Anda di halaman 1dari 41

PERANAN DAN KEPENTINGAN

Seni Dalam Pendidikan

PERANAN DAN KEPENTINGAN


SENI KEPADA MANUSIA

Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian. Ia timbul


kerana manusia selalu ingin yang indah, dengan jalan
menciptakan benda-benda yang indah.

Keindahan selalu menimbulkan kebahagiaan dan manusia ingin


bahagia.

SENI, adalah manifestasi keindahan manusia yang diungkapkan


melalui penciptaan suatu karya seni. Seni lahir bersama dengan
kelahiran manusia.

Dari zaman ais sampai kini ternyata gejala seni itu sudah ada,
sehingga lahirlah pendapat yang menyatakan, art is as old as
mankind (seni berumur setua manusia).

Seni mempunyai banyak makna, termasuk kemampuan


mentafsir, memproses dan menghasilkan.

Sejak zaman pra sejarah manusia sudah mengenal kesenian


mendahului lain-lain bentuk kebudayaan

Dapat di lihat pada lukisan, topeng dan patung-patung primitif,


dongeng-dongeng yang tak tertulis dalam lingkungan suku
bangsa yang hidupnya masih sederhana dan sebagainya.

Dimana ada kesenian di situ ada manusia :

Kesenian Sebagai Pembentuk Peradaban Manusia


Kesenian Sebagai Keperluan hidup
Kesenian untuk Kebahagian Manusia

Seni masih sukar untuk diberikan pengertian dalam beberapa


kalimat.Peranan seni dalam kehidupan manusia dari zaman ke
zaman sentiasa mengalami perubahan.

Kebudayaan manusia berganti dan selera perseorangan serta


zaman selalu berubah.

Seni berkait rapat dengan kehidupan

SENI SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI


Seni tampak mempunyai simbol-simbolnya yang
tersendiri yang perlu dikuasai. Sebelum manusia
menggunakan huruf, lukisan adalah merupakan
alat utama untuk berkomunikasi. Menerusi seni
fakta-fakta keagungan kerajaan zaman silam
terus dapat dikekalkan, walaupun ia telah ratusan
abad berlalu. Kita juga dapat mengetahui
keadaan masyarakat di zaman batu dahulu
menerusi lukisan-lukisan gua mereka seperti
yang terdapat di gua Niah, Sarawak.

Sehingga kini, pengiklan-pengiklan kontemporari


menggunakan warna, bentuk, rupa dan imej
tampak untuk mempeengaruhi pengguna
terhadap barang-barang keluaran mereka.
Bahasa seni juga jelas terdapat pada bungkusan
barang-barang di pasar raya di sekitar kawasan
kediaman kita, poster-poster dan iklan sering
terdapat di dalam majalah, akhbar dan di dalam
televisyen serta banyak lagi bidang-bidang
komersial yang menggunakan unsur seni untuk
tarikan pengguna. seni kini menjadi sebahagian
daripada kehidupan harian.

Seperti contoh, dalam proses komunikasi nonverbal yang menggunkan bahasa tampak.
Dapat kita lihat pada masjid Sultan Salehuddin di
Shah Alam, apabila kita berada betul-betul di
tengah-tengah masjid itu serta memandang ke
langit-langitnya, barulah dapat kita rasakan
betapa hebat dan indahnya reka bentuk yang
telah di cipta oleh Dato Baharuddin, arkitek
tempatan yang terkenal. Kehebatan itu tidak
akan dapat dirasai jika hanya diberitahu secara
lisan atau melalui tulisan.

Seni Untuk Kefahaman Dan Perkembangan


Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan tentang kesenian, samada kesenian
semasa atau yang silam adalah berperanan bagi
mengembangkan kefahaman dan pengetahuan
seseorang. Banyak malumat seni yang boleh kita
dapati apabila kita berhadapan dengan sesebuah
karya seni. Maklumat-maklumat itu sememangnya
tidak mampu didapati daripada media-media
komunikasi yang lain.
Pengalaman seni itu mendorong seseorang membuat
renungan terhadap idea-idea, perasaan, pengamatan
seterusnya mendorong seseorang memahami dirinya
sejauh mana yang ia tahu dan faham. Juga dapat
meneliti dan memahami alam persekitaran di
sekeliling.

