Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENDAHULUAN
Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangakan pengenalan yang merangkumi
latar belakang kajian. Selain itu, bahagian ini membincangkan refleksi pengajaran
dan pembelajaran yang lalu. Refleksi nilai pendidikan juga dibincangkan dalam bab
ini.

1.1 Pengenalan

Kegunaan Matematik adalah satu perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan
seharian. Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan
pemikiran mantik, analitis, bersistem dan krtitis, penyelesaian masalah dan kebolehan
mneggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam
kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Bagi
mencapai matlamat ini, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu
dipertingkatkan lagi.
Matematik dijadikan salah satu mata pelajaran teras di dalam sukatan
kurikulum Pendidikan Khas. Pembelajaran Matematik ini bertujuan untuk membina
pemahaman subjek tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,
memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran, 2013). Matlamat-matlamat ini akan tercapai dengan cemerlang
sekiranya guru mewujudkan etika yang komited dalam mengimplementasikan
kurikulum Matematik secara berkualiti.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pengkaji adalah seorang guru Pendidikan Khas yang mengajar mata pelajaran
Matematik di Sekolah Kebangsaan A, Daerah Temerloh, Pahang. Kelas pengkaji
mengajar ini mempunyai 5 orang subjek yang terdiri daripada subjek slow learner.

Dalam sesi pengajaran, pengkaji mendapati subjek mempunyai masalah


dalam operasi tambah dengan mengumpul semula. Pengkaji telah menjalani ujian
operasi tambah dua digit dengan satu digit dengan mengumpul semula bagi
mengesan masalah yang dihadapi. Hasil ujian tersebut, pengkaji telah mendapati
terdapat tiga orang subjek menghadapi masalah untuk menambah dua digit dengan
satu digit dengan mengumpul semula.
Sepanjang pemerhatian pengkaji, subjek-subjek ini tidak faham konsep
mengumpul semula dalam operasi tambah. Semasa mengira mereka teragak-agak
sama ada soalan latihan yang diberikan memerlukan pengiraan mengumpul semula
atau tanpa mengumpul semula. Hal ini boleh menyebabkan jawapan yang diberikan
adalah salah. Kesalahan sebegini amat membimbangkan pengkaji kerana operasi
tambah ini amat penting sebelum belajar ke operasi seterusnya. Oleh sebab itu,
terhasilnya intervensi teknik stick box ini bagi membantu subjek-subjek pengkaji
mengatasi masalah mereka dalam menguasai kemahiran ini.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk


memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran, 2013). Oleh itu, murid perlu dibimbing untuk menguasai
kemahiran asas matematik dan penaakulan serta cara-cara berfikir agar dapat
disesuaikan dalam kehidupan seharian.
Menurut Noraini Idris (2005), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
Matematik telah dikenal pasti mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan
dalam proses pengajaran yang dijalankan dalam sesuatu bilik darjah. Kadangkala
kaedah pengajaran yang digunakan menyebabkan proses pembelajaran menjadi
lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata. Memandangkan sekolah
merupakan medan ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan maka wajarlah

bagi guru menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup
berkesan. Salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya di
bidang matematik ialah apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan
pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing.

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN

2.1 Fokus kajian

Dalam kajian ini, pengkaji seorang guru Pendidikan Khas yang menjalankan kajian
tindakan ke atas subjek Pendidikan Khas. Kajian ini dijalankan bertujuan mencari
kaedah dan teknik pengajaran yang tepat dan sesuai bagi meningkatkan kemahiran
subjek dalam operasi tambah dua dengan dua digit dengan mengumpul semula dalam
mata pelajaran Matematik. (Chong Lean Keow, 2008) menyatakan bahawa hasil
pengajaran yang paling penting sekali ialah meningkatkan kebolehan subjek untuk
belajar dengan lebih mudah dan berkesan hasil perolehan pengetahuan, kemahiran,
serta penguasaan proses pembelajaran.

2.1.1

Tinjauan masalah

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah membuat tinjauan masalah terhadap


masalah yang dikenal pasti. Tinjauan ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih
mendalam kepada pengkaji terhadap masalah tersebut. Pengkaji telah meninjau
masalah menggunakan alat kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian.

i.

Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur di mana pengkaji telah


menyediakan senarai semak untuk ditadbir kepada subjek. Pengkaji telah
menyediakan senarai semak semasa tinjauan awal kajian.
Pada tinjauan awal ini, pengkaji telah membuat pemerhatian iaitu untuk
memilih subjek yang bermasalah dalam mata pelajaran Matematik untuk dijadikan
subjek. Pengkaji telah menyediakan satu senarai semak berdasarkan sukatan
pelajaran Matematik Pendidikan Khas bagi memudahkan pemerhatian.

ii.

Temu bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual bersama subjek. Pemilihan kaedah temu bual
adalah kerana masalah yang dihadapi oleh subjek akan menjadi lebih jelas di mata
pengkaji.
Hasil daripada temu bual telah dicatat oleh pengkaji dan ternyata subjek tidak
memahami pengajaran guru. Terdapat juga sebilangannya tidak meminati pelajaran
matematik. Temu bual ini telah mengesahkan lagi masalah yang dihadapi oleh subjek
yang dipilih.
iii.

Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian iaitu ujian sebelum intervensi dilaksanakan.


Memandangkan subjek menghadapi masalah dalam operasi tambah dengan
mengumpul semula, pengkaji telah membina satu set ujian yang mengandungi
kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam
lingkungan 50 tanpa bantuan daripada pengkaji. Selain untuk mengenal pasti
kelemahan subjek, ujian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana pencapaian
subjek dalam menjalani ujian sebelum teknik stick box diperkenalkan.
Setelah dinilai, pengkaji mendapati subjek lemah dalam operasi tambah
dengan mengumpul semula bagi 2 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 50. Hal ini
kerana penguasaan subjek pada peringkat awal membolehkan subjek menguasai
operasi lain seperti tolak, darab dan bahagi dengan baik.

Pemerhatian (Senarai semak)


- Sebelum intervensi

Temu bual (soalan temu bual)

Ujian (soalan ujian)

- Sebelum (subjek)

- Ujian awal

Rajah 1 : Instrumen Kajian

2.1.2

Analisis masalah

Setelah melaksanakan tinjauan masalah, pengkaji telah melakukan analisis terhadap


tiga alat kajian yang digunakan semasa kajian. Alat kajian tersebut ialah pemerhatian,
temu bual dan ujian.

i.

Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur untuk mengenal pasti


masalah dan subjek kajian. Senarai semak telah disediakan bagi membantu pengkaji
mendapatkan maklumat yang lebih jitu dan memudahkan pengkaji untuk membuat
pemerhatian.
Setelah membuat pemerhatian ke atas semua subjek di dalam kelas Khas
Cerdas, pengkaji telah mendapati terdapat dua orang subjek yang bermasalah dalam
menyelesaikan masalah menambah dan sekaligus pengkaji telah menjadikan dua
orang subjek ini sebagai subjek kajian.
Jadual 1 : Pemerhatian awal subjek-subjek Khas Cerdas
Bil Kemahiran yang diuji SubjekA
1

Mengenal
nombor
dalam lingkungan 21
hingga 50

Subjek
B

Subjek
C

Subjek
D

Subjek
E

Membilang
nombor
dalam lingkungan 21
hingga
50
secara
menaik

Membilang
nombor
dalam lingkungan 21
hingga
50
secara
menurun

Menentukan
nilai
nombor
dalam
lingkungan 21 hingga
50

Menentukan
nilai
tempat (sa dan puluh)
sehingga 50

Menulis nombor dalam


lingkungan 21 hingga
50

Menggunakan nombor
lingkungan 21 hingga
50 dalam kehidupan
seharian

Menulis
ayat
matematik bagi operasi
tambah

Menambah nombor 2
digit dengan 1 digit
tanpa
mengumpul
semula

10

Menambah nombor 2
digit dengan 1 digit
dengan
mengumpul
semula

11

Menambah nombor 2
digit dengan 2 digit
tanpa
mengumpul
semula

12

Menambah nombor 2
digit dengan 2 digit
dengan
mengumpul

semula

Berdasarkan jadual 1, terdapat tiga orang subjek yang bermasalah dalam


Matematik di mana mereka tidak dapat menambah nombor 2 digit dengan 1 digit
dengan mengumpul semula, menambah nombor 2 digit dengan 2 digit tanpa
mengumpul semula dan menambah nombor 2 digit dengan 2 digit dengan
mengumpul semula dalam lingkungan 50.

Jadual 2 : Keputusan pemerhatian awal ke atas Subjek A, Subjek B dan Subjek C

Bi

Kemahiran yang

Subjek

Subje

Subjek

l
1

diuji
Mengenal nombor

kB

Analisis
Ketiga-tiga

subjek

dalam lingkungan
21 hingga 50
2

Membilang
nombor
dalam
lingkungan
21
hingga 50 secara
menaik

mengenal nombor dalam


lingkungan 21 hingga 50.

Ketiga-tiga subjek boleh


membilang nombor dalam
lingkungan 21 hingga 50
secara

menaik

dengan

betul.
3

Membilang
nombor
dalam
lingkungan
21
hingga 50 secara
menurun

Ketiga-tiga subjek tidak


boleh membilang nombor
dalam lingkungan 21 hingga
50 secara menurun dengan
betul.

Menentukan nilai
tempat (sa dan
puluh) 21 hingga
50

Ketiga-tiga subjek dapat


menentukan nilai tempat (sa
dan puluh) 21 hingga 50
dengan betul.

Menulis
nombor
dalam lingkungan
21 hingga 50

Ketiga-tiga subjek dapat


menulis nombor dalam
lingkungan 21 hingga 50
dengan betul.

Menulis
ayat
matematik
bagi
operasi tambah

Ketiga-tiga subjek dapat


menulis ayat matematik
bagi operasi tambah dengan
betul.

Menambah nombor
2 digit dengan 1
digit
tanpa
mengumpul semula

Ketiga-tiga subjek berjaya


menguasai kemahiran ini.

Menambah nombor
2 digit dengan 1
digit
dengan
mengumpul semula

Ketiga-tiga subjek tidak


berjaya
menguasai
kemahiran ini.

