Anda di halaman 1dari 64

EtikaIdalamSainsdan

TeknologiIslam
B
IV.I

Pengenalan etika Islam

KONSEP
ETIKA

Individu

atau komuniti yang beretika cemerlang


akan mendapat faedah dari sistem etika yang
dianuti dan diamalkannya itu.Reputasi dirinya
akan menjamin kejayaannya dalam menempuh
arus kehidupan yang deras ini.Tegasnya orang
yangberakhlakadalahseseorangyangberpakaian
sempurna yang menutupi auratnya.Adapun orang
yang tidak beretika diibaratkan seorang
bertelanjang yang terdedah kepada kehinaan dan
keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika
memiliki relavansi dengan sains dan teknologi
Islam yang menampilkan keunikannya jika
dibandingkandengankrisisetikadanmoraldalam
sainsdanteknologiModenyangsemakintenat.

Objektif etika Islam dalam sains dan


teknologi
i

Proses
pembinaan
syakhsiyyah
( jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
ii Kod
etika yang luhur berupaya
menangani persoalan keruntuhan moral
yang
sedang
melanda
masyarakat
kontemporari.

iii

Kehidupan
seharian
boleh
dilaksanakan dengan lancar apabila
adanya suatu kod etika yang standard
dan seimbang.
iv Sistem etika yang mantap mampu
menyelami
dan
menanggapi
fenomena etika semasa yang memiliki
kepelbagaian dan dinamik.

04/12/15

Dalam perbahasan etika kita perlu


mendalami dan menghalusi teori-teori etika
yang
relevan
dengan
keperluan
masyarakat.
vi Sehubungan
ini
perlunya
kajian
perbandingan
serta
mensintesiskan
berbagai teori etika yang bersifat sejagat
untuk digubal dan diketengahkan dalam
masyarakat global.

04/12/15

Interaksi Etika dengan Falsafah


dan Teologi

Aristotle membahagikan falsafah kepada :


Logik
Etika
Estetika
Psikologi
Politik
Fizik
Metafizik

04/12/15

Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali

Matematik
Logik
Fizik
Metafizik
Etika
Politik

04/12/15

Falsafah Etika

Etika : Ia juga disebut aksiologi


atau teori nilai.Falsafah etika
merupakan
cabang
utama
aksiologi.Etika ialah pola umum
tentang cara hidup serta set
peraturan tentang perlakuan.

04/12/15

5.2 Kepentingan Etika Islam dalam


Sains dan Teknologi
Islam
merupakan
sistem
hidup
ciptaan Ilahi yang tidak bercampuraduk sama sekali dengan pemikiran
manusia.Justeru itu,kriteria utama
sistem
Islam
ialah
fitrah
( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,s
ediakala dan abadi iaitu sifat-sifat
yang merujuk kepada penciptaNya.

04/12/15

10

Islam tetap memberi ruang dan


tempat kepada kegiatan akal manusia
dengan batas-batas yang tertentu
menurut
keupayaan
akal
itu
sendiri.Dalam hal ini panduan dan
penjelasan wahyu amat diperlukan
oleh
manusia
dalam
persoalan
metafizik ( alam ghaib ) yang diluar
jangkauan akal dan pancaindera
manusia.Walhal metafizik itu menjadi
asas kepada kewujudan alam fizik

04/12/15

11

Kepentingan falsafah dan etika


Islam kepada sains dan teknologi
i Sains dan teknologi yang berteraskan
falsafah
Islam
akan
berpaksikan
pentafsiran
metafizik
iaitu
yang
berlandaskan
tauhid.Sains
yang
berteraskan falsafah Islam mempunyai
sifat-sifat kerohanian yang tersendiri yang
dikembangkan
oleh
para
sarjana
Islam.Falsafah Islam akan menjadikan
alam tabii ini mempunyai postulate yang
bersifat
metafizik.
04/12/15

12

ii Falsafah Islam telah meletakkan sains dalam


kerangka epistemologi ( teori ilmu ) yang
betul,saksama dan sah.Umpamanya dilihat dari
aspek hierarki ilmu bahawa ilmu syariah adalah
ilmu fardu ain dan sains dalam berbagai bidang
adalah ilmu fardu kifayah.
iii Falsafah dan etika Islam mensejajarkan sains
dengan syariah.Setiap kegiatan sains perlu
dipertimbangkan dengan hukum-hukum dan etikaetika syariah.
iv Falsafah dan etika Islam telah menggalurkan
sains yang dapat direalisasikan demi keperluan
ummah.

