Anda di halaman 1dari 8

Bahagian a ( ii ) : Ulasan kritis tentang rancangan pengajaran harian

Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih adalah rancangan pengajaran harian
Bahasa Malaysia Tahun 1, yang menggunakan kemahiran Standard Sekolah Rendah Bahasa
Malaysia Sekolah Kebangsaan ( KSSR). Kemahiran standard kandungan yang dipilih adalah
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu nyanyian secara didik hibur. Sementara
kemahiran standard pembelajaran yang dipilih adalah 4.1.2

Menyebut dengan jelas dan

memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.
Di dalam set induksi, penggunaan lagu yang bertajuk Kalau Rasa Gembira digunakan.
Lagu ini

mempunyai melodi, irama yang rancak dan mengembirakan. Kanak-kanak boleh

membuat pergerakan ketika menyanyikan lagu ini. Murid dapat menggunakan kecerdasan
kinestatik dengan membuat pergerakan seluruh anggota tubuh untuk menyampaikan maksud
lagu. Murid juga akan dapat

mengaplikasikan kecerdasan muzik iaitu berkeupayaan

menghayati muzik, peka terhadap melodi dan ton. Murid juga mampu untuk menyampaikan
makna dalam nada dengan penuh penghayatan. Semasa menyanyi, murid dapat mengesan
makna yang disampaikan oleh lagu itu. Guru dapat menguji dan mengesan kefahaman murid
dengan cara melakukan aktiviti bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan intipati lagu.
Contohya

lagu ini

mengisahkan tentang perlahiran perasaan gembira dengan melakukan

pergerakan seperti bertepuk tangan, menghentak kaki, mengenyit mata dan menyebut hora
horey. Menurut Salmah Ayob ( 1998 ), pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang
menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan
secara kreatif. Pergerakan murid semasa menyanyi ini dapat membantu murid untuk
menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan

mereka. Pergerakan kreatif boleh

membantu murid untuk bergerak mengikut rentak muzik yang dimainkan. Setiap individu akan
teransang untuk meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari
oleh mereka. Muzik adalah terapi jiwa manusia yang boleh membuatkan emosi menjadi
seimbang dan merasai suatu perasaan ketenangan di jiwa dan perasaan. Menurut Mahmood
Nazar Mohammad Nazar (1991) dalam Ismail bin Saiman dan rakan ( 2014), emosi itu satu
satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan
psikologi.

Di dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan akan

membina diri kanak-kanak kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan,
bunyi, bentuk tekstura dan irama. Sekarang ini perhatian murid terhadap pelajaran sudah mula
berfokus melalui aktiviti yang telah berjaya menarik minat murid iaitu melalui lagu Kalau Rasa
Gembira

yang menyeronokkan

hati murid-murid. Sekarang


6

guru boleh

mengalihkan

perhatian murid untuk menjuruskan kepada isi pelajaran yang akan dipelajari iaitu berkenaan
anggota badan. Sebelum guru meneruskan pelajaran, guru bersoal jawab dengan murid untuk
melatih kemahiran berfikir murid dan pengetahuan sedia ada murid berkenaan isi cerita lagu.
Contoh soalan yang boleh dikemukakan guru adalah:
1. Apakah anggota badan yang disebutkan dalam lagu?
2. Sebutkan anggota badan yang lain yang kamu tahu?
Guru harus mewujudkan hubungan interpersonal dengan murid melalui pendekatan hubungan
interpersonal. Menurut Mok Soon Sang (2011), penggunaan pendekatan
interpersonal adalah untuk mengukuhkan hubungan positif

hubungan

antara guru dengan murid

muridnya. Pendekatan ini mengutamakan komunikasi berkesan dan perbincangan yang akan
memupuk disiplin arahan diri dan seterusnya membentuk iklim bilik darjah yang kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam langkah satu, guru menggunakan lirik lagu sebagai bahan bacaan. Muridmurid tahun satu suka mengikuti pelajaran secara berhibur. Murid-murid berminat untuk
membaca dan menghafal lirik lagu. Tambahan pula bila melodi lagu itu menarik hati

dan

membolehkan mereka untuk bergerak. Untuk menambahkan pengetahuan murid, guru juga
boleh meminta murid untuk memberikan makna perkataan seperti gembira, hentak, kenyit dan
pusing. Cara ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid-murid. Murid-murid perlu
diperkenalkan cara untuk menggunakan kamus dengan memberi peluang murid untuk mencari
makna perkataan menggunakan kamus. Guru juga boleh membiasakan murid menggunakan
Laman Sesawang Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk mencari makna perkataan dengan cara
lebih cepat.