Menambah nombor
2 digit dengan 2
digit
tanpa
mengumpul semula

Ketiga-tiga subjek tidak


berjaya
menguasai
kemahiran ini.

10 Menambah nombor
2 digit dengan 2

Ketiga-tiga
berjaya

subjek tidak
menguasai

digit
dengan
mengumpul semula

kemahiran ini.

Berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh dalam jadual 2, pengkaji


mendapati subjek A, B dan C berjaya menguasai nombor 21 hingga 50 di mana
mereka dapat mengenal nombor, membilang nombor secara menaik, menentukan
nilai tempat dan menulis nombor. Namun, pengkaji mendapati subjek gagal
membilang nombor secara tertib menurun.
Dalam kemahiran lain iaitu menulis ayat matematik bagi operasi tambah dan
menambah 2 digit dengan 1 digit tanpa mengumpul semula dapat dikuasai oleh
subjek A, B dan C. Pengkaji juga mendapati subjek menghadapi masalah untuk
menyelesaikan operasi tambah 2 digit dengan 1 digit dan 2 digit dengan 2 digit
dengan mengumpul semula. Subjek juga menghadapi masalah dalam menambah 2
digit dengan 2 digit tanpa mengumpul semula. Melihat kepada situasi ini, pengkaji
berpendapat subjek menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran menambah
dengan mengumpul semula.

Perbezaan Penguasaan Subjek Terhadap Aspek Yang Diuji

Subjek C; 33%

Subjek A; 33%

Subjek B; 33%

Rajah 2 : Perbezaan penguasaan kemahiran antara Subjek A, Subjek B dan Subjek C

Jika dilihat berdasarkan rajah 1, pengkaji mendapati subjek mempunyai


pencapaian yang sama. Ketiga-tiga subjek tidak berjaya menguasai kemahiran
operasi tambah dengan baik. Berdasarkan tinjauan awal ini, pengkaji telah
menyediakan lembaran sebagai ujian awal yang mengandungi pelbagai soalan
operasi tambah yang terdiri daripada lingkungan 50.
ii.

Temu bual

Alat kajian kedua yang digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah
subjek ialah temu bual. Temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang
lebih tepat tentang subjek di sekolah.
Ternyata, temu bual dengan subjekmsangat membantu pengkaji dalam usaha
mendapatkan maklumat berkaitan subjek yang telah dipilih. Berikut adalah hasil
dapatan daripada temu bual yang telah dijalankan.

Jadual 3 : Analisis temubual dengan Subjek A, Subjek B dan Subjek C

Bi
l
1

Perkara
Apakah
pekerjaan

ibu

Subjek

Subjek

Subjek

Refleksi pengkaji

A
Tukang

B
Peneroka

C
Jaga

Subjek A, B dan C berasal

kebun

dari keluarga yang

bapa / penjaga

berpendapatan rendah

kamu?
2

Kamu

suka

mata pelajaran
matematik?

Tidak

Tidak

Ya

Subjek A dan B tidak minat


mata pelajaran matematik

Adakah

kamu

Tidak

Tidak

Ya

Subjek A dan B bosan

seronok apabila

belajar matematik kerana

belajar

aktiviti pembelajaran guru

matematik?

yang membosankan dan


kurang menarik minat
murid untuk belajar.

Kamu

faham

apabila

Tidak

Tidak

Tidak

guru

Semua subjek sukar


memahami apa yang diajar

mengajar

oleh guru kerana

matematik?

penerangan guru secara


chalk and talk sukar
difahami oleh murid.

Adakah
pergi

kamu
tuisyen

matematik

di

Tidak

Tidak

Tidak

Berkemungkinan subjek
tidak mampu untuk pergi
ke kelas tuisyen

luar?

i.

Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian sebelum intervensi dilaksanakan. Setelah pengkaji


mengenal pasti kelemahan subjek adalah dalam kemahiran operasi tambah dengan
mengumpul semula, satu ujian awal yang mengandungi kemahiran operasi tambah 2
digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 dilaksanakan.
Memandangkan subjek lemah dalam kedua-dua bahagian, pengkaji memutuskan
untuk melaksanakan intervensi bagi membantu subjek untuk kemahiran menambah 2
digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula. Hasilnya ujian adalah seperti di
berikut:

Jadual 4 : Hasil ujian Subjek A, Subjek B dan Subjek C

Bil

Soalan

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
Soalan 5
Soalan 6
Soalan 7
Soalan 8
Soalan 9

Subjek A
Betul
Salah

Subjek B
Betul
Salah

Subjek C
Betul
Salah

Jadual 5 : Markah Subjek A, Subjek B dan Subjek C

Subjek
Subjek A
Subjek B
Subjek C

Markah
2/9
0/9
3/9

Peratusan (%)
22%
0%
33%

Berdasarkan hasil ujian, subjek A berjaya menjawab 2 daripada 9 soalan


manakala subjek B tidak berjaya langsung menjawab soalan yang diberikan. Bagi
subjek C pula berjaya menjawab 3 daripada 9. Markah yang diperoleh menunjukkan
bahawa kedua-dua subjek ternyata sangat lemah dalam menyelesaikan kemahiran
operasi tambah 2 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 50.