Seni Untuk Ekspresi


Menerusi pernyataan seni akan memberi peluang
seseorang itu menyatakan idea-ideanya, perasaannnya
dan pengamatannya. Untuk tujuan ini ini mereka
memerlukan suatu bentuk pengenalan tentang apa
yang dilukis, diukir, dibina atau yang dibentuk.
Seperti contoh, apabila kita melihat sehelai kain batik,
secara amnya ramai akan menyatakan tentang
sehelaikain yang cantik dan boleh dijadikan pakaian
baru. Tetapi bagi mereka yang lebih peka dan
mempunyai pengetahuan tentang bentuk pengenalan
sesebuah hasil seni mereka akan terus bertanya
berkaitan dengan kehalusan seni batik itu, dan
keharmonian rekaannya.

Seni Untuk Diwarisi (kenal diri)


masyarakat khususnya para remaja akan
mendapat manfaat juga apabila mempelajari
berkaitan sejarah seni. Pelbagai gaya, simbol,
konsep, pengamatan dan perasaan yang
berbeza-beza yang menggambarkan kebudayaan
masyarakat sesuatu era, atau zaman yang
berkenaan. Generasi muda juga akan dapat lebih
mengenali siapakah diri mereka sebenarnya bila
dikaitkan dengan sejarah dan asal-usul
peninggalan khazanah seni masyarakat turuntemurun.

SENI SEBAGAI KREATIVITI

Kreativiti adalah satu potensi yang wujud


dalam diri setiap individu.
Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996)
telah mendapat respons tentang maksud
kreativiti.
Kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses
separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi
kreatif tetapi tidak semua orang kreatif
Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan
dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat
sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk
mencari kepuasan dalam membuat atau
menghasilkan sesuatu dan memerlukan
ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

4) kreativiti sebagai hasil PEMIKIRAN


Hasil sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun hasil maujud
merupakan suatu bentuk kreatif yang telah melalui proses
pemikiran, penjanaan dan penghasilan.
Kanak-kanak terlalu sedikit yang mempunyai potensi hasil kerana
mereka cepat bosan, namun jika digalakkan dan dimotivasikan,
akan menjadi hasil yang mereka banggai.
5) Kreativiti sebagai kemahiran
mereka yang mempunyai kreativiti kemahiran biasanya
mempunyai potensi bakat. Namun jika kemahiran ini tidak diasuh
dan digunakan ianya kan pudar.
6) Kreativiti sebagai tret/TRAIT personaliti(INTRINSIK)
Ia sebagai bentuk personaliti seseorang yang terdapat di dalam
dirinya.
Berdasarkan berbagai definisi yang telah diberikan, dapat
disimpulkan bahawa kreativiti seseorang itu membezakan dirinya
dengan orang lain kerana keupayaan melihat peluang yang sama
dengan pendekatan yang berbeza. Sesuatu masalah itu boleh
ditukar kepada satu peluang yang menguntungkan bagi dirinya
dengan menggunakan pemikiran kreatifnya (Habibah & Noran
2002).

Terdapat 4 ciri seni kreatif yang diamalkan


oleh seniman dalam menghasilkan kerjakerja seni dan nilai-nilai ini digunakan
dalam penghasilan karya mereka.
Menghasilkan karya lebih baik malahan lebih sempurna
dari sebelumnya.
Cuba menerokai sesuatu yang asli berkaitan dengan
symbol-simbol imaginatif, bentuk, rupa, bentuk, rupa
bentuk, warna-warna, untuk meluahkan idea-idea, atau
hasil daripada pengamatan dan persaan.
Cuba menyelesaikan masalah baru atau mencari
jawapan baru kepada masalah lama.
Menonjolkan ciri-ciri individu dengan keunikannya
dalam karya mereka.