Murid perlu digalakkan untuk menerokai ilmu melalui kamus dan internet bagi

mendapatkan maklumat. Guru boleh mengaitkan lirik lagu dengan kehidupan

yang

sebenarnya. Guru memberikan peluang untuk murid mengeluarkan pendapat mereka


berkenaan persoalan yang dikemukan guru. Contohnya guru boleh bersoal jawab dengan murid
tentang perkara yang boleh membuatkan

seseorang itu merasa gembira. Guru juga perlu

mengaitkan lirik lagu dengan persekitaran murid iaitu kebersihan dan kesihatan. Guru boleh
memberikan ruang kepada murid untuk menerangkan tentang sebab-sebab seseorang mudah
untuk jatuh sakit. Peluang murid untuk memberikan pendapat ini akan melatih mereka untuk
melontarkan hujah serta mampu untuk berkomunikasi dengan khalayak dengan penuh
keyakinan. Perasaan keyakinan diri dan percaya dengan kemampuan diri akan membolehkan
murid untuk lebih maju serta berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi pada masa depan.
Strategi berfikir metakognatif yang digunakan oleh murid ketika berhujah

adalah untuk

mengaitkan maklumat baharu yang diterima dengan pengalaman sedia ada murid. Kemahiran
7

berfikir seperti ini akan membolehkan murid menjadi yakin, berjaya membuat penilaian kendiri,
mampu meneroka strategi pembelajaran, sedar mengenai aktiviti yang dijalankan dan dapat
berfikir cara belajar secara berterusan. Pemikiran aras tinggi seperti

strategi berfikir

metakognatif ini merupakan salah satu daripada sebelas Anjakan Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, Kerajaan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan

bertaraf

antarabangsa. Untuk menjamin perlaksaan kualiti pendidikan Malaysia setaraf dengan


antarabangsa

berjaya, Kementerian Pendidikan telah

merombak

semula

isikandungan

peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras
tinggi.
Kaitan isu kebersihan dan kesihatan perlu disentuh oleh guru kerana tema pelajaran
bahasa Malaysia adalah kesihatan dan kebersihan. Guru juga boleh mengaitkan isi pelajaran
dengan nilai murni. Guru telah mengolah soalan yang membolehkan murid untuk berfikir. Di
antara soalan yang boleh diajukan kepada murid adalah seperti Adakah murid dapat
bergembira apabila mereka sakit? Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan
ditimpa penyakit. Guru mengaitkan kesihatan diri murid dengan penjagaan kebersihan. Guru
menerapkan nilai murni seperti perlu menjaga kebersihan pakaian, tempat tinggal dan juga
anggota badan. Murid perlu memastikan kuku, gigi dan seluruh anggota badan sentiasa bersih
untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terjamin.
menggalakkan

Aktiviti

sebegini penting untuk

murid berfikir secara spontan dan cepat. Bagi murid yang tidak pasti dengan

jawapan, murid akan berbincang dengan rakan. Perbincangan murid ini akan menyakinkan diri
mereka bahawa perkara yang mereka fikirkan adalah bersamaan dengan rakan murid yang
lain. Cara ini akan menggalakan pertukaran pendapat antara murid berlaku dengan secara
tidak dirancang. Bagi murid yang mempunyai kecergasan interpersonal mereka akan berani
mengeluarkan pendapat mereka sendiri berkenaan persoalan yang diutarakan oleh guru.
Menurut Tuan Jah Tuah Yusof (2011) berdasarkan pendapat Howard Gardner ( 1983), seorang
yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah untuk bergaul dan berinteraksi dengan
orang lain, mampu bekerjasama

dan menyesuaikan diri dengan orang lain dan mampu

memahami dan mempengaruhi kehendak orang lain. Di

akhir

langkah pertama ini

guru

memberi peluang kepada murid untuk menyanyi lagu kalau rasa gembira. Guru meminta murid
menyanyi dan membuat gaya dengan penuh semangat. Semasa set induksi, murid
menyanyikan lagu ini dengan bantuan lagu daripada video yang guru keudarakan. Murid masih
tidak mengecam lirik lagu ini dengan sepenuhnya. Murid juga masih malu-malu untuk mengikut
gerakan dalam lagu. Dalam langkah pertama pengajaran murid telah diberi pendedahan
8

tentang lirik lagu melalui pembacaan. Murid telah memahami aturan pergerakan dalam lagu.
Murid telah menguasai lagu Kalau Rasa Gembira.