3.0 SOROTAN LITERATUR

Atan Long (1982) dalam Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992) dalam Hudayanna
Asyikin Sarudin, Ani Salwiah Zakaria (2013) menyatakan bahan bantu belajar (BBB)
terdiri daripada pelbagai bahan dan disampaikan dengan pelbagai cara, contohnya
bentuk buku, carta atau dipancarkan dalam slaid.
Menurut Kamaruddin Hj Hussin (1989) dalam Hudayanna Asyikin Sarudin,
Ani Salwiah Zakaria (2013) pula, tugas pengajar adalah untuk menyampaikan
maklumat atau fakta kepada murid. Tujuan BBM pula adalah untuk mempengaruhi
dan menghiburkan dan beliau merumuskan bahawa bahan bantu ini mempunyai
kepentingannya seperti memberi rangsangan dan minat subjek, menyediakan dasar
kukuh untuk perkembangan dan corak pemikiran dan menjadikan pembelajaran
subjek lebih mendalam dan beragam.

Menurut Porter, et al. (1997) dalam Jamila K.A Mohamed (2005) menyatakan
pendidikan sensori dan persepsi penting bagi membentuk fungsi sensori dengan
efektif. Walaupun majoriti sekolah khas memperkatakan tentang pentingnya
menyediakan kurikulum sensori kepada murid mereka tetapi dari segi pelaksanaan
masih belum terbukti dengan memuaskannya daripada perspektif fungsional, isyaratisyarat sensori penting bagi membolehkan murid khas diberi pendedahan tentang
konsep baru.
Pengamatan sangat penting dalam proses kognitif. Daya pengamatan yang
lemah menyebabkan murid tidak dapat mengecam nombor dengan baik seterusnya
tidak dapat menguasai pelajaran tersebut. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi
keempat (2007) pengamatan diertikan sebagai penelitian. Janet (1971) dalam
bukunya Children With Learning Disabilitis mendefinisikan pengamatan sebagai satu
proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera atau mekanisma
yang mentafsirkan pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Dengan itu,
pengkaji berpendapat dengan menggunakan aktiviti yang cenderung kepada minat
dapat membantu subjek meningkatkan daya pengamatan terutamanya dari aspek
pengamatan penglihatan. Pengkaji melihat ianya adalah satu usaha yang dapat
meningkatkan kemahiran subjek bukan hanya dalam operasi tambah tetapi juga
dalam apa-apa perkara yang dilakukan, bukan hanya tertumpu pada mata pelajaran
sahaja.
Selain itu, menurut Dustin B. Mancl et al., (2012) dalam artikel Siti Nur
Alifah binti Mohmad Nasir dan Mas Norbany binti Abu Samah pula, dalam kajian
mereka menyatakan bahawa kebanyakkan murid yang lemah sering menghadapi
kesukaran untuk memahami mata pelajaran matematik. Berdasarkan dapatan kajian
tersebut, murid yang lemah sering mempunyai pemahaman yang terhad berkaitan
operasi tambah dan tolak, kemahiran untuk mengira serta menyelesaikan masalah
matematik yang dipelajari. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut
kemudiannya akan terus berhadapan dengan masalah ini dan memberi impak ke atas
kurikulum yang semakin kompleks seterusnya menyebabkan mereka turut gagal
untuk memahami sub-tajuk penolakan bagi topik-topik yang dipelajari.
Muhammad Faez Bin Saiffuddin Hong dan Tengku Zawawi Bin Tengku
Zainal, PhD (2014) menyatakan di dalam artikelnya bahawa penggunaan bahan

konkrit adalah sangat praktikal bagi membantu murid untuk lebih mengingati apa
yang dipelajari terutama jika melibatkan kemahiran mengumpul semula. Pendapat ini
telah disokong oleh Berman dan Friederwitzer (1981) bahawa penggunaan blok asas
sepuluh sangat bagus dalam membantu murid-murid membuat imaginasi mental
semasa pengiraan penambahan secara kumpul semula. Fuson dan Briars (1990) juga
turut menyokong keberkesanan penggunaan bahan konkrit dalam menyelesaikan
masalah penambahan secara kumpul semula.
Menurut Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad (2007)
menyatakan bahawa bahan maujud atau konkrit atau bahan manipulatif merupakan
bahan bantu kepada pelajar dalam usaha untuk memahami sesuatu konsep
matematik. Aras ini sangat penting kepada pelajar dan sangat mencabar kreativiti
seorang guru dalam menyampaikan sesuatu konsep matematik.
Setelah membuat pembacaan, perbincangan dengan guru dan rakan, pengkaji
telah menemukan satu kaedah yang sangat mudah, praktikal dan menarik minat
subjek. Teknik ini dikenali sebagai stick box. Stick box merupakan satu bahan bantu
mengajar yang hendak digunakan oleh pengkaji supaya subjek faham konsep
menambah dengan mengumpul semula bagi nombor 2 digit dengan satu digit dalam
lingkungan 50.
Stick box ini diinovasikan oleh pengkaji sendiri setelah melihat subjek tidak
dapat menjawab soalan menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula
dalam lingkungan 50. Stick bermaksud pembilang yang dibuat daripada chopstick.
Pembilang ini digunakan mewakili nombor pada soalan yang diberikan. Manakala
box bermaksud kotak yang mempunyai dua nilai tempat iaitu nilai tempat puluh dan
sa. Box ini mempunyai sepuluh lubang pada nilai tempat sa dan sepuluh lubang pada
nilai tempat puluh. Kemudian lubang ini akan dimasukkan stick mengikut jumlah
yang dikehendaki. Maka kemahiran menambah boleh menggunakan stick box ini
supaya murid lebih memahami apa yang diajar oleh guru.

