Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS.

KERTAS KERJA
PENGANJURAN AMALI PERMAINAN TRADISIONAL
(PERMAINAN KABADDI)
PJM3123
(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
SUKAN)

TARIKH:
7 MAC 2015

TEMPAT:
ASTAKA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

MASA:
8.00 PAGI 1.00 PETANG

ANJURAN:
GURU PELATIH PENDIDIKAN JASMANI
PISMP SEMESTER 5

1.0

BUTIRAN PROJEK
Nama projek
Pengajur
Tarikh
Masa
Tempat
Penyertaan

:
:
:
:
:
:

Karnival Permainan Tradisional


PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5
7 Mac 2015
8.00 Pagi 1.00 Petang
Astaka, IPG Kampus Perlis
Guru Pelatih PPISMP Pendidikan Jasmani
Semester 2 & PISMP Pendidikan Jasmani dan
TESL Semester 3

2.0 PENGENALAN
Permainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman nenek
moyang kita. Namun setelah arus pemodenan mengubah zaman,
permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi
muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden
dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan
bersifat kekampungan. Di dalam Negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum ini, banyak permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek
moyang kita. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga,
serak lidi, ketinting, galah panjang, kabadi dan sebagainya. Walau
bagaimanapun,permainan-permainan ini semakin dilupakan oleh generasi
muda terutamanya yang tinggal di bandar.
Dalam usaha untuk memartabatkan semula permainan tradisional yang
menjadi warisan nenek moyang kita kepada generasi muda. Sebagai
selaku bakal pendidik, wajar untuk kami mengetahui dan berusaha untuk
mengekalkan warisan ini supaya tidak reput dek hujan, tidak lekang dek
panas dan memperkenalkan kepada anak didik khususnya generasi muda
akan permainan tradisional ini. Maka, karnival ini dijadikan batu loncatan
kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam
permainan-permainan tradisional di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini
dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab,
memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum, dan melahirkan
generasi yang aktif.
3.0 RASIONAL PERTANDINGAN

3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib


yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2013.
3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan,
pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan
dan pengelolaan sesuatu pertandingan.
3.3 Selain itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolong-menolong,
toleransi dan perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli
jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.
3.5 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam
meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang
keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang
mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu
menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui
aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang
memerlukan persediaan fizikal dan mental.
3.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk
menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang
menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia
sejak sekian lamanya.
4.0

MATLAMAT
Permainan

tradisional

Kabaddi

ini

diwujudkan

adalah

untuk

memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3123 Pengurusan Dan


Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Permainan ini dapat
meningkatkan

kemahiran

pergerakan

asas

individu.

Selain

itu,

permainan ini dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan


efektif individu. Permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan
tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang
merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani,


emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
5.0 OBJEKTIF
Permainan tradisional diadakan di sekolah bertujuan untuk
membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh
menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif
terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.
5.1

Bidang Psikomotor

Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-

kurangnya satu permainan tradisional kategori serangan.


Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf, kelajuan, imbangan,

kelenturan dan daya tahan secara maksimum.


Dapat mengadakan permainan tradisional yang bersesuaian

dengan tahap kecerdasan pelbagai pelajar.


Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang

dipelajari.
Dapat mempertingkatkan dan mengaplikasi pemahaman
terhadap

tahap

kecergasan

seperti

kepantasan,

ketangkasan dan kekuatan.


5.2 Bidang Kognitif

Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang

bermutu.
Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah
permainan serta peraturan permainan dengan jelas dan

teratur.
Dapat membanding perbezaan permainan tradisional yang

dilakukan dengan permainan kecil.


Dapat mengadakan satu set permainan tradisional yang
menarik dan mencabar.

5.3 Bidang Efektif

Dapat memupuk sikap berkerjasama antara ahli kumpulan

dalam permainan.
Dapat belajar cara untuk membahagikan tugasan bagi

memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya.


Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat
kesukanan,

semangat

berkerjasama,

kebolehan

menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam

diri pelajar.
Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap
tugasan yang diberi.

