Anda di halaman 1dari 4

Aku sebuah komputer

Aku sebuah komputer. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer


di ibu kota. Selepas siap diproses, aku dihantar ke sebuah kedai
komputer.
Setibanya aku di kedai komputer, aku dipamerkan bersama
kawan-kawanku yang lain. Hatiku begitu riang kerana aku tidak lagi
keseorangan. Sehari selepas dipamerkan, seorang lelaki telah
membeliku. Sejak itu, aku mempunyai tuan baharu. Hidupku juga
bertukar menjadi sibuk.
Setiap pagi, tuanku akan mengejutkan aku daripada tidur.
Tuanku akan menekan butang-butang di badanku. Dengan sertamerta, pelbagai maklumat penting tertera pada skrin mukaku. Tuanku
amat menyayangi aku. Tuanku menggunakan aku untuk menaip dan
menyimpan pelbagai maklumat.
Kadangkala, aku ternampak tuanku bercakap dan ketawa di
depanku. Pada waktu itu, aku mula menyedari bahawa terdapat
gambar manusia lain yang boleh bergerak-gerak di mukaku. Ruparupanya, mereka sedang berkomunikasi.
Selain itu, tuanku juga selalu memasukkan cakera padat ke
dalam badanku. Dengan segera, aku akan mendendangkan lagu
kesukaan tuanku di samping menyiarkan gambar yang menarik
perhatiannya.
Walaupun aku amat letih, namun aku tetap berbangga kerana
dapat berjasa kepada tuanku. Begitulah riwayat hidup aku sebagai
sebuah komputer.

Aku sepasang kasut


Nama saya ialah Puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya
dan tapak saya diperbuat daripada getah. Saya berasal dari sebuah
kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai.
Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di
Parit Buntar. Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya
yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat.
Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai
tersebut. Dia berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu
membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah.
Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak
lopak air jika memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya
akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya.
Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia
berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur. Tapak saya
mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.
Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang
kasut baru. Saya berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan
saya di dalam stor. Tinggallah saya dalam kegelapan dan kesepian.

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang


proton di Shah Alam. Tubuh badanku direka khas untuk memenuhi
cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses menjadi sebuah
kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran
kereta.
Sempena pelancaran kereta baru ini, aku dan rakan-rakan telah
mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung. Mereka
memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengunjung yang datang ke
majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan
kami.
Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah
habis ditempah oleh para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali
telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi perkhidmatan yang
terbaik buat tuanku.
Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga
dengan reka bentuk aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain
ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas
dikilatkan, aku menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku
semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.
Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa
pergi ke sekolah. Dia memanduku dengan laju sekali. Malang tidak
berbau aku telah terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah
lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja
sedih akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.

Aku sebuah buku rujukan. Aku diperbuat daripada kertas. Aku


dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Di sana,
aku menemui banyak rakan. Setelah beberapa lama dilahirkan, aku
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu aku dimasukkan ke
dalam sebuah van.
Aku dibawa ke segenap ceruk rantau Malaysia. Tidak lama
kemudian, aku dibawa ke sebuah kedai buku. Di sana, aku menemui
rakanku semula. Aku disusun rapi di atas sebuah rak buku di kedai
buku itu.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan datang ke kedai
buku itu. Dia melihat aku dari pintu kedai itu lalu mendekati aku. Dia
membelek-belek tubuhku. Begitu juga dengan rakan-rakanku.
Akhirnya,dia membeli aku. Aku diletakkan di dalam plastik dan
dibawa pulang.
Sampai sahaja di rumah, tuanku terus membalut kulitku
menggunakan pembalut buku. Kemudian, dia membacaku. Aku pun
menunjukkan kebolehanku dengan memberinya pengetahuan yang
dalam. Dia benar-benar berpuas hati setelah membacaku.
Pada keesokan harinya, aku dibawa ke sekolah tuanku. Aku
ditunjukkan kepada rakan-rakannya. Dia berasa sangat bertuah
kerana memilikku. Aku selalu digunakan oleh tuanku untuk membuat
rujukan.
Semakin lama khidmatku tidak perlukan lagi kerana tuanku
sudah mempunyai komputer. Di dalam komputer itu pula mengandungi
internet yang memberi banyak maklumat terhadap tuanku. Aku sudah
tidak diperlukan lagi oleh tuanku. Aku diletakkan di dalam sebuah
almari buku dan tuanku tidak membacaku lagi.

Anda mungkin juga menyukai