10 cm

Puluh

Sa

30 cm

Rajah 3 : Model Stick Box

4.0 OBJEKTIF/SOALAN KAJIAN

4.1 Objektif am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah 2 digit dengan 1
digit dalam lingkungan 50.

4.2 Objektif khusus

Teknik stick box dapat meningkatkan kemahiran menambah 2 digit dengan 1 digit
tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 50.

4.3 Soalan kajian

Adakah teknik stick box dapat meningkatkan kemahiran menambah 2 digit dengan 1
digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 50?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada tiga orang subjek yang mempunyai
masalah yang sama iaitu slow learner. Mereka belajar di Kelas Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan A. Subjek yang dipilih dikategorikan berada di
tahap yang sederhana di dalam kelas tersebut.
Subjek A merupakan seorang subjek perempuan berumur 11 tahun. subjek ini
berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Mempunyai 2 orang adik
beradik dan merupakan anak pertama. Masalah yang dihadapi oleh subjek ini ialah
slow leaner. Namun subjek A sudah boleh mengenal, menulis dan menyebut nombor
dalam lingkungan 50. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan subjek ini
faham namun apabila latihan diberikan subjek ini telah lupa apa yang telah dipelajari
semasa menjawab soalan. Latihan yang diberikan menunjukkan hasil yang tidak

memuaskan di mana kerap kali melakukan kecuaian semasa membuat aktiviti


mengira dan menulis.
Subjek B pula merupakan seorang subjek perempuan berumur 11 tahun.
Mempunyai 3 orang adik beradik dan merupakan anak pertama. Masalah yang
dihadapi oleh subjek ini juga ialah slow learner. Subjek ini juga mempunyai masalah
dalam menambah walaupun sudah mengenali nombor. Jawapan yang diberikan
adakalanya salah.. Pengkaji melihat subjek ini tidak dapat memberikan tumpuan
dalam tempoh masa yang agak lama. Apabila tumpuannya hilang, dia kerap
mengganggu rakan di sebelah sekaligus menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terganggu. Subjek ini juga kerap menangis sekiranya diganggu oleh
rakan yang lain.
Subjek C berumur 11 tahun dan mempunyai 4 orang adik beradik. Subjek
merupakan anak kedua. Pendapatan isi rumah keluarga subjek adalah rendah.
Masalah yang dihadapi oleh subjek ialah slow learner. Subjek sukar memahami apa
yang dipelajari walaupun sudah diberikan pelbagai contoh. Namun subjek merupakan
seorang yang rajin dan mendengar arahan.
Berdasarkan kepada masalah yang dikenalpasti, pengkaji telah merangka satu
kaedah penyelesaian bagi membantu subjek mengatasi masalah menambah dengan
mengumpul semula. Pengkaji telah merancang aktiviti yang sesuai dengan keperluan
subjek bagi menarik perhatian mereka dalam usaha membantu mereka menguasai
aktiviti menambah 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam
lingkungan 50 dengan betul atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan
kesalahan yang akan mereka lakukan. Oleh itu, satu instrumen telah pengkaji
jalankan untuk mengatasi masalah yang telah dinyatakan di atas.
Subjek ini dipilih secara bertujuan untuk mencapai objektif kajian. Subjek
dipilih berdasarkan hasil yang diperoleh daripada ujian awal. Pengaplikasian kaedah
mengajar menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik telah diterapkan ke atas
subjek ini dalam usaha membantu subjek menyelesaikan operasi tambah dengan
mengumpul semula dalam lingkungan 50. Diharapkan dengan intervensi yang
dijalankan ini tidak hanya membantu subjek tetapi juga membantu guru jika

menghadapi masalah yang sama sekaligus meningkatkan taraf pendidikan di negara


kita.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah
kajian dengan mengikut model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Kajian tindakan
ini bergerak secara berterusan melibatkan 5 peringkat. Aspek-aspek yang terlibat
dalam peringkat tersebut ialah mengenal pasti aspek amalan, merancang, tindakan
atau implementasi, melihat kesan tindakan dan refleksi.

Mengenal pasti aspek


amalan
- mengumpul data melalui
pemerhatian, senarai semak
dan temu bual.

Merancang Tindakan
- menghasilkan bahan
bantu mengajar
menggunakan stick box

Refleksi
- Membuat rumusan

Mengumpul Data
- mengumpul data tentang
kesan tindakan
mneggunakan pemerhatian,
temu bual, pemerhatian dan
ujian.