Murid dapat meluahkan perasaan dan

membentuk aras keyakinan diri yang tinggi. Murid yang menyertai aktiviti- aktiviti

seperti

nyanyian dan pergerakan kreatif akan mampu mewujudkan sifat keriangan dan bebas daripada
tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Murid
yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau
bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Setiap aktiviti haruslah dilakukan
oleh murid dengan penuh keyakinan seupaya menjamin keberkesanan.
Di dalam langkah yang kedua, guru menayangkan dalam perisian power point yang
menggunakan animasi

tangan, kaki, mata, mulut dan muka.

Semua anggota badan ini

mempunyai pergerakan tersendiri seperti tangan boleh bertepuk, kaki kucing sedang berjalan,
mata berkerlip-kerlip yang mampu bergerak secara terbuka dan tertutup, dan muka
menunjukkan reaksi tersenyum. Anggota badan ini semuanya mempunyai pergerakan masingmasing dan seakan-akan hidup. Guru menyediakan animasi ini untuk mewujudkan suasana
ceria di dalam pembelajaran dan untuk memastikan murid akan terus tertarik untuk mengikuti
pelajaran. Menurut Naim ( 2000), proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan jika guru menggunakan kreativiti, menggabungjalinkan penggunaan media dalam
pengajarannya untuk meransang

seluruh pancaindera

murid-murid kerana belajar adalah

merupakan fitrah manusia. Proses pengajaran dan pembelajaran

dapat dijalankan dalam

suasana menyeronokkan dan menyelesakan sekiranya murid meminati dan menyukai proses
pengajaran dan pembelajaran yang diikuti.
bagi setiap anggota yang disiarkan itu.

Langkah seterusnya adalah

mengeja perkataan

Aktiviti mengeja perkataan ini

perlu untuk

memantapkan lagi pembacaan murid tahun Satu. Murid bersoal jawab dengan guru berkenaan
peranan yang boleh dilakukan oleh anggota badan ini. Murid diberi peluang untuk
mengeluarkan pendapat dan berfikir tentang peranan anggota badan manusia. Contohnya
mulut, selain digunakan untuk untuk bercakap, mulut juga boleh digunakan untuk mengunyah
makanan

dan meneguk minuman.

Budaya berfikir perlu diterapkan kepada murid. Gaya

berfikir seseorang akan akan menentukan personaliti dan kehidupannya. Seorang murid yang
banyak bertanya dan membuat inkuiri penemuan sebenarnya mempunyai daya berfikir yang
aktif dan agresif. Jika amalan berfikir ini diteruskan , gaya pembelajaran murid akan berubah
kepada lebih cemerlang dan berpotensi. Pemikiran murid boleh diperanankan secara optimum
dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Murid bertambah gembira dengan pengajaran guru. Murid

akan berasa seronok mengikuti pelajaran apabila guru memberi peluang untuk mereka untuk
melakukan pergerakan yang sama dengan anggota badan yang dipertontonkan oleh guru.
9

Pembelajaran sebegini akan membuatkan murid dapat berinteraksi secara aktif dengan bahan
pembelajaran serta mengingati kembali maklumat dengan berkesan. Murid dapat melakukan
amalan mengkaji, membuat hipotesis, membuat inkuiri penemuan

dan mengekspresikan

pembelajaran secara terancang dan penuh kesediaan.


Di dalam langkah yang ketiga, aktiviti kumpulan dilakukan. Murid dikumpulkan kepada
enam kumpulan. Murid diberikan bahan-bahan seperti kertas lukisan, gunting gam, pensel,
warna dan

gambar anggota manusia terutama bahagian muka. Guru meminta murid

bekerjasama untuk membentuk wajah manusia yang sempurna. Ini peluang untuk murid
berkolaborasi dengan rakan-rakan. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof ( 2011),dalam strategi
pembelajaran kolaboratif, murid
berinteraksi,

yang mempunyai pelbagai kebolehan berkolaborasi,

bekerjasama, membantu sesama sendiri di dalam kumpulan kecil

untuk

memenuhi kehendak tugasan kumpulan. Murid juga berpeluang untuk berkomunikasi,


bekerjasama dan mengeluarkan pendapat untuk menyelesaikan tugasan yang guru berikan.
Sifat kepimpinan murid

juga dapat disuburkan di

aktiviti kumpulan ini.

