Anda di halaman 1dari 3

Kesalahan Bahasa Dalam Bahagian Metadologi

Jadual tersebut memberikan kemudahan dalam menentukan saiz


sampel yang representatif untuk mewakili populasi.
1) Kesalahan bahasa sintaksis.
a. Kesalahan struktur ayat
2) Kesalahan bahasa morfologi
a. Kesalahan kata sendi
Ayat yang betul:
Jadual tersebut memudahkan pengkaji untuk menentukan saiz
sampel yang representatif bagi mewakili populasi.

Terdapat dua buah instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu
soal selidik kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual
Integral.
1) Kesalahan bahasa sintaksis.
a. Kesalahan struktur ayat.
Ayat yang betul:
Terdapat dua jenis instrumenyang digunakan dalam kajian ini, iaitu soal
selidik kepercayaan matematik dan ujian kefahaman konseptual
Integral.

Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini


adalah hasil adaptasi daripada instrumen Beliefs about Mathematical
Problem Solving (Kloosterman & Stage, 1992), Students MathematicsRelated Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Opt Eynde & De Corte, 2003),
dan instrumen yang dibina oleh Randel et al. (2000).
1) Kesalahan bahasa mekanis
a. Kesalahan tanda koma (,)
Ayat yang betul:

Instrumen kepercayaan matematik yang digunakan dalam kajian ini


adalah hasil adaptasi daripada instrumen Beliefs about
Mathematical Problem Solving (Kloosterman & Stage, 1992),
Students Mathematics-Related Beliefs Questionnaire (MRBQ) (Opt
Eynde & De Corte, 2003) dan instrumen yang dibina oleh Randel et
al. (2000).

Pengkaji telah merujuk instrumen yang digunakan oleh Roslina (2007)


sebagai panduan.
1) Kesalahan bahasa sintaksis.
a. Kesalahan ayat tergantung.
Ayat yang betul:

Pengkaji telah merujuk instrument yang digunakan oleh Roslina (2007)


dalam kajiaannya sebagai panduan.

Instrumen Ujian Kefahaman Konseptual Integral yang digunakan


dalam kajian ini dibina oleh pengkaji dengan dibantu oleh beberapa
orang guru pakar matematik berpengalaman.
1) Kesalahan bahasa sintaksis.
a. Kesalahan struktur ayat.
Ayat yang betul:

Instrumen Ujian Kefahaman Konseptual Integral yang digunakan


dalam kajian ini dibina oleh pengkaji dengan bantuan daripada
beberapa orang guru pakar matematik berpengalaman.

Tiga soalan daripadanya merupakan item daripada menyelesaikan


masalah sederhana yang melibatkan integral tak tentu dan integral
tentu, satu soalan merupakan item daripada mengira luas kawasan
yang dibatasi oleh lengkungan dan paksi X-Y, satu soalan merupakan
item daripada mengira isi padu bongkah dari sebuah lengkungan yang
diputar, dan satu soalan terakhir merupakan item daripada mengira isi
padu bongkah antara dua lengkungan yang diputar.
1. Kesalahan bahasa morfologi
a. Kesalahan kata sendi daripada.
b. Kesalahan imbuhan.
2) Kesalahan bahasa sintaksis.
a. Kesalahan strukur ayat
3) Kesalahan mekanis
a. Kesalahan tanda koma(,)
Ayat yang betul:

Tiga soalan daripadanya merupakan item penyelesaian masalah


sederhana yang melibatkan integral tak tentu dan integral tentu,
satu soalan berkaitan mengira luas kawasan yang dibatasi oleh
lengkungan dan paksi X-Y, satu soalan berkaitan mengira isi padu
bongkah dari sebuah lengkungan yang diputar dan satu soalan
terakhir merupakan item daripada mengira isi padu bongkah antara
dua lengkungan yang diputar.

Ciri masalah matematik yang dikemukakan dalam soalan-soalan yang


dibina adalah yang memerlukan pelajar membuat kefahaman.
1) Kesalahan bahasa sintaksis
a) Kesalahan struktur ayat
b) Kesalahan ayat tergantung
Ayat yang betul:

Masalah matematik yang dikemukakan dalam soalan-soalan yang


dibina memerlukan pelajar untuk membuat kefahaman secara lebih
mendalam .

Anda mungkin juga menyukai