04/12/15

13

v Etika merupakan satu bidang falsafah yg


membicarakan tentang tingkahlaku manusia dari
aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam hubungan
dengan sains,etika adalah satu bidang ilmu yang
mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam aplikasi
sains serta berhubung dengan tatacara untuk
mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan
dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi.
Justeru itu benar sekali ungkapan yg ditegaskan
oleh Einstein bahawa
Science
without
philosophy
is
blind,and
philosophy without science is empty.

04/12/15

14

5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN


TEKNOLOGI MODEN SERTA CABARAN
KONTEMPORARI

Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu


terunggul merentasi segala budaya dan
bebas nilai.
Faham etnosentrik memuja sains Barat
dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di
luar komuniti Barat.
Tamadun
klasikal
seperti
tamadun
Cina,India,Islam,Yunani,Mesir
telah
memberi sumbangan yang besar kepada
kelahiran peradaban moden.

04/12/15

15

Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi


Moden
Pensekularan
Sains Moden : Pemisahan
persoalan agama & dunia.
Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas alam
sekeliling hasil kemajuan sains dan kesan
kepada aspek falsafah.
Isu moral dan etika dalam budaya sains
Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh
segmen :
i
Moral sains dari perspektif Budaya Barat
terhadap alam dan sains.
ii
Moral agama dan tradisi dalam Sains
Moden.
04/12/15

16

iii Moral
sosial
dari
perspektif
kemusnahan oleh Sains Moden.
iv Kedudukan nilai dari perspektif Sains
Barat
v Moral pengajaran dalam pendidikan
Sains Moden
vi Moral sains dalam konteks pengkajian
kontemporari mengenai sains di Malaysia.
vii Moral dan etika dalam bioteknologi dan
kejuruteraan genetik.

04/12/15

17

Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu yg


unggul & sejagat merentasi semua bentuk budaya &
tidak terikat dengan sebarang nilai.Pandangan tersebut
dikritik hebat oleh para saintis & failasuf Barat & Timur
tetapi pandangan etnosentrik tentang keunggulan sains
Moden Barat masih berakar umbi di seluruh dunia
sehingga kini.Berikutnya sains yang di luar dunia barat
dipandang rendah dan dianggap tidak saintifik.Sains
klasikal spt sains Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf
oleh komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi oleh
kuasa2 Barat.

04/12/15

18

Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang di


luar daripada tradisi Barat mempunyai konsep2 asas
dan epistemologi yg tersendiri spt sains Islam,Cina &
India.Justeru itu perbahasan tentang sains yg
berkembang di luar drp sains Barat adalah sah.
Demikian halnya apabila kita memperkatakan sains
Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial yg
sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan atau
sebagai hasil akumulatif ilmu2 moden.Tegasnya,sains
moden adalah ilmu yg berkembang dalam situasi &
suasana yg bersifat bebas nilai,& dilatari oleh falsafah
& fahaman yg serasi dengan doktrin Barat.Misalnya
ilmu biologi moden amat dipengaruhi oleh teori
evolusi Darwin yg amat bercanggah dengan perspektif
sains Islam dan pelbagai sains klasikal yg lain.

04/12/15

19

Tidak
tepat
andainya
kita
menyatakan bahawa sebelum sains
Islam,Barat
tidak
mempunyai
sains.Apa yang benar ialah sains
Barat amat merosot di Eropah pada
lingkungan jangkamasa 400-1100
M.Alasan sebenar mengapa sains
Barat tidak berkembang dalam
tempoh tersebut ialah :

04/12/15

20

ketidaksetabilan politik di Eropah


ketiadaan unsur
patronage
( naungan politik terhadap para
saintis failasuf )
sikap gereja Kristian yang tidak
menggalakkan
mempelajari
ilmu
daripada orang bukan Kristian

04/12/15

21

Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang


berasal daripada peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu
yang sesat lantaran tidak berpandukan kitab Injil.Mereka
juga menolak semua ilmu yang berasal daripada Tamadun
Yunani yang dihasilkan oleh Plato,Aristotle,Socrates,Thales
dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa bercanggah
dengan ajaran Kristian.

Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat


berkembang berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan
dan disintesiskan oleh saintis-failasuf dalam peradaban
Islam yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn
Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn
Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban Islam
telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M
hingga 1400 M dalam pelbagai bidang.Dalam lapangan logik
dan perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M.