kumpulan perlu melukis bentuk rupa manusia mengikut kesesuaian

saiz

Murid

di dalam

bahan anggota

manusia yang disediakan oleh guru. Murid juga perlu melukis kening di wajah manusia yang
dicipta ini. Murid juga boleh menggunakan kreativiti mereka untuk melukis rambut ataupun
tudung kepada gambar lukisan wajah ini. Anggota manusia yang disediakan guru itu perlu
digunting dan ditampalkan ditempat yang sesuai di wajah manusia. Murid diajar untuk berfikir
secara lateral. Lateral berkaitan dengan wawasan, kreativiti dan homur. Lateral berkaitan
dengan pertumbuhan idea-idea. Murid akan berfikir secara provoaktif dan inovatif sekiranya
murid berfikir secara lateral. Membudayakan berfikiran secara lateral akan mengutamakan cara
berfikir, memaksimukan ingatan, membuat susunan maklumat yang terbaik, bijak membuat
penyelesaian masalah, membuat pilihan, dan membuat penaksiran. Di dalam aktiviti ini juga
melatih murid untuk membudayakan budaya mencuba secara invensi. Menurut Kamus Dewan (
Edisi 4 : 2007), invensi

merupakan kebolehan untuk mereka atau mencipta. Sementara

Guilford ( 1964) mengatakan, kebolehan manusia untuk membuat invensi berkaitan dengan
operasi kognitif yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan
maklumat, memori yang merujuk kepada kaedah mengingat dan menyimpan data, pemikiran
konvergen yang merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan
perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen yang dapat dilihat
sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah dan akhirnya penilaian
tehadap pengkaryaan yang dibuat.

Aktiviti mereka cipta wajah manusia ini memberi peluang

untuk murid mencuba mencipta sesuatu kerja secara amali. Kerja amali seperti mencipta rupa
10

manusia ini merupakan proses mengekspresi, luahan perasaan, dan idea, eksperimen dan
kaedah cuba jaya. Aktiviti mereka wajah manusia ini

memberikan peluang untuk murid

mendapatkan pengalaman dan respon di atas perkara yang dicuba dan diusahakan. Budaya
mencuba ini dapat mengukuhkan

pembelajaran murid. Murid juga dibiasakan dengan

memberikan pandangan kepada hasilan bentuk rupa wajah manusia yang telah disiapkan oleh
setiap kumpulan. Pandangan ini adalah untuk memberi peluang untuk murid membuat refleksi
dengan kerja kumpulan yang mereka lakukan. Menurut Killion dan Todmen ( 1991) dalam Ismail
Bin Saiman ( 2014 ), refleksi ialah amalan atau perlakuan menganalisis tindakan, keputusan
atau hasil dengan memberikan fokus kepasa proses mencapainya. Ini juga merupakan satu
proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri sendiri.
Amalan refleksi dapat meransang kemahiran penilaian kendiri yang memberikan hala tuju
tentang perkara yang telah dicapai dan perkara yang perlu diberi nilai tambah. Jika amalan
merefleksi dilakukan pada setiap pembelajaran, nilai tambah akan berlaku dan akan
memperkukuhkan lagi penguasan ilmu yang berkaitan.
Di dalam langkah yang keempat, aktiviti
mengikut

penulisan dijalankan. Murid dikumpulkan

kumpulan murid yang menguasai kemahiran dan kumpulan yang lemah. Bagi

kumpulan yang menguasai mereka perlu melakukan aktiviti mencantumkan ayat yang ada di
dalam kumpulan A dan Kumpulan B. Ayat yang telah dicantumkan ini perlu ditulis semula oleh
murid diruangan yang disediakan di dalam lembaran kerja. Murid perlu memastikan mereka
menyusun dan membentuk ayat

dengan betul. Aktiviti ini boleh membantu murid untuk

memahirkan diri mereka untuk membina ayat. Aktiviti menyalin ayat ini adalah penting untuk
murid melatih koordinasi mata dan tangan murid. Apabila murid selalu menulis dengan betul
tulisan mereka akan menjadi cantik dan dapat menulis dan menyalin dengan cepat dan cekap.
Menurut Livine (1997) dan pendapat itu disokong oleh Khairuddin Mohamad (2011), terdapat
lima kepentingan memegang pensel dengan betul semasa menulis, adalah tulisan menjadi
cantik,cengkaman pensel menjadi kuat, ellakan kecederaan semasa menulis, penulisan
menjadi lancer dan memibana minat murid untuk terus menulis. Bagi murid-murid sekolah
rendah, mereka mempunyai otot yang tidak begitu matang. Mereka memerlukan aktiviti yang
membolehkan otot mereka menjadi matang.