6.0

TARIKH, WAKTU DAN LOKASI


Tarikh
Waktu
Lokasi

7.0

:
:
:

7 Mac 2015
8.00 pagi 1.00 petang
Astaka, IPG Kampus Perlis

PENYERTAAN
Kumpulan sasaran bagi penyertaan karnival ini seperti berikut :

8.0

Guru Pelatih PPISMP Pendidikan Jasmani Semester 2

Guru Pelatih PISMP Pendidikan Jasmani dan TESL Semester 3

JAWATANKUASA INDUK PERMAINAN TRADISONAL


* Rujuk LAMPIRAN 1

9.0

ATURCARA/TENTATIF PROGRAM
*Rujuk LAMPIRAN 2

10.0

PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI


10.1 Sejarah Permainan
Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang
berasal dari Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi
bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari

permainan tersebut. Permainan Kabaddi juga dikenali dengan nama


Hadudu dikalangan orang Bangladesh.
Pada awalnya Kabaddi dimainkan oleh penduduk yang tinggal di
desa-desa India, ia merupakan permainan rakyat jelata. Permainan
kabaddi ini memainkan peranan yang penting sebagai alat perpaduan
antara

rakyat.

Kabaddi

merupakan

suatu

permainan

yang

diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askar-askar


India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan
satu sukan team contact yang bermula di Tamil Nadu, India.
Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula
berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Kabaddi juga
merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.
Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa pada tahun 1936 di
Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman Vyayam
Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra. Pada tahun 1938 pula,
Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta.
Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing,
1990. Pencapaian India cemerlang dengan mencapai pingat emas
dalam Sukan Asia 2006 di Doha. Pada tahun 2010 pula, Kabaddi telah
menjadi sukan demonstrasi di Sukan Komanwel di New Delhi.

10.2 Tapak

Gambar rajah 1.0: Pelan tapak permainan Kabaddi


10.3 Pegawai
Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan Kabaddi,
seorang referee, dua orang hakim, dua penjaga garisan, seorang
menjaga masa dan seorang pencatat markah.
- Senarai nama pegawai sila rujuk Lampiran 4.
10.4 Pemain
Lima orang dalam satu kumpulan. Permainan ini dimainkan secara
berkumpulan.
- Senarai nama peserta sila rujuk Lampiran 5

10.5 Tempoh Masa Permainan


Durasi permainan adalah selama 14 minit untuk dua sesi dengan
tambahan 3 minit untuk pertukaran dua sesi tersebut.
10.6 Peraturan Pertandingan
a) Penyerang akan berusaha untuk menyentuh/menjatuhkan ahli pasukan
lawan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.
b) Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana
bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang
semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara
automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan
itu berlaku atas struggle.
c) Pasukan yang menang ditentukan menggunakan kaedah best-of-three
di mana pasukan tersebut dikehendaki mengeluarkan semua pemain
dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan dua kali
berturut-turut.
d) Sebarang perubahan peraturan pertandingan tertakluk kepada pihak
penganjur mengikut keadaan semasa.

10.7 Syarat Pertandingan


a) Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain.
b) Semua peserta hendaklah mempunyai tubuh badan yang sihat dan
tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
c) Seorang pemain hanya boleh mewakili 1 pasukan sahaja.
d) Semua pemain mestilah memakai pakaian yang sesuai.
e) Permainan dijalankan menggunakan sistem kalah mati. Keputusan
pengadil adalah muktamad.

10.8 Cara-cara Bermain:


a) Pasukan penyerang akan menghantar seorang
akan memasuki kawasan pihak lawan.
b) Penyerang tersebut akan berusaha
menjatuhkan

mana-mana

pemain

penyerang

untuk menyentuh
dari

pasukan

yang
atau
pihak

lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut


perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu
dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut
kabaddi secara berterusan.
c) Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana
pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut
akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya
akan kembali semula ke gelanggangnya.
d) Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang
pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya
daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika
penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali,
beliau juga turut terkeluar.
e) Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak
lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

11.0

JADUAL PERTANDINGAN

- LELAKI
BIL

KUMPULAN

MASA

KEPUTUSA
N

1.

Kumpulan A

2.

A1 vs A2
Kumpulan B

9.00 - 9.17 pagi

B1 vs B2
3.

10.00 -10.17 pagi


REHAT
Johan kumpulan A vs Johan
kumpulan B

11.30 11.47 pagi

- PEREMPUAN
BIL

KUMPULAN

MASA

KEPUTUSA
N

1.

Kumpulan X

2.

X1 vs X2
Kumpulan Y

9.30 - 9.47 pagi

Y1 vs Y2
3.