Dalam proses berkreatif:

seseorang individu perlulah berfikir


pandai membuat telahan atau andaian
membuat pemilihan yang tepat dan berani.

kesemua ini memerlukan nilai-nilai keyakinan diri,


berani menghadapi kemungkinan dan mampu
menghadapi risiko yang tinggi.
Tidak memerlukan model untuk diikut sebagai contoh
Tidak mementingkan jawapan benar atau salah
Cuba jaya dan inkuri penemuan
Dapat menerima kegagalan, bersikap terbuka
Menurut Jeromi Bruner (1960), kreativiti boleh dilatih
menerusi kegiatan seni secara formal
Viktor Lowenfeld menjelaskan ciri-ciri individu kreatif
adalah mereka yang cuba menguasai sebanyak ilmu
Satu kajian yang dibuat
(American Educational Policies Commission, 1968)
mendapati bahawa pengalaman kegiatan seni, dapat
merangsang daya imaginatif pelajar dan
mengembangkan pemikiran kreatif pelajar.

8 KATEGORI KREATIF MENURUT


VIKTOR LOWENFELD
1) Risk taking kepada persekitaran dan kehidupan, dapat
mengenalpasti masalah yang wujud dalam sesuatu situasi
2) Kelancaran dalam berfikir keterbukaan, dan kebebasan dapat
mengaitkan satu dengan yang lain, imaginatif dalam mebuat
hubung kair idea dalam menghasilkan kerja kreatif
3) Kelenturan dapat menerima perubahan dan merubah mengikut
situasi. Tidak tersepit dengan keadaan
4) Keaslian keupayaan sendiri, kemampuan melahirkan idea sendiri
tanpa mengikut orang lain
5) Pemikiran elobaratif(bercapah)
6) Curiosity (mempunyai perasaan ingin tahu)mempunyai keupayaan
menganalisa
7) Complexity keupayaan sintesis
8) Memberi makna baru

SENI SEBAGAI SATU


KEMAHIRAN

Apabila terlibat dengan kerja-kerja kreatif dalam media


seni, segala deria akan digunakan.

Kegiatan seni itu sendiri tidak memerlukan kemahiran


yang halus seperti seorang yang telah mahir tetapi
ianya boleh di kembangkan potensinya dengan latihan
yang beransur-ansur serta berterusan.

Dengan penglibatan yang kerap, secara ansur-ansur


dan sistematik, seseorang pelajar itu akan bertambah
mahir dan mempunyai perasaan perlunya memberikan
tumpuan yang lebih berhati-hati dalam menggunakan
bahan dan alat.

Latihan kemahiran yang berasaskan prosedur yang


betul adalah amat penting.

SENI SEBAGAI ALAT


PERKEMBANGAN ESTETIK

Manusia mempunyai perasaan dan perasaan itu wujud dari


interaksi kita dengan

alam sekitar,
dengan diri sendiri,
dengan peristiwa, atau
dengan rangsangan lain.

Tetapi rangsangan itu perlu dikawal seperti tuntutan agama,


dan kadangkala kita perlu meluahkannya.
Oleh itu, kita perlu meluahkannya dengan pelbagai cara. Ianya
bukan sahaja luahan perasaan yang negative (marah, benci
dan gila-gila) tetapi juga luahan positif (riang, indah dan lainlain)
Moholy Nagey, (1974), satu cara menghilangkan iliterasi emosi
adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang emosi
itu.
Menerusi kegiatan arca, catan, seramik dan kraf, dapat
diperolehi perasaan ketenangan, kedamaian suasana tanpa
desakan. Melalui penggunaan alat dan bahan, akan dapat
memindahkan persaannya seterusnya melahirkan sesuatu
yang baru.

Contohnya, apabila pelajar berhadapan dengan


aktiviti seni, ia akan memindahkan idea,
perasaan dan pengalamannya menerusi media
yang digunakan. Kini hasil kerja itu menjadi
sebahagian daripada cerminan perasaannya dan
secara langsung ia makin mengenal dirinya.
Menerusi kegiatan seni, kita boleh melahirkan
rasa puas, lega, melapangkan fikiran,
menstabilkan perasaan dan ketenangan
Contohnya murid-murid digalakkan, melukis
tentang rakan,bintang pujaan, atau kebencian.
Hasilnya adalah lukisan luahan perasaan.
Hasilnya adalah kejayaan kerana dapat
meluahkan perasaan yang terbuku di kalbu.
Di sini ia telah berfungsi sebagai alat terapi bagi
memulihkan perasaan dan menstabilkan
pemikiran individu.