04/12/15

22

Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 1400


M semakin kurang permusuhan dengan ilmu asing
terutama
yang
dimajukan
oleh
saintis
Muslim.Tempuh
ini
disebut
sebagai
era
pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II
( 999 1003 M ) memainkan peranan
mendekatkan jurang di antara orang-orang
Kristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau telah
mengarahkan penterjemahan karya-karya sains
berbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope tersebut
mendapati sains Islam lebih dekat dengan ajaran
Kristian
jika
dibandingkan
dengan
sains
Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh
digunakan untuk meneroka mengenai astrolabe
dan abacus.

Rentetan dari perkembangan itu menjelang pertengahan


abad kesepuluh Masihi penterjemahan karya sains Islam
ke bahasa Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol
terutama di Biara Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut
di sekitar ilmu astronomi dan geometri.Kegiatan
penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih pesat
selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Para
penterjemah tersebut terdiri dsaripada Plato dari
Trivoli,Gerard dari Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari
Chester dan Dominicus Gondisalvo.Manakala saintis
failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah Ibn Sina
yang mana 276 karyanya diterjemahkan ke pelbagai
bahasa Eropah.Tidak keterlaluan andainya dirumuskan
bahawa pemikiran yang terdapat dalam buku-buku karya
Ibn Sina dan Ibn Rushd yang bertanggungjawab
menanamkan benih-benih Renaisans yang pada awalnya
tercetus di Itali dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah.

Sungguhpun
sumbangan
sains
moden
menatijahkan kemudahan dan kesempurnaan
hidup kepada manusia,namun tidak boleh
disangkal
sama
sekali
bahawa
ia
telah
mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran
yang
penuh
tragis.Faktor
utama
yang
mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran
dan peminggiran agama dan aspek-aspek
metafizik dalam budaya sains moden.
Pertumbuhan dan perkembangan sains moden
telah mengakibatkan dua dampak dalam
kehidupan manusia kontemporari.

Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada


kemajuan dan perkembangan sains
Kedua : Dampak kepada aspek falsafah.
Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan
dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh
manusia
yang
bersenjatakan
sains
moden.Kerakusan
manusia
mengakibatkan
berlaku kerosakan alam sekitar dan system
ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu
mengkagumi kebolehan sains.Antara kedurjanaan
yang melimpah boleh diteliti daripada isu
pengklonan,ponografik,perlumbaan
senjata,isu
nuclear dan seumpamanya.

Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan sains


moden ialah perubahan dalam aspek falsafah,baik ditinjau
daripada aspek metafizik,epistemologi dan etika.Dalam
bidang
metafizik,peranan
Tuhan
disangkal
sehingga
mewujudkan fahaman eteisme.Begitu juga perubahan dalam
epistemology akibat fahaman rasionalisme yang didakwa
oleh sains moden sebagai satu-satunya cara yang sah untuk
mendapat ilmu pengetahuan membawa kepada penolakan
wahyu dan juga ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada
perubahan ini sains moden berjaya meminggirkan agama
daripada arena ilmu lantaran agama dianggap sebagai tidak
rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang tertinggi bagi
pendokong sains moden ialah nilai gunaan seperti yang
ditayangkan oleh fahaman utilitarianisme.Semua pengadilan
nilai dianggap sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains
dianggap neutral atau bebas nilai.Dengan perkataan lain
sains didakwa tidak mempunyai pertimbangan nilai yang
menyebelahi mana-mana pihak.

KRISIS SAINS MODEN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis


tentang hal ini ialah :
Moral sains daripada perspektif budaya Barat
terhadap alam dan sains
Moral agama dan tradisi dalam sains moden
Moral sains daripada perspektif kemusnahan
alam oleh sains moden
Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat
Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden
Moral
sains
dalam
konteks
pengkajian
kontemporari mengenai sains di Malaysia
Moral dan etika dalam bioteknologi dan
kejuruteraan genetik.

Falsafah
sains
Barat
berlandaskan
rasionalisme.Sungguhpun komuniti sains moden
Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka
menafikan peranan Tuhan dalam menentukan
segala kejadian yang berkaitan dengan manusia
dan alam semesta.Salah seorang tokoh saintis
Barat yang bernama George Leclerc ( 1707
1788 ) menyatakan bahawa Tuhan memberi daya
( a force of impulsion ) kepada planet-planet
sewaktu menciptakannya dengan alam ghaib
kerana sebab-sebab yang menasabah yang boleh
diterangkan
melalui
hukum-hukum
mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawa
Tuhan tidak terbabit di dalam kejadian tersebut.

Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis


daripada Swiss telah menegaskan bahawa jirim
memiliki keupayaan sendiri untuk bergerak.Hujah
beliau bersandarkan kenyataan bahawa magnet
bertindak menarik besi.Demikian juga Abraham
Trembley,seorang
biologis
telah
membuat
penemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwan
mampu membiak walaupun dikerat kepada
beberapa
kepingan.Penemuan
ini
telah
menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim
boleh menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas
tanpa pertolongan Tuhan.Pendapat Trembley
disokong oleh paderi John Turbeville ( md 1745 )
yang menemui hidupan-hidupan halus daripada
sayuran yang telah mati.

Tokoh2
saintis
yang
disebut
tadi
telah
menimbulkan keraguan terhadap peranan Tuhan
ke atas alam dan manusia,disana terdapat tokohtokoh saintis dan failasuf moden yang lebih hebat
pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh
keagamaan dalam kehidupan manusia.Antaranya
ialah Francis Bacon,Rene Descartes,Galileo,Kepler
dan Newton yang telah membangunkan sains
moden tulen di dalam lapangan matematik dan
mekanik.Mereka menganggap dunia seperti
sebuah mesin yang canggih dengan segala
kegiatan yang memerlukan matematik dan
mekanik di dalam berinteraksi.Antara peranan
mereka dapat dirumuskan seperti berikut :

i Nicholas Copernicus ( 1473 1543 )


telah memulakan revolusi sains moden
dengan menggagalkan teori Ptolemy dan
Bible tentang pusat bumi yang telah
diterima lebih beratus tahun yang lalu.
ii James Kepler ( 1571 1630 ) menurut
jejak
langkah
Copernicus
dengan
menghasilkan undang-undang formula
empiric tentang pergerakan bintangbintang ( planet ).

iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan


tokoh saintis Barat yang benar-benar berjaya
mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau
mencipta teleskop iaitu alat cerapan bintang
telah memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan
mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul
sebagai teori sains unggul.
iv Rene Descartes pula merupakan failasuf
saintis yang lebih tersohor dalam lapangan
matematik.Pandangan
dan
penerokaan
falsafahnya amat dipengaruhi oleh fizik moden
dan astronomi.Beliau tidak menerima sebarang
pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan
sistem pemikiran baru,beliau menyatakan :

" All science is certain evident knowledge.We


reject all knowledge which is merely robable
and judge that only those things should be
believed which are perfectly known and about
which there can be no doubt "
( Garber,1978, Science in certainly in
Descartes,
in
Hooker,Michael
ed.
Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly.
Press ).

Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan


penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya
bahawa struktur matematik adalah kunci kepada
alam semesta dan sains pula merupakan sinonim
dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru
dalam
penulisan
sains
semulajadi
yang
lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2
yang terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini
bermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun
tiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatan
manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap
bahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan
hukum ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik
secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi
seperti
mesin
yang
sempurna,diperintah
oleh
undang2mekanik untuk organisasi hidup.

Moral Agama dan Tradisi


dalam Sains Moden

Semua agama berusaha mencari doktrin tersendiri tentang


sains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggah
dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya teori
evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para
ilmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh
sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata tidak
dapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian dan
perkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapat
memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama
kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima
kembali teori generasi spontan yang telah terlanjur ketika
itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu yang
menyatakan bahawa kehidupan manusia dan seluruk
makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yang
diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas
mengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia
disifatkan mengganggu pengertian tentang alam sains
( fizikal dan teknologi).

Ilmu
pengetahuan
atau
sains,secara
ringkasnya dinisbahkan sebagai himpunan
pengetahuan manusia yang dikumpulkan
melalui suatyu proses pengajian dan yang
dapat diterima oleh rasional.Sains yang
dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains
Islam telah menyumbangkan budaya dan
tamadun
intelektual
yang
mantap.Pemangkin kepada sains Islam ialah
agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden
Barat menghadapi dilemma dalam hal
ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus
apakah sains Barat benar-benar ilmu atau
hanya sekadar maklumat yang belum pasti
benarnya.