10.30 -10.47 pagi


REHAT
Johan kumpulan X vs Johan
kumpulan Y

12.0

12.00 12.17 t. hari

ANGGARAN KEWANGAN
*Rujuk Lampiran 3

13.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN


Dipinjam dari IPG Kampus Perlis

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
14.0

PERKARA
Portable microphone
Healer
Extension Cable
Speaker
Papan Markah
Pen marker
Pen (urusetia)
Kertas A4

KUANTITI
1
1
1
1
1
3
3
1

PENUTUP
Dengan terlaksananya Karnival Permainan Tradisional yang
dianjurkan oleh pelajar PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013
diharapkan pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan
muhibbah di kalangan pelajar-pelajar. Selain itu pelajar juga dapat
mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus
dapat mencapai objektif pendidikan jasmani dalam mencapai kesan
yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial
(JERIS).
Akhir sekali, diharap agar Karnival Permainan Tradisional ini
akan mendapat penyertaan yang menyeluruh daripada para pelajar
dalam usaha mengangkat martabat khazanah warisan kesenian

negara disamping penerapan nilai-nilai murni kepada para peserta.


Semoga penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan dengan lancar
dan menjadi acara tahunan yang sangat menarik.
Disediakan oleh,

( VINCENT KUA WEI SYN )


Guru Pelatih,
PISMP PISMP PJ/BC/PK SEMESTER 5 ,
IPG Kampus Perlis.

Disediakan oleh,

( WONG HUANG SOON )


Guru Pelatih,
PISMP PISMP PJ/BC/PK SEMESTER 5 ,
IPG Kampus Perlis.
LAMPIRAN 1
SENARAI JAWATANKUASA KERJA
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI
PENGERUSI

WONG HUANG SOON

NAIB PENGERUSI

LEE PHUI LING

SETIAUSAHA

LEE YAN SIANG

BENDAHARI

WONG SOON HENG

AHLI JAWATANKUSA
BIRO AKTIVITI,

: HEW CHOO YEE

PERHUBUNGAN,

CHIAM SHIN YING

PENDAFTARAN &

HWAN CHING YING

PERTANDINGAN

WONG SIEW SIEW


TEE FUI SUN

BIRO PERALATAN , PERSIAPAN


TEMPAT & KESELAMATAN
BIRO HADIAH &
BUKU PROGRAM
BIRO DOKUMENTASI &
SIARAYA
BIRO PUBLISITI

: ANNY TAN SIEW UNG


HAN MING HUI
: WONG SIEW JIUN
LOW JIA YAN
: LIM XIN RU
CHOO WAN HWA
: WONG SOON HENG
LEE PHUI LING

BIRO KESELAMATAN & MAKANAN

: SHARON LAI SIN YEE

BIRO PROTOKOL

: VINCENT KUA WEI SYN

LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI

Tarikh/ Hari

07/03/2016
(SABTU)

Masa
8.00 Pagi
8.30 Pagi
9.00 Pagi

Aktiviti
Pendaftaran peserta
Senamrobik
Permulaan pertandingan permainan

11.00 Pagi
11.30 Pagi

tradisional Kabaddi
Rehat
Meneruskan pertandingan tradisional

12.30 Tengah
Hari
1.00 Petang

Kabaddi
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
Bersurai

LAMPIRAN 3
ANGGARAN PERBELANJAAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI
BUTIRAN

ANGGARAN KOS

Alatan

RM3.00/sebungkus

1.Tepung gandum

Bilangan tepung 2 bungkus


=RM3.00 x 2

=RM6.00
2.Tali Rapia

RM 5/segulung
Bilangan tali rapia 2 gulung
=RM5.00 x 2
=RM10.00

Minuman

RM1.00 /seorang peserta

1.Minuman pemain

Bilangan peserta 40 orang


=RM1.00 x 40 orang
=RM40.00

Hadiah

RM20.00/sehamper
Bilangan Hamper 2 bungkus
=RM20.00 x 2 bungkus
=RM 40
RM 96.00

Jumlah Perbelanjaan

LAMPIRAN 4
SENARAI NAMA PEGAWAI

No
1
2
3
4
5
6

Nama
ANNY TANG SIEW UNG
CHOO WAN HWA
CHIAM SHIN YING
HEW CHOO YEE
VINCENT KUA WEI SYN
WONG SIEW JIUN

Jantina

No. K/P

Kelas

P
P
P
P
L
P

931210-13-5700
930409-08-5750
930112-13-6318
910808-08-5004
930925-13-5259
920529-13-5602

PJ(C)
PJ(C)
PJ(C)
PJ(C)
PJ(C)
PJ(C)

No. Telefon
Bimbit
017-8025801
0165602758
016-5846318
016-5157319
014-6821544
016-5220536

SENARAI NAMA PESERTA

LAMPIRAN 5

Anda mungkin juga menyukai