Anda di halaman 1dari 9

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya ialah tinjauan
keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
mengadakan tinjauan itu di sembilan
buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970.

Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru
sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti
kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas
melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK
mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab
perguruan.

Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12
buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran
pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun
tiga.

Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu,
pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah
dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang
mampu mengendalikan pengajaran
pemulihan.

Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan.
KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan
dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.

Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas
pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Arahan itu membayangkan
bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya
ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah
rendah.

Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah
sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233
jawatan guru khas pemulihan.

Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid
berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah
ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan,
antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan
pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira).

Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah
melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah
menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu mengendalikan
pemulihan berat.

Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi
melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting
GPK dan guru Bahasa Melayu.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4
peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M.
Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM
menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan
peratusan murid yang tidak
menguasai3M.

Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan
untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan
oleh guru Bahasa Melayu.

Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah,
Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang
lain.

Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan berita bahawa 85,000 orang
pelajar tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Data yang di
bawah pula menunjukkan pencapaian KIA2M tidaklah membanggakan.*

Jadi, bermula pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran
Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikANrendah
menjelang 2012.

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan
pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga
disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada
kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata
pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas
pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati
kehendak menjadikan pulih .
Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
Definisi Pendidikan Pemulihan
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai
takrifan pendidikan pemulihan.
Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya
ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371

satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh
murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191

Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang


masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa .

menghadapi masalah-

iii) Pringle (1966)


pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam
satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan
dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977)


pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat
ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi .

v) Tansley (1967)
pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benarbenar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

vi) Collins (1961)


pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah
beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang
gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

vii) Evans (1995)


pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan sebab itu
pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan
secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu
dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid.
viii) Blair (1956)
pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak
sesuai bagi murid-murid lambat.
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26)
bertarikh 8 Januari 1986.
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran
murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini.
x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)
dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.
xi) Koh (1979)
pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan
yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf
dengan pencapaian murid-murid normal .

xii) Chua (1977)

pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah,
melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan
kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara
yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta
dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama
doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
Kesimpulan Definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu
murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses
pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
2.2

Tujuan Pengajaran Pemulihan

Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian
Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.
c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan
pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-label ke atas
murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.
Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:
a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan
kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan.
b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari, tetapi
seharusnya sudah dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk meningkatkan
kecekapan murid.
Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat
tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid itu.

Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan guru,
untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan ialah
yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya berbagai-bagai cara bekerja, teknik dan alat
pelaksanaannya.
Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran
tertentu.
c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi
keperluan setiap kanak-kanak.
d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas
dapat diteguhkan oleh guru biasa.
f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan
optimum setiap kanak-kanak.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk
membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya
dalam masalah bahasa.

Definisi Pengayaan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses,
dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti
tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di
luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua
murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan
cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat
memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu
bidang pelajaran tertentu.

Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di
samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini
membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat
kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan
masyarakat.

KONSEP PENGAYAAN

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama
ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu
keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
OBJEKTIF PENGAYAAN
1.

Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran


bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.

2.

Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.

3.

Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap


berdikari.

4.

Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai
hasil kerja sendiri.

5.

Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.

6.

Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan


minat dan bakat.

7.
Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap
dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN
1.

Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan


dalam daya pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis
sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang
penting seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.

2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan,


pendengaran dan pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta
berpengalaman tentang alam keliling.

pelbagai bahan

4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas
serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang
tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN


1.

Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan

2.

Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

3.

Menggunakan daya usaha sendiri

4.

Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial

5.

Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah

6.

Melibatkan pembacaan luas

eksperimental.

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

1.

Kumpulan Mengikut Kebolehan

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap
kumpulan
menjalankan aktiviti pengayaan dengan
menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar
kesukaran yang
berbeza

2.

Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti


menjalankan aktiviti pemulihan.

pengayaan, murid-murid lambat

Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu


jelas agar mereka dapat
menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau
membantu
murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.
3.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat


menjalankan aktiviti pengayaan yang
disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat
kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan
pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa
yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan


Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;
1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak
kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana
kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkan
pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakan-rakan sebaya, guru
bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu
murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara
ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid
cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu
bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah
diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan
perbincangan kelas.
2.Pilihan Guru
Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat
keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas
murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu
murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan
Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1.

Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.

2.

Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran

3.

Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran

4.

Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN
1. Bacaan Tambahan
Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
Majalah pelajar
Surat khabat / keratan
Risalah-risalah

2. Kerja-kerja Projek
Lawatan
Melapor Peristiwa
Menulis Cerita
Membuat Zoo Mini Sekolah

Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap


Mengadakan pameran bilik darjah
Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]
3. Permainan dan Rekreasi
Teka Silang Kata
Teka Benda
Teka Teki
Mencari Jalan Keluar
Menyambung Titik
Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita
Mencari benda tersembunyi
Meneka bunyi
Dam
Catur
Sahiba
Bingo
Ular dan Tangga
Jigsaw Puzzle
Bermain bentuk geometri
Rubic Cube

http://cjahaniblog.blogspot.com/2012/10/latar-belakang-pendidikan-pemulihan.html