Melaksanakan Tindakan
- melaksanakan intervensi
menggunakan stick box

Rajah 3 :Adaptasi daripada Model PT Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

6.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

Kajian tindakan yang dilaksanakan perlulah dirancang dengan baik. Tanpa


perancangan

yang

baik,

pengkaji

akan

menghadapi

kesukaran

sepanjang

menyelesaikan masalah. Perancangan kajian ini penting bagi membantu subjek


menyelesaikan masalah operasi tambah dengan mengumpul semula dengan betul
menggunakan teknik stick box.

6.1.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan

Pemerhatian pada peringkat awal penting bagi melihat tahap atau kemampuan subjek
kelas Khas Cerdas semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung. Melalui
pemerhatian ini, pengkaji dapat mengenal pasti subjek yang bermasalah dalam mata
pelajaran Matematik untuk dijadikan subjek. Untuk mendapatkan keputusan yang
lebih tepat, pengkaji telah menyediakan senarai semak untuk dibuat analisa.
Pengkaji juga mengadakan temu bual untuk mendapatkan maklumat yang
lebih tepat. Temu bual dijalankan pada subjek itu sendiri. Selain untuk mendapatkan
maklumat mengenai subjek, pengkaji juga tidak melepaskan peluang untuk
mendapatkan tunjuk ajar dan pendapat daripada guru-guru Pendidikan Khas untuk
menambah baik perancangan yang telah pengkaji rangka.
Selain itu, pengkaji juga telah menyediakan lembaran dan menganalisis
jawapan yang telah diberi. Berdasarkan analisis tersebut, pengkaji mendapati subjek
mempunyai masalah untuk menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul
semula dalam lingkungan 50 dengan betul.

6.1.2

Merancang

Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah membuat tinjauan awal ke atas subjek di
kelas Pendidikan Khas. Setelah membuat pemerhatian dan mengenal pasti masalah,
pengkaji banyak membuat carian melalui internet untuk mendapatkan maklumat
mengenai kaedah dan cara penyelesaian bagi masalah yang pengkaji kenal pasti.
Setelah itu, pengkaji banyak membuat perbincangan bersama pensyarah
pembimbing dalam usaha mendapatkan kaedah atau kaedah penyelesaian yang
terbaik kepada masalah subjek iaitu membantu subjek menyelesaikan masalah
operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 dengan betul.
Setelah membuat penilaian dan mengambil kira semua aspek, pengkaji telah memilih
penggunaan teknik stick box sebagai cara terbaik dalam membina minat subjek
terhadap Matematik sekaligus menyelesaikan masalah operasi tambah dengan
mengumpul semula dalam lingkungan 50 di kalangan subjek-subjek Pendidikan
Khas.

6.1.3

Tindakan

Peringkat ketiga adalah peringkat yang penting kerana pada peringkat ini pengkaji
dapat melihat sama ada peringkat perancangan tindakan berjaya dilaksanakan
ataupun tidak. Pengkaji akan melaksanakan tindakan seperti yang dirancang pada
peringkat ini. Intervensi ini akan berjalan lancar dengan adanya pelan tindakan yang
disusun rapi.
Melalui pelaksanaan tindakan, pengkaji telah membuat tinjauan awal melalui
pemerhatian berdasarkan senarai semak yang telah disediakan. Setelah mengenal
pasti kelemahan subjek, pengkaji telah mengedarkan lembaran untuk menguji dengan
lebih dalam berkenaan kemahiran menambah dengan mengumpul semula.

6.1.4 Mengumpul Data

Pada peringkat pengumpulan data, pengkaji akan mengumpul data untuk melihat
sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah dijalankan kepada semua subjek
dalam kajian ini. Tujuannya mengumpul data ini adalah supaya pengkaji dapat
melihat perubahan yang berlaku pada pencapaian subjek selepas melaksanakan
intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur, temu bual dan ujian
bagi mengumpul data untuk melihat keberkesanan teknik stick box. Pemerhatian
dilaksanakan ketika subjek membuat latihan menulis dan lisan. Temu bual dilakukan
kepada subjek untuk melihat latar belakang, minat dan kecenderungan subjek
terhadap mata pelajaran matematik. Manakala, ujian dilakukan melihat kefahaman
subjek pada kemahiran operasi menambah dengan mengumpul semula.

6.1.5

Refleksi

Selepas menganalisis dan menilai semua yang dikumpulkan iaitu sebelum dan
selepas melaksanakan intervensi kepada subjek, penilaian dapat dibuat. Tujuannya
untuk mengenalpasti sama ada berlaku perubahan ataupun tidak selepas intervensi.
Oleh itu refleksi dapat dibuat berdasarkan data yang dikumpul selepas tindakan
dijalankan.