3
MORAL SOSIAL DARI
PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH
SAINS MODEN

Akibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains


moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah
di dunia kontemporari,antaranya :
i
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim
natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup
yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran
alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang
mencemarkan
air,udara
dan
persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan
kimia
sebagai
baja
dan
racun,pencemaran
bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula
DNA dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan
sekadar mendatangkan masalah kepada manusia
sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu
sendiri.

Pembakaran
arang
batu
merupakan
pencemaran yang paling merbahaya ke atas
alam sekitar.Di samping itu pencemaran alam
sekitar
yang
berpunca
daripada
asap,debu,gas,sesetengah bahan organic telah
dikategorikan
sebagai
punca
yang
menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca
apencemaran alam sekitar yang lain ialah sulfur
dioksida yang boleh membawa penyakit kanser
paru-paru.Demikian juga nitrogen oksida yang
disebabkan oleh penggunaan bahan berjentera
juga
mengakibatkan
pencemaran
alam
sekitar.Ia akan menyebabkan berlakunya hujan
asid iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan
air meruap yang akan membentuk SO2NO2.

ii Pencemaran nuklear
Pengajian
tentang nuklear telah menjadi
agenda utama kritikal evolusi hasil daripada
kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan
negara
maju
berlumba-lumba
untuk
memajukan senjata nuklear dan ada juga
yang
mendapat
bekalan
tenaga
nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak
dapat
dipisahkan.Jika
berlaku
perang
nuklear seluruh muka bumi dan sega isi
kandungannya
akan
menghadapi
kemusnahan.

Kedudukan Nilai Daripada


Perspektif Sains Moden

Sains adalah pengetahuan mengenai dunia


fizikal,manusia dan masyarakat.Ia terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu sains tulen,sains
sosial dan sains gunaan.Sehubungan ini
sains gunaan merupakan teknologi yang
membolehkan manusia mencipta alat atau
perkakas dan rekaan-rekaan lain bagi
membantu manusia memenuhi hukum alam
tabii.Ia juga boleh dilihat sebagaimana
kenyataan J.Brronowski : " Sains merupakan
rekaan
konsep
dan
fakta
yang
berlandaskan kebenaran."

Nilai akan wujud apabila dibandingkan


sesuatu benda atau tindakan atau kualiti
sesuatu bahan dengan pandangan atau
pendapat
golongan
lain.Sistem
nilai
dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan
amalan manusia dan ia berbeza mengikut
kaum,agama
dan
masa.Menurut
J.Bronowski
lagi,nilai
etika
tidak
mempunyai sempadan yang jelas,ia wujud
di kalangan ahli sains,para artis.ahli
teologis dan kelompok-kelompok manusia
yang lain.

Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf


bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle
dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek
purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan
logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat
dengan unsur-unsur etika.

Period sebelum Masihi,kebanyakan para


failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan
unsure-unsur etika dalam sains,sudah
tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak
dapat memenuhi keperluan masyarakat
Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila diperhatikan kehidupan masyarakat
Grek
purba
berlandaskan
kepada
pengamatan
deria
dan
logik.Apabila
ditinjau
pandangan
Plato
dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka
amat sarat dengan unsur-unsur etika.

Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang


luas meliputi manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya
nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap
sesuatu
dengan
membuat
perbandingan
terhadap
benda,pandangan
manusia
atau
masyarakat.Apabila
sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif
diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadap
rekaan sains ini akan timbul samada dari segi
moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihak
menyatakan
bahawa
pancaran
radioaktif
itu
membahayakan
manusia.Tetapi
pihak
lain
pula
mempertahankan
penggunaannya
demi
membantu
perkembangan sosioekonomi negara.Di sinilah timbulnya
konflik mengenai nilai tentang sesuatu penemuan atau
teori sains.

Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi bahawa


rekaan sains atau ciptaan teknologi adalah penting bagi
sesebuah negara yang sedang memacu perkembangan
yang pesat dalam sektor perindustrian.Pada masa yang
sama semua pihak perlu memikirkan tentang aspek nilai
yang berkait dengan rekaan sains atau teknologi
itu.Kerajaan dan para saintis usahlah memikirkan
keuntungan material dan kegunaan sesuatu rekaan sains
tanpa mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta
benda masyarakat,negara dan manusia sejagat.Unsur
etika patut diletakkan di tempat yang tinggi seiringan
dengan inovasi sains dan teknologi.Ini disebabkan
pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan
tercapai seandainya penekanan hanya diberikan kepada
rekaan sains dan bukan kedua-dua aspek tersebut
secara serentak.

Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan suatu


pembaharuan atau reformasi sains yang ditanggapi
oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam bukunya The
Structure of Scientific Revolution,sebagai satu
kumpulan pernyataan yang telah mencapai puncak
kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami
anjakan secara revolusi ke sains moden.Sehubungan
ini
para
saintis
seperti
Kepler,Galileo,Francis
Bacon,Descartes dan Newton telah melakukan
pelbagai spekulasi dan ujikaji yang menghasilkan
implikasi besar dalam dunia sains,falsafah dan
pemikiran..Menjelang berakhirnya abad ke 20 muncul
pula perkembangan sains yang lebih radikal seperti
bercambahnya penciptaan computer,robot kerdikan
buatan ( artificial intelligence ) dan penyelidikan
serta penerokaan angkasa lepas.

Meskipun sains telah berkembang secara drastik


sejak era revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur
etika dan nilai tidak berkembang pesat seiringan
dengannya,malah telah merudum jatuh.Apa yang
berubah ialah penilaian manusia terhadap etika
itu sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia
lebih cenderung kepada fahaman dan aliran
kebendaan.Dalam
konteks
ini
mereka
mementingkan keuntungan dan status bukannya
rekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalansoalan yang bercelaru dalam pemikiran para
peninjau sains moden.

Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan


masih ada tempat di hati sanubari komuniti sains
kontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspek
kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis
dan failasuf moden baik di Timur mahupun di
Barat ? Dengan kata-kata lain boleh ditegaskan
bahawa
sains
Barat
moden
berterusan
mendokong
nilai
materialisme
dan
konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat
masih menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat
telah
menjadikan
sains
sebagai
ideologi
tunggangannya.

Moral Pengajaran Dalam


Pendidikan Sains Moden
Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah disiplin ilmu
yang
menjadikan
alam
dan
manusia
sebagai
objeknya.Justeru
itu
ia
wajar
dikembangkan
dan
dibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat
Islam dengan menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai
pemangkin yang membangunkannya.Sebaliknya sistem
pendidikan global di negara-negara umat Islam masih
berorientasikansistem
pendidikan
kebaratan
yang
mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskan
umat Islam kea rah krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagi
aliran rasionalisme masih menguasai pemikiran sains
kontemporari
yang
memencilkan
pegangan
keagamaan.Malah
proses
pencernaan
sains
yang
membuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensi
dualisme dan sekularisme.

Daripada
perspektif saintisme
Barat,sistem
pengajaran
mutakhir
tidak
menjejaskan
pengajaran sains.Sebaliknya sistem yang sama
amat mencabar kewibawaan serta keunggulan
sistem
kepercayaan
dan
kebudayaan
Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran
sains moden menafikan pandangan semesta
yang berpaksikan agama.Pendokong sains moden
berhasrat menjadikan disiplin sains bersifat
objektif
dengan
memutuskannya
daripada
sebarang nilai dan kepercayaan atau pegangan
agama.

Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut


mengkritik metodologi sains moden.Misalnya
Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill and
Process in Science Education,A Critical Analysis,
menyatakan bahawa pengajaran sains moden
berkecenderungan menjadi 'over specific" dan "
restrictive'. Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di
dalam bukunya,Communication and Identity,
menggariskan :
" The manace of scientism that is largely
psychological,not that of the scientific process.'

Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian


Kontemporari Mengenai
Sains di Malaysia

Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam


sains bukan lagi satu fenomena ketokohan Si
Isaac Newton, akan tetapi teori deterministik
Newton yang merujuk kepada fizik semata-mata
telah dicabar oleh para saintis Barat sendiri
misalnya Heisenberge dengan teori relativitinya
( Heisenberge's Uncertainty Principle ) yang
dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge
sebagai pendokong dan pengasas fizik kuantum
telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan
Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan
zaman.Malah kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam
semua aspek kehidupan manusia dan alam,akan
tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza dengan
stail bahasa agama.

Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan


De Broglie mendekati kebenaran Tuhan dalam
pentafsiran dan tentangan mereka terhadap
fenomena sementara yang belum diketahui
manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat
deterministik.Sebenarnya teori hidden variables
yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis
Barat bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep
ketuhanan
Islam.Angkubah-angkubah
atau
variables yang dianggap tersembunyi ( hidden )
itu adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan
sam'iyyat ( metafizika ) seperti Zat Allah
SWT,para malaikat,alam ruh,alam akhirat dan
lain-lain seumpamanya.

7
Moral dan Etika Dalam
Bioteknologi dan Kejuruteraan Genetik

Isu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek


Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut
diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang
menghasilkan
beberapa
rumusan
tentang
keabsahannya menurut syariah Islam.Islam
menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam
melaksanakan proses kejuruteraan baka atau
lebih khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya
Islam menolak pengklonan manusia dengan
alasan :
a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak
lain tidak berhak campurtangan dalam urusan
penciptaanNya

b pembikinan
klon
manusia
akan
mendatangkan kemusnahan kepada alam
ciptaan Allah
c pengklonan
manusia
pula
akan
merosakkan system kekeluargaan
d pengklonan menyanggahi sunnah Allah
yang
menciptakan
manusia
dengan
hikmah-hikmah yang tertentu dan unik
e pengklonan manusia melalui proses
yang diluar batas hukum syarak atau di
luar institusi perkahwinan Islam yang
mantap

Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang


melakukan kegiatan genetic engineering
untuk kepentingan kebendaan dan keangkuhan
ilmu untuk mencabar kuasa Tuhan Yang Maha
Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme
Barat akan menimbulkan krisis nilai dalam
kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus
meningkat berikutan hubungan suci manusia
melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan
telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila situasi itu
terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh
undang-undang kerana dunia sains semakin
eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.

Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science


and Belief Discources on New Perceptions
telah
membahaskan
persoalan
biologi
kontemporari yang berdepan dengan beberapa
pertimbangan nilai dan etika tentang sehingga
sejauhmanakah teknologi-teknologi yang berkaitan
mengancam keadaan berahsia ( privacy )
,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan
manusia,keseimbangan pelbagai ekosistem serta
futuristic planet bumi.Beliau menampilkan polemik
antara golongan yang memegang prinsip hormic
dengan golongan yang mendokong konsep pure
chance
tentang
menjelaskan
mekanisme
kehidupan yang mempunyai implikasi besar
terhadap etika.Antaranya :

a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul


DNA menghasilkan perbincangan tentang
keselamatan manusia
b campurtangan manusia dalam proses
kehidupan asas tentang bentuk dan aturan
struktur genetik
c tentang pengawalan ekspresi gen
( control of gene expressions )
d tentang proses pembezaan sel

Semua proses tersebut memerlukan


satu
disiplin
dan
etika
yang
tinggi.Para penyelidik saintifik mesti
memahami bagaimana sesuatu itu
berlaku
dan
bagaimana
ia
berfungsi.Mereka
tidak
boleh
mengabaikan juga persoalan kenapa
sesuatu itu berlaku.Ini membabitkan
persoalan yang melepasi dimensi
fizikal semata-mata.

PENGEMBALIAN SAINS KE
PANGKUAN ISLAM

Usaha terpenting umat Islam pada masa


kini ialah bagaimana amengembalikan
semula sains kepada paksinya yang satu
iaitu
agama.Antara
rumusan
untuk
melaksanakan usaha-usaha murni kea rah
pengIslaman sains ini ialah :
a Keharmonian agama dan sains,tiada
pertentangan di antara kedua-duanya
b Terdapat proses pertumbuhan yang
selari di antara agama dan sains di dalam
sejarah dan dalil-dalil menunjukkan agama
mencetuskan kegiatan sains

c Fakta
yang
relevan
mengisyaratkan bahawa sains telah
memantapkan lagi ajaran agama
dan demikian juga sebaliknya
d Penampilan
sains adalah dari
cetusan agama malah prinsipprinsip
dan
fakta-fakta
sains
terdapat di dalam teks keagamaan

e Terdapat stimuli dan stigma dari


falsafah ketuhanan yang menjadi
mekanisme
kepada
eksperimen
sains.Justeru itu agama membentuk
pemangkin kepada sains dengan
rujukan kepada suruhan dan ajaran
Tuhan
f Hubungan sains dan agama dari segi
fungsinya
adalah
untuk
mencapai
kebahagiaan manusia

SEKIAN. TERIMA KASIH

04/12/15

64

Anda mungkin juga menyukai