Anda di halaman 1dari 3

IRIDANKUALITIGURUDALAMMENGHADAPI

CABARANMASAKINI
CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan
tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat
berat.Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut
terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan
yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan
tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi
membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita
dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di
seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek
kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan
sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam
tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling
berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan
dunia pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik
dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak
menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau
tempatan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih
kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini
dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring
dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang
bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita
materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan
perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan
bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap

suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu
teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada
proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai
komersil untuk masa depan pelajar.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru
itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses
globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan,
khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan
penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya
ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung
kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang
sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai
objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta
kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya
menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang
digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala muridmurid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran
ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang
tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara.
Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin
kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran
Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut
banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap
proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT
mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan
penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global

kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah
seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

dihargai

oleh

guru

dengan

Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta
dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa
berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna
kepada bangsa dan negara.
Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah serta
berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan
sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi
mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap
terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil,
memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak
mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari
menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti
mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan
kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan


cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar.
Posted by intan_isna at 10:44 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENDIDIKAN, Pengantar Pendidikan

Nocomments:
PostaComment

Anda mungkin juga menyukai