6.2 Perancangan cara mengumpul data


Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan dengan lebih mendalam cara atau langkah
untuk mengumpul data. Data-data telah dikumpulkan dari awal hingga akhir kajian
dalam tempoh masa tiga bulan semasa pengkaji sedang menjalani praktikum di
Sekolah Kebangsaan A. Tujuan utama pengumpulan data adalah untuk menilai
keberkesanan pengajaran menggunakan teknik stick box ini. Terdapat tiga alat yang
digunakan dalam kajian ini untuk mengumpul data. Antaranya ialah pemerhatian,
temu bual dan ujian.
6.2.1

Pemerhatian

Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara


berstruktur di mana pengkaji telah menyediakan senarai semak untuk ditadbir kepada
subjek. Pengkaji telah menyediakan tiga senarai semak iaitu semasa tinjauan awal
kajian, senarai semak sebelum intervensi dan senarai semak selepas intervensi.
Tujuan

utama

senarai

semak

ini

disediakan

sebelum

pemerhatian

dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tingkah laku subjek terdahulu. Selain itu,
item yang disediakan juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran atau
tidak. Pemerhatian menggunakan senarai semak dapat menggambarkan dengan lebih
terperinci mengenai kemahiran, kebolehan dan keupayaan subjek dalam mata
pelajaran Matematik.
Pemerhatian yang dilakukan secara terancang dan sistematik dapat membantu
pengkaji dalam membuat kajian. Pemerhatian pertama dilakukan semasa tinjauan

awal untuk mengesan kelemahan subjek dalam mata pelajaran Matematik. Setelah
mengetahui daerah kelemahan subjek iaitu kemahiran operasi tambah, pengkaji
menyediakan satu set soalan yang mengandungi kemahiran menambah untuk
mengetahui dengan lebih mendalam kelemahan yang dihadapi subjek. Senarai semak
untuk pemerhatian kali pertama dibuat berdasarkan sukatan pelajaran Matematik.
(Rujuk lampiran A)
Kesimpulannya, pemerhatian yang dijalankan membolehkan pengkaji
membuat refleksi dengan melihat kelebihan dan kekurangan intervensi yang telah
dijalankan ke atas subjek kajian. Setiap kekurangan yang dikenal pasti telah
dimurnikan cara pelaksanaannya supaya sesuai berdasarkan kemampuan sekaligus
membantu subjek menguasai kemahiran yang ingin ditambah baik.
6.2.2

Temu bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual ke atas guru dan subjek kajian bagi
mendapatkan maklum balas yang lebih terperinci. Temu bual berstuktur telah
dijalankan pada fasa ketiga tindakan dijalankan. Temu bual berstuktur telah
dijalankan ke atas subjek supaya jawapan yang diberikan dapat memberi maklumat
yang tepat ke atas intervensi yang telah dijalankan. Selain itu temu bual ini juga
dapat memberikan maklum balas kepada pengkaji akan keberkesanan teknik yang
digunakan dan sekiranya terdapat masalah pengkaji dapat menyelesaikan dengan
kadar yang segera. Data ini menjurus kepada objektif kajian.
Melalui kaedah temu bual, pengkaji dapat mengumpul pendapat dan
pengalaman dalam bentuk penyataan langsung daripada orang yang ditemu bual.
Pengalaman yang dilalui adakalanya tidak dapat dikesan semasa pengkaji sedang
membuat pemerhatian. Melalui temu bual, pengkaji dapat mengemukakan soalan
susulan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelakuan yang ditunjukkan
(Marohaini Yusoff, 2004).
Pengkaji juga telah menyediakan soalan yang berkaitan untuk ditemu bual.
Temu bual berstruktur seperti ini membantu pengkaji untuk mengumpul dan

menyusun data secara sistematik mengikut tema. Pengkaji menyediakan soalan


supaya temu bual yang dijalankan dapat mengumpul maklumat yang diinginkan
selain merangsang subjek mengeluarkan maklumat. (Rujuk lampiran B)
Melalui temu bual juga, pengkaji dapat mengetahui tahap subjek selepas
intervensi. Melalui sesi temu bual, subjek kajian telah mengingat semula seberapa
banyak yang dapat tentang apa yang berlaku ketika intervensi dijalankan. Usaha
membantu subjek mengingat kembali adalah dengan mengemukakan soalan yang
menjurus kepada perlakuan yang ditunjukkan ketika intervensi.
6.2.3

Ujian

Pengkaji telah menjalankan ujian sebelum intervensi. Ujian ini dapat memberikan
data yang lebih tepat dan efisyen. Ujian selepas intervensi akan dijalankan untuk
melihat keberkesanan penggunaan teknik stick box dalam meningkatkan kemahiran
operasi tambah dengan mengumpul semula dalam lingkungan 50 di kalangan murid
Pendidikan Khas.
Item-item ujian adalah berdasarkan kepada kemahiran yang ingin pengkaji
uji. Ujian ini ditadbir sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas subjek.
Kedua-dua set soalan ini adalah soalan yang sama bagi memastikan subjek benarbenar menguasai kemahiran menambah. Selain itu, penilaian berdasarkan set soalan
yang sama ini memudahkan pengkaji untuk melihat peningkatan yang berlaku atau
menilai sejauh mana penguasaan subjek terhadap kemahiran tersebut.
Soalan ujian telah disediakan bagi merekodkan data soalan yang berjaya dan
tidak berjaya dijawab oleh subjek. Data direkod bagi memudahkan pengkaji
membuat perbandingan dalam bentuk jadual dan graf. Sebanyak 10 soalan telah
disediakan dan subjek perlu menjawab soalan berbantukan bahan seperti dan dan
kertas pelekat. Pengkaji telah menetapkan masa selama 30 minit untuk subjek
menyelesaikan kesemua soalan tersebut. Data direkod sebanyak dua kali iaitu
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Markah yang dikumpul untuk 10 item ini

akan dibahagikan dengan sepuluh kemudian didarab dengan 100 untuk mendapatkan
skor. (Rujuk lampiran C)
Bil skor yang diperoleh x 100 =