MAKNA DAN PERANAN


Seni Dalam Pendidikan

Bila disebut tentang seni, ia tidak dapat di


pisahkan dengan seniman.
Penghasilan sesuatu karya itu, dipengaruhi oleh
persekitaran, pengalaman, penghayatan,
harapan, untuk mengganggu,mencabar audian
dan lain-lain.
Keupayaan seniman mepengaruhi pandangan
tampak banyak audaian dipengaruhi oleh aspekaspek kemantapan idea, kemantapan
pengalaman, di samping mampu menonjolkan
isu-isu semasa yang menjadi tarikan audian.
Kepekaan terhadap persekitaran itu penting,
Robert Ross (1963-2)

The successful artist in his approach to creativity establishes

the thought, selects the best medium to convey the


concepts,and develops his creation in a manner observed and
understood

Menurut Prof. Dr. Abdul Shukor Hashim (1998),


Pendidikan seni sewajarnya menepati objektif
pendidikan Negara yang mementingkan
pembangunan individu, pembangunan danintegrasi
social serta mengekalkan, membangun serta
menyalurkan budaya dan warisan Negara.
Greer, Dwaine, (1984) dalam Dicipline-Based Art
Education, menjelaskan Pendidikan seni boleh
menyumbangkan kepada pembinaan masyarakat
yang baik. Memperkembangkan kreativiti, asas
disiplin untuk melahirkan idea yang menarik.
Kepentingan guru Pendidikan seni adalah sebagai
jambatan antara seni dan masyarakat.

Dzul Hilmi Md Zain (1992) menjelaskan paduan elemen


dan prinsip seni yang direncanakan dengan baik akan
melahirkan sImbol-simbol yang seterusnya mendukong
makna terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:

makna asas

makna sekunder

makna mujarat

Contohnya dalam Kesenian Tradisi melayu, melihat


pucuk rebung itu mempunyai pelbagai maksudperingkat asas
Pucuk rebung itu, adalah khusus kepada tumbuhan
yang merujuk kepada dunia imajan. Berfungsi sebagai
pembawa makna dalaman yang merujuk kepada nilainilai sImbol. Begitu juga kaitannya dengan pepatah
melayu berbunyi melentur buluh biarlah dari
rebungnya
Peringkat asas dan sekunder berfungsi ditahap peribadi,
manakala diperingkat mujarad berfungsi ditahap makna
awam.

SENI SEBAGAI ALAT KEPEKAAN DAN


PENGAMATAN

Kita mengenali dunia melalui


semua pancaindera (deria seni)
Penglihatan
Pendengaran
Sentuhan
Bauan
Rasa

Misalannya aktiviti melukis memerlukan tumpuan


dan penghayatan terhadap sesuatu benda secara
teliti.
Tumpuan haruslah di berikan dari berbagai-bagai
sudut termasuklah unsur-unsur seni dan prinsipprinsip rekaan.
Melalui pengalaman ekspresi seni itu akan
melatih keselarasan pancaindera dan psikomotor.
Hasilnya dapat meningkatkan kemahiran motor
untuk melukis dengan baik.
Dapat mematangkan lagi proses pengamatan
dan menambahkan dan meningkatkan
perkembangan literasi pengamatan seseorang.

SENI SEBAGAI ALAT PERKEMBANGAN


ESTETIK

Kesedaran estetik merupakan faktor asas dalam


membuat sesuatu pemilihan di dalam kehidupan
individu.

Eisner dalam tulisannya menyatakan persoalan


mengapa pelajar harus mempelajari pendidikan seni.

Antara 4 sebab tersebut ialah

Tamadun
Membuat pilihan
Kreativiti
komunikasi

Kemahiran membuat pilihan menerusi seni


menimbulkan kesedaran estetik.
Pemilihan dalam kehidupan seperti
pakaian, jam tangan, kasut , kereta, jam,
barang keperluan yang lain melatih
manusia membuat pilihan dan apabila
mereka boleh membuktikan kesedaran
estetik itu wujud dalam diri.
Dengan adanya nilai estetik yang tinggi ini
membolehkan golongan seperti artis,
pereka hiasan dalaman , arkitek wujud.