Latihan pergerakan semasa menyanyi,

pergerakan semasa Pendidikan Jasmani dan aktiviti Seni Visual akan dapat mematangkan
pergerakan otot kanak-kanak.

Aktiviti memegang berus dan pensel dengan betul akan

menjadikan tulisan cantik dan kemas. Latih-tubi yang kerap akan mematangkan otot kanakkanak tersebut.

Bagi murid lemah pula, mereka diberi peluang untuk mengeja dan menyalin

perkataan mengikut gambar yang diberikan. Murid melakukan aktiviti ini setelah mendapat
11

bimbingan daripada guru secara individu. Murid-murid lemah perlukan perhatian guru untuk
memastikan mereka tidak lemah semangat dan mengalah. Murid-murid ini perlukan dorongan
untuk terus maju. Peluang mereka untuk maju terbuka luas jika mereka berjaya membuang
sifat leka di dalam kelas dan juga kurang keyakinan diri. Aktiviti menyanyi akan memberi
peluang untuk murid lemah untuk menikmati kejayaan secara individu. Murid yang kurang
berjaya atau lemah di dalam kemahiran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris akan mampu untuk
berjaya di dalam seni visual dan muzik. Perasaan menikmati kejayaan adalah penting untuk
membentuk sifat positif tentang keyakinan diri dan ego setiap murid.
Di dalam langkah penutup pula, murid diberikan peluang untuk menyanyikan lagu kalau
rasa gembira sekali lagi. Aktiviti
mengingati isi pelajaran.

ini akan terus

menyeronokkan murid untuk berusaha

Kemahiran muzik penting kepada murid sebagaimana kemahiran

psikomotor dan linguistik. Muzik merupakan satu cara untuk menyalurkan sumber tenaga kreatif
secara semula jadi. Muzik memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan secara
sihat. Muzik ini penting untuk mengimbangi

proses pendidikan semasa yang menekankan

kepada bidang sains dan teknologi. Muzik juga boleh digunakan untuk

mempengaruhi

kelakuan manusia supaya lebih positif. Lirik-lirik lagu kanak-kanak banyak yang bernilai positif
seperti semangat patriotik, kerjasama, kasih sayang, cintakan negara yang menjurus kepada
kehidupan sejagat yang sempurna. Lagu seperti Perajurit Negara, Tanggal 31 Ogos, Keluarga
Bahagia adalah antara lagu-lagu yang mengandungi nilai-nilai murni. Di bahagian penutup ini
guru menggunakan lagu Kalau Rasa Gembira bagi menitipkan nilai-nilai murni seperti menjaga
kebersihan diri, pakaian, makanan dan tempat tinggal untuk menjamin kehidupan yang
sihat.Guru juga memberikan saranan kepada murid-murid untuk mengembirakan hati ibu bapa
mereka dengan cara mendengar nasihat ibu bapa, menolong ibu bapa di rumah dan
menghadiahkan kejayaan murid-murid kepada ibu bapa di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Nilai-nilai murni adalah dituntut untuk dilakukan oleh manusia yang dinamakan
berakhlak mulia. Di dalam Islam, berakhlak mulia itu merupakan satu fitrah manusia. Berakhlak
dan bermoral itu merupakan satu sifat yang mesti ada pada manusia. ( Abdullah Zhidi bin Omar
dan rakan, 2014). Diharapkan murid-murid akan menyerap berakhlak mulia yang diperjelaskan
oleh guru. Segala aktiviti di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat
meningkatkan daya persepsi, estetika dan kreativiti sepanjang mereka membesar. Murid-murid
adalah berpotensi tinggi dan mampu mempunyai sikap jati diri yang tinggi dan mampu untuk
hidup harmonis jika mengamalkan budaya ilmu yang diwarisi secara berterusan.

12

13