Bil item soalan

6.3 Perancangan cara menganalisis data


Kajian tindakan ini telah dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat.
Perancangan ini penting supaya kajian dapat dijalankan dengan jayanya. Terdapat 3
fasa dalam kajian ini iaitu fasa pertama (sebelum intervensi), fasa kedua (semasa
intervensi), dan fasa ketiga (selepas intervensi).
Jadual 7 : Perancangan cara menganalisis data

Fasa
Sebelum intervensi

Tindakan
Melaksanakan tinjauan awal dengan membuat pemerhatian.
Melaksanakan ujian awal.

Menemu bual subjek.


Semasa intervensi

Memperkenalkan Teknik Stick Box kepada subjek

Selepas intervensi

Melaksanakan ujian akhir.


Menemu bual subjek.
Menemu bual guru

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN


7.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Jadual 8 : Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan


Bil
1

Aktiviti/ Perkara
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

Jangkaan Tarikh
1-20 Februari 2015

data
2
3
4
5
6
7
8

Tinjauan awal
Menentukan tajuk kajian
Menentukan objektif / soalan kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan
Mengumpul data
Menganalisis data selepas tindakan
Membuat refleksi

23 Februari 2015
25 Februari 2015
27 Februari 10 April
Julai 2015
Ogos 2015
Ogos 2015
Ogos 2015

9
10

Menulis laporan penyelidikan tindakan


Pembentangan dapatan penyelidikan

Ogos / September 2015


Oktober 2015

7.2 Kos Kajian

Bil
1
2
3
4

Perkara
Kayu 2 30cm x 10cm
Kayu 1 30cm x 5cm
Chopstick
Cat Kayu

Kuantiti
1 keping
7 keping
120 batang
1 tin
Jumlah besar

Harga
RM 15.00
RM 40.00
RM 24.00
RM 25.00
RM 104.00

SENARAI RUJUKAN

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar Untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Hudayanna Asyikin Sarudin & Ani Salwiah Zakaria (2013). Penggunaan Kad Tebuk
Abjad Dan Buku Garis Tiga Bagi Membantu Murid Pemulihan Khas
Mengingat Bentuk Huruf Besar Dan Huruf Kecil. Jabatan Ilmu Pendidikan.
IPG Kampus Dato Razali Ismail
Jamila K.A Mohamed.(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

___________ (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dawama Sdn.
Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2013). Dokumen Standard Kurikulum KSSR
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Matematik Tahun 4: Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Marohaini, Y. (2004). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian.
KualaLumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad Faez Bin Saiffuddin Hong dan Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal,
PhD. (2014). Penggunaan Cross-A bagi membantu Murid Lemah Tahun 5
Menguasai Kemahiran Menambah Nombor Perpuluhan Dengan Mengumpul
Semula. Penyelidikan Tindakan PISMP 2014: Jabatan Matematik, IPG
Kampus Dato Razali Ismail.
Noraini Idris. (2005) . Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Siti Nur Alifah binti Mohmad Nasir & Mas Norbany binti Abu Samah. (2014).
Penggunaan Lif-Tolak Dalam Meningkatkan Kemahiran Penolakan Dengan
Mengumpul Semula Bagi Murid Tahun 5. Penyelidikan Tindakan PISMP
2014: Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail.

LAMPIRAN A

Senarai semak tinjauan awal mengesan kelemahan murid

Bil Kemahiran yang diuji SubjekA


1

Mengenal
nombor
dalam lingkungan 21
hingga 50

Membilang
nombor
dalam lingkungan 21
hingga
50
secara
menaik

Membilang
nombor
dalam lingkungan 21
hingga
50
secara
menurun

Subjek
B

Subjek
C

Subjek
D

Subjek
E

Menentukan
nilai
nombor
dalam
lingkungan 21 hingga
50

Menentukan
nilai
tempat (sa dan puluh)
sehingga 50

Menulis nombor dalam


lingkungan 21 hingga
50

Menggunakan nombor
lingkungan 21 hingga
50 dalam kehidupan
seharian

Menulis
ayat
matematik bagi operasi
tambah

Menambah nombor 2
digit dengan 1 digit
tanpa
mengumpul
semula

10

Menambah nombor 2
digit dengan 1 digit
dengan
mengumpul
semula

11

Menambah nombor 2
digit dengan 2 digit
tanpa
mengumpul
semula

12

Menambah nombor 2
digit dengan 2 digit
dengan
mengumpul
semula

Lampiran B
Soalan temubual (sebelum intervensi)

Bi
l
1

Perkara
Apakah
pekerjaan

ibu

bapa / penjaga
kamu?
2

Kamu

suka

mata pelajaran
matematik?
3

Adakah

kamu

Subjek

Subjek

Subjek

Refleksi pengkaji

seronok apabila
belajar
matematik?
4

Kamu

faham

apabila

guru

mengajar
matematik?
5

Adakah
pergi

kamu
tuisyen

matematik
luar?

di