SENI SEBAGAI PERKEMBANGAN KEHIDUPAN

Seni menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke


arah yang lebih aktif dan kreatif agar kanak-kanak
suka membuat apa yang mereka suka dan mencipta
sesuatu yang baru.

Kanak-kanak di berikan kebebasan dalam


memperkembangkan fantasinya melalui lukisan.

Seni juga dapat membantu kanak-kanak


memperkembang peribadi secara menyeluruh.
(JERIS). Aspek kognitif merangkumi pemikiran kritis
dan kreatif

KAWALAN OTOT
Kemampuan menggunakan otot otot
tangan dengan sempurna, berlaku usaha
untuk mengkoordinasi setiap gerak geri
secara serentak.
Ini terbukti melalaui pendapat cizek yang
mengatakan seni memberi kanak-kanak
membesar, berkembang dan matang.
Secara tak langsungh berlaku pembelajaran
nilai..

KOGNITIF

Dapat meningkatkan daya kecerdasan kanakkanak pada pemahamannya terhadap corakcorak, harmoni dan warna.
Di gunakan sebagai suatu alat untuk menguji,
menunjukkan kebolehan mental seseorang.
Seni juga dapat menentukan perkembangan
emosi kanak- kanak dan memperkembang daya
pemikirannya.
Pakar- pakar psikologi menggunakan lukisan atau
kerja tangan kanak-kanak untuk di kaitkan
dengan masalah yang di hadapi.

EMOSI

Kanak-kanak inginkan kegembiraan dan


kebebasan untuk mengeluarkan dan meluahkan
perasaan sama ada yang baik atau yang buruk.
Kanak-kanak gemar berfantasi dan suka
membentuk khayalan-khayalan yang lebih kreatif
serta konstruktif.
Membuatkan kanak-kanak menjadi lebih teliti,
memahami,kesedaran kepada keadaan
sekeliling.
Pengalaman melihat , memerhati, membawa
kanak-kanak berfikir dan berimiginasi sesuatu
melalui lukisan.

SOSIAL
Mengasuh kanak-kanak untuk
menyesuaikan diri sebagai ahli dalam
kelompok pelajar.
Belajar bekerjasama dan menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya.
Belajar bekerjasama.
Mengasuh ke arah perkembangan diri
dengan mengawal diri sendiri atau disiplin
diri sendiri ketika menjalankan sesuatu
aktiviti.

ESTETIKA
Belajar menhargai kebudayaan sendiri dan
budaya bangsa lain.
Kebudayaan tersebut di hayati dan
menghargai nilai-nilai yang indah di
dalamnya.
Melatih kanak-kanak menilai dan menghayati
keindahan semula jadi ciptaan Tuhan.
Dengan menilai keindahan tersebut akan
lahir rasa seronok dalam diri kanak-kanak
tersebut untuk lebih dekat dengan alam.

PERSEPSI/ PENGAMATAN
Melatihcara untuk membuat pemerhati
dan pemikiran untuk merakamkan dengan
teliti.
Dengan ini daya pengamatan kanak-kanak
dapat di percepatkan.
Dapat menggunakan kekuatan
pancaindera untuk menggabungjalin kan
pengalaman-pengalaman pengamatan
untuk melahirkan idea.
Menarik perhatian/ pengamatan kanakkanak kepada objek-objek di sekeliling.

KREATIVITI: PERANAN DAN


PENGARUH LUKISAN KEPADA
KANAK-KANAK

Viktor Lowenfeld mendefinisikan kreativiti


adalah satu naluri yang di punyai oleh
setiap manusia.
Kreativiti perlu digalakkan pada peringkat
kanak-kanak lagi.
Kreativiti yang di maksudkan ialah
kebolehan dan kemampuan untuk
melahirkan sesuatu yang baru.
Lukisan adalah salah satu contoh alat
untuk meningkatkan kreativiti.

FIZIKAL
Melatih tangan untuk membuat sesuatu dengan penuh
penelitian mengikut aturan.
Daya pergerakan tangan dapat di kawal dengan baik
umpamanya dalam menggunakan gunting atau pisau.
Seni juga memperlihatkan lukisan cakar ayam kanakkanak kepada lukisan yang lebih realistik.

LUKISAN DENGAN KANAKKANAK


Lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal
kepada kanak-kanak untuk memudahkan kefahaman
dan pengukuhan sesuatu konsep asas dalam
kehidupan.
HOWARD GARDNER (1980) mencadangkan agar
orang dewasa menyediakan peluang kepada kanakkanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa di sekat
kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai
dan mempunyai makna tersendiri terhadap lukisan yang
mereka hasilkan.Perkembangan kanak-kanak juga dapat
dikesan menerusi penghasilan lukisan tersebut.

Seni juga dapat menentukan perkembangan emosi


kanak- kanak dan memperkembang daya pemikirannya.
Lukisan sebagai satu cabang seni. Bantu membentuk
pemikiran kanak-kanak lebih awal untuk pengukuhan
ingatan.
Kanak-kanak tidak pandai menggunakan kata-kata
justeru lukisan sebagai pengganti sebagai bahan
perantaraan untuk menyatakan tentang perasaan
mereka.
Lukisan menjadi bahan terapi yang di terima guna
terutama dalam mengatasi masalah kanak-kanak yang
menghadapi tekanan.

LUKISAN MENJADI ALAT MENJANA


KREATIVITI KANAK-KANAK
Proses perkembangan kreatif- seni
Mengutamakan proses penghasilan
Bereksperimen (meneroka alat & bahan)
Membuat imiginasi
Mengurangkan rasa takut
Membina keyakinan diri
Membina interaksi sosial.

Makna dan peranan Pendidikan


Seni dan remaja
Memperkenalkan Idea-Idea Yang Tertentu.
Peranan pendidikan seni ialah dapat memperkenalkan idea-idea yang
tertentu dalam proses membina artistik di kalangan pelajar.

Pendekatan Ke Arah Memahami Alam Semulajadi


Perhubungan dengan alam sekitar merupakan pendekatan awal bagi
pelajar mengenali hakikat dirinya dengan alam. Sensitiviti pelajar terhadap
alam akan memberi banyak sumber idea kepada penciptaan hasil karya.

Aplikasi Pengalaman Harian dalam penghasilan


karya
Para pelajar atau golongan remaja dapat
mengaplikasikan pengalaman harian dalam
menghasilkan apa juga karya. Guru-guru dapat
mencungkil pengalaman lampau dan harian
remaja melalui :
Perbincangan
Bercerita
Soal jawab
Simulasi
Sumbangsaran

Pengalaman hidup untuk Seni


Pengalaman lampau dan pengalaman harian pelajar boleh ditafsirkan.

Pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan soal-soal personaliti seperti :


Mimpi, Kasih Sayang, Cita-cita , Harapan
Pengalaman Dalam Kelompok Masyarakat
Pengalaman dalam kelompok masayarakat di luar sekolah juga boleh dijadikan
idea penting kepada pelajar. Pengalaman yang mungkin agak terbatas tetapi
penuh makna ini sering memberi kesan positif kepada para remaja. Antara
pengalamannya ialah Berkelah bersama rakan dan Sambutan Tahun Baru Cina.
Pengalaman bersama keluarga :Kasih sayang, Gotong-royong, Menonton TV,
Makan sekeluarga, Lawatan
Pengalaman di sekolah merupakan pengalaman yang penuh dengan situasi
pendidikan formal, antaranya :
Belajar di kelas, Belajar di perpustakaan,Sukan tahunan, Aktiviti kelab, Membersih
bilik darjah, Hari Penyampaian Hadiah dsb.

Percubaan Ke Arah Idea Baru


Pada umumnya, dalam proses artistik percubaan
ke arah idea baru menyebabkan perlunya
menukar kebiasaan bekerja kepada pelajar.
Malahan tempat dan lokasi juga sering diubah
bagi mendapatkan suasana dan mood
yang berbeza. Perubahan tersebut akan
menghasilkan karya-karya yang dinamik
yangmeminta audien berfikir.

Penghuraian makna dan simbol Dengan


Seni
Pendedahan kepada makna dan simbol bermakna
mengajak pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
Merenung dan menaakul makna dan simbol yang
ada pada alam ini bertujuan mencari idea untuk
diterjemahkan dalam bentuk seni visual, muzik
atau pergerakan

Anda mungkin juga menyukai