah kawan-kawan, apa yang Rusa Nani jumpa?


Ya, kawan-kawan, Rusa Nani telah ternampak seekor ulat sedang menangis
di atas sehelai daun. Rusa Nani berasa kehairanan lalu bertanya kepada Si Ulat
mengapa ia menangis.
Si Ulat menceritakan bahawa ia telah pergi bersiar-siar kerana ingin mencari
kawan. Si Ulat menyatakan, ia telah berjumpa Sang Semut tetapi Sang Semut tidak
mahu berkawan dengannya malah telah mengejeknya pula.

Si Ulat menceritakan Sang Belalang dan Sang Arnab juga tidak mahu berkawan
dengannya kerana rupa paras Si Ulat yang hodoh. Si Ulat berasa sangat sedih dan
menangis.

Rusa Nani memujuk Si Ulat. Rusa Nani berjanji akan berkawan dan bermain
bersama-sama Si Ulat. Si Ulat berasa sangat gembira kerana Rusa Nani mahu
berkawan dengannya. Mereka bermain dengan gembira sehingga ke petang.
Apabila hari hampir malam, Rusa Nani meminta izin untuk pulang. Sebelum
berpisah, mereka berjanji akan berjumpa semula selepas seminggu.

Ya, kawan-kawan.. Seminggu kemudian Rusa Nani datang ke tempat yang


telah dijanjikan untuk berkawan dan bermain bersama-sama dengan Si Ulat. Puas
Rusa Nani mencari Si Ulat tapi Si Ulat tiada. Rusa Nani memanggil-manggil nama Si
Ulat.
Tiba-tiba, Rusa Nani ditegur oleh seekor rama-rama yang sangat cantik
Rusa Nani berasa kehairanan kerana Rusa Nani tidak mengenali rama-rama
tersebut.
Setelah Rusa Nani mengamati rama-rama itu, ia telah terperanjat. Ruparupanya, rama-rama tesebut adalah Si Ulat rakannya dahulu. Rusa Nani bertanya
kepada Si Rama-rama bagaimana ia boleh berubah dari ulat kepada rama-rama. Si
Rama-rama menceritakan bagaimana ia boleh bertukar dari ulat kepada rama-rama.
Rusa nani berasa sangat kagum dengan kecantikan Si Rama-rama. Rusa
Nani memuji kecantikan Si Rama-rama dengan perasaan gembira.

Tiba-tiba, muncul Sang Semut, Sang Belalang dan Sang Arnab. Mereka terkejut
melihat rupa paras Si Rama-rama yang sangat cantik. Mereka berasa malu kerana
rupa paras Si Rama-rama lebih cantik daripada mereka.

Sang Semut, Sang Belalang dan Sang Arnab meminta maaf daripada Si Ramarama kerana mereka telah mengejeknya dahulu. Mereka juga ingin berkawan dan
bermain-main bersama-sama Si Rama-rama. Si Rama-rama telah memaafkan Sang
Semut, Sang Belalang dan Sang Arnab. Mereka gembira bermain bersama
Rusa Nani memberi nasihat kepada rakan-rakannya Kita hendaklah
berkawan bukan kerana paras rupa tetapi dari hati budi yang ikhlas. Mereka gembira
bermain bersama-sama.

Begitulah kawan-kawan..
Kita hendaklah berkawan dengan semua orang tanpa memilih paras rupa yang
cantik. Mengejek kawan-kawan adalah suatu perbuatan dan sikap yang tidak baik.
Kita patut bersyukur dan menghargai dengan apa yang kita ada.
Para hadirin sekalian,
Renung-renunglah pantun ini :
Bawa pisang di dalam guni,
Singgah sebentar di Tebing Pekan,
Contohilah sikap Si Rusa Nani,
Hati mulia penuh kebaikan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai