Anda di halaman 1dari 1

BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL (SEBAGAI RUJUKAN SAHAJA)

Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.


Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran
memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran
yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu,
sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling
tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh
dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain
lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil
berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan
gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya
khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran
dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap
masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak
dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar
mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan
kasih sayang sesama jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga.
Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti
mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat
kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan
harmoni.